Total Pageviews

RESEPI SIMPLE SUP FISH BALL + FISH CAKE Slurrpp!

by - October 17, 2018
Resepi Simple Sup Fish Ball & Fish Cake | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Antara menu yang senang dimasak dan simple je resepi nya tetapi disukai oleh kebanyakan budak budak (dan orang dewasa juga hahaha) - SUP! Tak kisah lah apa jenis soup, asalkan boleh hirup slurp slurp gituu. Makan dengan nasi panas dan lauk simple telur dadar/ telur mata perghhhhh! Bisa tambah dua pinggan buk! Lagi best, bila dalam sup tu ada 'sesuatu' yang semuaaa orang suka (mostly); which is fish ball & fish cake!

Mungkin ada yang tak suka fish cake sebab terlalu masin, its okay. Tak perlu masukkan fishcake. Nak lagi meriah, masuk ayam daging udang sotong semua kan. Fuhhh. Tapi kalau macam tu dah jadi sup campuran pula dah kan haha. Okay okay.. fokus satuu jee! Eh dua.


RESEPI SIMPLE SUP FISH BALL + FISH CAKE


Masak menu yang cepat je. Lepas balik kerja dalam sejam dah siap masak. Simple tapi menu ni memang husband suka. 
RESEPI SIMPLE SUP FISH BALL + FISH CAKE
RESEPI SIMPLE SUP FISH BALL + FISH CAKE
Bahan-bahan:
1. Ikan bilis segenggam dibasuh
2. Bawang putih 5 ulas
3. Bawang merah sebiji
4. Halia
5. Fish cake
6. Fish ball
7. Daun sup
8. Daun bawang
9. Garam
10. Gula
RESEPI SIMPLE SUP FISH BALL + FISH CAKE
RESEPI SIMPLE SUP FISH BALL + FISH CAKE
Cara-cara memasak:

1. Rebus ikan bilis dalam 15 minit (sambil potong bawang putih, merah dan halia). Rebus lagi lama lagi sedap.
RESEPI SIMPLE SUP FISH BALL + FISH CAKE
MENU SIMPLE SUP FISH BALL + FISH CAKE
2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dipotong. Rebus dalam 15 minit (sambil potong daun sup dan daun bawang).

3. Masukkan fish ball dan fish cake. Tunggu 15 minit. Sampai mendidih. Nak lama sikit pon boleh. Lagi sedap sup dia.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan daun sup dan daun bawang. Masak dalam 5 minit.

Dah siap! Sedia dihidang.

Mudah cepat pantas dan efisen kan?

Kalau nak simple menu for dinner or lunch or tengah craving something yang berkuah or nak buat menu untuk orang sakit, memang digalakkan try resepi sup ni. If takde masa yang banyak untuk memasak lama lama kat dapur because of small kids or sibuk dengan kerja, haa sesuai masak sup ni untuk suami/isteri dan anak anak.

Masak nasi atau celur bihun zap zap then makan dengan sup. Perfecto!

Selamat mencuba!

Daaa~ wassalam! :)

You May Also Like

3 comments

  1. this looks so good. just the kind of soup i like

    ReplyDelete
  2. Sedap juga melayan fishball dan fishcake sekali sekala :)

    ReplyDelete
  3. sedap nyer, sayidah.
    kalu aida, masukkan skit suhun :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p