Total Pageviews

Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020

by - August 07, 2018
Alkisah tengahari semalam, dua orang jiran datang bertandang ke rumah. Dalam berbual-bual dengan umi, mereka meminta tolong saya untuk semak keputusan pendaftaran sekolah murid Tahun 1 anak dan cucu mereka. Yela kan.. kena semak keputusan pendaftaran sekolah murid Tahun 1 secara Online (atas talian), mereka tak tahu menahu sangat berkaitan dengan IT, komputer, internet bagai. Atas dasar semangat tolong menolong sesama jiran yeahhh, petang tu saya buat semakan keputusan permohonan pendaftaran tahun 1 2019-2020 untuk anak dan cucu mereka.


Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020


Mula-mula tu blur juga la kan sebab first time nak check keputusan penempatan murid ke Darjah 1 semua ni. Tapi.. nasib baik senang je cara semak nya.

1. Log masuk (login) laman web SPATKPM (Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM) di https://public.moe.gov.my/
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
2. Selepas masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan (password), klik DAFTAR MASUK. Jika lupa password, klik LUPA KATALALUAN.

3. Kemudian, klik Pendaftaran/Penyemakan > Rekod Permohonan > SEMAKAN
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Apa maksud tanda soal tu?

Tanda soal sebab tiada dicatatkan sekolah yang dimohon di bahagian 'Sekolah Ditempatkan'. Makna nya.. diterima ke tak sebenarnya ye? Selepas tanya orang yang berkemungkinan tahu tentang ini.. saya andaikan haritu jiran saya tersebut tak hantar surat permohonan ke sekolah yang dipohon untuk diperakui.

So.. kena buat Permohonan Rayuan Sekolah la nampaknya. Tarikh rayuan dibuka pada 1 Ogos 2018 hingga 30 September 2018. Okay ada masa lagi! Doakan semoga proses permohonan rayuan sekolah bagi anak jiran saya dipermudahkan Amin.

P/s: Buat panduan ibu bapa, permohonan online murid Tahun Satu (Darjah 1) bagi ambilan 2019 dan 2020 telah dibuka pada 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018 yang lalu. Permohonan secara online ini terbuka kepada murid seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Dan bermula tahun 2018, permohonan secara online juga dibuka untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan yang sebelum ini melalui sekolah secara manual. 

Ibu bapa/penjaga yang bercadang untuk mendaftarkan anak mereka untuk sesi berikutnya boleh berbuat demikian sekitar Mac/April tahun hadapan, 2019 (tertakluk kepada perubahan yang akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh KPM) - credit info www.permohonan.my

Okay semoga bermanfaat. Daa~ wassalam!

Tag: public.moe.gov.my semakan, public.moe.gov.my login, public.moe.gov.my tahun 1, public.moe.gov.my keputusan, sistem pendaftaran atas talian, sistem pendaftaran atas talian kementerian pendidikan malaysia, borang pendaftaran tahun 1, pendaftaran tahun 1 2020

You May Also Like

3 comments

  1. Thank for info. Pagi tadi kak feni baru pergi sekolah untuk buat pengesahan tahun satu anak sulung.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Sayidah atas info yang berguna...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p