Total Pageviews

makanan sate.. kenapa dinamakan sate / satay ?

by - August 29, 2018
Ketika kelas addmath baru baru ni.. student saya tanya satu soalan kepada saya. mungkin dia nak segarkan mata dia yang makin nak tertutup atau maybe saja nak 'kenakan' saya kan. 

Her: kak.. saya ada teka teki untuk akak.

Tiba-tiba je budak ni.

Me: apa dia?

Her: akak tahu kan satay? yang makanan satay tu.

Me: iye mestilah tahu.

makanan satay.. kenapa dinamakan satay/sate?

Her: okay. teka teki nya.. kenapa dinamakan satay?

Me: *mengulang semula soalan teka teki yang diberi*

Her: hah apa jawapan?

Me: sebab dah orang bagi nama tu?

Her: salah

Me: hmm.. ulang balik soalan (sengaja la kan suruh dia ulang. boleh drag masa sikit, acah acah tengah fikir hahaha!)

Her: satay yang kita makan tu.. kenapa.dinamakan.satay ?

Me: jawapan dia kelakar ke?

Her: teka jelah kak haha.

Me: ermm ermmmm hmmmmmm.

Her: give up eh?

Me: kejap laaa! *acah acah sedang berfikir deeply

Her: okay takpe. fikir lah. *sambil sambung buat soalan latihan dalam buku addmath

Setelah beberapa minit berlalu dengan senyap nya.

Her: cepat la kak teka!

Me: yelah yelah. give up!

Her: jawapannya....

*saya menunggu dengan sabarnya. agak agak apa lahh jawapan dia kan*

Her: jawapannya.. mana lah saya tahu kak. tanya lah dina.

Me: HA?

Her: yelah. yang makan satay tu dina, bukannya saya.

... *setelah dapat catch up apa yang dia maksudkan*...

Me: DAH AGAK DAH JAWAPAN ADA KAT SOALAN! CISKEKKK! CISKUTTT!

korang dapat tangkap tak jawapan tu? hehe.
-> kenapa DINA MAKAN satay? (Dina = nama orang)


p/s: korang teka betul tak? hahaha.

Daa~ wassalam!

You May Also Like

5 comments

  1. Ejaannya kena tulis macam ni 'kenapa Dina makan satay'

    ReplyDelete
  2. hahaha kurang asam betui. panjang akal bebudak tu :D

    ReplyDelete
  3. cis... baru ingat nak tau mana asal usul nama satay. sekali terkena daa...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p