Total Blog Pageviews

Azam baru 2019 vs 2018

by - January 01, 2019
Azam baru 2019 vs 2018 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! 1 Januari 2019... Happy new year! Selamat tahun baru semuaa readers yang disayangi! Moga tahun ini kita semua menjadi lebih baik dari tahun yang lepas lepas. Aamiin! So.. Apakah azam baru 2019 anda? Sama seperti tahun 2018 atau sudah berubah? Bertambah? Berkurang?


Azam baru 2019 vs 2018 Sayidah Napisah

Azam baru 2019 vs 2018
Azam baru 2019 vs 2018 | gambar sekadar hiasan | image: Google
Okay.. Azam baru tahun ni mostly sama je macam tahun lepas. Tak banyak yang berubah tapi ada yang berubah tapi yang pasti hati jangan berubah jadi hitam. Ehh hahaha.

Azam 'lama' 2018:
1. kuruskan badan
2. improve English
3. more active in blogging 'career'
4. produce more quality entries of blog
5. kumpul duit for the future // spend wisely
6. mastering how to be a good tutor
7. be a better muslimah
8. improve skill memasak

p/s: no.4,5 & 8 je yang tercapai, yang lain........... zzzzz

Azam baru 2019:

1. Kurangkan berat badan // capai ideal weight

Bersenam dengan lebih intensif lagi dan ISTIQAMAH bersenam buat setiap hari walaupun sedikit. please Sayidahhh be stronggg dan be rajin! hahaha. Sayidah Napisah adalah seorang yang susah nak istiqamah dalam sesuatu perkara termasuklah bersenam. kalau harini boleh workout sejam setengah lamanya, esok belum tentu. lusa pun malas! tulat pun entah buat atau tidak! Ish ish ishh.

Buat workout dengan lebih banyak lagi. dan skipping 1000 kali dengan lebih kerap lagi dalam seminggu! Banyakkan berjalan. Jangan nak duduuukkkk aje!

Cuba makan sayur banyak sikit! buah-buahan tambah lagi banyak! kurangkan makanan segera! dan sewaktu dengannya! (tanda seru bukan tanda marah ye hahaha tapi tanda FIGHTING!) ehe.

2. Lebih aktif berblogging

Ini adalah azam yang sama dengan tahun lepas. tapi tahun lepas tak dapat nak achieve sooo... tahun ni inshaaAllah! I will try my best!

Once again... please ISTIQAMAH sayidah uitt! hahaha. Kena aktif selalu. jangan on off on off update blog nya. Kena istiqamah jugaa karang entri setiap hari. kannn.

3. Jadi orang yang bermanfaat pada orang lain

Tahun lepas ada juga usaha untuk beri manfaat pada orang lain. Just tahun ni nak lebih lagi! kerana kita tak tahu.. amalan mana kah yang akan tolong kita di akhirat nanti. dan jika kita banyak beri manfaat pada orang lain, lebih banyak lah pahala yang mengalir dan bantu kita di alam sana inshaaAllah~!

Lagipun, bagi orang manfaat ni perasaan nya bestt. Kita rasa kita dah jadi manusia yang berguna haha. Plus, it give us hope to live more hopeful every day.

4. Tidak terlalu fikir (risau) tentang rezeki!

RE.JE.KI. I know rezeki Allah yang bagi. Rezeki Allah yang beri. kita dah tak perlu fikir pun pasal rezeki. Hanya perlu usaha, doa dan tawakkal.

Tapi.. saya hanya insan biasa. Yang kadangkala terlalu overthinking and overrated. Ehhh. I mean over-risau on things we call REZEKI - risau tak ada duit, risau tak kahwin lagi, risau income adsense sikit, risau pelajar tutor berkurang, risau tak ada orang nak beli biobax, risau tak kurus-kurus, risau tak ada simpanan yang banyak.. Risau, risau dan risau.

So, tahun ni.. saya nak belajar untuk kurangkan risau dan lebihkan usaha. Kurangkan fikir terlalu jauhhh ke hadapan dan fokus masa sekarang. Kurangkan rasa takut apa yang bakal berlaku dan lebihkan istiqamah in every thing I do. Kurangkan bimbang dan lebihkan syukur dengan apa yang saya dapat dan ada.

5. Be myself.

Iye. Ada orang kata adakalanya kita perlu hipokrit dan pentingkan hati orang lain dulu sebelum hati kita. Tapi bagi saya.. be yourself, be ourselves, be MYSELF is more important.

Tak perlu ikut orang, takyah ikut trend, jangan terlalu ikut 'perkembangan' semasa yang boleh mengubah 360 degree lifestyle kita, jangan takut untuk jadi diri sendiri yang mungkin berbeza dengan orang lain, tak perlu terlalu fikir perasaan orang selagi kita betul dan berada di landasan yang benar.

That's my azam. I want to be moreee.. jadi diri sendiri. Saya tak kata saya FAKE sebab.. benda ni subjektif. Luas maksudnya. Bukan sekadar perangai atau sikap kita, but dalam perkara lain.

Okay dah cukup LIMA azam 2019 di atassss. Malas nak banyak-banyak, kang tak buat pun! perli kat diri sendiri. Hahaha.

Haa dah membebel azam kat atas, tapi.. doa saya.. yang paling penting, moga saya dan keluarga dan anda anda jugaa sihat, dilimpahkan rezeki melimpah ruah dan sentiasa berada dalam rahmat dan redha- Nya dalam merealisasikan azam azam tahun baru 2019. Aamiin! :)

Ehemm.. share la sikit apa azam tahun baru andaa? hehee.

Daaa~ wassalam!


You May Also Like

8 comments

  1. Selamat Tahun Baru 2019 Syidah ...

    ReplyDelete
  2. Tahun ni kalau boleh nak post entri kat blog dengan lebih konsisten. Yang bab bersenam tu, memang saya sangat setuju. Susah nak istiqamah,biasanya dua tiga minggu je bersemangat😂. Lepas tu, asyik kata x pelah kena ada off day juga, akhirnya off day forever daripada bersenam.

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru. semoga azam untuk 2019 tercapai

    ReplyDelete
  4. Semoga tercapai segala azam.
    Jemput join segmen d blog abam kie, ye? Tq

    ReplyDelete
  5. semoga semua azam tercapai. have a blast 2019 =)

    ReplyDelete
  6. selamat tahun baru . nak kurrrr jugak hahahahha . moga dipermudahkan segala urusan:)

    ReplyDelete
  7. Yang no 1 tu pun ada dalam azam kita awak. Usaha nak tak nak je yang kita kena konsisten.

    Awak, selamat tahun baru
    Semoga tahun ini awak dipermudahkan dalam segala jenis urusan. Aamin.

    Jom join giveaway saya.
    http://www.myarosli.com/2019/01/birthday-giveaway-by-mya-rosli.html

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru kc. xdan lagi nak update azam tahun baru kita

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p