Total Pageviews

Jom puasa esok & lusa! Isnin Puasa Tarwiyah | Selasa Puasa Arafah

by - August 19, 2018
Jom puasa esok & lusa! | Bersyukur sangat sangat saya berkesempatan dan berkemampuan untuk puasa esok dan lusa. Tulat? Tak bolehhh. Sebab rabu dah Hari Raya Haji/ Aidiladha hehe.

Sesiapa yang belum lagi habiskan hutang puasa ganti (qada' puasa) seperti saya, boleh la niat puasa ganti dan sunat sekaligus. pakej 2 dalam 1 gituuu. Haa jom jom korang kita puasa sama sama!


Jom puasa esok & lusa! Isnin Puasa Tarwiyah | Selasa Puasa Arafah


Eh japp jap. Ada apa dengan esok dan lusa sebenarnya? Ada apa apa yang special ke?
Jom puasa esok & lusa! Isnin Puasa Tarwiyah | Selasa Puasa Arafah
Jom puasa esok & lusa!

For your information, ESOK DAN LUSA ADA IBADAH YANG SANGAT LUAR BIASA JIKA KITA  MAMPU MENGERJAKANNYA. Wohooo apakah ia?

1. PUASA TARWIYAH (Isnin, 8 Dzulhijjah / 20 Ogos 2018)

2. PUASA ARAFAH (Selasa, 9 Dzulhijjah / 21 Ogos 2018)

Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat dianjurkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jama’ah haji. Namun, bagi jamaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 9 Dzulhijjah.

Maksud puasa Arafah adalah (mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 9 Dzulhijjah iaitu hari pada saat jama’ah haji melakukan wukuf di padang Arafah.

Dan maksud puasa Tarwiyah adalah (merenung atau berpikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah iakni 8 Dzulhijjah, hari sebelum hari wukuf.

KEUTAMAAN PUASA TARWIYAH DAN PUASA ARAFAH

Adapun keutamaan puasa sunah Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak melaksanakan ibadah haji berdasarkan beberapa hadist Nabi Muhammad SAW adalah:

1. Barang siapa yang menjalankan Puasa Tarwiyah akan dihapus dosa satu tahun yang lalu yang telah terlewati.

2. Sedangkan yang berpuasa di hari Arofah akan dihapus dosa dua tahun (1 tahun yang lalu dan 1 tahun yang akan datang)

3. Dan yang melaksanakan dua puasa ini akan dianugerahi oleh Allah SWT dengan 10 macam kemuliaan, iaitu:

1. Allah akan memberi keberkahan pada kehidupannya.
2. Allah akan menambah harta.
3. Allah akan menjamin kehidupan rumah tangganya.
4. Allah akan membersihkan dirinya dari segala dosa dan kesalahan yang telah lalu.
5. Allah akan melipat gandakan amal dan ibadahnya.
6. Allah akan memudahkan kematiannya.
7. Allah akan menerangi kuburnya selama di alam Barzah.
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya di Padang Mahsyar.
9. Allah akan menyelamatkannya dari kejatuhan kedudukan di dunia ini.
10. Allah akan menaikkan martabatnya di sisi Allah SWT.

Alangkah banyak keberkahan dan kebahagiaan yang Allah berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arafah.

Semoga kita termasuk di dalamnya. AAMIIN ~!
Jom puasa esok & lusa! Isnin Puasa Tarwiyah | Selasa Puasa Arafah
Jom puasa esok & lusa! Isnin Puasa Tarwiyah | Selasa Puasa Arafah
NIAT PUASA

Niat Puasa Tarwiyah

ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
NAWAITU SAUMA TARWIYAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALA
“Saya niat puasa Tarwiyah, sunnah kerana Allah Ta’ala”

Niat Puasa Arafah

ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ.                         
NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALA
“Saya niat puasa Arafah, sunnah kerana Allah Ta’ala”

Niat Puasa Ganti/ Qadha

"Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala"
ATAU
"Sahaja aku berpuasa esok hari qadha' fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala"

Selamat berpuasa semua~! Moga ibadat puasa dan solat kita diterima Allah amin :)


You May Also Like

6 comments

  1. Aamin..yang sihat...tidak uzur dan tiada keuzuran...boleh berpuasa...terima kaih perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Tq.InsyaAllah.mohon share ye

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p