5 Jenis Bahasa Cinta Manusia - sayidahnapisahdotcom 5 Jenis Bahasa Cinta Manusia
LightBlog

5 Jenis Bahasa Cinta Manusia

5 Jenis Bahasa Cinta Manusia | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Wah wahhh entri tentang cinta yee. Tak kenal maka tak cinta gituu. Malam ni kita romantik sikit la eh. Jom ketahui lima jenis bahasa cinta manusia yang mungkin kita tak pernah tahu.
5 Jenis Bahasa Cinta Manusia
5 Jenis Bahasa Cinta Manusia


5 Jenis Bahasa Cinta Manusia


Manusia ada 5 Jenis Bahasa Cinta, kalau ikut Gary Chapman, penulis buku The Five Love Language. Lain orang, lain bahasa dia. Bila kita tahu bahasa cinta seseorang, kita akan semakin pandai ambil hati dia, sampai dia akan suka/sayang kita.

Bahasa cinta ialah sejenis ekspresi seseorang untuk meluahkan rasa sayang pada seseorang. Tak semestinya couple, sesama adik-beradik, parents atau kawan pun boleh apply. Asalkan sesama manusia, bukan dengan kucing atau ayam

1. Sentuhan Fizikal (Physical Touch)

Ada orang suka disentuh dan menyentuh, untuk jadi lagi akrab. High five, fist bump, peluk, belai, tepuk bahu, usap dan lain lain. As long as sentuh secara fizikal, dia suka. Orang macam ini sangat tak sesuai dengan long distance relationship.

Struggle gila!

2. Kata-kata dan puji-pujian (Words of Affirmation)

Apa-apa melibatkan bercakap, memang dekat di hati dia.

"Thanks banyak tolong aku."
"I love you, sayang."
"Kau memang power bab ni."

Berbunga telinga dia dengar ayat-ayat macam ni ❤️

Kau cakap telefon dengan dia pun boleh timbul rasa sayang.

3. Khidmat Servis (Act of Service)

Dia suka gila orang buat something untuk dia.

Hantar pergi pasar.
Tolong pasang langsir.

Dia hargai gila benda macam tu.

Kalau dia susah, kita tolong, memang dia akan ingat sampai bila-bila.

(Tapi tolong tengok tu tak termasuk okay?)

4. Masa Berkualiti (Quality Time)

Spend masa dengan dia, pergi dating, hiking sama-sama, ajak main bowling, atau sekadar keluar makan pun. Selagi kau luangkan masa dengan ikhlas dan sepenuh hati (bukan sambil main gajet), memang benda macam ni akan masuk tepat ke hati dia.

Serius tak tipu.

5. Hadiah atau beri sesuatu (Receiving Gifts)

Hadiahkan coklat,
Beli bunga,
Beri hadiah randomly,
Atau apa saja.

Dia sangat suka bila kasih sayang tu physically terjemah melalui objek-objek fizikal macam ni. Orang macam ini costly sikit haha. Tapi untungnya dia pun jenis kaki bagi hadiah  :)

So macam mana nak tahu bahasa cinta seseorang tu?

Senang je.

Kau tengok apa yang dia suka buat pada orang lain. Biasanya bahasa tu terpamer bila dia dengan seseorang. Sama ada suka bagi hadiah, cakap-cakap, sentuhan, buat sesuatu or spend masa bersama.

Perhatikan.

Macam tu juga kalau kita nak tahu bahasa cinta kita mana satu. Tengok apa kita suka buat pada orang lain sebagai tanda ekspresikan sayang kita. Sebab kalau bahasa cinta tu tak match, dia takkan betul-betul menusuk ke hati.

Contohnya kita belai orang yang suka hadiah. Tak kena.

Aku sekarang dah start buat kelas perkongsian Psikologi secara online. "AP Studio" namanya.

Tema bulan Oktober, pasal Autisme. November Depression, Disember pula Introvert Extravert.

Klik untuk tahu lagi lanjut https://aimanpsikologis.com/ap-studio
5 Jenis Bahasa Cinta Manusia
AIMAN PSIKOLOGIS
Haaa so.. korang yang mana satu?

Then, ada yang tanya macam mana kalau ada kelima-lima jenis bahasa cinta ni dalam diri?

Possible. Kalau macam tu, tengok kita cenderung lebih kat mana. Nak tahu kita cenderung ke mana satu.. buat test online 5 Love Language https://www.5lovelanguages.com/
5 Jenis Bahasa Cinta Manusia
5 Jenis Bahasa Cinta Manusia
Saya dah buat! hahaha.

Saya dapat skor paling tinggi kat jenis bahasa cinta - Words of Affirmation. And second highest - quality time.
5 Jenis Bahasa Cinta Manusia
5 Jenis Bahasa Cinta Manusia
5 Jenis Bahasa Cinta Manusia
5 Jenis Bahasa Cinta Manusia
5 Jenis Bahasa Cinta Manusia
5 Jenis Bahasa Cinta Manusia
Saya rasa betul lah tu the highest score is my main love language. Saya jenis yang suka orang cakap baik baik dengan saya, puji, appreciate saya with words, luahkan sayang dengan cakap "i love you" or "i miss you". Even just a few of nice words or compliment, it can really brighten up my mood. 

Thats why kalau orang marah marah saya, cakap kata kata kesat, perli, being sarkastik or being annoying verbally towards me.. saya cepat sentap. Saya cepat emo.

Saya suka orang cakap banyak banyak dengan saya & tulis panjang panjang (message/surat) kat saya. Bagi saya, kalau sikit sikit, maksudnya orang tu tak suka cakap dengan saya, tak selesa dengan saya or tak 'best' berbual dengan saya. Hahhaa. Pelik kan?

Second highest score - masa yang berkualiti. Yezzahhh! Thats why kepantangan saya - orang lambat balas message, orang reply sikit sikit & gabungan dua tu (reply lambat + ayat sikit sikit).

And bagi saya, kalau tak selalu jumpa takpe. Tak selalu berbual takpe. Biarlah jarang bertemu lepak sama atau jarang contact, tapi asalkan setiap kali jumpa or have conversation, ianya berkualiti. Saya prefer quality over quantity. I love that kind of love language hehehe.

Korang pula?

Post a Comment

9 Comments

  1. Nak bercinta dengan orang yang ada kelima-lima ni boleh tak? Hihi

    ReplyDelete
  2. Markah cheq yang single ini pula:

    Quality Time (9)
    Acts of Service (8)
    Receiving Gifts (6)
    Words of Affirmation (6)
    Physical Touch (1)

    Hihihi....

    ReplyDelete
  3. Saya pula suka ekspresikan cinta saya melalui penulisan..

    Suka bersajak puisi
    Pastu up kt story dgn harapan si dia
    tengok haha
    Saya pun suka berckp,berborak dgn bonda saya...bergurau senda..sye tk amik lak test tu,hehe...sendiri kenal diri 😂

    ReplyDelete
  4. Saya pula suka ekspresikan cinta saya melalui penulisan..

    Suka bersajak puisi
    Pastu up kt story dgn harapan si dia
    tengok haha
    Saya pun suka berckp,berborak dgn bonda saya...bergurau senda..sye tk amik lak test tu,hehe...sendiri kenal diri 😂

    ReplyDelete
  5. okay boleh cuba nanti nih..excited nak cuba

    ReplyDelete
  6. act of service 9
    quality time 9
    physical touch 6
    gifts 6
    words 3

    sgt setuju semua di atas :)

    ReplyDelete
  7. kemahen adik kita ni..nk kena tunggu masa sesuai br buat

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p