kenapa kena rajin update blog setiap hari? apa kelebihannya? - sayidahnapisahdotcom kenapa kena rajin update blog setiap hari? apa kelebihannya?
LightBlog

kenapa kena rajin update blog setiap hari? apa kelebihannya?

kenapa kena rajin update blog setiap hari? apa kelebihannya? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Dah update blog hari ini? Dah publish satu blogpost harini? Belum lagi? Atau sebenarnya dah lama tak karang entri?

Okay.. sebelum kita pergi lebih lanjut, just want to put the disclaimer.. entri saya ni bukan untuk down kan blogger yang dah lama tak update blog mahupun perli, ejek atau kecam. NO NO NO. Saya takde kerja nak buat macam tu hahahaha.

Niat saya buat entri ni adalah untuk memberi semangat pada mereka yang gigih dan bertungkus lumus meng-update blog every day! Dan memberi idea pada mereka yang tak nampak apa kelebihan, apa manfaat, apa faedah karang entri selalu? Sekadar nak naikkan pageviews? Tapi PV tak naik naik pun?


kenapa kena rajin update blog setiap hari? apa kelebihannya?

kenapa kena rajin update blog setiap hari? apa kelebihannya?
kenapa kena rajin update blog setiap hari? apa kelebihannya? | image: Google
Setiap orang ada pendapat dan opinion tersendiri. Mungkin ada sesetengah blogger yang trigger "eh suka hati lah nak update bila bila. takde kerja lain ke nak publish entri setiap hari?" atau "tak perlu nak paksa diri update setiap hari. just follow your mood la. kalau rasa nak update, update. kalau tak nak, tak yah push".

Iye. saya setuju juga dengan pendapat tu. Tak perlu terlalu strict dan mindset WAJIB update blog setiap hari sehingga effect mood sendiri. TAPI!

Tapi.. bagi blogger seperti saya yang ada misi dan visi - buat duit dengan blog.. harus lah update blog setiap hari; at least satu entri per day. Bukan WAJIB ye tapi HARUS.

Tak paksa pun tapi hanya beri cadangan. Tak suruh follow pun suggestion saya tapi mungkin boleh tengok dulu the reason whyy we need to update daily. Hehehe.

1. Tarik client/ PR offer job

Apa kaitan client dengan update blog? Okay.. bila kita kerap update blog, client dan PR akan perasan kewujudan blog kita. Macam mana boleh perasan?

Melalui pelbagai medium, platform dan cara; seperti contoh di bloglist blog orang lain, orang share entri blog kita di Facebook/ Whatsapp, kita share/ ping entri di group Google+, group FB, FB page & FB personal, etc.

Mungkin juga dari orang luar yang nampak potensi blog kita dan suggest kepada orang lain yang sedang mencari blogger untuk buat review atau advertorial.

Apa yang saya nak kata kat sini.. rezeki tu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Tapi kena lah usaha dulu, bukan?

Dan salah satu usaha nya adalah - update blog selalu :)

2. For our own follower, silent reader dan peminat (?) yang setia

Ada peminat ke? Hhahaha not sure lah blog saya ni ada peminat ke tidak. Tapi in general.. kalau betul lah blog kita ni ada follower dan peminat yang setia menanti setiap entri blog kita for every single day.. kesian kat mereka kan kalau kita jarang update? SATU entri pun sudah cukup jika kita tidak berkesempatan.

Entri apa apa pun boleh. Terpulang.

3. Tingkatkan trafik blog (pageviews)

Ramai yang tanya saya macam mana boleh dapat pageview berjuta? Macam mana nak PV beribu setiap hari?

Antaranya.. ini lah. Update blog sokmo hahaha. Lepas update entri, jangan duk biar je. Jika ada kesempatan dan masa, share lah entri ke group group FB, FB page dan Google+ communities. Jangan tak share pula tau! This is one of my tips to tingkatkan trafik blog.

4. Earnings Adsense/ Innity/ Nuffnang makin up

Bila dah makin ramai pengunjung datang ke blog kita, inshaaAllah earnings adsense, innity atau nuffnang kita pun sedikit sebanyak akan naik juga.

5. Google suka dengan blog aktif

Ini yang saya pernah dengar dulu. Kebenarannya? Wallahualam hahaha.

6. Tarik orang untuk datang singgah dan komen

Kalau tiada entri kat blog kita, buat apa orang nak datang ke blog kita kan? Tak ada content untuk dibaca apatah lagi untuk komen. Acamno? Apa yang menarik?

Sekurang-kurangnya kalau kita update setiap hari satu artikel, ada juga reason untuk orang datang jenguk, baca dan tinggalkan komen. Tak drop the comment pun its okay. Yang penting manfaat kita share info, maklumat dan pengalaman :)

That's all!

Tak ada masa? Terlalu sibuk dengan kerja lain yang lebih utama? Ada masalah peribadi?

Its okayy. Its really really okayyyy. Serius saya tak paksa pun suruh update setiap hari tau hahahaha. Please do not salah faham.

Saya hanya beri motivasi dan pendorong kepada mereka yang tidak jemu jemu karang update blog almost everyday.

Saya pun tak ada lah rajin sangat. Kadang-kadang ada juga cuti blog. Kadang-kadang ada juga mood malas tu datang menginap di dalam badan. Kadang-kadang tak sentuh juga blog biar bersawang beberapa hari sebab family/saudara datang rumah. hehhee.

Okayy daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:

ada ke orang suka blog aku?

tanya sendiri.. kau nak orang ingat blog kau sebagai apa?

TUTORIAL LETAK BLOGLIST DALAM BLOG

Post a Comment

14 Comments

  1. Betul...sekali sehari pun dah cukup, janji 'wujud' hehehe.
    Kadang ada yang pelik juga, pergi sana sini event dan review, tapi takde update blog..
    Takde rasa bersalah ke ek..sangat pelik..

    *komen random*

    ReplyDelete
  2. bila update guna hp, memang update sajalah.. bw belum buat lagi shu ni. huhu

    ReplyDelete
  3. Betul tuh... Setiap apa kerja yang kita lakukan kena usaha dan rajin. Tak paksa pun untuk update daily tapi once kita ni dah ada blog, means blog kita dah ada pembaca. Semestinya pembaca ternanti-nanti news dari kita. Kalau lama sangat tak update, dikhuatiri pembaca pun lari... Hehehe...

    Jom baca entry terbaru di blog LeYa di 10 Tempat Makan Best Di Ipoh Untuk Diterjah

    ReplyDelete
  4. Ada masanya blur juga nak update apa.. Tapi kalau time idea mencurah-curah memang bahagia rasanya..

    ReplyDelete
  5. Motivasi dan pembakar semangat betul entri ni. Hehe. Terbaik, tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak berjaya sebagai blogger memang kena update blog setiap hari - itu peesanan dari ben ashaari

      Delete
  6. Ika la manusia yang kurang update tu haha ya ampunnnnn. Tapi good sharing la awak. Ika setuju apa awak cakap tu.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/hadiah-dari-blogger-kak-sha.html

    ReplyDelete
  7. sis sedang cuba untuk update setiap hari..tapi setakat ni gagal lagi. hehehe

    ReplyDelete
  8. huargh mood nak update blog memang kelaut selalunya. biasa update dua hari sekali. lepas ni kena rajin lagi laa

    ReplyDelete
  9. Nak menulis banyak entri tapi idea makin slow.. hehe.. tapi kena tulis juga hehe

    ReplyDelete
  10. bilalah nak istiqamah update blog tak terkejar rasanya , dengan mood lagi

    ReplyDelete
  11. Bila idea banyak je, mood rajin tu nak datang. Kadang-kadang siapkan draft dan schedule. Sekurang-kurangnya adalah juga entri dari tak ada kan.

    Kena paksa diri juga walaupun entri ke laut. :)

    ReplyDelete
  12. Thank you sis, entry ni sangat useful bagi saya. ^^

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p