Total Pageviews

Resepi Murtabak Maggi Ayam

by - August 15, 2018
Resepi Murtabak Maggi Ayam | Samar samar dalam ingatan saya.. adakah saya pernah masak (lebih tepat lagi - bantu memasak) murtabak maggi dulu dulu? Rasa macam pernah sekali - di kolej asrama UPM bersama coursemates. But.. tak pasti.

Atau adakah saya pernah tengok je orang buat murtabak maggi tapi tak pernah memasaknya? Besar kemungkinannya iye haha. Teringin sebenarnya nak try satu resepi murtabak maggi ayam yang saya jumpa haritu di Facebook. Serius nampak sedap gilos! Resepi nya pun nampak macam agak senang tapi biasanya yang 'nampak senang' tu lah agak susah in reality. But who knows..

Disebabkan saya peminat murtabak, tu yang tergoda tuh. Apa apa jenis murtabak rasanya saya boleh je sumbat dalam perut haha.

Since tak tahu lah bila saya nak cuba masak murtabak maggi bercampur ayam tu.. let me simpan dulu resepi tersebut dalam blog kesayanganku ini hahaha. Bila sudah sampai seru, saya akan try. Yassss!


Resepi Murtabak Maggi Ayam

Resepi Murtabak Maggi Ayam
Resepi Murtabak Maggi Ayam
Bahan-bahan:

4 peket maggi - direbus mee saja
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji telur
1 batang carrot
Isi ayam dan chicken ball secukupnya
3 sudu besar tepung jagung
4 peket serbuk perisa maggi
Sedikit daun sup dan bawang

*Paket serbuk maggi jangan dibuang boleh diguna sebagai bahan perisa.

Cara-cara:

1. Bersihkan isi ayam serta chicken ball dan potong semua menjadi ketulan kecil. Kupas semua bawang dan diracik halus kemudian bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil. Bersihkan daun bawang dan sup serta diracik halus juga. Rebus mee maggi sehingga kembang dan tos kemudian ketepikan dulu.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sehingga menjadi layu dan wangi kemudian terus masukkan isi ayam kacau, masukkan chicken ball, carrot, daun sup/ daun bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak. Masukkan sepeket serbuk perisa maggi dan kacau.

3. Masukkan semua mee maggi, tepung jagung kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni. Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain kemudian kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan rata. Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat.

4. Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ni sehingga masak. Angkat dan tos serta boleh dihidangkan.
Resepi Murtabak Maggi Ayam
Resepi Murtabak Maggi Ayam
Kredit resepi & gambar: Foodink Carteen

Nampak mudah dan sedap je kan kan resepi dan gambar-gambar marvelous di atas ni?

Gulp. Tak boleh tengok lama lama ni, nanti mengidam susah hahaha.

Okay selamat mencuba semua~! Daa~ wassalam!


You May Also Like

6 comments

  1. tarot juga pernah cuba buat murtabak sendiri masa bulan puasa haritu. Lagi jimat dan lagi puas hati, letak cheese sampai meleleh2

    ReplyDelete
  2. selagu jugak buat terutama bulan puasa. makan dengan mayonis bestnya

    ReplyDelete
  3. mama suka murtabak meggie ni.. boleh try la resepi kc nanti

    ReplyDelete
  4. Allahu..Sedapnya nmpk murtabak maggi ni....Huhu

    ReplyDelete
  5. serius sedap murtbak maggi ni. tapi shu tak pernah letak isi ayam lagi. selalu murtabak maggi dengan bawang saja. hehehe

    ReplyDelete
  6. Mengancam.. Akak pernah makan masa bulan puasa hari tu.. Buat sendiri belum lagi..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p