Total Blog Pageviews

Doa Ketika Angin Ribut/ Angin Bertiup Kencang

by - January 03, 2019
Perasan tak? Dari pagi tadi sehingga lah sekarang.. angin kuat sangat. Lain macam. Katanya ianya disebabkan effect dari ribut tropika di Vietnam. Kita tak kena tapi angin tu sampai sini dapat dirasa. Angin bertiup kencang bukan biasa biasa; sampaikan ada bunyi 'istimewa' yang keluar dari angin bertiup kencang tersebut. Macam bunyi sirrrrr / syiiuunggg macam tu.

"NASIHAT RIBUT TROPIKA (PABUK): Masa pencerapan: 17:00, 2 Januari 2019. Kedudukan: Latitud 6.1 Utara dan Longitud 107.7 Timur. Pergerakan: Ke arah Barat dengan kelajuan 15 km/j. Jarak dari bandar antarabangsa terdekat: kira kira 536 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam. Jarak dari bandar terdekat: Kira kira 517 km ke Timur Laut Kuala Terengganu, Terengganu. Kesan terhadap Malaysia: Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang"

Kawasan tempat anda rasa juga kan angin kuat? Bukan angin sepoi sepoi bahasa dah. Ni angin mengganas namanya. Sampai terbang langsir, pintu tingkat bergetar. Gerun pun ada hee.
Doa Ketika Angin Ribut atau Angin Bertiup Kencang
Doa Ketika Angin Ribut/ Angin Bertiup Kencang | image: Google

Doa Ketika Angin Ribut/ Angin Bertiup Kencang


Saya baru dapat tadi ni.. Doa ketika angin ribut atau angin yang sedang bertiup kencang. Mari baca sama sama!


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيْهَا وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا فِيْهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ

Allaahumma innii as-aluka khoirohaa, wa khoiro maa fiihaa, wa khoiro maa ursilat bihi, wa a'uudzu bika min syarrihaa, wa syarri maa fiihaa, wa syarri maa ursilat bih.

Terjemahan doa/ maksud:
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan angin (ribut ini), kebaikan apa yang di dalamnya dan kebaikan tujuan angin ini dihembuskan. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan angin ini, kejahatan apa yang di dalamnya dan kejahatan tujuan angin ini dihembuskan.

[HR. Muslim no. 899.]

Aamiin Ya Rabbal 'alamin~
Doa Ketika Angin Ribut/ Angin Bertiup Kencang
Doa Ketika Angin Ribut/ Angin Bertiup Kencang | image: Google

You May Also Like

4 comments

  1. tengah hujan lebat siap angin bunyi2 lagi kat Penang time skrang ni. sedap nak tidooo sejuk hihi..

    kena gaya dengan entry =)

    ReplyDelete
  2. takutnya kalau ribu hujan ni. sebab risau ada yang terbang-terbang.

    ReplyDelete
  3. jena berjaga-jaga dan berwaspada semua ye

    ReplyDelete
  4. tengok kat berita aritu kat pelantar minyak area Tganu mmg kuat anginnyer..semoga dipermudahkan semua urusan saudara2 kita :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p