Kenapa Allah turunkan bala pada Negara Islam & tidak pada Negara bukan Islam? - sayidahnapisahdotcom Kenapa Allah turunkan bala pada Negara Islam & tidak pada Negara bukan Islam?
LightBlog

Kenapa Allah turunkan bala pada Negara Islam & tidak pada Negara bukan Islam?

Kenapa Allah turunkan bala pada Negara Islam & tidak pada Negara bukan Islam? 


Kenapa Allah turunkan bala pada Negara Islam
Kenapa Allah turunkan bala pada Negara Islam
Sheikh Nuruddin Marbu Albanjari pernah ditanya soalan "Mengapa bala Allah terjadi pada Indonesia yakni kawasan Islam dan kenapa Allah tidak turunkan bala pada negara orang bukan Islam?"

Jawab Sheikh:

"Allah menurunkan bala di Indonesia kerana di situ terdapat didalamnya umat Islam dimana dalamnya ada orang soleh dan alim bahkan orang melakukan maksiat. Sedangkan di negara bukan Islam yang didalamnya hampir keseluruhannya orang bukan Islam.

Allah jadikan dunia ini bukan untuk orang soleh, bukan syurga untuk orang Islam tetapi Allah jadikan dunia ini ujian bagi orang Islam.

Dan Allah tidak mengazab orang bukan Islam yang melakukan maksiat ataupun kekufuran kerana di dunia ini bukan tempat hari pembalasan untuk mereka, sedangkan tempat hari pembalasan bagi mereka di akhirat kelak.

Di negara orang Islam ibarat sehelai lebaran putih yang bersuh kerna di sana adanya orang Islam. Dan apabila kotor lebaran itu, maka Allah bersihkan dengan bala bencana sebagai tanda ingat kembali pada Allah.

Sedangkan negara bukan Islam itu ibarat lebaran hitam dimana Allah tidak menurunkan bala kepada mereka kerana di sini bukan tempat Allah membalasnya.

Bala paling besar bukan lah bala bencana tetapi bala paling besar ialah apabila seseorang itu tidak lagu merasa dosa apabila melakukan perkara yang haram. Kerana Allah telah tarik nikmat itu dan kesedaran kembali kepada Allah itu daripada mereka."

BENCANA & MURKA ALLAH (?)

Oleh: teme Abdullah (penulis buku bestseller)
Kenapa Allah turunkan bala pada Negara Islam
Bencana & murka Allah (?)
Ini di Greenwich, England. Negara yang menghalalkan perkahwinan sejenis sejak 2014. Transgender pula dihalalkan sejak 2005. Sudah semestinya ia tak islamik pada mata kita.

Tapi, UK berada di tempat ke-8 dalam Good Country Index Ranking. Top 10 semuanya negara majoriti bukan Islam. Sadly, top 30 pun tak ada negara islam.

Dalam ranking Countries With The Most Natural Disaster Risk pula, negara islam duduk di tempat ke-5. UK, negara yang kurang islamik tadi pula di tempat ke-130. Jika kita nak relate 100% bala dengan murka Allah, seakan-akan Allah lebih murka kepada negara islam pula, bukan?

Memang betul, malapetaka itu juga salah satu bentuk balasan Allah akibat daripada kemungkaran manusia. Tetapi, biarlah yang menentukan itu Allah sendiri. Janganlah kita sewenang-wenangnya melabel bala & menuduh mana-mana negara yang ditimpa musibah itu dimurkai Allah.

Kesannya, pemerhati Islam akan menggunakan perkara itu untuk menghentam Islam sendiri. Mereka akan kata, “Tengoklah, negara kami tak diberi bala pun walaupun kami langgar hukum Tuhan kamu?”

Malah lebih teruk, mereka boleh kata, “Tengok, negara terbesar umat islamlah negara yang paling banyak menerima gempa bumi. Jadi, tuhan sedang murka kepada agama kalian.”

Adakah itu yang kita nak?

Benar, setiap ujian itu perlukan refleksi semula akan ketaatan kita kepada Allah. Namun, haruslah kita cakna yang kadang-kadang negara tertentu itu memang duduk di tempat yang seismic active. Contohnya negara Islam terbesar dunia iaitu Indonesia. Sudahlah terletak di Lingkaran Api Pasifik, malah hampir separuh kawasan di Jakarta berada di bawah paras laut. Sudah semestinya ia sangat-sangat vulnerable kepada bencana.

Bersuaralah mengikut batas seorang manusia. Tidak perlu dikaitkan setiap bala dengan murka Allah kerana kita tak tahu fikiran Tuhan. Mungkin sudah tiba masanya para ustaz belajar sains?

Di zaman Islam menerima persepsi terburuk oleh seluruh dunia dalam sejarah, usahlah kita menjadi penyumbang kepada pandangan jelek manusia terhadap agama. Negara yang ditimpa ujian itu perlukan sokongan, semangat, doa & gestures of compassion terutama daripada saudara seagama sendiri.

Ayuhlah kita mendoakan yang terbaik buat mereka, saudara seIslam kita.

Post a Comment

3 Comments

  1. Moga kita sentiasa sedar dan sabar.

    ReplyDelete
  2. semoga dijauhkan negara kita dari semua bala bencana ..amin

    ReplyDelete
  3. ada hikmah yang Allah berikan untuk mereka-meraka ni, dan kepada kita, semoga boleh jadikan iktibar.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p