kata-kata best & nasihat deep dari buku Pelukis Jalanan - teme abdullah - sayidahnapisahdotcom kata-kata best & nasihat deep dari buku Pelukis Jalanan - teme abdullah
LightBlog

kata-kata best & nasihat deep dari buku Pelukis Jalanan - teme abdullah

kata-kata best & nasihat deep dari buku Pelukis Jalanan - teme abdullah


....perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan seorang hamba
- Surah Al-Baqarah, ayat 216

Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.
- Hadis Riwayat Hakim

Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah.
- Hadis Riwayat Bukhari.

Sungguh, kadangkala kita perlu keluar dari 'zon selesa' untuk belajar bersyukur dan bercita-cita. Beruntunglah mereka yang Allah telah bantu untuk dijauhkan dari 'wabak' terlampau selesa.
kata-kata best & nasihat deep dari buku Pelukis Jalanan - teme abdullah
kata-kata best & nasihat deep dari buku Pelukis Jalanan - teme abdullah
"Kau merungut ke? Kau tak puas hati dengan rezeki Allah beri kepada kau?"

Mendengar kata-kata Ahmad itu, Teme tersentak. Namun dia hanya mendiamkan diri sambil berbaring di atas katil Ahmad.

"Aku bukanlah islamik. Tak layak nak nasihat kau. Tapi aku nak cakap jugak."

Ahmad meletakkan pensil dan meusingkan kerusinya berhadapan dengan Teme. Sahabatnya itu masih mendiamkan diri.

"Dalam hidup, kita takkan dapat benda yang sama dengan orang lain. Takkan pernah sama. Itu rezeki masing-masing."

"...."

"Aku faham keadaan kau, Teme. Tapi aku tak mampu nak bantu sepenuhnya, aku pun student juga."

"...."

"Janganlah tengok periuk nasi orang lain untuk bandingkan dengan periuk nasi kau sendiri. Tapi, tengoklah periuk nasi orang lain untuk pastikan mereka ada cukup makanan. Bersyukurlah dengan rezeki yang Tuhan beri pada kita. Bantu orang lain. Kau akan jadi tenang."

Teme masih terdiam tanpa reaksi balas. Melihatkan gaya Teme yang boleh menerima nasihatnya, Ahmad dengan berhati-hati meneruskan syarahan.

"Kau ada tangan, kau ada mata dan kau ada kaki. Cukup apa yang manusia normal ada. Duduk termenung tanpa buat apa-apa tak akan selesaikan apa-apa."

"...."

"Aku tahu aku 'budak scholar', ada pihak bagi aku biasiswa. Tapi kenapa Allah letak masalah ni dalam hidup kau? Adakah sebab Allah nak musnahkan kau? Tak, weh."

Teme mengubah ke posisi duduk lalu bangun dari katil. Dia mencapai baju sejuknya lalu disarung. Kelihatan seperti ingin keluar dari bilik Ahmad. Melihat reaksi Teme, Ahmad meneruskan lagi kata-kata.

"Teme, Allah letak kau dalam situasi ni sebab Dia tahu kau mampu. Kau bukan 'biasa-biasa', Teme. Kalau tak, kau tak dapat scholarship dulu. Kau ada otak. Aku kenal kau, kau tak mudah putus asa."

Teme mengangkat kepalanya dan tersenyum. Riak wajahnya terus berubah menjadi ceria. Dia seperti sedang menahan ketawa. Teme berkata,

"Hoi kau ingat aku nak pergi bunuh diri ke apa? Sikit-sikit dah lah."

Ahmad tersenyum bangga kerana dia berjaya memujuk Teme. Setidak-tidaknya, dia boleh berikan sokongan moral. Dia membalas kata-kata Teme tadi.

"Tak adalah, bukannya apa, aku sebenarnya bosan dah tengok muka kau. Tapi susah jugak kalau kau mati, aku jugak yang kena uruskan jenazah kau nanti. Hahaha."

"Jangan aku pulak yang kena uruskan jenazah kau sudahlah Mad. Hahaha."

"Hahaha."

"Okay, thanks. Aku balik dulu, eh?"

"Ok, ok. Jumpa kat uni esok."

"Bye. Jumpa kat syurga"
kata-kata best & nasihat deep dari buku Pelukis Jalanan - teme abdullah
kata-kata best & nasihat deep dari buku Pelukis Jalanan - teme abdullah
Bukanlah ketagih pujian daripada manusia, tetapi, kadang-kadang Allah sengaja hantarkan seseorang untuk memuji sebagai pemujuk hati hamba-Nya untuk terus berusaha. Kerana kita manusia, Allah jadikan kita sukakan penghargaan.

Sungguh, bahagia itu bukanlah terbit daripada harta berjuta, tetapi daripada penghargaan pada sekecil-kecil kurniaan yang Allah beri kepada kita. Dalam keperitan, akan ada diselitkan kebahagiaan sekali-sekala.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesulitan itu disertai kemudahan. Sesungguhnya tiap-tiap  kesulitan itu disertai kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (daripada sesuatu amal soleh). maka bersungguh-sungguhlah kamu berusaha (mengerjakan amalan soleh yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmu sahaja hendaklah kamu berharap."
- Surah Al-Insyirah, ayat 5-8.

"Kamu tidak akan sekali-kali dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
- Surah Ali Imran, ayat 92

Kebahagiaan tidak semestinya datang dengan memiliki.
kata-kata best & nasihat deep dari buku Pelukis Jalanan - teme abdullah
kata-kata best & nasihat deep dari buku Pelukis Jalanan - teme abdullah
"Ingat, amalkan ayat 1000 dinar tu."

Itulah nasihat terakhir secara muka ke muka oleh ibunya sebelum dia melangkah jauh ke seberang lautan tempoh hari. Ayat ini merupakan ayat yang kebiasaanya menjadi operhiasan di kedai-kedai makan mahupun di rumah-rumah kononnya sebagai penarik rezeki.

Tetapi sayangnya, ia hanya tinggal menjadi hiasan.

Bukan diamalkan.

Teme mencapai naskhah Al-Quran yang disimpan di rak di penjuru katilnya dan muka mencari ayat-ayat tersebut. Ayat ini selalu dibaca, tetapi tidak difahami dan dihayati olehnya. Dibeleknya sehelai demi sehelai sehinggalah ke surah At-Talaq. Bermula daripada pengakhiran ayat ke dua hingga keseluruhan ayat ke-tiga surah tersebut (ayat 1000 dinar).

"Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akanmengadakannya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksankan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Mula timbul perasaan sebak.

Terasa sangat berdosa dengan Tuhan.

Betapa selama ini dia kurang kebergantungan pada Allah.

Teme baru sedar.

Dia terlalu bimbang yang dunia akan hilang daripada genggamannya. Dia terlalu risaukan markah keputusan pengajiannya. Dia terlalu takutkan wang tidak cukup dalam kehidupan sehariannya. Terlampau takutkan makhluk-makhluk mengatasi takwa yang mutlak kepada Sang Pencipta.

Mungkin kerana itulah dia seperti buntu tanpa jalan keluar. Tertipu dalam kesempitan dunia yang hanya sementara.

Dia baru sedar yang tawakalnya bukan sepenuhnya pada Allah. Dia terlampau mencari dan mengharapkan jalan keluar dari perkara-perkara dunia. Mengharapkan rezeki daripada pekerjaan yang dilakukan sehingga ia mengatasi getaran keikhlasannya ketika meminta kepada Pemilik rezeki.

Dia berdoa agar dunia ini dicabut dari hatinya, dan hanya diletakkan dalam tangannya. Cabutlah penyakit wahan ini sebelum ia membinasakan nasib dirinya di hari perhitungan kelak.

**maksud penyakit wahan: penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian.

Post a Comment

4 Comments

  1. Menarik.. utk pembangunan minda. Keep it up.

    ReplyDelete
  2. memang deep kata-kata yang digarap dalam buku ini

    ReplyDelete
  3. Bagusnya Teme tu, berani dan tidak gentar untuk membukukan kisah hidupnya sendiri agar dapat dijadikan sumber inspirasi orang lain. Cheq nak belilah buku Teme ni nanti bila jumpa di mana2 kedai buku. Nice sharing :)

    ReplyDelete
  4. menarik dan menusuk ke kalbu..sungguh tabah dan memang wajar dijadikan inspirasi buat anak2 zaman sekarang..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p