"betul ke social media mendekatkan diri kita kepada Allah?" - sayidahnapisahdotcom "betul ke social media mendekatkan diri kita kepada Allah?"
LightBlog

"betul ke social media mendekatkan diri kita kepada Allah?"

Saya nak share satu penulisan 'Bapa Viral Kebangsaan' yang sangat deep bagi saya. Kenapa deep? Di akhir penulisan ini, you will know what I mean. Di akhir akhir perenggan nanti, kita akan refleksi diri sendiri... Dan perbaiki niat. InshaaAllah.

Lets!

"betul ke social media mendekatkan diri kita kepada Allah?"
"betul ke social media mendekatkan diri kita kepada Allah?"
Ditulis oleh: Khairul

Baru-baru ini, seorang wanita duk PM (private message) saya. Nak sangat berjumpa. Selepas sekian lama, saya beranikanlah diri bersua di PappaRich Bangi. Iya, kena tempat public, risau juga.

Beliau hadir bersama suami. Sekali ada “title” rupanya. Huhuhu teruslah jadi formal. Kisahnya, saya diminta untuk ajarkan tentang social media kepada satu-satu anak lelakinya. 4 orang anak, 3 perempuan.

Sudah habis belajar di UK, kini pulang dan baru juga balik dari keluar 40 hari. Masih belum bekerja dan kata pasangan ini, macam tak ada gaya nak cari rezeki pun. Berdakwah sahaja kerjanya.

Saya dapatkan nombor anaknya dan ibunya terus telefon minta saya bercakap. Kami berkenalan di telefon dan katanya boleh sahaja berjumpa bila-bila masa kerana beliau memang tak kemana-mana. Ceria meria keria benar wajah ibu bapanya.

Selang beberapa hari, malam, saya berjumpalah dengan anaknya di sebuah restoran. Orangnya tenang ya amat. Wajah ahli syurga. Manis bukan main. Rasa nak buat adik ipar ja hahaha. Ok fokus fokus.

Saya beritahu beliau hajat ibu bapanya, suruh berniaga dan gunakan media social sebaiknya. Boleh juga guna untuk berdakwah dan sebagainya.

Dia nampaknya biarkan sahaja saya bercakap. Saya pun layan jelah cakap cakap cakap cakap cakap cakap. Sudah tak ada apa lagi saya nak bualkan, saya pun diam. Buat-buat tengok telefon konon ada yang mesej.

Lalu dia berkata,

“bang, social media ini melalaikan. Saya tak ada Instagram, tak ada Facebook, taka da Twitter dan saya masih hidup dengan baik. Ya ya saya akan cari kerja, namun bukannya guna social media bang.”

Katanya, dia sudah cukup hidup di UK dengan berbagai-bagai ujian. Dan dia mahu fokus kepada jalan dakwah yang banyaknya orang terlepas pandang. Katanya dia sudah keluar masuk Rohingya, juga masih ke perkampungan orang asli yang memerlukan bantuan begitu begini.

Dia cerita semuanya termasuk rupanya pernah juga masuk ke penempatan pelarian Syria di sekitar UK dan Eropah.

Sedang asyik beliau bercerita, saya teringin bertanya, terus sahaja dia cakap, ‘tanya jelah bang,’

“aaaa.. macam mana dengan nak buat duit? Pergi sana sini tu kan guna duit, berniaga kan boleh bantu lebih ramai orang?”

Lalu dia jawab,

“bang, jangan sesekali memperkecilkan Allah. Allah kata, kalau kita bantu orang, tolong orang, Allah akan tolong kita semula.

Sampai ke hari ini, saya belum lagi mati kebuluran. Saya tak ada pinjaman belajar, saya juga tak ada kenderaan, tak ada rumah. Saya hanya ada keluarga yang amat menyayangi saya. Saya juga menyayangi mereka.

Namun buat masa ini, saya memang tak nak gunakan media social untuk apa-apapun. Kalau perlu berniaga, saya lebih rela buka kedai dekat pasar malam bang. Itu jauh lebih tenang.”

Saya bawa semua perbualan itu sampailah ke Osaka baru-baru ini. Ianya berupa sebuah beban yang menyakitkan saya. Saya fikir, kita perlu hidup di zaman kita, gunakan semua yang ada dan jadikan ia sebagai kelebihan.

Malam tadi, kami bermesej lagi. Dia cakap dia ada buka Facebook saya menggunakan akaun ibunya.

Kata beliau,

“Bang, saya rasa dalam hidup kita ini, memang ada orang perlu guna, ada orang tak perlu. Saya pilih jalan untuk tidak guna. Saya dah bincang dengan mama dan papa, dan mereka ok sahaja. Namun bang, saya tahu menggunakan media social ada kelebihannya, namun janganlah sampai menghina, perli dan kutuk orang yang tak mahu guna.

Matlamat kita sama sahaja, kita mahu dekat dengan Tuhan, dengan Allah yang sentiasa memayungi kita dengan banyaknya pahala dan faedah. Ia datang dalam bentuk rezeki yang kita tak sangka-sangka.

Harap dapat mengopi lagi dengan abang, saya nak belajar menulis. Tapi nak tulis jurnal perjalanan ja dekat buku latihan tu. Mana tahu ada manfaat untuk orang lain bila saya dah tak ada nanti.”

Saya pun jawab, “okey, nanti kita jumpa.”

Petang tadi, semasa pulang dari Kuala Lumpur menuju Bangi, saya duk terfikir, kita guna media social ini betul ke mendekatkan diri kepada Allah? Walau kita tulis benda baik, benar ke itu adalah sebuah Lorong untuk kita berjumpa dengan Allah dalam keadaan senyum nanti?

Ke tak? Ke ada sikit secubit rasa bongkak? Rasa bangga dan sombong? Huhu

O Allah, risaunya.

Moga kami semua ini tak jatuh dalam golongan munafik. Yang konon banyaknya buat baik, namun di dalam hati, banyak juga rasa mahu menunjuk-nunjuk. Supaya dipuji dan disanjung lalu terangkatlah diri dan hilang dalam lautan sorakan dan laungan hebat hebat hebat. Dunia kita rasa kitalah yang paling banyak berbuat kebaikan, namun rupa-rupanya haram secebis pahala langsung tak ada.

Huhuhu. Terima kasih Allah. Alhamdulillah, satu lagi peringatan untuk saya dan semua.

Kawan-kawan,

Sosial media memang medan berkongsi kebaikan, namun ianya tetap perlu ada titik sempadan tentang ikhlas dan tidak. Itu kita sendiri putuskan.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Alhamdulillah.



#muhasabahdiri
#selamatmalam
#mayAllahprotectus
#mayAllahblessus
AAMIIN~

Post a Comment

3 Comments

  1. masing-masing dengan cara masing-masing

    ReplyDelete
  2. 10 tahun ++ kenal FB & almost 6-7 years kenal Instagram...Dulu jakun semua nk update..Skrg dh celik sikit..Mane yg rase dtgkn kebaikan utk diri sndiri, praktikkanlah..Mane2 yg rase memudaratkan, tinggalkan...Media sosial tak salah..Yg salah adalah pemegang akaun tu yg masih belum celik ttg penggunaannya.. =)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p