Tips Temuduga: Cara Jawab Soalan Interview "Kenapa nak bekerja di sini?" - sayidahnapisahdotcom Tips Temuduga: Cara Jawab Soalan Interview "Kenapa nak bekerja di sini?"
LightBlog

Tips Temuduga: Cara Jawab Soalan Interview "Kenapa nak bekerja di sini?"

Tips Temuduga: Cara Jawab Soalan Interview "Kenapa nak bekerja di sini?" | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Ada yang nak pergi interview ke dalam masa terdekat? Haa kalau ada, nak bagi tips yang sangat berguna ni. Tips temuduga: cara jawab soalan interview "kenapa nak bekerja di sini?". Kena la belajar kan macam mana cara nak tackle soalan lazim temuduga such as "kenapa nak kerja sini?". Macam mana cara nak jawab, belajar apa format jawapan yang betul dan tepat; yang boleh menarik perhatian penemuduga. Untung untung, boleh lulus temuduga aamiin~ 


Tips Temuduga: Cara Jawab Soalan Interview "Kenapa nak bekerja di sini?"

Oleh: Norizan Sharif
Tips Temuduga: Cara Jawab Soalan Interview
Tips Temuduga: Cara Jawab Soalan Interview "Kenapa nak bekerja di sini?" | image: Google
Ramai anak-anak muda nak tahu, apa nak jawab jika penemuduga tanya "Kenapa nak bekerja di sini?". Satu perkara yang pasti, jawab apa yang penemuduga nak dengar. Apa yang penemuduga nak dengar? Ikuti thread ini, saya berkongsi contoh jawapan yang boleh digunakan.

Tugas penemuduga ialah mencari calon yang sesuai dengan jawatan dan syarikat tersebut. Gunakan sesi temuduga untuk nyatakan yang anda faham keperluan syarikat itu, sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Untuk entry-level position, kaitkan bagaimana pendidikan, pengalaman di kampus, aktiviti NGO boleh penuhi keperluan jawatan itu. Penemuduga tak berminat nak dengar calon berbangga "masuk U," tetapi bagaimana universiti sediakan dia untuk alam pekerjaan.

Contoh: "Sewaktu di universiti dulu saya diberi tugas urus aktiviti perhubungan awam. Setiap kali ada convocation, saya dilantik menguruskan tetamu, dengan dibimbing oleh pensyarah. Pengalaman ini sediakan saya untuk berkhidmat sebagai Stakehoder Engagement Executive."

Penemuduga tak berminat jawapan, "Saya nak cari pengalaman baru." OK, OK, ada yang berminat tetapi tak ramai. "Kalau nak bagi pengalaman, lebih baik kami ambil intern saja," fikir mereka. Semua orang ada kepentingan (interest) dan kepentingan penemuduga nak cari calon terbaik.

Bagi jawatan Junior Executive atau mid-level manager, nyatakan pencapaian di tempat kerja dulu. Contoh, "Sewaktu di syarikat ABC dulu, saya bersama-sama tim dapat tingkatkan 20% produktiviti (atau jualan) dalam tempoh enam bulan. Ini adalah pencapaian tertinggi syarikat."

Atau, nyatakan bagaimana jawatan baru ini serasi dengan perancangan kerjaya kita. Contoh, "Di universiti dulu saya buat penyelidikan AI dan sekarang pun saya bekerja di bidang ini. Cuma kelebihan jawatan baru ini ialah ia berikan saya ruang untuk terokai cabang lebih luas."

Bagi jawatan perkeranian pula, nyatakan pengalaman dan sifat kita yang sesuai dengan jawatan itu. Contoh, "Di tempat sekarang saya akan siapkan filing dalam tempoh 24 jam. Saya akan pastikan filing teratur kerana ini memudahkan pengurus saya merujuk dokumen dan buat keputusan."

Adakah contoh-contoh jawapan ini menjamin anda akan dapat kerja? Tidak. Namun jawapan itu lebih baik dari, "Saya tak suka bos sekarang. Dia selalu marah-marah," "Gaji sekarang kecil, nak beli minyak motor pun tak cukup."

Cubalah. Good luck!

Contoh yang saya berikan tadi disebut persuasive communication atau komunikasi pemujukan. Pendengar lebih mudah menerima jika kita bercakap dari sisi dia (listener-centric). Jawapan-jawapan tersebut membelai emosi penemuduga (walaupun belum tentu anda akan dapat kerja).
Tips Temuduga: Cara Jawab Soalan Interview "Kenapa nak bekerja di sini?"
Tips Temuduga: Cara Jawab Soalan Interview "Kenapa nak bekerja di sini?" | image: Google
Semoga bermanfaat~!

Daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

5 Comments

  1. tak lama nanti ada iv. doakan kaella ye. dapat juga membantu. terima kasih tau :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh... tips yang baguss.. Thank you :D

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang menarik. Walaupun belum pernah pergi interview kerja, tapi boleh refer tips ni in the future.

    ReplyDelete
  4. soalan yang memang akan ditanya kan? nak jawab pun cliche hihihi

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p