Total Pageviews

Cara Yang Betul Masak Mi Segera (Mee Maggi)

by - October 12, 2018
Cara Yang Betul Masak Mi Segera (Mee Maggi) | Bila last makan maggi? Saya minggu lepas. First time mencuba maggi pedas giler perisa ayam bakar secara berjemaah dengan kakak ipar hahaha. Kat dapur tuu ada dua bungkus mi segera (maggi kari & mee sedap) yang tersimpan rapi, belum terusik lagi. Baru beli haritu hahaha.

Dah sedap beli dua bungkus (2 pack of maggi because of umi suka mee Sedap, abi suka maggi kari), then saya terjumpa lah satu artikel yang menyentap hati dan membuatkan saya insaf (sekejap). jeng jengggg... Apakah?
Cara Yang Betul Masak Mi Segera (Mee Maggi)
Cara Yang Betul Masak Mi Segera (Mee Maggi)


JANGAN MENGABAIKAN PERINGATAN INI terutamanya bagi mereka yang suka makan Mi Segera!


Sila beri perhatian!

Institut Jantung Negara (IJN) telah mengesyorkan agar rakyat Malaysia tidak terlalu memakan mi segera kerana ianya adalah penyebab penyakit jantung terutamanya oleh serbuk perasanya (seasoning powder). Jika anda tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah sup selepas anda mengabiskan mi nya.

CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI SEGERA

Cara yang betul untuk memasak mi segera tanpa ia merosakkan badan dan kesihatan kita:

Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk seasoning dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.

Ini adalah kaedah memasak mi segera yang SALAH.

Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.

Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah.. mi itu disalut dengan lilin makanan dan mi tersebut akan mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk dinyah keluar oleh badan kita selepas anda makan mi tersebut.
Cara Yang Betul Masak Mi Segera (Mee Maggi)
Cara Yang Betul Masak Mi Segera (Mee Maggi)
KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI SEGERA

1. Rebus mi di dalam periuk air.

2. Setelah mi dimasak, toskan mi, dan buang air tersebut yang telah mengandungi lilin.

3. Rebus air dalam periuk yg lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.

4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.

5. Sekiranya jika anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.
Cara Yang Betul Masak Mi Segera (Mee Maggi)
Cara Yang Betul Masak Mi Segera (Mee Maggi)
Nota dari Pakar Pemakanan Dietician

Seandainya anda membeli mi hakka yang kosong, biasanya apa yang anda perlu buat ialah anda mendidihkan air dan merebus mi tersebut dan kemudian membuang air. Proses ini akan melembutkan mi tetapi untuk menghalangnya daripada melekat kita perlu menambah sesudu teh minyak ke dalam air dan juga mi tersebut perlu digoreng deep fried setengah masak untuk menjadikan mi tersebut garing dan kemudian dilumur dengan tepung untuk mengelakkan mi tersebut daripada melekat semasa direbus.

Oleh itu, apabila anda membeli mi segera, ia telah melalui proses hingga tidak lagi makanan yang sihat dan ini jugalah jenis yang kami gunakan untuk membuat mi goreng dan Maggie juga dibuat dengan cara yang sama, malah ia ditambah dengan MSG/ Ajinomoto dan bahan kimia lain.

Sejumlah besar pesakit yang berumur antara 18-24 tahun berakhir dengan pankreatitis sama ada sebagai bengkak atau jangkitan pankreas akibat dari penggunaan mi segera secara kerap. Jika kekerapan lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.



APA ITU MSG?

MSG ialah Mono Sodium Glutamate. Sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan secara semulajadi.

Ajinomoto.. Vedan.. & lain-lain adalah jenama.. bahan yang sama iaitu MSG Racun Perasa yang ada dalam setiap makanan segera.. sejuk beku atau dimana-mana gerai makanan terutamanya kedai kedai Masakan Thai - TomYam.. 210% menggunakan MSG.

Sebab tu bila kita makan makanan segera sampai satu tahap kita akan merasa muak.. tapi selepas beberapa hari kita terasa nak makan atau masih boleh lagi makan dengan selera seolah-olah rasa muak tu tiada.. kita mudah terangsang dan seolah-olah kita tak perasan ketagihan yang dialami.. begitu juga dengan masakan Thai.. kita boleh makan Tomyam, sup ekor, pakprit dan sebagainya dengan selera sekali.

Walaubagaimana pun jangan risau.. ianya tidak membunuh kita secara mendadak.. inshaaAllah ianya membunuh anda perlahan lahan.. jadi tiada masalah untuk anda terus menikmatinya. Dan nikmatilah mati perlahan-lahan tapi segera.

Jenis racun atau bahan kimia yang mampu membunuh kita perlahan-lahan yang ada dalam setiap makanan yang kita makan setiap hari:
1- Perasa
2- Pewarna
3- Penaik
4- Penstabil
5- Pemanis
6- Pengawet
Cara Yang Betul Masak Mi Segera (Mee Maggi)

Sila berkongsi maklumat ini dan membantu menyelamatkan nyawa. JAUHI DARI MI SEGERA & Makanan di Restoran Thai!

#JAUHIMAGGIE
#BetulkanYangBiasa
#BiasakanYangBetul



You May Also Like

6 comments

  1. Tiba-tiba rasa macam nak makan mee segera pulak malam ni. Dah la hujan memang nyummyyy.

    ReplyDelete
  2. cara ni memang adik2 laki kat umah dah expert buat haha
    kakaknya yg x tau dulu :)

    ReplyDelete
  3. Baru je makan maggi ayam dan mamee kari.

    ReplyDelete
  4. Mmg buat cara ni. megi pun rasa lebih sedap, dan disebabkan taruh perencah after api dh dipadam, seluruh rumah tak berbau megi 😊

    ReplyDelete
  5. sha jarang makan megi kecuali memang lapar dan malas haha btw nice tips!

    ReplyDelete
  6. kaella biasa begini, masak megi air first kaella buang lepastu masuk air masuk serbuk, tapi kalau dah tahap malas hah takdenye nak buang air first terus je letak serbuk, makan. Dah biasa zaman asrama dulu buang air rendam lepastu ganti dengan air masak lain hihi

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p