Total Pageviews

Lirik Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak feat.... ?

by - October 15, 2018
Lirik Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Dah pernah dengar lagu kau takkan tahu oleh pelawak, pelakon dan penyanyi Zizan Razak?

Sebenarnya saya dah lama ushar lagu Zizang ni. Sejak video lirik lagu ni release lagi saya dah jatuh suka dengan muzik & the lyrics of this song. Tapi disebabkan dalam video lirik tak ditunjukkan siapakah perempuan yang feat dengan Zizan, saya pun hold dulu daripada buat entri lirik lagu ni. Saya tunggu until music video (MV) keluar untuk tahu siapakah penyanyi wanita tersebut. Tapi... hmph dalam MV pun tak ada tunjuk.


Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak feat.... ?

Lirik Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak feat.... ?
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak feat.... ?
Mula mula keluar lagu ni, ada yang berteka teki.. Mira Filzah ke yang duet dengan Zizan dalam lagu ni? Atau Kaka Azraff yang pernah nyanyi dengan Zizan dalam lagu Buku Merah? Atau orang lain?

Berdasarkan apa yang orang bagitahu dan pasti.. penyanyi perempuan tersebut adalah Melda Ahmad; pelajar UiTM. Kenapa dirahsiakan nama & wajah & kenapa tak tulis zizan ft Melda in the title of the song? Wallahualam. Maybe disebabkan Melda tu sendiri tak nak reveal herself. Mungkin juga jawapannya "kau takkan tahu" menepati tema tajuk lagu ini sendiri hahahaha.

Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak

Lirik Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak




[Verse 1: Zizan Razak]
Uh
Ku selesa sudah berpunya
Dia juga berteman dan khabarnya bahagia
Urusan aku dengannya 8 ke 5 saja
Tidak pernah lebih walau kerja lebih masa
Tidak pernah lebih walau kerja lebih masa
Biar suku hari berbualkan kisah masa
Biarpun kudapan berhadapan dan semeja
Batas sudah jelas tak perlu jelas berjela
Tapi yang berlaku itu ku kurang mengerti
Pandangan berubah merenungnya saban hari
Mungkin ini kisah rasa atau soal hati
Bukan kurang peka perasaan si menanti
Bu-bu-bukan kurang peka perasaan si menanti
Sedar nya setia tika pulang petang nanti
Jangan pernah runsing selagi tidak berlaku
Ku tidak akan runsing
Cuma

[Chorus: Melda Ahmad]
Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu
Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu, tahu

[Verse 2: Zizan Razak]
Kalau ku membanting tulang
Kalau ku menjaga kata
Dan kalau ku lebihkan masa
Dan kalaulah kau begitu juga
Masalah yang tidak dibincang
Di angkasa tapi tiada bintang
Dan hadiah tak semua disimpan
Ku setia tak perlu diiklan (ay)
Mungkin bukan masa yang kau perlu (ay)
Mungkin aku saja yang kau perlu
Boleh diatasi satu-satu
Ku hampir mula, tunggu aku, cuma

[Chorus: Melda Ahmad]
Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu
Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu, tahu

[Bridge: Melda Ahmad]
Jasad hadir tapi hati tak begitu
Firasat akhir bukan aku yang di situ
Ya untuk kamu aku bukan lagi ratu
Tidak cukup sempurna malah hanya buang waktu
Dirundung sepi ku di hurung murung
Cinta agung lepas dari junjung (oh no)
Ku usung hiba, kelam, mendung
Namun kau hanya membiar, biar, biar

[Verse 3: Zizan Razak & Melda Ahmad]
Kadang aku tertanya
Salah-salah kita ada di mana (biar, biar, biar)
Bagaimana harus ini berakhir?
Banyak yang terpendam dari yang terzahir (no, no, no, no, ay)
Nanti dulu sayang (ay), sebentar wahai sayang (ay)
Mungkin seperkara dua ku terlepas pandang (oh no no no)
Ku masih lagi sayang, kau nyawa ku sayang
Biar ku jelaskan salah faham yang kau bayang

[Chorus: Melda Ahmad]
Sayang kau takkan tahu (kau takkan tahu)
Apa yang berlaku (apa yang berlaku)
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu (na, na, na, na)
Sayang kau takkan tahu (na, na, na, na)
Apa yang berlaku
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu, tahu
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu, tahu

#Zizan #KauTakkanTahu 
Tajuk : Kau Takkan Tahu
Artis : Zizan Razak
Komposer : Alif for Magic Potions
Lirik  : Alif for Magic Potions / Ariz for Talegas Production
Arahan : Ghaz Abu Bakar

Amacam? Best kan lagu ni. I loikeee! 

Muka zizan dalam MV ni pun hensem. Macam pelakon Hindustan - Saif Ali Khan sikit sebab ada jambang hahaha.
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak
I love the synchronization of the scene dalam MV lagu ni. Contohnya part Zizan tengah gunting kain untuk jahit dress special for his wife & at the same time scene si isteri siang ikan untuk masak special dishes for her hubby; on their anniversary day.
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak
And the plot twist dalam muzik video Kau Takkan Tahu! Daebakkk!

Sebenarnya dah boleh agak dah plot twist hujung hujung tu. Tak sangka betul apa yang ku sangka kan. Sebenarnya Zizan buat baju untuk isterinya sempena 'Anniversary perkahwinan mereka' haritu acewahhh.
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak
Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak

You May Also Like

1 comments

  1. Hari2 ekin bukak lagu ni sebab nak karok sekali yang part perempuan tu.. Hahaha.. Awal2 punya lah cakap x sedap lagu ni.. Dah lama2. .terus addicted. .

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p