tak berharap bukan bermaksud tak nak harap - sayidahnapisahdotcom tak berharap bukan bermaksud tak nak harap
LightBlog

tak berharap bukan bermaksud tak nak harap

Berharap. Mengharap. Hope. Hopefully.

Kekadang kita malas nak mengharap, takut keputusannya akan membuatkan kita lebih takut untuk mengharap selepas itu. Tapi malas atau tak berharap bukan bermaksud kita tak nak mengharap. Kita nak tapi.. tak nak.

Bila kita mengharap, itu bermaksud kita expect something to be happened. Kita expect someone or anyone else untuk merealisasikannya. Bila kita expect dan bila expectation tu tidak berjalan seperti yang kita expect, its dangerous. Sama ada ianya menguatkan kita atau down kan kita. But most of the time... we will feel sad or kecewa kan?

"Expectation is the root of all heartache" - William Shakespeare

"Aku sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup & yang paling pahit ialah berharap kepada manusia." - Saidina Ali bin Abi Thalib


Habistu...



"Salah ke nak berharap? Tak boleh nak mengharap kat mak ayah sendiri? Suami sendiri tak boleh? Adik beradik? FAMILY?"
tak berharap bukan bermaksud tak nak harap
tak berharap bukan bermaksud tak nak harap
Bukanlah bermaksud kita tak boleh nak berharap. Cuma berharap kepada Allah kena lebih lagi berbanding berharap kepada manusia.

Bukan tak boleh nak berharap, tapi be prepared juga. Bersedia untuk menghadapi apa jua yang terjadi. Prepare for the worst. Supaya hati tak terlajak sedih, tak terlajak kecewa.

Bukan tak boleh nak berharap, cuma you know. We all know how it feels kan bila terlalu berharap. Kita semua tahu apa rasanya, how deep it was. We all know, I think.

Contoh mudah. Saya berharap sangat sangat entri ni dibaca oleh orang lain. Tapi tak semua orang akan datang baca entri picisan ini. End up this entry sikit je orang baca dan komen. Saya sedih.

But on the other side, saya cuba tak berharap sangat, ataupun tak harap langsung. Ada orang nak baca, ada lah. Tak ada, tak ada lah. Apa apa keputusan pun, I will be okay. Tak rasa down.

Itu lah contoh sengalnya hahaha.

Okay itu sahaja, jangan lupa niat puasa untuk esok! Selamat malam, daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

7 Comments

  1. kita tak berharap tapi kadang tersimpan juga sedikit harapan..hihi

    ReplyDelete
  2. dia lebih kurang macam

    kot ada pun ok tak de pun takpe

    ReplyDelete
  3. tetiba teringat lagu berhenti berharap

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum & selamat pagi jumaat Mama ucapkan kepada sis sayidah. Sama macam masuk syurga. Kalau ikut amalan mungkin tak layak tapi kita doa juga nak masuk syurga atas rahmat Allah swt

    ReplyDelete
  5. berharaplah pd yg hak, pencipta kita

    ReplyDelete
  6. Selamat pagi. Ibu singgah blog walking. harapan kita memang banyak, usaha untuk capai

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p