Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan' - sayidahnapisahdotcom Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan'
LightBlog

Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan'

Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA | Kenapa soalan 'maut'? Sebab soalan-soalan berikut sering ditanya pada saya tapi saya tak boleh nak jawab, tak mampu nak bagi jawapan yang tepat, tak tahu nak jawab apa, tak pasti whats the right answer. fuhh sekali nafas hahaha. Yelaaa tak dapat nak jawab SEBAB SAYA BUKAN PEGAWAI STAR JPA! Hahahaha.
Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan'
Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan' [image: Google]
Disebabkan saya pernah post banyak kali tentang STAR (share guide macam mana cara nak daftar STAR based on my experience), and since then, ramai yang tanya saya pasal soalan tentang STAR. Ada satu tahap geram juga le sebab tanya macam saya ni kerja dengan JPA kan hahaha padahal saya hanyalah rakyat biasa yang berkerja sendiri mengajar tutor.

Tapi ada juga la certain time saya rasa kesian kat mereka mereka yang tak tahu pasal STAR langsung dan ada kemusykilan tentang STAR tapi takde sorang pun yang jawab.

So.. here I am. Kumpul soalan-soalan yang sering ditanya/ yang saya selalu jumpa dalam group FB Pemegang Biasiswa JPA / yang mungkin anda curious nak tahu & nak tanya. I will provide these questions with the right ANSWERS (pegawai TalentCorp STAR yang jawab).

Semoga bermanfaat & please please share with the others yang ada kaitan dengan JPA! Let them know. Spread the good infos :D
Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan'
Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan'

Soal Jawab (Q&A) Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan'

Q - Question (soalan)
A - Answer (jawapan)

Q: Apa itu STAR?

A: Program STAR (Scholarship Talent Attraction And Retention) adalah satu program yang membenarkan pelajar tajaan JPA berkerja dengan syarikat swasta yang terpilih bagi memacu usaha Program Transformasi Ekonomi (ETP) selain memenuhi syarat berkhidmat.

Q: Bila nak daftar STAR? Lepas lapor diri atau lepas konvo?

A: Bagi yang berkenaan (STAR adalah untuk pemegang BIASISWA JPA; bukan pinjaman JPA), sebaik sahaja tamat pengajian; lapor diri di MYSELF, mohon kerja di SPA Online & baru boleh daftar STAR.

Bukti lapor diri MYSELF & mohon kerja di SPA diperlukan untuk daftar STAR.

Q: Jika nak isi star talent corp (STAR Program).. kena tunggu lapor diri lulus ke?

A: Takyah tunggu-tunggu lapor diri lulus atau tak.. lepas lapor diri JPA, lepastu mohon kerja kerajaan dengan SPA, boleh dah terus contact sekretariat di TalentCorp untuk lapor diri STAR.
03 - 7839 7152 / 
03 - 7839 7022 / 
03 - 7839 7052

E-mel: star@talentcorp.com.my

Q: Batch baru kena daftar STAR juga ke?

A: Inisiatif STAR adalah untuk pemegang BIASISWA JPA (bukan pinjaman JPA) yang TAMAT PENGAJIAN pada 2010 dan ke atas.

Untuk batch yang memulakan pengajian pada tahun 2016, 2017 dan seterusnya tak berkaitan dengan STAR sebab ianya bukan BIASISWA, tapi PINJAMAN BOLEHUBAH.

Q: Apa benefit kalau company daftar under STAR program?

A: Kalau dapat offer kerja kerajaan tapi prefer nak stay kat syarikat mungkin sebab jawatan kerajaan tu lebih rendah dari kelayakan contohnya atau dah suka kerja kat syarikat tu. Untuk kes ni, kalau syarikat dah register dengan STAR, korang boleh pilih sama ada nak stay di syarikat atau ambil kerja kerajaan. Sebabnya, bila dah register dengan STAR, kerja kat syarikat tu dah kira boleh bayar bond sama macam kerja kerajaan.

Tapi, kalau syarikat tak register STAR, korang wajib letak jawatan di syarikat dan ambil kerja kerajaan sebab kena bayar bond. Takde pilihan.

Q: Kalau masih belum kerja di mana² company lagi, perlu ke daftar STAR ni?


A: Perlu.. asalkan memenuhi kriterianya, i.e graduan Sarjana Muda & ke atas, program biasiswa (bukan pinjaman JPA)

Q: Ohhh maksudnya kalau company daftar under STAR kiranya bond dengan kerajaan tetap jalan eh? Musykil juga dengan agreement PIDN ni. Sebab dia state bayaran balik kalau kerja swasta 50%, GLC 25% & Government takyah bayar langsung.

A: STAR ni untuk Biasiswa. Kalau Pinjaman Bolehubah, batch 2016, 2017 & seterusnya tak berkaitan dengan STAR sebab ada ketetapan bayaran balik 50%, 25% & 0% tu.

Q: Talentcorp tu sama ke dengan STAR?

A: TalentCorp ialah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mengendalikan inisiatif STAR secara kerjasama dengan JPA.

Q: Ada apa apa masalah di kemudian hari tak kalau saya dapat panggilan temuduga dari pihak SPA tapi saya tak hadir? Kalau saya tak hadir panggilan temuduga tersebut, pihak JPA akan ambil tindakan tak? Sebab sebelum ni saya pelajar tajaan biasiswa JPA.

A: Kena cepat-cepat register STAR. Kalau dah register STAR takde masalah sebab consider sedang membayar ikatan perjanjian, sama macam kerja dengan Kerajaan.

Kalau belum register STAR tapi tak hadir temuduga SPA, JPA boleh ambil tindakan sebab berdasarkan rekod STAR, graduan belum ada apa-apa pekerjaan tapi tak memenuhi panggilan temuduga.

Pegawai JPA yang terlibat memang ada access terus ke sistem STAR TalentCorp, anytime dari PC atau mobile phone pun mereka boleh buat semakan.

Boleh terus call Sekretariat STAR +60 3-7839 7000 atau email star@talentcorp.com.my

Q: Dimana boleh dapatkan list company yang berdaftar under STAR?

A: Buat masa ni website tu nampaknya sedang dikemaskini. Boleh check semula dalam beberapa hari lagi: https://star.talentcorp.com.my/employer/search

Q1: Saya nak tanya, macam mana ya kalau saya nak report employment kat STAR portal tapi company tu takde dalam list?

Q2: Macam mana nak lapor yang saya dah pun bekerja dengan STAR? Sebenarnya start kerja before konvo lagi & dapat kerja pun tak guna pon status as pelajar JPA.

Jawapan for Q1 & Q2: Call Sekretariat STAR 03 7839 7000 / star@talentcorp.com.my. Nanti Sekretariat akan contact HR Manager tempat anda berkerja.

Q: Macam mana cara untuk saya mendaftar STAR?

A: Boleh rujuk panduan dan guide di link SINI.
Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan'
Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan'
Q: Pemegang biasiswa JPA boleh join SL1M tak?



Boleh join SL1M, tapi sama ada ianya boleh daftar dengan STAR atau tidak, bergantung kepada JPA. Sebab ada program SL1M yang tak memenuhi syarat minimum STAR contohnya kontrak pekerjaan sekurang-kurangnya 12 bulan. Atau ada syarikat yang tawarkan SL1M memang prefer latihan SL1M bawah mereka tak boleh dikira membayar bond JPA sebab bagi mereka ianya latihan semata-mata.

Ada juga syarikat-syarikat yang galakkan peserta SL1M mereka di kalangan JPA Scholars mendaftar dengan STAR. Siap disediakan lagi kontrak 12 bulan instead of 6 bulan sebagaimana di kebanyakan syarikat lain yang tawarkan SL1M.

Kesimpulannya boleh je apply SL1M, tapi sama ada ianya boleh dikira membayar bond atau tak adalah isu yang berlainan. 

Q: Nak tanya, lepas berapa lama kita graduate, boleh apply release bond daripada Biasiswa JPA?

A: Sejak inisiatif STAR diperkenalkan pada 2011, tiada lagi pelepasan ikatan kontrak sebab walaupun tak bekerja dengan Kerajaan untuk bayar bond, JPA scholars masih boleh bekerja dengan sektor swasta dan diregularisasikan melalui STAR.

Maka, kalau ikut kata pegawai JPA, tiada alasan untuk memohon pelepasan ikatan kontrak sebab pekerjaan di sektor swasta boleh disamakan dengan pekerjaan di sektor kerajaan dalam konteks melunaskan ikatan kontrak (bond).

Q: Apa akan berlaku pada graduan JPA yang bekerja di bawah sektor swasta yang tak berdaftar dibawah STAR program?

A: Sekiranya graduan JPA berkerja di sektor swasta yang tidak bedaftar dibawah STAR program, maka tempoh perkhidmatan mereka tidak akan dikira sebagai memenuhi ikatan perjanjian JPA (as serving a bond)

Q: Jika graduan tu sedang bekerja, dan majikan berkenaan tak berminat dan tekad untuk tak berdaftar dengan STAR,apa akan jadi? Adakah akan didenda?


A: Sekiranya majikan tidak berminat untuk berdaftar dibawah STAR maka pengesahan pekerjaan graduan tidak dapat di ambil kira. Tiada tindakkan yang akan dikenakan sekiranya majikan enggan berdaftar dibawah STAR.

Q: Kalau diberi peluang kerja dalam government. Tapi perbadanan (Perbadanan perpustakaan awam atau perbadanan kemajuan filem nasional. Kedua dua ni kerajaan, tapi berkanun); bukan under SPA. Itu dikira kita dah berkhidmat di bawah JPA ke belum?

A: Bergantung kepada jenis organisasi.

Nak senang, tengok kalau perbadanan tu ada gunakan SKIM PERKHIDMATAN dan GRED JAWATAN KERAJAAN, contohnya gred 41 untuk degree, gred 27 atau 29 untuk diploma dan gred 45 untuk master's degree (pensyarah Universiti).. Kedua-dua perbadanan tu dikira badan berkanun kerajaan.

Boleh mohon kerja dengan mana-mana badan kerajaan, tak semestinya SPA sahaja. Cuma, SPA tu wajib dipohon ikut syarat JPA.

Kalau agensi kerajaan tu tak gunakan skim perkhidmatan kerajaan contohnya macam TalentCorp, TERAJU, Agensi Inovasi Malaysia, Ekuinas, TV Al-Hijrah dan sebagainya, boleh juga apply kerja & register STAR seperti syarikat swasta. Tiada masalah.

Nak confirmation, boleh call Unit Kerjaya, Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA. Atau call urusetia STAR di TalentCorp @ 03-7839 7000.

Q: STAR untuk company dalam Malaysia je ke? Contoh kalau kerja luar Malaysia boleh daftar STAR ke untuk syarikat tu?

A: STAR untuk syarikat berdaftar di Malaysia sahaja. Dengan hasrat, JPA scholars dapat menyumbangkan pengetahuan & kemahiran untuk syarikat-syarikat di Malaysia.

Kalau JPA scholars memilih untuk bekerja di luar negara, boleh bayar balik jumlah biasiswa, supaya boleh dimanfaatkan oleh pemohon lain dan tidak melanggar perjanjian yang dibuat masa nak mohon biasiswa JPA dulu.

Syarikat-syarikat di Malaysia ni termasuk Multinational Companies (MNC) dari luar negara yang mempunyai perniagaan di Malaysia dan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Q: Apa akan berlaku pada graduan JPA yang bekerja di bawah sektor swasta yang tak berdaftar di bawah STAR program?

Jika graduan tu sedang bekerja, dan majikan berkenaan tak berminat dan tekad untuk tak berdaftar dengan STAR, apa akan jadi? Adakah akan didenda?

A: jawapan boleh rujuk di atas atas (yang berkenaan).

Q: ingin bertanya.. lets say dah keje kat company listed in star, but lepas 2 3 tahun nak tukar company lain. boleh tak? & how are the procedure?

A:
Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan'
Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan'
Q: Bagaimana dengn kes saya? Diploma dapat biasiswa JPA manakala smbung degree dapat pinjaman jpa? Mohon pencerahan sebab dua kontrak berbeza.

A: Boleh hubungi hotline STAR Secretariat untuk semak.
03 - 7839 7152 / 
03 - 7839 7022 / 
03 - 7839 7052
Email star@talentcorp.com.my
Lepas dapat jawapan, jemput share kat sini untuk makluman members lain.

Q: Dah dekat 2 tahun tak register Star lagi sebab tengah sambung study. Kalau tak register star sebab tengah sambung study, ada kesan apa-apa ke?

A: Hubungi STAR Secretariat utk semak
(1) kriteria untuk daftar dengan STAR
(2) macam mana buat penggantungan kontrak untuk sambung study, kalau belum pernah buat urusan tu dengan JPA. Itupun kalau jawapan soalan (1) tu kata bro memenuhi kriteria untuk register dengan STAR..
03 - 7839 7152 / 
03 - 7839 7022 / 
03 - 7839 7052

star@talentcorp.com.my
Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan'
Soalan 'Maut' Berkaitan STAR JPA + 'Skema Jawapan'
Done!

Hopefully lepas baca dari awal hingga akhir Q&A di atas, semua pemegang biasiswa JPA & peminjam JPA lebih jelas dan faham tentang STAR ni - apa kelebihan daftar STAR, apakebenda STAR tersebut & cara untuk menggunakan kelebihan STAR dalam melunaskan bond kita with JPA.

Jangan lupa share dengan kawan kawan yeee.

Daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:



Post a Comment

4 Comments

  1. Assalamualaikum. Saya pernah daftar STAR tapi balasan diterima kata cuma terima pemegang Degree dan Master sahaja tapi saya pemegang diploma. Jika saya bekerja dengan syarikat swasta, ada apa-apa perkara perlu dilakukan ke?

    ReplyDelete
  2. Kak Syaza pemegang biasiswa JPA. Tapi tak pernah di panggil lagi so far ehehe

    ReplyDelete
  3. Baguslah perkongsian KC ini.. akak pun baru tahu pasal STAR nie..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p