Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu - sayidahnapisahdotcom Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
LightBlog

Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu

Kisah Seram Benar | Dah lamo den tak buat entri cerita seram kan? Bukan apa. Kadang-kadang tu tak terjumpa pula tweet kisah kisah seram di twitter. Tapi baru baru ni saya ada jumpa yeayy!

Tapi thread cerita seram kali ini diiringi dengan beberapa gambar yang mungkin boleh mengejutkan anda anda yang mudah terkezut. Maka nya.. berhati-hati lah yeww. hahaha.


Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu


Gangguan di Masjid Paka, Terengganu. Makhluk halus kalau dah tegur...
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Thread kali ni masih bukan tentang pengalaman aku. Sebab ni pun ekstrak dari sesi borak-borak antara adult. Aku cuma curi curi dengar sambil tak menyampuk.

Aku mmg sopan sikit depan sedara mara haa. Family aku kunjung rumah arwah Pakngah. Waktu tu ialah minggu ke-2 raya Aidilfitri. Memang plan nak melawat pun tapi tak ramai yang ada dekat rumah. Pakngah kami dah takde, baru sahaja meninggal dunia. Yang ada kat rumah hanyalah Makngah, Along &-Angah (anak-anak Makngah).

Sambil sambil catch up cerita, borak tentang langsir raya, borak tentang keje mana sekarang blabla, Makngah buka story lama. Anyway ayah aku suke borak bab langsir dengan sedara mara. Yelah, sebab ayah aku buat business langsir, sofa & interior design. Selalu la jadi topik borak.

Aku & siblings duduk rapat la sebab kami suka dengar cite orang tua. Makngah tiba-tiba cerita tentang pengalaman lama, sewaktu ayah aku masih kecil & ikut mereka pergi beraya rumah sedara belah Terengganu sana.
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar
Makngah saje tanya samada ayah aku ingat lagi tak. Ayah aku beria kata ingat. Selang seli la mereka bercerita.

Makngah cite, teringat waktu Pakngah masih ada. Masa gerak Ganu tu Pakngah muda lagi. Lamaaa dulu. Perginya siang-konvoi 3 kereta. Memang sardin la 3 kete tu sebab dengan anak, menantu, cucu semua ada. Baby pun ada. Maklumlah, musim raya memang gini la gaya.
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar
Selesai beberapa rumah, mereka pun ambil keputusan untuk bertolak pulang. Sebenarnya boleh je sleepover dekat rumah sedara tu, tapi ramai sangat, jadi tak selesa & takut ganggu rumah orang.

Nak dijadikan cerita, masa balik tu dah nak Maghrib. Jalan punya jalan, pukul 9 lebih tak sampai-sampai lagi sebab jauh kan. Budak budak dalam kete dah memekak loncat atas riba mak, gaduh sesama sndiri & ada yang nangis sebab lapar.

“Abang, kita berhenti dulu la kat mana-mana. Nak bancuh susu untuk dua orang tu haa. Susahlah nangis je. Sian pulak” kata Makngah.
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar
“Oh yeke. Ok ok then kita berhenti kat surau masjid mana-mana nanti. Nak cari R&R memang idok ler kat jalan kampung ni” balas Pakngah. Pakngah tau yang dia kena inform kereta lain juga sebab dia yang lead.

Selepas beberapa minit, Pakngah masuk ke perkarangan Masjid Paka. Masjid ni femes kan kat Terengganu?
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar
Mereka pun beramai-ramai turun dari kereta untuk masuk ke ruang luar masjid. Waktu tu memang takde orang dah kat masjid tu. Lampu dalam dah tutup gelap gelita. Kelihatan bayang-bayang tiang-tiang masjid melintang panjang di atas lantai.

Lampu jalan yang colour oren dan lampu bumbung masjid je ada.
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar
Time tu pun dah taktau exactly pukul berapa after 9. Yang boleh solat semua ambil wuduk untuk solat jamak Maghrib-Isyak. Budak-budak ni ada yang dah tenang sikit sebab dah kenyang dapat minum susu. Bila dah kenyang, semua start aktif balik. Dorang aktif malam-malam gini sebab siang tadi waktu beraya, dorang tido je kat rumah sedara semua. So dorg pun start la main cak cak dalam ruang masjid yang dlm. Main lari-lari dalam gelap.
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar
Yang abang ajak adik kecik untuk turun ke tempat ambil wuduk dekat belakang. Lampu bukannya hidup.
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar
Ada yang panjat mimbar. Nyorok belakang langsir ruang solat prempuan. Telekung putih banyak tergantung-gantung. Lembut bergoyang walaupun tiada angin.
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar
Yang adult marah-marah & panggil dorang supaya duduk senyap. Yang Makngahnya dok peghati je sekitar. Dia rasa lain macam.
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar
Dia tak larat nak kejar budak-budak tu so dia tengok je dari jauh. Dekat sudut yang bayang-bayang memang gelap, dia rasa ada entiti tengah perhatikan mereka anak beranak.

Dia rasa tak sedap duduk tengok cucu dia lari-lari hampir nak cecah kaki dalam kawasan bayang bayang tu.

Dia rasa macam ada yang taknak mereka kat sini. Dia tenung tajam dekat bucu masjid dekat dengan partition ruang solat perempuan. Mata terus ke ruang gelap. Lama juga Makngah tenung. Ada dalam 5 minit. Lama juga Makngah rasa “ditenung”.

Settle smua urusan, dia ajak anak dia sambung perjalanan sebab rasa tak sedap. Tapi dia tak bagitau lagi punca. Dia simpan perasaan tu sorang-sorang dahulu.
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar 
Apa yang jadi selepas ni memang di luar jangkaan. (Kalau ayat senangnya, memang f*ked up). Daripada dia sorang je yang rasa seperti dihalau, sekarang memang ada sesuatu yang try hard untuk bagitau yamg mereka semua tak dialu-alukan kat masjid tu.

Mereka pun bersiap kemas segala beg bayi, lampin kotor untuk dibawa ke kereta. Meremang bulu roma dia bila tengok dekat tangga masjid, selipar membukit.
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar
Bersepah. Padahal dia tau, mereka je yang singgah kat msjid ni malam ni. Kereta dorang je yang ada kat parking. Sampai-sampai tadi memang gelap & takde selipar.

Budak-budak tu masih bising kecoh cari kasut sendiri sebab kena tindih dengan selipar-selipar misteri. Paklong & menantunya  masih tak perasan sebab sibuk layan kerenah anak cucu. Tolong pkaikan kasut dan cari kasut. Selipar misteri tu datang dalam pelbagai saiz & warna.

Ayah aku kata, even dia masih muda masa tu, dia dapat faham situasi. Dia sndiri pelik macam mana kasut dia susah sangat nak jumpa. Sampai kena selak selak.

Bila dah sampai tahap tu, yang adult semua dapat hint mengejut. Mereka tiba-tiba kerah semua masuk kereta cepat-cepat. Semua kelam kabut tak pandang tempt lain dah.

“Dah cepat masuk kete! Lampu masjid ni biar abah tutup. Korang masuk kete!” kerah Pakngah.

Ayah aku masih ingat yang dia terpinga-pinga cari kasut sendiri, rasa jantung rushing sebab orang dewasa semua memaksa supaya cepat.

Jadi mereka teruskan perjalanan pulang dengan senyap tanpa berkata apa apa. Makngah masih mendiamkan diri, hanya merancang untuk cerita pagi keesokannya. Makngah yakin ada sesuatu cuba bagitau yang ia terganggu dengan kedatangan mereka semua. "Sesuatu" itu mungkin yang main tenung-tenung tadi.

Orang tua kata, kita kena hormat masjid. Jangan bising. Sebab ada yang nak tumpg beribadat. Adab di dalam masjid kena amal.

Anyway, korang pernah jadi imam untuk makmum ghaib? Pernah kena ‘tap’ kat bahu untuk diimamkan? Pernah rasa ada orang ikut rukuk?
Kisah Seram Benar | Gangguan di Masjid Paka, Terengganu
Kisah Seram Benar

Post a Comment

3 Comments

  1. seram pulak mama baca.. mama pun ada sikit pengalaman masa kat surau area menghala kuala selangor. surau lama dimana tepi surau tu ada kubur. mula2 kamia anak beranak aje tapi masa kami nak solat tetiba ramai pula.. lepas solat yg ramai2 xde dah

    ReplyDelete
  2. tapi susah jugak nak "brain" kawasan masjid berhantu. sebab rumah Allah kan. tempat beribadah. melainkan benda tu tak suka suasana bising sebab dia pun nak beribadah. tu je la conclusion yang aku boleh fikir kan.

    ReplyDelete
  3. Adoilah.. seram pula lepas baca.. mujur siang..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p