October 2018 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Wednesday, October 31, 2018

October 31, 2018

Senarai Tarikh Cuti 'Panjang' 2019 | Jom Rancang Travel/ Trip Bercuti/ Balik Kampung!

Senarai Tarikh Cuti 'Panjang' 2019 | Pejam celik pejam celik.. eh eh esok dah 1 November 2018. Lagi 2 bulan, bertemulah kita dengan tahun baru 2019 inshaaAllah~ So.. tak ada rancang pergi mana mana ke pada tahun depan? Melancong ke tempat menarik dengan kawan kawan? Travel ke luar negara? Pergi trip dengan yang tersayang? Balik kampung bersama keluarga ke? Atau just nak enjoy 'me time' lepak lepak at somewhere jauh dengan orang? Hmm sounds good kan? Tapi.. kalau nak plan semua tu.. kena tahu dulu bila masa dan ketika nya tarikh cuti 2019 yang terdapat di Malaysia ini YEAHHHH!
Senarai Tarikh Cuti 'Panjang' 2019 | Jom Rancang Travel/ Trip Bercuti/ Balik Kampung!
Senarai Tarikh Cuti 'Panjang' 2019 | Jom Rancang Travel/ Trip Bercuti/ Balik Kampung!

Senarai Tarikh Cuti 'Panjang' 2019 | Jom Rancang Travel/ Trip Bercuti/ Balik Kampung!

New Year/ Cuti Tahun Baru - 1 Januari 2019 (Selasa)

Cuti Thaipusam - 21 Januari 2019 (Isnin)

Cuti Hari Wilayah Persekutuan - 1 Februari 2019 (Jumaat)

Tahun Baru Cina - 5 & 6 Februari 2019 (Selasa & Rabu)

Hari Buruh/ Hari Pekerja - 1 Mei 2019 (Rabu)

Hari Wesak - 19 & 20 Mei 2019 (Ahad & Isnin)

Nuzul Al-Quran - 25 & 26 Mei 2019 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Aidilfitri - 5 & 6 Jun 2019 ( Rabu & Khamis)

Hari Raya Aidiladha - 11 & 12 Ogos (Ahad & Isnin)

Hari Kebangsaan (Merdeka) & Awal Muharram - 31 Ogos - 2 September 2019 (Sabtu - Isnin)

Hari Keputeraan SBP Yang Di-Pertuan Agong - 9 September 2019 (Isnin)

Hari Malaysia - 16 September 2019 (Isnin)

Hari Raya Deepavali - 27 & 28 Oktober 2019 (Ahad & Isnin)

Hari Natal (Krismas) - 25 Disember 2019 (Rabu)
Senarai Tarikh Cuti 'Panjang' 2019 | Jom Rancang Travel/ Trip Bercuti/ Balik Kampung!
Senarai Tarikh Cuti 'Panjang' 2019 | Jom Rancang Travel/ Trip Bercuti/ Balik Kampung!
*warna hitam - hari Sabtu & Ahad
*warna merah - cuti umum
*warna biru - boleh minta cuti (suggestion untuk apply cuti to make it 'cuti panjang' & merealisasikan plan andaaa) 

PERGHHHHH SIAP DAH SUSUN SIAP SIAP KAT GAMBAR TU! Hahahaha. Bagus betul. Memudahkan orang untuk plan cuti ke mana mana or senang plan nak buat aktiviti apa apa. Mudah nak rancang apa apa bila tahu tarikh cuti-cuti yang ada.

Mudah juga nak ushar tarikh cantik yang mana satu untuk buat meaningful event. Contohnya.. antara tarikh paling cantik 2019: 9.9.2019. 9 September 2019 - Hari Keputeraan Agong. Haa time tu cuti umum. Maybe boleh nak buat event majlis tunang/ nikah/ kahwin ke kan. Gitchuww~

So.. korang dah ada plan cuti ke mana mana pada tahun 2019? Hehehe.

Monday, October 29, 2018

October 29, 2018

Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang

Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Setelah 'bercuti' dari blog ni selama empat hari, time to menulis semula yeahh! These four days were so hectic and full of activities & events. One of them was.. pergi ke Penang untuk menghadiri seminar 1 hari (kelas); being a cikgi; mengajar addmath pada hampir 100 orang pelajar Tingkatan 4 di Dewan Kuliah B Hotel, UiTM Pulau Pinang! #fuhhh

Saya telah dibayar untuk mengendalikan (a.k.a menjadi tenaga pengajar/ cikgu) program PBCS (Pelajar Bumiputera Cemerlang Sains) specifically in Addmaths. Seminar ini diadakan pada 27 Oktober 2018 yang lepas; hari Sabtu; di UiTM.
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang

Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang

Pada hari Jumaat, saya, umi & abi bertolak ke Penang. Of course lah abi yang drive kan hahaha. Kami bermalam di The Summit Hotel, Bukit Mertajam which is 15 minit sahaja dari hotel ke UiTM P.Pinang.

Mesti ada yang pelik.. kenapa tak bermalam di hotel UiTM? Sebab.. saya tak tahu pun dalam kampus UiTM ada hotel! Hahaha. Selepas dah booked hotel di Summit, baru lah Dr Anuar (pensyarah UiTM yang 'rekrut' saya untuk program ni) beritahu saya yang UiTM ada hotel.

But it's okay lah. Summit Hotel pun best sangat-sangat! Walaupun satu malam RM99.00 (corporate deluxe; for 2 adults) tapi hotelnya macam bertaraf mewah. Katil besar, luas dan sangat selesa. Ada TV, heater, peti sejuk kecil, seterika, iron board, almari, hanger, tuala (warna biru cantik! hahaha), bathtub pun ada hokay! Hahaha.

Siap dengan meja, kerusi, view yang sedap mata memandang. Conclusionnya, tak menyesal lah 'tersilap' booked hotel Summit. Hehehe.
the summit hotel bukit mertajam
the summit hotel bukit mertajam
the summit hotel bukit mertajam
the summit hotel bukit mertajam (abaikan telekung dan beg yang berserakan hahaha)
Okay tercerita pasal hotel penginapan pulaaa hahaha. Move to the next day.. Hari Sabtu.. hari kejadian! Di mana seorang Sayidah Napisah for the first time in history ajar ramai ramai orang sekaligus! Almost 100 students! #phewwwww
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
View dalam kampus UiTM Pulau Pinang
SERIOUS NERVOUS GILOSSS PAGI SABTU TU! Nak breakfast pun tak lalu. Takde mood nak makan. Order 1 roti canai pun rasa macam tak habis; tapi gagahkan juga makan hingga ke kepingan terakhir. Umi kata kena juga alas perut tu. Tak boleh biar kosong. Nanti sakit perut. Nanti kalau tak makan, takde tenaga. okay umi......

Mengikut jadual, kelas bermula pada pukul 9 pagi. Saya sampai ke dewan pada 8.45 a.m. lebih kurang. Nasib baik bila masuk dewan tu, student tak sampai lagi. Ada la sorang dua yang dah sampai. So, lega sikit lah. SIKIT JELA hahaha.

Then, jumpa En Najib kat depan dewan untuk tengok apa yang beliau dah prepare untuk saya nanti. Microphone checked. Visualizer (ala-ala projector versi canggih) checked.
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Visualizer & Microphone sedia~!
Bila dah check semua peralatan yang saya akan gunakan untuk mengajar dah tersedia di depan, saya naik semula ke tempat duduk umi & abi sementara menunggu kelas bermula.

Bila tengok student one by one masuk dewan, OH MY ALLAHHH! DUP DAP DUP DAP DUP DAP. SERIUS SEJUK TANGAN, BERPELUH PELUH SEBAB NERVOUS. Haihh bila menaip nak cerita ni pun sejuk tangan bila teringat balik my feeling on that time haha.
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Dan setiap student diberi handout nota formula & koleksi soalan yang saya telah sediakan.
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
muqaddimah into di muka surat depan handout
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Bila Dr Anuar & Dr Subri (pensyarah UiTM; ketua program PBCS) dah tiba di Dewan, saya pun turun ke bawah & umi abi pun keluar dari dewan. Pukul 9 pagi lebih kurang program bermula. Tapi Dr Subri bercakap dulu beberapa minit untuk membuat pengumuman pada pelajar-pelajar yang hadir (announce 4 pelajar yang berjaya melayakkan diri mewakili Malaysia ke Korea for an event/ competition related with rekacipta).

Lebih kurang setengah jam lepas tu, baru lah turn saya mengajar. Serius terketar ketar (dalam hati) bila nak melangkah ke 'pentas' depan dewan; memegang microphone. Mula-mula pegang mic, pandang hadapan. Semua pelajar diam. Duk tenung saya. Menunggu saya untuk bercakap. PERGHHHH GEMURUH TOKSAH CERITA LAAA! hahahaha.

"Assalamualaikum. Akak bukan cikgu sekolah, bukan juga pensyarah. So, panggil akak je."

(tak silap saya) Itu lah benda pertama yang keluar dari mulut saya time intro perkenalkan diri. Lepas tu perkenalkan nama, umur semua.. kemudian, bermula lah sesi pembelajaran.

Nak start mengajar tu kan, YA ALLAHHH BERDEBARNYA. Mula-mula mengajar tu serius peluh-peluh tau. Muka berpeluh, tiak berpeluh, tangan berpeluh, semua lah berpeluh. Sehinggakan hampir nak menitik air peluh ke atas kertas hahaha.

Yelah kan. Dengan perasaan nervous yang tak hilang-hilang, dengan nak kena adjust kertas atas visualizer nak bagi student nampak kat screen, nak kena menulis lagi, nak kena pandang depan lagi, nak kena tanya pelajar faham ke tidak, nak kena eye contact lagi. Dengan aircond tak rasa langsung kat depan tu! Mana tak peluh peluh hahahaha.

Saya mula mengajar dengan first chapter form 4 yang easy (for me) which is bab FUNGSI. Disebabkan overall average pelajar di situ adalah lemah & mendapat result yang teruk dalam peperiksaan akhir matematik tambahan, saya tak ajar laju sangat. Kalau laju-laju nanti mereka tak faham, takde gunanya juga kan.
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Selepas dah terangkan nota & formula yang ada di dalam bab, saya minta mereka untuk buat soalan latihan yang saya dah sediakan. Semua latihan tersebut adalah hasil koleksi soalan yang dikumpul dari final exam form 4 sekolah negeri lain & trial SPM 2018.

Sebenarnya senang je nak tengok mereka faham ke tak apa yang diajar. Caranya.. boleh buat ke tak soalan soalan tu? Kalau tak boleh, kita tahu lah yang rupanya mereka belum faham sepenuhnya bab tu atau kurang jelas dengan kehendak soalan.

Bila mereka tak boleh buat, saya pun tunjuk cara macam mana nak jawab. Apa keyword nya, apa formula yang perlu di apply & show step by step to solve it.

Dalam setiap bab, saya provide lebih kurang 8-10 soalan yang famous a.k.a suka ditanya di dalam trial/ real SPM. Dan almost semua soalan mereka tak boleh jawab hahaha. Ada la 2-5 orang yang response boleh jawab & dapat jawapan yang tepat tapi yang selebihnya.. stuck. Tak dapat nak jawab. So, saya ajar one by one cara nak tackle & cara nak jawab soalan-soalan tersebut.

Disebabkan itu juga lah, saya sempat ajar 2 bab sahaja (fungsi & persamaan kuadratik) untuk sesi pagi yang berakhir pada pukul 1 tengahari. Tapi sebelum tamat sesi pagi, ada test! Dr Anuar request saya untuk buat test 1 for sesi pagi & test 2 for sesi petang. Ada 5 soalan sahaja for 1 test (question tahap rendah, sederhana & tinggi). Pelajar diberi 30 minit total untuk jawab test.

For what ujian ini diadakan? Tujuan utama test - nak tahu tahap semasa pelajar. Untuk dapatkan keseluruhan prestasi anak didik. Untuk menguji mereka faham ke tidak yang saya telah ajar.

Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Sesi petang bermula pada 2.30 petang. Saya ingatkan sesi petang ni boleh la saya 'relaks' sikit (in terms of feeling) sebab pagi tu dah 'bermesra' dengan para pelajar. But NOPE! I was still nervousss and debaq debaq bak hang! Hahaha.

Saya still berpeluh-peluh bila mengajar pada sesi petang. Bertambah-tambah nervous bila budak-budak ni extra-behaved pula. Ada yang 'mengusik' saya & main-main bila jawab soalan saya. Mungkin lepas makan terlebih tenaga kan. Sabo jelah kan.

Tapi sesi petang lebih 'meriah' berbanding sesi pagi. Pelajar-pelajar semua lebih menunjukkan response. Walaupun ada response yang 'main-main' tapi lama-kelamaan response semua baguihh belaka.

Yang lawaknya.. bila part masuk bab keempat - bab persamaan serentak. Saya tanya "senang tak bab ni?". Dalam hati saya dah agak mereka akan jawab SENANG tapi saya sengih je. Saya tahu ramai student yang pandang rendah bab ni sebab disangka mudah tapi bila jumpa soalan susah, ternganga. Same goes to them. Mereka kata senang tapi..? Bila saya suruh mereka buat first soalan bab ni, mereka tak boleh buat. Soalan kedua & ketiga pun mereka tak boleh buat.

See? Bab senang tapi tak boleh nak buat. Maksudnya mereka masih belum menguasai sepenuhnya bab senang tersebut.

That's why saya ceramah kepada mereka.. Kena buat banyak latihan. Walaupun bab senang, tapi jangan tak buat soalan-soalan related with bab yang disangka senang tu. Kita rasa bab tu senang sebab so far, kita jumpa soalan yang senang je. Tak pernah jumpa soalan yang susah. Sebab apa tak pernah jumpa? Sebab tak mencari, sebab buat latihan sikit je.

Bila asyik jumpa soalan yang senang, tu yang OVERCONFIDENT fikir bab tu senang je & tak beri EFFORT untuk memperbanyakkan buat latihan. That's where the mistake happen.

Tapi takpe. Saya beri mereka motivation. Salah sekarang takpe, jangan salah time SPM. Biar sedih sekarang tak dapat nak jawab soalan, jangan time SPM nanti. Usaha sekarang supaya tak merana time SPM. Ada masa lagi untuk mereka 'berubah'.

Tak sedar masa berlalu, dah pukul 4.15 petang! uishh terkejut saya sebab Dr Anuar kata kelas berhenti pada 4 petang hahaa terlajak sudaaah. Nasib baik lah tak lari jadual sangat.

Kemudian, test 2 pun bermula. 4.20-4.40 petang. Walaupun test 2 tersebut mengandungi soalan-soalan bab yang saya tak sempat nak ajar, tapi Dr Anuar suruh mereka jawab juga. Nak tengok tahap prestasi mereka macam mana dan tahap pemahaman mereka terhadap pembelajaran cikgu di sekolah.

Sebelum kelas dismiss, saya beri sedikit tips & nasihat untuk mereka. Mereka pun say thanks pada saya kerana sudi ajar mereka. Alhamdulillah~ 
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Overall, walaupun agak frust sebab ketika itu saya masih batuk & selsema, tapi saya sudah beri yang terbaik. Saya berpuas hati kerana saya telah berjaya wujudkan two ways communication dengan para pelajar. And sangat bersyukur kerana berpeluang mendapat pengalaman pertama yang berharga dan sangat mencabar. For me, this first experience was very challenging sebab sebelum ni saya biasa mengajar tutor one to one / one to two sahaja. Tak pernah mengajar ramai ramai yang bilangannya hampir mencecah 100 orang! Pheww lega berjalan dengan lancar semuanya.

Harapan saya.. semoga kelas saya pada hari tersebut bermanfaat pada semua student yang datang & beri harapan pada mereka untuk target LULUS & CEMERLANG in their upcoming SPM next year. InshaaAllah aamiin.

Sejurus selesai sahaja kelas, Dr Anuar ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana telah mengajar dengan sabar dan melayan soalan student dengan tenang. Then, nanti Dr akan email keputusan test 1 & test 2 mereka kepada saya.

Selepas Dr Anuar beri full payment seperti yang dijanjikan, kami pun bertolak pulang. THE END. Hahahaha.
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
Thank you Allah for this pure gold opportunity & valuable experience!

Bawah ni sedikit 'sedutan' di hari kejadian. Enjoy! (p/s: sorry for low quality)

Daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:

TIPS ADDMATH | Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Skor 12 Bab Ini!

Analisis & Tips Skor Matematik Tambahan (addmath)
Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 Pelajar Form 4 di UiTM Penang
mencari tutor kelas tusyen matematik & matematik tambahan di area Seremban? whatsapp me!

Wednesday, October 24, 2018

October 24, 2018

7 Nasihat Kubur Yang 'Menyeramkan' ~ Wordless Wednesday

Tuesday, October 23, 2018

October 23, 2018

RESEPI MUDAH PUDING JAGUNG SEDAP BERLEMAK!

Resepi Mudah Puding Jagung Sedap Berlemak! | Walaupun cara membuat nya senang dan resepi mudah je tapi .. in history, tak silap saya, umi pernah buat puding jagung kat rumah sekali je kot. Tak ingat sangat dah. Tapi sekali tu jelah haha.

Mungkin sebab anak anak umi tak pernah request kot kan eventhough sebenarnya saya suka dengan 'kuih' puding jagung ni. Lagi lagi kalau kena dengan orang yang pandai masak, perghh marvelous! Tekstur lembut dan sekata.. rasa yang sedap berlemak pula tu. Mahu habis seloyang makan sorang hahaha.

Apa-apa pun saya nak save dulu resepi puding jagung dalam blog ni. Bila-bila nak buat (tak tahu la tahun bila hahaaha), I will just refer to this entry.
RESEPI MUDAH PUDING JAGUNG SEDAP BERLEMAK!
RESEPI MUDAH PUDING JAGUNG SEDAP BERLEMAK! | gambar credit to: idabaharum.com

RESEPI MUDAH PUDING JAGUNG SEDAP BERLEMAK!

Oleh: zurinanuar ina

Bahan-bahan:
1 cawan jagung
1 cawan tepung kastard
1 cawan setengah gula
1/2 cawan susu pekat
5 cawan santan
Garam secubit rasa lah bancuhan tu dulu

Cara memasak:

Gaulkan kesemua bahan kacau rata dulu dalam periuk supaya tidak berketul ye.. Dah ok cantik, kemudian letak atas dapur. nyalakan api yang kecil. jangan api marak nanti puding cepat berketul dan tak cantik kejadiaannya.
RESEPI MUDAH PUDING JAGUNG SEDAP BERLEMAK!
RESEPI MUDAH PUDING JAGUNG SEDAP BERLEMAK!
Kena sabar ye. Kacau puding selalu. jangan tinggalkan dia walau sekejap. Kacau selama 25 minit or 30 minit, dah mendidih je tutuplah api dan cepat cepat tuang dalam tray (loyang) untuk dapatkan puding yang licin dan cantik ye.. Jangan biar lama nanti dah sejuk berketul kejadian puding tak lawo. mengerutu jadinya.
RESEPI MUDAH PUDING JAGUNG SEDAP BERLEMAK!
RESEPI MUDAH PUDING JAGUNG SEDAP BERLEMAK!
Tambahan ye.. sis dah buat dan potong sedap sangat tapi lembik sedikit.. Kalau lembik boleh bubuh tepung jagung sikit ye.. Masak tu nak tahu dia keras ke tidak bila kita kaup balik bancuhan puding tu dia jatuh lambat. kalau masih bertali laju ja jatuhnya bancuhan tu tandanya belom masak lagi ye. Minta maaf tau sebab sis pun pertama kali ikut resepi dari kawan mak sis nie, apa pun memang sedap cukup berlemak!
RESEPI MUDAH PUDING JAGUNG SEDAP BERLEMAK!
RESEPI MUDAH PUDING JAGUNG SEDAP BERLEMAK!
Selamat mencuba ye!

BACA JUGA:

Resepi Kuih Kayu Keramat Terengganu/ Kayu Kamat Legend

Resepi Milo Kepal VIRAL

Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap

October 23, 2018

TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!

TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? | Subjek addmath antara subjek yang paling ditakuti dan digeruni ramai. Ramai yang complain kata susah laaa dan tak faham bila cikgu ajar. In another case.. student faham bila cikgu ajar tapi bila mengadap the real soalan matematik tambahan SPM trial or final exam, otak blank. Blur. Tak faham apa yang soalan nak. Tak tahu formula apa nak apply. Kurang jelas cara nak selesaikan masalah. Dan sebagainya. Itu disebabkan kurang membuat latihan.

Sehinggakan cikgu addmath saya di sekolah kebangsaan Sungai Kertas beritahu saya bilangan pelajar yang gagal addmath sekarang makin meningkat. Makin teruk markah mereka. Makin menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan & markah merosot dalam subjek matematik tambahan.

For your information, i'm a tutor for math & addmaths subject. So.. ramai pelajar dan mak ayah pelajar tanya & meluahkan perasaan.. "ada cara tak nak lulus addmath?", "saya tak pernah lulus addmath, boleh tolong saya tak?", "anak saya asyik gagal dan paling teruk markah addmath.. tu yang saya cari tutor untuk ajarkann", "nak target lulus addmath sangat susah. ada apa apa tips tak?"

TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!

Saya minat addmath dan suka akan addmath. So.. Disebabkan ramai yang sukar untuk lulus & susah untuk skor lulus dalam subjek addmath, let hakakkk help you ye adik adik semampu yang mungkin.
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
Okay! Straight to the point.. sila target jawab soalan-soalan 12 bab ini SAHAJA kalau anda nak lulus addmath. Total ada 21 bab dalam subjek addmath. Dari 21 bab ni, saya cadangkan anda fokus only 12 bab ini untuk AT LEAST LULUS. Sebab apa saya suggest 12 bab ni?

Bagi saya, sebab:
- 12 bab ni antara yang senang nak faham dan skor.
- 12 bab ni juga CONFIRM keluar SPM. Either kertas 1 or kertas 2 or both.
- ada some chapter yang confirm masuk both paper (kertas 1 & 2). Lagi bagus sebenarnya target bab yang confirm akan keluar K1 & K2. its like 'menyelam sambil minum air'. dapat benefit jawab soalan dua-dua kertas dengan hanya 1 bab.

EMPAT bab wajib keluar di kertas 2 Bahagian C iaitu: (dua bab terakhir dari tingkatan 4 &5)
1. Penyelesaian Segi Tiga (ting 4)
2. Nombor Indeks (ting 4)
3. Gerakan Pada Garis Lurus (ting 5)
4. Pengaturcaraan Linear (ting 5)

Yang seronoknya, empat-empat bab di atas hanya ada di bahagian C kertas 2 sahaja. Kat kertas 1 or bahagian lain takkan ada empat bab di atas.

Dan yang lagi seronoknya, pelajar hanya wajib jawab 2 soalan di section C. Maksudnya hanya jawab 2 daripada 4 bab tersebut SAHAJA. 1 soalan 1 bab & 1 soalan 10 markah. So.. student boleh pilih siap-siap nak fokus study 2 bab dari 4 bab di atas. Lagi 2 tu abaikan saje.

And for me, 2 bab yang lebih senang untuk skor dan faham antara 4 bab di atas adalah penyelesaian segi tiga & nombor indeks.

Fokus Study 10 Bab Ini (plus 2 bab backup) Untuk Lulus Addmath SPM!

10 BAB UTAMA:
Ting 4 Bab 1 Fungsi - K1
Ting 4 Bab 2 Persamaan kuadratik - K1
Ting 4 Bab 3 Fungsi Kuadratik - K1
Ting 4 Bab 4 Persamaan serentak - K2 Bahagian A
Ting 4 Bab 5 Indeks & logaritma - K1
Ting 4 Bab 6 Geomeri koordinat - K1 & K2
Ting 4 Bab 8 Sukatan membulat - K1 & K2
Ting 4 Bab 10 Penyelesaian Segi Tiga - K2 Bahagian C
Ting 4 Bab 11 Nombor Indeks - K2 Bahagian C
Ting 5 Bab 2 Hukum Linear - K1 & K2 Bahagian B

2 BAB BACKUP:

Ting 4 Bab 9 Pembezaan - K1 & K2
Ting 5 Bab 4 Vektor - K1

*Kertas 1 (K1), Kertas 2 (K2)

NOTA RINGKAS & FORMULA PENTING OF TARGETTED BAB UNTUK LULUS SPM ADDMATH!

Okayy mungkin anda dah tahu bab apa yang nak di-study tapi blur nak mula dari mana, atau confuse apa yang nak kena tahu dalam sesuatu bab tu.. so these are for you.

Bawah ni adalah subtopik bagi setiap 10 bab ( +2 bab backup) yang anda perlu target untuk lulus. Ada juga saya sertakan nota ringkas (short note) untuk 8 chapter. Pastikan tahu macam mana nak buat dan macam mana nak tackle soalan yang mengandungi bab-bab tersebut (dengan membuat praktis latihan banyak-banyak!). InshaaAllah LULUS addmath di tangan anda!

10 BAB UTAMA YANG PERLU USAHA SKOR FULL MARKS!

1. FUNGSI

Subtopik:
- domain, kodomain, objek, imej & julat
- kenalpasti adakah fungsi atau tidak?
- jenis hubungan (ada empat - one to one, one to many, many to one, many to many)
- wakil fungsi (ada tiga - graf, pasangan bertertib)
- fungsi gubahan
- fungsi songsang

2. PERSAMAAN KUADRATIK

Subtopik:
- punca punca persamaan kuadratik (boleh cari guna kalkulator (EQN degree 2), from graf, formula & penyempurnaan kuasa dua)
- cara buat penyempurnaan kuasa dua (completing the square)
- persamaan paksi simetri x = ? (midpoint - titik tengah)
- hasil tambah punca (SOR)
- hasil darab punca (POR)
- pembentukan persamaan kuadratik (melalui SOR POR atau penyempurnaan kuasa dua)
- jenis punca persamaan (ada tiga)
- cari julat nilai x
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
3. FUNGSI KUADRATIK

Subtopik:
- penyempurnaan kuasa dua (titik pusingan - titik minimum/ maksimum)
- nilai minimum/ maksimum
- paksi simetri (x = ?) - macam mana nak cari?
- cari julat nilai x/y (f(x))
- cara lakar graf fungsi kuadratik
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
4. PERSAMAAN SERENTAK

Subtopik:
- persamaan serentak dalam dua anu (unknown) / dua persamaan
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
5. INDEKS & LOGARITMA

Subtopik:
- nombor dalam bentuk ideks
- hukum hukum indeks
- logaritma suatu nombor
- hukum hukum logaritma
- penukaran asas logaritma
- persamaan indeks
- persamaan logaritma

6. GEOMETRI KOORDINAT

Subtopik:
- jarak di antara 2 titik
- titik tengah (midpoint)
- pembahagian tembereng garis dengan nisbah m:n
- luas segi tiga & segi empat
- kecerunan garis lurus, m
- garis lurus selari & serenjang (normal, 90 degree)
- persamaan garis lurus (tangen, normal/serenjang, pembahagi dua sama serenjang)
- titik persilangan (solve by persamaan serentak)
- persamaan lokus melibatkan jarak (unit, nisbah m:n, titik tengah)

7. SUKATAN MEMBULAT

Subtopik:
- radian & darjah
- panjang lengkok bulatan, s
- perimeter tembereng bulatan
- luas sektor bulatan
- luas tembereng bulatan
- pythagoras theorem

8. HUKUM LINEAR

Subtopik:
- penukaran hubungan tak linear kepada bentuk linear
- persamaan garis lurus (Y = mX + c)
- soalan kebiasaannya tentang:
(i) tukar persamaan tak linear > linear
(ii) cari nilai
(iii) ungkapkan (express)
(iv) buat graf (kertas 2)

9. PENYELESAIAN SEGI TIGA (SOT)

Subtopik:
- petua sinus
- petua kosinus
- luas segi tiga
- lakar segi tiga
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
10. NOMBOR INDEKS

Subtopik:
- nombor indeks (indeks harga) - formula, peningkatan (100+), penurunan (100-)
- indeks gubahan - formula
- indeks gubahan baru - ada dua cara untuk dapatkan
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
2 BAB BACKUP
(at least skor sikit markah dari bab-bab backup ni pun dah okay. 3-7 marks will be really helpful dalam menaikkan markah untuk lulus):

1. PEMBEZAAN

just tahu basic je. yang penting tahu:

(i) macam mana cara nak differentiate (terbitan pertama dy/dx or f'(x)) untuk semua jenis fungsi (kuasa, darab & bahagi dua polinomial)

(ii) persamaan tangen & normal - caranya sama macam buat persamaan garis lurus di bab geometri koordinat. cuma lainnya part kecerunan, m. kecerunan dalam bab pembezaan ni adalah:

m = terbitan pertama (dy/dx atau f'(x))

itu sahaja yang membezakan.

2. VEKTOR

ini pun sama. just tahu basic konsep vektor je sudah cukup. yang penting tahu:

(i) cara tambah, tolak & darab vektor
(ii) vektor dalam Satah Cartes (i,j)

DONE!

Hah.. selepas dah tahu bab apa yang hendak difokuskan untuk study.. kemudian, apa dia? Yess!

Buat latihan exercises untuk setiap 12 bab di atas. Fokus soalan melibatkan 12 bab di atas SAHAJA. Buat soalan trial SPM, real SPM, dan soalan final negeri lain. Kalau tak tahu, check jawapan. Tengok step by step cara jawab soalan addmath tersebut di bahagian skema jawapan. Learn from that.

Practice make perfect. So.. buat soalan latihan banyak-banyak. Dan elakkan daripada buat careless mistakes! InshaaAllah anda boleh lulus SPM matematik tambahan! Aamiin~

Semoga bermanfaat. Jangan lupa share pada kawan-kawan yang lain yang hendak lulus exam addmath.

Semoga berjaya!

Daa~ wassalam! :)
TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!
mencari tutor kelas tusyen matematik & matematik tambahan di area Seremban? whatsapp saya di 0172008642!