Total Pageviews

Bonus Raya RM1,000 untuk penjawat awam Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang

by - June 07, 2018
Bonus Raya RM1,000 untuk penjawat awam | Berita baik untuk semua penjawat awam di negeri Perak, Melaka, Negeri Sembilan & Pulau Pinang! Anda bakal menerima bonus raya RM1,000 menjelang Raya Aidilfitri 2018 ini! Huwaaa bestnyaa lahai. Katanya.. bonus Aidilfitri tersebut akan dibayar dalam masa terdekat. Walaupun saya bukan penjawat awam sobsobb, tapi saya tumpang.... tengok hahaha. Dan tumpang gembira juga, dengan harapan dapat duit raya daripada adik beradik atau saudara mara yang penjawat awam hehee.


Bonus Raya RM1,000 untuk penjawat awam Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang

bonus khas raya aidilfitri 2018
Bonus Raya RM1,000 untuk penjawat awam
PULAU PINANG

Pada 5 Jun 2018 yang lalu, kerajaan Negeri Pulau  Pinang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada sejumlah 3,600 penjawat awam negeri.

Pembayaran bonus itu akan dibuat pada Rabu depan (13 Jun 2018) bagi meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang bakal diraikan minggu depan.

MELAKA

Menurut berita yang saya baca di Astro Awani, kerajaan negeri Melaka akan memperuntukkan RM1,000 untuk setiap seorang daripada lebih 5,000 kakitangan awam negeri tersebut sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menterinya, Adly Zahari memaklumkan ia akan dibayar dalam masa terdekat memandangkan tinggal kurang 10 hari lagi untuk rakyat membuat persiapan menjelang 1 Syawal pada 15 Jun ini.

PERAK

Manakala, berita yang masih lagi panas iaitu hari ini, 7 Jun 2018, Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian bonus khas sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada sejumlah 15,000 penjawat awam negeri.

Pembayaran bonus itu telah bermula hari ini bagi meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang bakal diraikan minggu depan.

“Saya ingin membuat pengumuman istimewa semua kakitangan awam di Perak bahawa untuk menyambut aidilfitri bonus sebanyak RM1000 akan diberikan semua kakitangan awam, saya berharap dengan pemberian bonus berkenaan dapatlah mereka sambut Aidilfitri dengan lebih meriah, bagaimanapun perlulah berjimat cermat,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

NEGERI SEMBILAN

Penjawat awam Negeri Sembilan juga akan mendapat bonus raya RM1,000 yang telah diumumkan di berita televisyen malam semalam.

KEDAH?

Kedah pula? Ada atau tidak bonus khas raya?

Penjawat awam di negeri Kedah berkemungkinan akan menerima bonus sempena Aidilfitri meskipun ketika ini kerajaan negeri sedang mengalami kekurangan dana.

Itu jaminan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang berkata kerajaan negeri sedang mempertimbangkan pemberian bantuan khas sempena perayaan Aidilfitri mengikut kadar ditetapkan Kerajaan Persekutuan iaitu RM400 kepada penjawat awam dengan gred 41 ke bawah.

SELANGOR?

Selangor lagi mantopp! Kakitangan Selangor dapat bonus raya sebulan gaji HAHAHA okay jealous. RM100 pula untuk kakitangan persekutuan.

And as we all know that Kerajaan Malaysia peruntukkan RM400 untuk penjawat awam & RM200 untuk pesara kerajaan. Alhamdulillah~
bpnus raya 2018
Bonus Raya RM1,000 untuk penjawat awam
Okay itu sahaja, semoga bermanfaat. Daa~ wassalam! :)

SUMBER

1. Bonus RM1,000 Untuk Penjawat Awam Perak Sempena Aidilfitri
https://peraktoday.com.my/2018/06/bonus-rm1000-untuk-penjawat-awam-perak-sempena-aidilfitri/

2. Bonus RM1,000 untuk penjawat awam P.Pinang sempena Aidilfitri
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bonus-rm1-000-untuk-penjawat-awam-p-pinang-sempena-aidilfitri-177361

3. Bonus raya RM1,000 untuk penjawat awam Melaka
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bonus-raya-rm1-000-untuk-penjawat-awam-melaka-177451

4. Jangan risau, bonus Aidilfitri berkemungkinan ada - MB Kedah
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-risau-bonus-aidilfitri-berkemungkinan-ada-mb-kedah-177401

You May Also Like

2 comments

  1. Alhamdulillah.. Rezeki mereka.. Kita tumpang tengok juga.. Kikiki.

    ReplyDelete
  2. seronok diorang.. rezeki masing2..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p