Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online. Dilanjutkan sehingga 31 Julai 2018~ - sayidahnapisahdotcom Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online. Dilanjutkan sehingga 31 Julai 2018~
LightBlog

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online. Dilanjutkan sehingga 31 Julai 2018~

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN | Dengar berita TV3 -- "Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih mempunyai baki hutang perlu mengemaskini maklumat pendapatan mereka secara atas talian melalui portal rasmi PTPTN, www.ptptn.gov.my" tapi saya buat endah tak endah je walaupun tahu tarikh tutup nya adalah 25 Julai 2018 (sekarang sudah dilanjutkan sehingga 31 Julai 2018). Dan-dan tengahari tadi abi tanya "kakcik dah kemaskini maklumat pendapatan PTPTN ke belum?" Gulp.

Errr.. dalam hati saya persoalkan "perlu ke?" tapi yang keluar kat mulut "belum lagi abi. Nanti kakcik check". Hahaha. Abi pun suruh la saya check kat internet. Sekarang ni semua online je katanya.

Sebelum kita pergi ke cara cara kemaskini maklumat pendapatan PTPTN, saya tertanya tanya la kan kenapa nak kena update PTPTN bagai ni? Tiba tiba je?

"Peminjam PTPTN yang tidak mengemaskini maklumat pendapatan tidak akan mendapat keistimewaan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH).

Selain maklumat pendapatan, peminjam juga perlu mengemaskini maklumat penting yang lain termasuk maklumat perhubungan terkini seperti alamat, nombor telefon serta alamat e-mel dan maklumat pekerjaan. Peminjam diingat untuk mengemaskini maklumat pendapatan yang sahih dan benar disertakan dokumen sokongan apabila diminta bagi tujuan audit.

PTPTN komited untuk melaksanakan manifesto Kerajaan bagi meringankan beban hidup yang ditanggung peminjam dengan mengeluarkan mereka daripada senarai hitam Jabatan Imigresen dan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi yang berpendapatan RM4009 ke bawah sebulan." - Berita TV3.

Gitu alkisahnya. Whatever la kan. Let's update!


Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online

1. Login (log masuk) Portal Pengemaskinian Maklumat Pendapatan Peminjam PTPTN di www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/

p/s: Tak tahu berapakah nombor pinjaman? Call je careline ptptn di 03-2193 3000 untuk mendapatkan no.pinjaman PTPTN.
Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online
Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online
2. Update la apa yang patut haha.

Akan ada dua section:- MAKLUMAT PERHUBUNGAN PEMINJAM & MAKLUMAT PERKERJAAN. Isi semua tempat kosong yang ada *
Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online
Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online
3. Kemudian, klik TERUSKAN
Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online
Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online
4. Scroll ke bawah.. tick "Saya mengaku......". Then, klik HANTAR.
Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online
Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online
5. Klik OK.

Yeay! DONE update maklumat pendapatan PTPTN!
Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online
Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online


Selepas klik OK tu nanti akan dipaparkan maklumat kita dalam bentuk PDF. Kalau sesiapa yang nak save (cetak/download) maklumat pendapatan tersebut untuk bukti kita dah update, boleh boleh dipersilakan.

Ada masalah? Ada pertanyaan? Ada soalan berkaitan dengan hal ini? Jangan tanya saya yew. Meh saya beri contact PTPTN yang bertugas.

Hubungi talian Careline PTPTN di 03-2193 3000 untuk sebarang maklumat lanjut!

Oraitt.. Daaa~ wassalam!

Post a Comment

3 Comments

  1. Thanks for sharing awak :) Sangat bermanfaat untuk org yang nak kan rujukan pasal ni :)
    ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/book-haul-julai.html

    ReplyDelete
  2. haritu gelabah juga cari no peminjam tapi asyik gagal je terus fedup sudahnya semalam dapat email dari ptptn bagi no peminjam lepastu diorang extend sampai 31hb.

    ReplyDelete
  3. thanks sangat utk info..nak share!

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p