TIDUR & MENGANTUK ITU TENTERA ALLAH - sayidahnapisahdotcom TIDUR & MENGANTUK ITU TENTERA ALLAH
LightBlog

TIDUR & MENGANTUK ITU TENTERA ALLAH

Siapa tak suka tidur kan? Lagi lagi kalau bangun nak solat Subuh, paling liat nak bangkit tidur kan haha.
TIDUR & MENGANTUK ITU TENTERA ALLAH
TIDUR & MENGANTUK ITU TENTERA ALLAH


TIDUR & MENGANTUK ITU TENTERA ALLAH


Tadi lepas pos Artwork artwork Client, mata saya tertangkap sosok tubuh kurus kering keletihan sedang tidur di kaki lima depan pejabat pos.
TIDUR & MENGANTUK ITU TENTERA ALLAH
TIDUR & MENGANTUK ITU TENTERA ALLAH
Bila tengok beliau tidur dengan nyenyaknya tengah-tengah panas terik tepi jalan yang bising dan sesak ni, saya teringat zaman-zaman saya merempat tidur menumpang masjid dan wakaf taman dulu.

Pernah tak terfikir kenapa pengemis asyik tidur saja?

Bukan mereka pemalas, wallahi, orang-orang ni adalah orang yang paling rajin kalau betul-betul diberi peluang. Tapi di sebalik tidur mereka itu ada satu bebanan yang Teramat Besar tertanggung di jiwa dan fikiran mereka.

Mereka tidur kerana nak rehat dari Dunia Reality, kerana Dunia mimpi lebih melegakan dari Reality.

Dulu masa belajar ada sorang kawan saya ni, kerja dia asyik tiduuur je, dari pagi ke petang, dari petang sampai ke pagi. Rupa-rupanya beliau tidur sebab taknak fikirkan masalah ibubapa dia yang bakal bercerai. Dan nasib adik-adik beliau yang masih kecil.

Masa saya merempat dulu pernah saya jumpa pakcik yang asyik tidur jee. Bila di tanya, dia jawap, dia tidur sebab lapar. Maka bila terlalu lapar dia akan tidur dengan harapan masa akan berlalu tanpa dia rasa sangat. Bila dah malam biasanya akan ada makanan di masjid. Maka boleh lah alas perut sikit.

Ada orang tidur sebab rindu. Rindukan orang yang dicintai. Tak boleh nak contact. Maka dia tidur moga-moga kekasih dia datang dalam mimpi dan berbicara. Dapatlah melepaskan rindu.

Bila saya kaji balik, rupanya banyak dalil-dalil yang menceritakan perihal tidur dan mengantuk ni tentera Allah.

Antaranya:

1. PERANG BADAR

Waktu perang Badar umat Islam keluar bukan untuk berperang sebenarnya. Jadinya kelengkapan senjata yang mereka bawa tu bukan untuk berperang pun. Tambah pula bilangan umat Islam jauh terlalu sedikit dibandingkan dengan Tentera kafir yang lengkap bersenjata memang dah bersedia untuk perang.

Maka malam sebelum perang tu, tentera Islam masing-masing ada rasa keresahan dan takut. Mereka pun manusia biasa juga kan. Jadi Allah nak tenteramkan hati mereka, Allah hantar mengantuk. Semua umat Islam jadi mengantuk dan tidur dengan nyenyaknya. Kecuali Nabi kita yang bersolat dan berdoa hingga Subuh.

2. ASHABUL KAHFI

Sama juga peristiwa 7 Pemuda Ashabul Kahfi yang lari ke dalam gua demi menyelamatkan iman mereka. Allah hantarkan tentera Tidur untuk selamatkan pemuda ni. Hingga mereka tertidur bertahun tahun.

3. CUBAAN MEMBUNUH RASULALLAH

Begitu juga peristiwa ketika Nabi nak keluar berhijrah ke Madinah. Orang kafir dah kepung seluruh rumah Nabi. Bersedia untuk bunuh Nabi. Allah hantar tentera Mengantuk hingga tertidur semua Pahlawan kafir yang nak bunuh nabi.

Banyak lagi kisah-kisah Tentera tidur Allah ni. Maka lepas ni kalau nampak pengemis ke, orang gila ke tidur tepi jalan, JANGAN TERUS JUDGE.

Kalau di siasat betul betul saya pasti! MESTI akan jumpa satu tragedi atau bebanan besar yang mereka sedang tanggung. Cuma Mimpi itu satu-satunya tempat mereka mampu pergi untuk rehatkan jiwa seketika.

Waktu saya kena Depression beberapa bulan haritu pun saya tidur je pagi ke petang, petang ke pagi. Kerana beban itu tak tertanggung dek akal waras kita.

Moga anda dapat sesuatu. :)
TIDUR & MENGANTUK ITU TENTERA ALLAH

Post a Comment

6 Comments

  1. perkongsian menarik. Tapi akak rasa tersentuh tengok gambar pertama tu. Semoga Allah ringan bebanan mereka ni dan murahkan rezeki mereka.

    ReplyDelete
  2. dulu kak pip pun kaki tidur time di uni.
    asal dekat2 exam sem ja, mesti kak pip jadi sleeping beauty,
    sampai ada yg perasan kenapa kak pip tidur banyak ...
    kak pip sejenis yang bila stress, mesti kuat tidur.
    muehehe...

    ReplyDelete
  3. how true. tapi tidur itu mmg satu keperluan utk refresh badan dan minda kan

    ReplyDelete
  4. good sharing tapi memang betul bila kita tidur memang semua masalah yang kita tanggung tak perlu kita fikir tapi kalau kita bermasalah agak payah jugak nak lelap mata kan..hehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p