ANEKA RESEPI APAM MUDAH DAN SEDAP! Apam Nasi, Coklat, Cheese Pandan, Polkadot - sayidahnapisahdotcom ANEKA RESEPI APAM MUDAH DAN SEDAP! Apam Nasi, Coklat, Cheese Pandan, Polkadot
LightBlog

ANEKA RESEPI APAM MUDAH DAN SEDAP! Apam Nasi, Coklat, Cheese Pandan, Polkadot

ANEKA RESEPI APAM MUDAH DAN SEDAP | Tudiaa malam malam muncul pula resepi apam mudah dan sedap ha. Nak goda ke? hahaha. Tak tak.. bukan apa. Saya nak bagi idea pada mak mak (dan juga yang bukan mak) untuk buat kuih muih pada hujung minggu ni. Yela kan.. weekend je lah masa yang terbaik untuk memasak di rumah. Buat kuih or dessert sikit untuk makan petang ke. Buat untuk jamu orang/ tetamu yang datang ke rumah ke kan. Gitchuw~

Pagi tadi saya ada terjumpa satu post aneka resepi cake di Facebook. Macam macam jenis kuih ada! Dan di antaranya, TUJUH resepi apam ni lah. Ada yang biasa saya jumpa, ada yang first time saya jumpa. Unik!

Banyak jenis apam rupanya yang wujud dalam dunia ni haha. Corak warna dan perisa pelbagai. Pilih je mana yang berkenan di hati. Eh.


ANEKA RESEPI APAM MUDAH DAN SEDAP


RESEPI APAM COKLAT
resepi apam coklat
ANEKA RESEPI APAM MUDAH DAN SEDAP - apam coklat
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko

Cara:
1. Panaskan pengukus yang berisi air hingga mendidih.
2. Mix semua bahan menggunakan mixer atau nak lebih mudah lagi boleh gunakan blender.
3. Masukkan dalam paper cup atau acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 -15 minit.

RESEPI APAM NASI
resepi apam nasi
ANEKA RESEPI APAM MUDAH DAN SEDAP - apam nasi
Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 cawan tepung beras cap teratai
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 peket mauripan
2 1/2 cawan air
Pewarna

Cara penyediaan:
1. Blender halus gula nasi dan air
2. Campur semua tepung dan mauripan. Kacau sebati dan perap 2 jam.
3. Adunan akan naik kacau sebati dulu untuk buang gelembung udara dan warnakan ikut pilihan
4. Acuan sapu minyak sedikit dan tuang adunan jangan penuh sangat.
5. Kukus 15- 20 minit api sederhana. Kalau nak merekah, kukus api besar.

RESEPI APAM MEKAR
resepi apam mekar
ANEKA RESEPI APAM MUDAH DAN SEDAP - apam mekar
Bahan-bahan:

A:
3 biji telur Gred A
1 cawan gula caster

B:
1 cawan Air Cream Soda/sprite
1/2 sudu teh besar Ovalatte
11/2 vanilla

C:
3 cawan Tepung Naik Sendiri
1 sudu teh Baking powder
Perwarna hijau, merah guna sirap rose, kuning

Cara membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga kembang putih
2. Masukkan bahan B; pukul lagi
3. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit hingga sebati
4. Masukkan adunan ke dalam paper cup
5. Panaskan kukusan
6. Kukus mengunakan api kuat 15 minit je.

RESEPI APAM PANDAN
Oleh: Tina Qaid
resepi apam pandan
ANEKA RESEPI APAM MUDAH DAN SEDAP - apam pandan
Bahan-bahan :-
3 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air pandan
1 cawan gula
1 packet yeast
1 sudu kecil garam
Pewarna hijau

Cara nya:
Gaul kan semua bahan-bahan tadi jadi satu dan perap lebih kurang 1 jam. Lepastu dikukus selama 30 minit dalam loyang. Kalau di acuan agak-agak 10 minit.

Selamat mencuba!

RESEPI APAM CHEESE PANDAN
(no fail) gerenti gebu gebas!
resepi apam cheese pandan
ANEKA RESEPI APAM MUDAH DAN SEDAP - apam chese pandan
Bahan:
2 cawan self raising flour (tepung naik sendiri) (brand bluekey)
1/2 cawan gula kaster (nak manis lagi boleh tambah)
2 biji telur A
1 cawan susu cair
5 daun pandan
1/4 cawan santan kotak
1/2 cawan marjerin (cairkan)
1 sudu kecil pewarna hijau
Cheddar cheese (topping)

Cara caranya:
1. Blend susu cair dengan daun pandan, tapis. Campurkan tepung dan gula ketepikan.
2. Pukul telur sampai gebu, masukkan santan, marjerin dan bahan blend tadi.
3. Kacau rata kemudian masukkan pula campuran tepung sedikit-sedikit hingga sebati.
4. Sapu acuan dengan minyak, masukkan adunan 3/4 kukus 20 minit.
5. Keluarkan.. letak cheddar cheese untuk topping.

#resepiapamcheesepandanbyshen

RESEPI APAM POLKADOT
resepi apam polkadot
ANEKA RESEPI APAM MUDAH DAN SEDAP - apam polkadot
Bahan-bahannya: (50 papercup medium)

3 biji telur dari peti sejuk (Gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 21/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar / susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette *
1 sudu kecil esen vanila
Filling ** blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai sesuai pewarna yang digunakan

* nama panggilan bagi ovalette ialah Quick 75. Ia berwarna kuning atau oren dan teksturnya seperti gel. Ia merupakan penstabil atau pengemulsi yang digunakan untuk membuat kek span dan kek-kek lain yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
** filling ialah inti bagi apam
[sudu kecil = sudu teh]

Cara cara penyediaan:-

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas itu, baru campur bahan-bahan lain seperti susu, tepung, baking powder (yang telah di ayak) dan esen vanila dan mix lagi dengan kelajuan minimum sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah sahaja)

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang isi dalam piping bag kemudian picitkan)

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Akhir sekali.. dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus dengan api kecil / sederhana selama 10-15 minit sehingga masak.

RESIPI KARIPAP APAM
resepi karipap apam
ANEKA RESEPI APAM MUDAH DAN SEDAP - apam karipap
Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
½ cawan susu cair
2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil eno (paket biru)
1/2 sudu kecil pest pandan
Secubit garam
Pewarna disukai

Caranya:
1. Tepung diayak dulu dan satukan dengan gula, garam & susu cair
2. Semua bahan gaul rata, letakkan yis, kacau rata
3. Tutup adunan dengan plastic wrap dan perap selama 1 jam

4. Selepas 1 jam adunan akan berbuih. Campurkan eno tadi dan kacau rata
5. Diatas kuali non stick, letakkan minyak sikit.
6. Tuang 1 senduk adunan dan dilayangkan atas kuali seperti kueh dadar
7. Acuan karipap sapukan sikit minyak (supaya tak melekat)
8. Letakkan dadar atas acuan karipap letak intinya dan tekan, siap!

Intinya:

Bahan:-
1 biji kelapa parut
Gula merah/ gula melaka/ daun pandan

Cara buat inti: Kacau atas api hingga kering
*letak sedikit isi durian - lagi sedap

Disclaimer: Semua recipe di atas bukan hak milik saya. Full credit to the owner :)


Post a Comment

2 Comments

  1. dulu-dulu selalu sangat makan karipap apam kulit warna kulit dalam inti pandan. sedapppppp...

    ReplyDelete
  2. Karipap apam Tu suka lah skrang...sekali makan sedap jgk ek

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p