done beli 4 novel penulis-penulis bestseller di Lazada! - sayidahnapisahdotcom done beli 4 novel penulis-penulis bestseller di Lazada!
LightBlog

done beli 4 novel penulis-penulis bestseller di Lazada!

Iye, saya memang kaki novel dan peminat tegar novel sejak dari sekolah.

Walaupun kat blog ni saya jarang dan tak banyak sangat tulis review tentang novel, tapi ketahuilah bahawa saya memang gila novel. Novel yang saya dah baca dari dulu sehingga sekarang rasanya dah ratusan banyaknya. Tak kisah novel dari publisher apa pun, semuanya saya baca. Alaf 21, penulisan2u, karya Seni, fixi, dan lain-lain.

Dulu time sekolah, matrik dan Universiti saya hanya pinjam novel kawan-kawan atau saudara mara tetapi sekarang ni dah ada duit sendiri, dah mampu nak beli novel sendiri.. saya pun 'berjinak-jinak' lah mengumpul koleksi novel sendiri.

Jinak la sangat kan, padahal saya ni kalau mood beli novel datang menghantui plus ada duit.. memang SANGAT BAHAYA. Masuk kedai buku such as MPH & Popular kadang kadang boleh angkut 4/5 novel ke kaunter. Terkejut kawan saya tengok haha.

Macam sekarang ni.. tengok lah. kena rasuk lagi sekali, beli online 4 novel terus!

Alaa bukannya apa, sebenarnya haritu saya ada join Blogger Lazada Contest dan memenangi empat voucher - 1 voucher RM40 & lagi 3 voucher bernilai RM20. Apalagii... beli novel laaa! Heh.

Lagi-lagi sekarang ni sedang berlangsungnya 'Merdeka Sale' di Lazada (https://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) sempena meraikan 61 tahun Malaysia merdeka, dari 28 Ogos - 31 Ogos 2018. Menawarkan pelbagai tawaran ekslusif dan diskaun up to 80% off pelbagai produk dan barangan; termasuk tawaran dari local brand kesukaan netizen Malaysia seperti Habib, VOIR, Bonia, Siti Khadijah, Neelofar Hijab, LOL, PONEY & juga dari jenama antarabangsa.

Tengahari tadi time saya ushar-ushar novel apa yang nak dibeli, ada ternampak flash sales & voucher offer. Free shipping pun ada bagi sesetengah barang! Perghh bestt gilos. Tu yang lama den skrol pilih novel mana satu nak beli. Sebab rambang mata dengan barang sales yang lain hahaha.

Tak cukup dengan tu, saya try Merdeka Shakin' Deals Game. Nak la juga cuba nasib kot kot dapat menang RM15 voucher kan. Siapa yang untung? Saya jugaaa hehehe.

Caranya senang je. First, download (install) Lazada App kemudian log masuk. Second, just stay kat homepage. Then, shake (goncang few times) handphone. Boleh shake setiap hari until 31 Ogos. Tapi jangan shake pada siang hari dan tengah malam. Tawaran shake ni dibuka dari pukul 1 petang hingga 9 malam sahaja. (maklumat lanjut klik SINI)


done order 4 buah novel penulis-penulis bestseller di Lazada!

Dari 4 novel ni.. ada 2 novel yang baru keluar & 2 novel yang takde lah baru tapi saya teringin sangat nak baca.

1. AKU LELAKIMU

Novelis: Sara Aisha

(penulis novel bestseller JODOH ITU MILIK KITA, PEMBUKA HATI, SALJU KYOTO, SYURGAKU TAK SEMPURNA, Dheo's)
done beli 4 novel penulis-penulis bestseller
Novel AKU LELAKIMU - SARA AISHA
Sinopsis novel:

"I'm the only PhD in serial murder." - Ted Bundy

"You could smell the blood." - Richard Ramirez

Membaca pengakuan daripada pembunuh bersiri terkenal dunia sudah cukup menggerunkan. Tetapi, bagaimana kalau anda yang jadi sasaran?

Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatkan Tihani Rose sudah terlalu lali dengan mayat dan pembunuhan. Namun satu panggilan pada malam itu, mengubah segala-galanya.

"Tihani Rose, suara kau memang manis."

Dia diselamatkan oleh seorang lelaki yang langsung tidak dijangka-jangka. Lelaki yang pernah menghentak jantungnya dengan pengakuan...

"I am obsessed with serial killers."

Kemunculan Alexander Aryan bukan sekadar itu. Datangnya membawa memori silam dua belas tahun lalu. Katanya, mahu menjaga dan melindungi. Tetapi, benarkah dia sekadar seorang pelindung?

"Izinkan I ambil mood musim luruh ni, izinkan I guna keberanian yang tiba-tiba muncul ni, untuk luahkan apa yang ada dalam hati I." - Tihani Rose

"Tia, don't do this. You're hurting yourself." - Alexander Aryan

Bila seorang demi seorang remaja perempuan dibunuh, Tihani akhirnya mengetahui kebenarannya. Mereka semua dijadikan bahan latihan sebelum White Killer mendapatkan dia.

"You shall be my masterpiece, Tihani Rose." - White Killer

Tetapi White Killer tersilap besar. Tihani Rose tidak akan semudah itu menyerah. Untuk setiap titis air mata yang mengalir, setiap titis darah yang menitik dan setiap penderitaan yang dia tanggung, Tihani akan melawan semula.

"Kau nakkan nyawa aku? Baik. Bring it on. Malam ini, hanya akan ada salah seorang daripada kita yang selamat." - Tihani Rose

Cabaran akhirnya dilempar. Mereka sudah sama-sama jadi gila. Dan Alex semakin terdesak! Mampukah dia jadi sang penyelamat? Atau dia perlu membebaskan kegilaannya sendiri? Kerana sesungguhnya, dia juga bukan manusia biasa.

2. I Love You Stupid! Extended Version 1

Novelis: Melur Jelita

(penulis novel bestseller I LOVE YOU STUPID!, MY PRECIOUS IRIS, AWAK SUKA SAYA TAK?, THE UNSUNG HERO, THE ONE, mikayla, AWAK SUKA SAYA TAK? 2)
done beli 4 novel penulis-penulis bestseller
Novel I LOVE YOU STUPID! EXTENDED VERSION 1 (bonus unpiblished deleted scene!)
Sinopsis novel:

KISAH KEMANUSIAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG.

Perjalanan hidupku mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hati.

Aku, Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang. I'm bad and dangerous!

"Apalah sangat dengan saman tiga ratus ringgit? Lebih dari itu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hottie ni. Handsome dan pedassss!"
IRIS

"Kesalahan keempat cuba mengoda polis.
Kesalahan kelima, menghina kerja polis,
Kesalahan keenam, menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas.."
INSPEKTOR EBRAHIM A.K.A ABANG PEDAS. MR PARFAIT! PERFECT!

"Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh seksi Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris."- DOKTOR AIDAN

Abang pedas sudah hilang, hidupku sunyi. Tiada lagi hiburan.

Dari pembunuh senyap lelaki tanpa bayang aku bertukar kepada pembunuh lanun tanpa ampun!

Gara-gara dia! Ya, dia. FIRMAN the lanun! Mulutnya ya rabbi! Ufff pedas pijar!

Di Kemboja, aku dihadiahkan seorang bodyguard yang serabut serabai bagai roti kirai! Persis seorang lelaki tua gelandangan yang tidur di atas kotak. Nak melalak aku! Teruk betul taste papa! Langsung tidak memahami jiwa seorang anak. Tiada yang handsome sikit ke?

Dia lupa ke siapa aku? Seorang SUKSIS yang bersemangat kental. Salah satu produk Polis Diraja Malaysia yang paling berjaya! Setakat lanun selebet seperti dia, aku sesah tanpa ampun!

Demi misi, aku terpaksa bersabar. Dan aku berdoa kesabaranku tidak menipis. Jika tidak, pasti kami berbunuhan!

Cukuplah Allah ada dan DIA ada untukku.

3. Cik Isteri Dan Encik Suami

Novelis: airisz

(penulis novel bestseller Cik Bunga dan Encik Sombong, Cik Cinderella dan Encik Tengku, Cik Blur dan Encik Ikhlas, Cik Calla Lily dan Encik Bos, Cik Sederhana dan Encik Segak, Cik Juliet & Encik Romeo)
done beli 4 novel penulis-penulis bestseller
novel CIK ISTERI DAN ENCIK SUAMI - airisz
Sinopsis novel:

AKU? Nama aku Cantek Safia. Muda lagi, tapi dah jadi janda. Siapa kata perkahwinan pilihan orang tua akan kekal hingga akhir hayat? Tipu semua tu.

Semua marahkan aku kerana alasan aku bercerai dengan menantu pilihan nenek sangat tidak boleh diterima akal. Hanya kerana dia lelaki sejuk bekudan aku rasa dia suami tanpa perasaan, aku tarik diri dari hidupnya. Hidup seorang Hud Khusairi.

Dua tahun pegang status janda, tiba-tiba bertemu dengan dia semula. Di tempat kerja yang sama dan lebih menyakitkan hati, dia ialah ketua aku sekarang. Entah apa mimpi dia, dia macam cuba berbaik semula dengan aku.

“Esok abang jemput Fia.”

“Tak payah. Fia pergi dengan Kak Nor. Kak Nor sebulan kena kerja kat Shah Alam.”

“Jangan menyusahkan orang, Fia.Abang kan ada.”

“Abang siapa buat Fia?”

“Bukan sesiapa, tapi abang sentiasa ada untuk Fia.”

“Abang dah hilang akal ke?”

Dan akhirnya aku tahu Hud bukan cuba berbaik dengan aku, sebaliknya lain ceritanya. Kak Mona, teman sekerja aku kata, Hud selalu akhir-akhir ini menghimpit makan sekali dengan geng kami waktu tengah hari. Dia dengan yakinnya berkata, Hud nak mengurat Annisa yang cun itu.

Huh! Buat penat aje aku perasan. Dahlah Cik Aida pun duk target lama dah Hud tu. Memang Hud Khusairi digilai di sini dan dianggap duda yang seksidan hot. Kalau ikut menyampah, aku dah nak letak jawatan, tapi mak paksa aku bertahan pula.

Macam mana aku nak jalani hari-hari dengan menghadap bekas duda aku di tempat kerja? Lagi satu, aku kena rahsiakan hal aku ini janda Hud sebab semua orang ingat bekas isteri Hud tu jahat orangnya. Sakit hati betul!

4. Jadikan Aku Yang Terakhir

Penulis: E-Man Sufi

(penulis novel bestseller SUAMI YANG KUBENCI, PABILA REMOE VS JULIET, HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI, BUKAN KERANA AKU TAK CINTA, JEBAT)
jadikan aku yang terakhir
novel JADIKAN AKU YANG TERAKHIR - E-MAN SUFI
Sinopsis novel:

Kisah bermula apabila Deniz diarahkan oleh ayahnya, Aziz bekerja di kafe yang terletak di kawasan jauh dari Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan ayahnya yang bekerja di Madinah, Deniz telah bertukar tempat dengan adik tirinya, Aisyah Nadine. Sementara Aisyah menyamar sebagai dirinya, Deniz pergi ke Izmir untuk bertemu ibu kandungnya tanpa pengetahuan Aziz.

Kerana terlalu sayangkan kakak tiri, Aisyah sanggup menyamar sebagai Deniz. Dia yang merupakan graduan dalam bidang veterinar terpaksa bekerja sebagai bakeri di kafe milik Iskandar.

“Kalau untuk Deniz, bukan setakat madu... Dengan sarang kelulut, satu ladang ni abang bagi percuma... Syaratnya... Jadi isteri abang nak?” - Reyhan

“Eee... Abang Reyhan ni kan banyak sangat makan madulah ni! Cakap pun merepek aja… Orang seriuslah!” – Aisyah

Tanpa dirancang, Aisyah jatuh cinta dengan Reyhan, abang kepada Iskandar hingga dia lupa kehadirannya di kampung itu hanya sementara. Bahkan dia sendiri tidak bersedia berdepan dengan Reyhan jika identiti sebenarnya terbongkar. Sungguh dia tak berniat menipu sesiapa!

“Awak tak patut libatkan Reyhan... Apa salah dia? Awak tahu kan yangawak dah perbodohkan dia... Perasaan dia macam mana pulak? Awak ingat dia nak bertepuk tangan kalau tahu awak tipu dia? Awak bukan Deniz! Awak Aisyah...”- Iskandar

Cinta... Bukankah asasnya keikhlasan dan kejujuran? Mampukah Aisyah terus berahsia tatkala semuanya mulai berubah? Masihkah cinta Aisyah menjadi yang terakhir buat Reyhan?
beli novel di lazada
Tempahan novel berjaya dibuat!
Alhamdulillah dah place order semua novel di atas.

Moga sampai dengan selamatnya aamiin. Sebab first time ni order novel kat Lazada. Biasa order barangan lain.

Selepas dah order, saya pun..
shake lazada
Merdeka Shakin' Deals Game di Lazada App!
shake it, shake it! Hahaha. Tak dapat pun voucher ciss. Kena cuba lagi nih di masa lain.

Jangan lupa Merdeka Sales di Lazada! Jangan lepaskan peluang sebab ada banyak barang murah murah selepas potongan diskaun tau! Last esok.
lazada merdeka sales
LAZADA MERDEKA SALE UP TO 80% OFF!
Okay ~ nak ushar jap sale apa yang ada hehe.

Daa~ wassalam!

Post a Comment

5 Comments

  1. wow merdeka sales dia mengancam! >.< banyak tu buku bleh habis sehari dua je ni kalu novel kan kan? :D

    ReplyDelete
  2. Bestnya kalau ada masa baca novel.
    Jom tukar link
    kembaraminda7.com

    ReplyDelete
  3. kompem tak buka laman web lazada kalu gini, byk sgt godaan.

    ReplyDelete
  4. Amboi KC! Kaki novel jugak dia ni haha.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p