Total Pageviews

Resepi Nasi Goreng Lada Hitam Simple tapi Berapi

by - September 29, 2018
RESEPI NASI GORENG LADA HITAM | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Hujung minggu ni buat apa? Mesti mood memasak mencanak canak kan pada hari Sabtu Ahad? Yelahh masa ni laaa kita spent time dengan keluarga & sanak saudara. Ataupun spent time dengan kawan kawan buat potluck atau berkelah ke kan. So.. meh.. jika anda hari ni mood terlajak rajin untuk memasak, boleh try masak Resepi Nasi Goreng Lada Hitam podeh ini.

Saya baru tahu rupanya lada hitam ni banyak khasiat dan kelebihan, antaranya boleh menurunkan berat badan. Yang jenis jaga badan (a.k.a diet) dan nak cepat kurus slim melim ala ala orang dalam pantang, molek sangat makan nasi goreng lada hitam nih. Cara membuatnya pun teramat amat simple. Tumbuk tumbuk, campak campak siap.

Walaupun simple mimple, saya tak pernah lagi la cuba resepi ni hahaha. InshaaAllah nanti kalau tiba tiba mengidam ke, haa I will cook it!


Resepi Nasi Goreng Lada Hitam Simple tapi Berapi

Oleh: Ruviantie Roslan
Resepi Nasi Goreng Lada Hitam Simple tapi Berapi
Resepi Nasi Goreng Lada Hitam Simple tapi Berapi | gambar sekadar hiasan
BAHAN BAHAN:

Nasi sejuk dua cawan
Bawang merah sebiji atau dua biji (tengok saiz. depends)
Bawang Putih 5,6 ulas. Lagi banyak lagi best.
Cili padi/cili api 3-5 biji
Lada hitam satu sudu kecil
Garam
Sayur
Telur
Sosej

*Bahan lada hitam, bawang merah, bawang putih dan cili ditumbuk.
Resepi Nasi Goreng Lada Hitam Simple tapi Berapi
Resepi Nasi Goreng Lada Hitam Simple tapi Berapi
CARA CARA MEMASAK:

1. Panas minyak, goreng bahan bahan yang ditumbuk sampai naik minyak.
2. Masukkan garam satu sudu teh.
3. Masukkan sosej.
4. Pecahkan telur, gaul dan masak sekejap.
5. Akhir sekali masukkan nasi dan sayur.
6. Gaul sebati dan siap untuk dihidangkan.
Resepi Nasi Goreng Lada Hitam Simple tapi Berapi
Resepi Nasi Goreng Lada Hitam Simple tapi Berapi
Perghhh 6 step je alahai senang, ringkas dan mudahnya! Betul lah seperti yang dikata tuan punya badan resepi ni. Campak campak, siap. Simple bebeno hahaha. Sangat sesuai bagi mereka yang nak masak cepat cepat kan, because of limited time.

Lagi satu.. kalau nak campur bahan bahan lain seperti ayam, daging, udang, sotong atau sayur lain boleh je. Ikut taste masing masing. Ikut kesedapan lidah masing-masing. Kalau tak suka sawi, boleh ganti dengan sayur lain seperti carrot, bean atau kacang panjang.

Okayy.. selamat mencuba!

Daaa~ wassalam! :)

You May Also Like

7 comments

  1. Nasi goreng lada hitam memang sedap..lagi banyak sayur lagi sedap..bagi yang suka sayurlah...hehehe..

    ReplyDelete
  2. fuhh berapi-api ni makan time hujan-hujan. sedapnya. hehehe

    ReplyDelete
  3. Wauuu...resepi berapi-api ni, tapi mesti sedap kan.....boleh try ni, bahan-bahan ada je ni dalam peti ais :)

    Follower #1277

    ReplyDelete
  4. Akak suka nasi goreng lada hitam ni. Simple tapi sedap. Tambah ayam lagi aummmm..

    ReplyDelete
  5. Simple tapi power. Lapar pula tetiba tgk nasi goreng KC ni.

    ReplyDelete
  6. sedapnya! Tapi kalau tergigit lada hitam tu memang menangis haha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p