June 2018 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Saturday, June 30, 2018

June 30, 2018

Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!


Beba Ifa 2nd Giveaway Raya
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: Bila bila masa sahajaaa!


Hadiahnya? jeng jengggg~ Menarik tertarik memang dabom tauuu!
.
.
.
.
.
HADIAH PERTAMA
1 x Wang Tunai RM50 beserta Gift Voucher RM20 Tajaan PRINTING BAJET MURAH

HADIAH KEDUA
1 x Wang Tunai RM20 beserta Gift Voucher RM20 Tajaan di PRINTING BAJET MURAH

HADIAH KETIGA untuk dua pemenang
2 x Wang Tunai RM10 beserta Gift Voucher RM20 Tajaan PRINTING BAJET MURAH

SAGUHATI untuk 5 Pemenang
5 x Gift Voucher RM20 Tajaan PRINTING BAJET MURAH

 x 5

Friday, June 29, 2018

June 29, 2018

Kisah Mayat Tak Diterima Bumi

Kisah Mayat Tak Diterima Bumi | Semalam ada terjumpa satu thread di twitter yang bertajuk KISAH MAYAT TAK DITERIMA BUMI. Dalam hati "eh kenapa mayat ni tak diterima pula". Dah la permulaan cerita pun macam dah saspens sikit kan. Siap suruh buat pedoman bagai. Cerita tersebut ditulis oleh Mr. Saiful Bahari dan telah di-retweet (retweet = share) oleh hampir 10,000 orang.

Jom kita baca! Moga jadi pengajaran buat kita semua.


Kisah Mayat Tak Diterima Bumi

Kisah Mayat Tak Diterima Bumi
Kisah Mayat Tak Diterima Bumi | gambar sekadar hiasan
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Johor. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Ya ini thread...

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Parit Raja. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya. 

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Salleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar...

Tapi sekujur tubuh yang kaku dengan wajah yang sangat mengerikan. Rasa nak pitam Salleh masa tu.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.

Tiba tiba...

Salleh melihat makhkuk tu menoleh ke arahnya tepat ke merenung mata Salleh. Tergamam Salleh dibuatnya, bulu romanya meremang hingga ke akar.

Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. 

Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang...

... dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara inilah Omar akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. 

Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Kini Salleh sudah tahu kenapa pakcik Omar kaya dan dihormati. Tapi dia masih meremang memikirkan apa yang dilihat siang tadi.

Pada malam tersebut Salleh hendak masuk tidur. Ketika baru hendak lena Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Tiba tiba Salleh terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Sangat kuat sehingga hampir muntah. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali. Badannya juga begitu seperti ada sesuatu duduk atas badannya

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar.

Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.

Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, 

Nak tahu...

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.

Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1 800 88 8080

Harganya seperti nie

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Percuma penghantaran di kawasan Malaysia. Luar Malaysia kita cas 2%.

Hehehehe

Tamat.

Marah ke ? Janganlah marah. Aku tak tau nak buat apa nie. Tak dapat jemputan open house. Sorry k 0-0. :)

RT lah bagi orang-orang baca  juga. Kesian diaorang tengah bosan tu. Hehehe.

............................................

Jangan marah yeee. Sebab saya pun terkena! hahahaha. But at the same time, kreatif la si Mr Saiful ni mempromosikan kerepek beliau. So, sesiapa yang mengidam kerepek, boleh la beli dengan menghubungi nombor yang tertera di atas hehe.

Okay daaa~ wassalam! :D

Monday, June 25, 2018

June 25, 2018

cukup lah 10 hari blog tak berupdate! jom blogwalking~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Apa khabar semuaa? Apa khabar wahai blog? Hahaha. Kesiannn dia kena tinggal selama 10 hari. Tak berupdate sejak hari Raya pertama sehingga lah semalam, 10 Syawal. Total up 10 hari lah blog kosong tak berupdate tak ada entri. Lama beno cuti kan haha. Segan pula dengan blogger lain yang masih update blog walaupun aura dan mood Raya belum habis lagi. Kagum!


cukup lah 10 hari blog tak berupdate! jom blogwalking~

cukup lah 10 hari blog tak berupdate! jom blogwalking~
cukup lah 10 hari blog tak berupdate! jom blogwalking~
Bila dah lama tinggal blog kan, biasa lah Sayidah Napisah ni. Mood nak kembali mengarang dan membebel di blog tu kena seru dulu. So, nak seru tu.. Kena seru melalui blogwalking lah jommm!

Dan selama 10 hari tak berupdate ni, ada bloggers yang sudi datang terjah blog picisan ini dan meninggalkan jejak di bahagian komen. Terima kasih banyak! Love you lahh!

Okay lahh nak mula blogwalking sikit sikit ni. Hehe daaa~ wassalam!

Thursday, June 14, 2018

June 14, 2018

RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU!

RESEPI Mudah dan Sedap CORNFLAKES MADU | Saya tak pernah buat cornflakes madu tapi pernah buat cornflakes coklat yummy yummy. Kalau nak resepinya boleh klik di sini: RESEPI CORNFLAKES COKLAT.

So.. yang cornflakes madu ni saya teringin nak buat tapi tak buat buat lagi sampai sekarang haha. Bagi pendapat personal saya, cornflakes madu lah antara kuih raya yang paling mudah dan paling senang nak buat. Bahannya mudah dicari dan disediakan. Cara masak nya pun tak rumit dan boleh siap dalam jangka masa yang pendek sahaja. Nak buat last minit nak dekat dekat raya pun boleh. Nak buat pada malam raya atau bila bila time raya untuk rumah terbuka pun boleh.


Resepi Mudah dan Sedap Cornflakes Madu

RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU!
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU // credit image: Dania
BAHAN-BAHAN:

- Cornflakes 1 kotak
- 1/4 cawan madu
- 1/4 cawan mentega
- 1 1/2 sudu besar gula kastor
- Coklat urai untuk hiasan
- Paper cup, secukupnya
bahan bahan cornflakes madu
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU // credit image: resepimakananMY
CARA PENYEDIAAN:

1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.

2. Tuang cornflakes ke dalam periuk tadi. Lalu gaul sebati dengan madu

3. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan coklat urai

4. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius (jangan sampai hangus sudah).

DONE!
cara buat cornflakes madu
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU // credit image: resepimakananMY
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU!
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU // credit image: resepimakananMY
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU!
 RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU // credit image: _nrhsnaa
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU!
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU // credit image: nxrhafy_
Credit recipe: Resepi Makanan Malaysia

Wuhuuu mudah dan nampak menyelerakan kan? Ngap ngap sekejap je habis ni hahaha.

Selamat mencuba!

Dan selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin! Kosong kosong ye :)
June 14, 2018

Cara Mudah Elak Mengantuk/ Microsleep Ketika Memandu

Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2-30 saat sahaja.


Cara Mudah Elak Mengantuk/ Microsleep Ketika Memandu

Cara Mudah Elak Mengantuk/ Microsleep Ketika Memandu
Cara Mudah Elak Mengantuk/ Microsleep Ketika Memandu
Nak lebih mudah dan berkesan, kunyah ini secara berterusan. Confirm segar! HAHAHAHA

Cara Mudah Elak Mengantuk/ Microsleep Ketika Memandu
Cara Mudah Elak Mengantuk/ Microsleep Ketika Memandu

Wednesday, June 13, 2018

June 13, 2018

PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA ~ Wordless Wednesday

PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA. Alkisah....


PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA. Alkisah....
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA - KUIH BANGKIT 
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA - ALMOND LONDON
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA - CORNFLAKES MADU
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA - BAHULU
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA - SEPIT
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA - KUIH SIPUT
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA - BISKUT MARBLE
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA - SARANG SEMUT
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA
PERBUALAN SESAMA KUIH RAYA -SEMPERIT

Tuesday, June 12, 2018

June 12, 2018

student gurau kasar sampai si cikgu rasa nak resign!

student gurau kasar sampai si cikgu rasa nak resign!


student gurau kasar sampai si cikgu rasa nak resign!
student gurau kasar sampai si cikgu rasa nak resign!
student gurau kasar sampai si cikgu rasa nak resign!
student gurau kasar sampai si cikgu rasa nak resign #kimia
student gurau kasar sampai si cikgu rasa nak resign!
student gurau kasar sampai si cikgu rasa nak resign #kimia #part2
student gurau kasar sampai si cikgu rasa nak resign!
student gurau kasar sampai si cikgu rasa nak resign!
HAHAHAHAHA. 'Gurau kasar' betul student ni adoi laa. Struggle is real ye cikgu -x-. Kesian cikgu tersebut. Sabar ye cikgu.

Sepatutnya soalan kimia tu jawapannya adalah proton elektron & proton neutron. Tapi student jawab jenama-jenama kereta proton pula kat situ hahaha. Nampak sangat le gurauan tu.

Okay.. short entry je harini memandangkan baju seluar beg semua nak bawa ke kampung tak kemas lagi, baju raya tak gosok lagi, duit raya tak masuk ke dalam sampul lagi. Hari khamis dah bertolak ke rumah kakngah di Selangor, tu kena siapkan harini mana yang patut. Esok dah busy gilossss sebab esok....

Esok pula umi dah list kan apa saya nak kena buat - kemas bilik, potong bawang merah seguni dan 3 bungkus cili api, kupas ubi keledek, tolong buat kuih cucur badak, buat agar agar marble, tolong masak ikan bilis sambal tempoyak & sambal udang, sapu sampah dan sebagainya hahaha. Mungkin esok pun satu entri je sempat update.

Korang pula? Mesti sibuk juga kan lagi dua hari nak raya ni hehe.

Okay selamat malam. Daaa~ wassalam! :)

Monday, June 11, 2018

June 11, 2018

Pesanan Sebelum Balik Kampung Raya | Apa Yang Perlu Check dan Lakukan

Pesanan Sebelum Balik Kampung Raya | Lagi TIGA HARI! Lagi 3 hari je nak berhari raya Aidilfitri bermaaf-maafan zahir dan batin. YaAllahhhh rasa sekejap je kan masa berlalu, Ramadan dah tiba ke penghujung. Sayu pula rasa. Moga kita dan ahli keluarga berpeluang lagi bertemu Ramadan yang akan datang Aminn~ Okayy! Sebelum balik kampung raya bebebeberapa hari nanti, apa benda kah yang kita kena double check sebelum keluar rumah? dan apakah barang yang kita kena double check pastikan ada di dalam beg untuk dibawa ke kampung? Apakah perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung dengan jiwa yang aman damai harmoni dan sejahtera?


Pesanan Sebelum Balik Kampung Raya

Apa Yang Perlu Kita Check Sebelum Keluar Rumah dan Lakukan Dalam Perjalanan ke Kampung?


Sebelum balik kampung raya:

1. Cabut semua plug 🔌 kat dinding kecuali fridge (peti ais)

2. Buang sampah

3. Jangan biar baju tersidai di luar

4. Double triple check kipas & lampu tutup (switch off)

5. Kosongkan sink

6. Bawa toiletries (kelengkapan peribadi)

7. Semat butang baju Melayu

8. Pin kerongsang di beg

9. Sampin

10. Charger phone (kalau ada powerbank jangan lupa charge dan bawa)

11. Duit & sampul raya
Pesanan Sebelum Balik Kampung Raya | Apa Yang Perlu Check dan Lakukan
Pesanan Sebelum Balik Kampung Raya | Apa Yang Perlu Check dan Lakukan
12. Sebelum keluar rumah.. baca al Fatihah, ayat Kursi, "Bismillahillazi la yadhurru...". Berniat ziarah - niat ini menjadikan perbuatan kita ibadah

13. Niat nak buat jamak Qasar (jika jarak dari rumah ke kampung melebihi 2 marhalah)

14. Jangan kelam kabut dan marah-marah, jangan over happy

15. Lapang dada & baca doa musafir dan doa menaiki kenderaan (baca doa terjemahan Bahasa Melayu pun boleh)

p/s: doa orang sedang bermusafir ni mujarab tau. so, banyak banyakkan berdoa (doa yang baik baik) semasa musafir.
doa musafir
Pesanan Sebelum Balik Kampung Raya | DOA MUSAFIR
doa naik kenderaan
Pesanan Sebelum Balik Kampung Raya | DOA NAIK KENDERAAN
16. Tinggalkan rumah dengan tawakkal Allah menjaganya

17. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jangan tertinggal isteri/suami/anak

18. Top up siap-siap touch n go, no more tambah nilai lanes

19. Sentiasa kira cukup bilangan anak, terutamanya di hentian rehat RnR

20. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

21. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

22. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

23. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

24. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

25. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

26. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

27. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

28. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

29. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

30. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

31. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

32. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

33. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

34. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

35. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

36. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

Selamat pulang ke kampung!

KAHKAHHH. yang last last tu saja buat lawak di pagi Isnin yang indah ini hehhehe. Jangan marah naa~

Sebenarnya pesanan kat atas ni copy paste dari group whatsapp (tapi saya ada edit dan tambah tambah apa yang patut).

Paling best part JANGAN LUPA BAGI SIGNAL tu lah hahaha. Marah bebeno nampaknya si yang memesan tu. Tapi saya faham le pesanan 'manja' pasal bagi signal tu. Memang betul pun kan? Walaupun saya ni bukan driver, tapi orang yang tak bagi signal ni memang tergolong dalam golongan yang boleh mendatangkan marah orang lain & juga secara tidak langsung boleh membahayakan nyawa orang lain termasuk kanak-kanak & warga emas. #nauzubillahiminzalik

So.. pesanan ikhlas dari no.1 hingga 36 tu betul je. Tiada yang salah. Cuma no.20 - 36 tu pesanan berulang ulang menunjukkan peringatan agresif & minta kita extra beringat la tu hahaha. Lagi lagi time musim raya kan, mesti ramai kenderaan. Lagi lah signal ni penting.

Okay itu sahaja. Pada sesiapa yang dah merancang nak balik kampung esok lusa tu, jangan lupa pesanan pesanan di atas ni ye.

Semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat pulang balik ke rumah! Daa~ wassalam :)

BACA JUGA:




Sunday, June 10, 2018

June 10, 2018

"Buka Buku Baru" Giveaway by Mai

"Buka Buku Baru" Giveaway by Mai


"Buka Buku Baru" Giveaway by Mai
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 15 Julai 2018 @ 12:00AM

"Share nasihat, petua atau ucapan untuk pengantin baru, hihi. Terpulang nak share apa pun tapi janji positif."

Wah wahhh! Nak kahwin dahhh my geng blogger yang sama umur sorang ni! Alhamdulillah. Tahniah tahniah Mai! Semoga masjid yang bakal dibina bersama your best friend forever for life will be forever happily till Jannah aminn :)

Untuk nasihat or petua pulaa.. walaupun kc obviously tak kahwin lagi hahaha, tapi apa yang saya boleh ambil pengajaran plus nasihat mereka yang dah kahwin kepada saya adalah bila berkahwin, the most important key is komunikasi + tolak ansur.

Two way communication to be exact. One way je tak boleh, tak jalan. Kalau ada masalah or tak puas hati, cerita kat pasangan. Luahkan. Jangan pendam terlalu lama.

Tolak ansur tu pula means setiap kekurangan yang ada pasangan jangan terus melatah dan cepat down. Tolak ansur means setiap perbezaan kita dengan pasangan kena raikan. Cari titik persamaan (i mean things yang dua dua suka gilos).

Ohh lagi satu saya pernah dengar nasihat - jangan expect terlalu tinggi terhadap pasangan yang baru dikahwini. Sebab time dah kahwin la pasangan tunjuk semua kan haha. Tunjuk perangai yang sebenar benarnya. So, try to learn terima segala kekurangan yang pasangan ada sebab kita pun tak sempurna mana.

Tudiaa nasihat and petua kahwin macam dah boleh buat lagi satu entri baru dah hahaha. 

Okay mai! Semoga pernikahan & majlis perkahwinan Mai with pasangan berjalan lancar aminn~ :D

June 10, 2018

COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH

COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH


COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 7 Julai 2018

Tag: Aerill, Siqah, kak Adda
& semua yang singgah ke entri ini hehehe.
June 10, 2018

GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM

GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM


GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 24 Jun 2018

"Dalam entri korang tu, korang komen lah sikit pasal blog sha ni, apa yang perlu diubah atau ditambah hehe"

Suka suka suka blog Sha yang berumur 22 tahun ni. Header cun plus cute (jealous weh! hahaha), warna combination kat blog ni unexpectedly niceee kelabu + hijau soft, font size pun okay, kelajuan blog meng-loading pun okay (tak berat), archive nampak tajuk entries baguihh, HOT posts pun ada good. Overall bagus dah.

So.. one thing yang saya nak suggest is - kedudukan hot posts & blog archive di sidebar naik ke atas. Kalau boleh naik atas FOLLOWERS tu pun boleh hahaha.

Sebab bagi saya, yang suka blogwalking (seperti saya) senang sikit nak tinggal jejak kasih (a.k.a komen). Bahagian followers & Google+ Badge tu bawah sikit takpe bagi saya, sebab kalau orang betul betul nak follow dia akan scroll. And the best part bila orang nak follow tu scroll scroll untuk pergi ke bahagian followers, dia terrrnampak tajuk tajuk entri/hot posts awak & ada yang menarik hati dia untuk klik baca, haaa bonus untuk awak. hehee. Selain meningkatkan trafik blog awak, ianya juga merendahkan bounce rate blog awak :)

But itu hanya cadangan ikhlas saya je tau. Tiada paksaan untuk mengikutinya hehee.

Orait daa~! Wassalam.

Saturday, June 9, 2018

June 09, 2018

TIPS PERSIAPAN BALIK KAMPUNG - RAYA AIDILFITRI

TIPS PERSIAPAN BALIK KAMPUNG - RAYA

TIPS PERSIAPAN BALIK KAMPUNG - RAYA AIDILFITRI
TIPS PERSIAPAN BALIK KAMPUNG - RAYA [gambar sekadar hiasan // sumber Google]
Jangan kau pertikai apa bini kau buat.

Jangan ingat kemas beg tu senang.

Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.

Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.

Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.

Baju ni ada banyak jenis baju.

Baju balik kampung.
Baju untuk masak di malam raya.
Baju pagi raya.
Baju ke dapur pada hari raya.
Baju berjalan ke rumah saudara.
Baju casual di malam hari pada hari raya.

Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung.
Tudung jangan kau ingat satu jenis je.
Ada tudung sarung untuk ke dapur.
Ada shawl nak pakai pagi raya.
Ada tudung bawal nak match dengan baju casual.
Inner tudung.
Anak tudung.
Pin tudung.

Pin ni pun ada banyak kelas.
Pin kat telinga kena tajam.
Pin kat dagu kene kecik.
Pin kat bahu kena besar sikit.
Pin kat baju kebaya kena besar gedabak.
Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar.

Belum baju anak.
Uiii..tu lagi banyak jenis.

Baju raya.
Baju bila dah tengah hari.
Baju tidur.
Baju ganti kalau baju raya dah comot.
Baju kalau tido dalam aircond.
Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond.
Baju berlubang, baju takde lubang.

Tu kalau seorang anak.
Kalau ada 5? 6?

Suami punya pun dia kena fikirkan jugak.
Bukan takat baju melayu je.
Butangnya, sampin nya, songkoknya.

Itu baru baju.
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.

Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.

Iron pun dia bawak weh!

Kasut?
Ha..ada kasut raya.
Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti.
Ada kasut kalau nak jalan jauh.
Hmmmmmm

Fuh...tu je..
Tu je?
Belummmmmm...

Kuih raya..kerepek raya..kek lapis..kek coklat...serunding..dodol...

Ha...mandi cemane mandi...
Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.

Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya.

Ha..ok...cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.

Eh...ada lagi!
Barang mekaaappppp...

Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah... Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu.

Charger handphone..charger charger..
Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.

Dan...dan...
Dia siap ada plan kontigensi.
Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.

Jarum jahit pun ada..benang..gunting...kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke..

Haaaaa......
Ok.
Ada dah semua.
Fuhh...legaa....
Ok zip beg!

Suami kerjanya apa?
Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta.
Jangan cakap pape.

Angkat.susun.senyum.

#copypaste

Hahhaahhaa. Paling tak menahan part "nak meletup dah pun beg tu ha". Adehh siapa laa yang mengarang tulisan kelakar kat atas ni. Memahami betul. Agak agak perempuan ke lelaki yang menulis ni eh? Jeng jeng~ wallahualam.

Tapi dalam kelakar tu, ada betulnya juga kan. Macam pin kerongsang perempuan tu. Betul sangattt! Jangan ingat jenis kerongsang tu satu dua ketul je ye. Banyak ketul. Tu belum spare part kerongsang kot kot nanti hilang ke tercabut ke. Hahaha.

Macam macam ragam nak beraya, bestt hehe.