17 Isi Penting dalam Belanjawan 2019! Apa Yang Kita Dapat? - sayidahnapisahdotcom 17 Isi Penting dalam Belanjawan 2019! Apa Yang Kita Dapat?
LightBlog

17 Isi Penting dalam Belanjawan 2019! Apa Yang Kita Dapat?

17 Isi Penting dalam Belanjawan 2019 | Jumaat lepas, 2 November 2019, Belanjawan 2019 (Bajet Harapan); yang pertama bagi kerajaan PH; telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat.

Okay i know.. cerita macam dah basi sebab berlaku pada 3 days ago kan? hahaha. Tapi, memandangkan semalam abi 'ceramah' kat saya kata, he said "kakcik belek belek la sikit surat khabar tu. tengok apa isi belanjawan 2019. kena ambil tahu juga isu semasa". Hmm sebab abi tahu anak bongsu beliau malas bebeno nak baca surat khabar (kecuali entertainment hahahaha). Then, saya pun belek belek la. Baca apa yang patut tentang Belanjawan 2019.

So here I am.. 'menyimpulkan' semua isi isi penting dan main pointssss of Belanjawan 2019 yang terdapat dalam akhbar Sinar Harian tersebut (telus dan tulus gituu) hehe.



17 Isi Penting dalam Belanjawan 2019

17 Isi Penting dalam Belanjawan 2019
17 Isi Penting dalam Belanjawan 2019
1. Bantuan Sara Hidup (BSH) RM500 - RM1,000 kepada golongan B40

Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1000

Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 - RM3,000 akan menerima bantuan berjumlah RM750

Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 - RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500

2. RM150 juta untuk stabil dan seragamkan harga barang

3. RM60.2b bagi tujuan pendidikan

Kementerian Pendidikan merupakan penerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2019 iaitu RM60.2 bilion.

Peruntukan RM652 JUTA meliputi:

Sekolah Kebangsaan - RM250 juta
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) - RM50 juta
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) - RM50 juta
Sekolah Berasrama Penuh - RM50 juta
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) - RM50 juta
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan - RM50 juta
Sekolah Tahfiz - RM50 juta
Sekolah Pondok yang berdaftar - RM25 juta
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School - RM15 juta
Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) - RM12 juta

4. Ibu bapa 30,000 pegawai lantikan kontrak dapat kemudahan perubatan

5. Kenaikan semua tol 2019 dibekukan

Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar tahun depan yang melibatkan implikasi kewangan dianggarkan RM700 juta.

Tol motosikal di jambatan pertama dan kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor juga dimansudhkan mulai 1 Januari 2019 dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta.

Sebagai permulaan, RM10 juta diperuntukkan untuk menaik taraf Autogate Malaysia Automated Clearance System dan M-Bike.

6. i-Suri diwujudkan untuk suri rumah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-SURI. Melalui skim ini, kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.

7. RM1.2 billion untuk perkembangan syiar Islam

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.

8. RM50 juta untuk rawatan penyakit jarang jumpa

9. Gaji minima RM1,100

10. RM1b bantu miliki rumah pertama

Kerajaan memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi membantu golongan berpendapatan tidak lebih dari RM2,300 sebulan memiliki rumah buat kali pertama yang berharga sehingga RM150,000.

Dana yang bakal ditubuhkan Bank Negara Malaysia (BNM) itu boleh didapati di AmBank, CIMB Bank, Maybank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 1 Januari 2019 tahun depan.

Dana ini disediakan untuk dua tahun pertama ataupun sehingga peruntukan habis.

Kerajaan akan terus membina dan menyiapkan rumah mampu milik dengan peruntukan hampir RM1.5 bilion untuk Program Perumahan Rakyat, Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Nasional Bhd demi memastikan bekalan rumah mencukupi.

11. Bayaran khas RM500 untuk penjawat awam gred 54 ke bawah, RM250 untuk pesara

12. Pas bulanan pengangkutan awam RM100

Bagi meningkatkan penggunakan pengangkutan awam, Kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.

Pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan bagi bas RapidKL sahaja juga disediakan. Kempen ini akan diperluaskan bagi meliputi syarikat bas lain secara berperingkat.

13. Subsidi elektrik isi rumah ditingkat kepada RM40 ke bawah

Subsidi bil elektrik bulanan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan Program e-Kasih, kadar subsidi ditingkatkan kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun. Peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan.

14. Subsidi minyak kereta 1.5cc, motosikal 125cc

Subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.

Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30sen seliter bermula suku kedua tahun depan; terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 45 liter untuk motosikal.

15. RM120 untuk anak bawah 18 tahun

Kerajaan memperkenalkan kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) tambahan kepada golongan B40. Sebanyak RM120 akan diberikan untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah; terhad kepada 4 orang kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur.

Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai 4 orang anak, maka BSH yang akan diterima adalah sebanyak RM1,480 iaitu lebih banyak daripada jumlah bantuan BR1M sedia ada iaitu sebanyak RM1,200.

16. Bantuan RM500 secara one-off kepada pesara yang masih menerima pencen kurang daripada RM1,000

17. Levi pekerja asing dikurangkan kepada RM3,500 setahun

Kerajaan akan mengurangkan kadar levi lanjutan setiap pekerja asing yang telah berkhidmat lebih 10 tahun daripada RM10,000 setahun kepada RM3,500 setahun. Sistem levi akan dilaksanakan secara berperingkat.


TEMA BELANJAWAN 2019

tema belanjawan 2019
TEMA BELANJAWAN 2019; 3 FOKUS & 12 STRATEGI
Belanjawan 2019 bertemakan 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera' menumpukan kepada 3 fokus dengan 12 strategi bagi mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia.

TIGA FOKUS:
1- Melaksanakan Reformasi Institusi
2- Memastikan Kesejahteraan Rakyat
3- Memupuk Budaya Negara Keusahawanan

12 STRATEGI:
1- Memperkukuh pengurusan fiskal
2- Menstruktur semula dan merasionalisasi hutang kerajaan
3- Meningkat hasil kerajaan
4- Menjamin kebajikan dan kualiti hidup
5- Meningkat peluang pekerjaan dan kebolehpasaran
6- Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan perlindungan kebajikan sosial
7- Meningkan pendapatan boleh guna
8- Pendidikan bagi masa hadapan yang lebih baik
9- Mencetuskan kuasa ekonomi baharu
10- Merebut peluang dalam menghadapi cabaran global
11-Mendefinisi semula peranan kerajaan dalam perniagaan
12- Memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan

Semoga bermanfaat dan kita semua sedikit sebanyak dapat manfaat dari Belanjawan 2019 ni yeww hehhee. Moga pelaksanaannya pada tahun depan semuanya berjalan lancar demi keharmonian dan kesejahteraan Negara kita yang terchenta aamiin~

Daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

5 Comments

  1. Thank you for update.. Dapatlah kita tahu informasi belanjawan 2019 ni.. hehehe.

    ReplyDelete
  2. semoga belanjawan kali ni memanfaatkan lagi ramai rakyat

    ReplyDelete
  3. Jemput join Planner 2019 Giveaway hehe :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html

    ReplyDelete
  4. Belanja yang sederhana, harap dapat memanfaatkan rakyat dgn sebaik baiknya

    ReplyDelete
  5. semoga belanjawan 2019 ni boleh membantu kehidupan rakyat. insyaAllah

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p