March 2019 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Thursday, March 28, 2019

March 28, 2019

Bujang dapat BSH RM100 pada akhir Mac 2019?

Bujang dapat BSH RM100 pada akhir Mac 2019? | Dalam kenyataan akhbar Berita Harian (BH) pada akhir Februari 2019 yang lepas; ada mengatakan: "Kerajaan setuju beri Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada individu yang berdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018 dengan bayaran permulaan RM100 pada akhir Mac, membabitkan peruntukan RM300 juta. Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan bayaran dan kadar BSH 2019 akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Kabinet untuk dimuktamadkan".
Bujang dapat BSH RM100 pada akhir Mac 2019?
Bujang dapat BSH RM100 pada akhir Mac 2019?

So.. Bujang dapat BSH RM100 pada akhir Mac 2019?


Yeap!

Haritu saya; selaku wakil bujang terlajak laris; kecewa bangattt sebab kategori bujang (berumur 58 tahun ke bawah) tak lepas syarat, tak layak nak mohon BSH 2019.

Then, tup tup.. keluar kat surat khabar beritahu yang setiap individu yang berdaftar di bawah Kategori Bujang dalam data BSH (yang dulunya BRIM) 2018, layak dapat bayaran sebanyak RM100 pada akhir bulan Mac ni.
Bujang dapat BSH RM100 pada akhir Mac 2019?
Bujang dapat BSH RM100 pada akhir Mac 2019
Weeaahoo. Rejeki jangan ditolak hehe~

Walaupun hanya RM100, lepas la nak bayar duit topup internet atau beli barang dapur kann.


INDIVIDU BUJANG BERDAFTAR BSH 2018 SAHAJA LAYAK TERIMA RM100 PADA AKHIR MAC

"Sebagai permulaan, bayaran RM100 akan dibuat Kementerian Kewangan. Berhubung bayaran selanjutnya, kadar bantuan BSH 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan".
Bujang dapat BSH RM100 pada akhir Mac 2019?
Bujang dapat BSH RM100 pada akhir Mac 2019
Maksudnya... for BSH 2019 yang next next, kita yang bujang ni tak pasti lah dapat ke idok. RM100 yang bakal diterima ni just for 'muqaddimah' gitu.

Ada yang kata, duit RM100 tu akan dimasukkan pada 28 Mac 2019. Tapi tadi saya check belum masuk akaun bank lagi. Korang yang single mingle macam saya dah check? dah dapat ke belum? Hehehe~

March 28, 2019

Cara Check Baki Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Online) | Semak Penyata PTPTN

Cara Check Baki Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Online) | Semak Penyata PTPTN | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa sini yang masih berhutang dengan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)..  angkat jariiii kaki! hahaha. Haa dah pinjam tu, kena lah bayar balik kan? Jangan buat tak tahu pula. Jangan buat derkk pula setiap bulan tanpa masukkan duit ke akaun PTPTN. Kesian adik adik yang nak belajar further study nanti. Kalau tak tahu berapa yang nak kena bayar, pergi ke pejabat PTPTN atau UTC. Kalau nak check baki bayaran balik pinjaman PTPTN atau nak tengok semakan penyata pinjaman, boleh semak secara online sahaja. Tak perlu susah ke kaunter office pitipitiyyen.

Saya pinjam PTPTN time matrik & first two years study degree dulu di UPM. After that, baru lah merasa JPA. Selepas habis belajar, baru lah saya ansur-ansur bayar balik duit pinjaman PTPTN. Disebabkan saya kerja sendiri, so takdelah banyak sangat duit yang saya kena bayar. RM82.58 bayaran tetap (minimum) for every month.

Ada orang beri tips and trick bayaran balik pinjaman PTPTN ni.. kalau nak cepat habis dari masa yang dijadualkan, setiap bulan kita kena bayar lebih dari yang sepatutnya. Let's say I have to pay RM82.58 each month, tapi jangan bayar fix tepat tepat 82.58. Bayar lebih sikit contohnya RM100/RM110 macam tu.

Tu orang beritahu lah. Saya ikut je hahaha. Okay, back to the topic!


Cara Check Baki Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Online)


1. Login (log masuk) akaun PTPTN di web Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN
http://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp

Di bawah word PERMOHONAN PINJAMAN/ SEMAKAN PENYATA.. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Kalau tak ingat password, macam mana? Haa saya lah tu tergolong dalam kalangan orang yang lupa password haha. Don't worry.. just click kat bahagian 'terlupa kata laluan?'. Nanti sistem akan hantar kata laluan baru ke email kita.
Cara Check Baki Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Online)
Cara Check Baki Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Online)
2. Klik 'PENYATA BAKI'.

Akan terpampang lah semua details bayaran balik pinjaman PTPTN kita dan berapa baki keseluruhan pinjaman PTPTN yang tinggal.
Cara Check Baki Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Online)
Cara Check Baki Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Online)
Cara Check Baki Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Online)
Cara Check Baki Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Online)
Done!

Haa senang je kan? Just few stepsss only.

Cara Semak Penyata Pinjaman PTPTN



2. Masukkan no.kad pengenalan dan klik 'SEMAK'
cara semak penyata pinjaman ptptn
Cara Semak Penyata Pinjaman PTPTN
cara semak penyata pinjaman ptptn
Cara Semak Penyata Pinjaman PTPTN
3. Log masuk akaun PTPTN. Then, you can check what you want!

SENARAI PENDAFTARAN // DAFTAR BARU (NO.PIN BSN) // DAFTAR PERMOHONAN BARU ONLINE // TUKAR KATA LALUAN & ALAMAT EMEL // PENYATA BAKI // PENYATA BAKI TERPERINCI // MAKLUMAT PEMBIAYAAN // PENGESAHAN PERMOHONAN // CETAK MAKLUMAT // SENARAI PENDAFTARAN

Semoga bermanfaat~

Daa~ wassalam! :)



Sunday, March 24, 2019

March 24, 2019

Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi | Harga Promosi Tiket 2019 di Tripcarte.asia!

Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haa budak budak sekolah taska, tadika, rendah, menengah dah start cuti sekolah sekarang ni.. para ibu para ayah, ada bawa mereka jalan jalan atau pergi trip ke mana mana kah? Atau hanya pergi hantar ke kelas tambahan di sekolah/ tusyen class sahaja? Atau bawa bercuti balik kampung? Atau tiada lagi plan nak buat apa apa aktiviti outdoor dengan anak anak? Atau tak tahu nak pergi mana lagi? Tiada idea? Tidak tahu di manakah tempat menarik popular yang ada di Malaysia ni; yang sesuai untuk dibuat aktiviti bersama dengan keluarga, termasuk kanak-kanak?

Okay relaksss.. Let me give you some suggestion tempat yang bakal memberi anda dan anak anak kenangan manis dan pengalaman berharga! Tempat menarik di Langkawi yang pasti mengaktifkan segala rasa deria dalam diri anak-anak. Plus, ianya mengeratkan lagi silaturrahim sesama anda dan anak anak. Gitchuww~

Nak tahu apa dia? Let's!


Top 4 Tempat Menarik Popular di Langkawi | Aktiviti Outdoor yang Kanak-Kanak pun Enjoy!


1. 4 in 1 Langkawi Cable Car // Kereta Kabel Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Biasa kita dengar minuman coffee 3 in 1, tapi cable car langkawi ni extra satu. 4 in 1! Apa yang ada dalam 4 tu? - access to cable car with standard gondola, access to 3D Art Gallery, access to SkyRex & last but not least, access to SkyDome.
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Secara jujurnya, saya tak pernah lagi menjejakkan kaki naik kereta kabel Langkawi (dikenali juga sebagai Langkawi SkyCab) ini; yang merupakan tarikan utama buat pengunjung yang bercuti melancong ke Langkawi. Saya memang tertarik sangat sangat untuk cuba this superb major attraction ini, tapi belum berkesempatan lagi.

Dengan jarak sepanjang 2.2 km dan mengambil masa selama 15 minit, Langkawi SkyCab ini menyambungkan Kampung Oriental di Teluk Burau sehingga puncak Gunung Machinchang; yang menempatkan Sky Bridge.
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Sky Bridge yang dibina di atas Gunung Machinchang mempunyai panjang sejauh 125 meter. Ada yang kata, ketika berada di Sky Bridge ni, kita boleh lihat pemandangan biru Pulau Langkawi dengan jelas dan jika bernasib baik, boleh tengok hingga ke negara Thailand nun. Fuhlamak! Tergoda den dengarnya.

Tergoda, tergoda juga. How about harga tiket cable car ni? Mahal kah? Murah kah?


Warganegara - Dewasa (RM38) | Kanak-Kanak (RM30)
Pelancong asing - Dewasa (RM53) | Kanak-Kanak (RM40)
*harga termasuk harga cable car langkawi & langkawi sky bridge

Not bad price kan? Nak bawa budak budak pun boleh; walaupun saya tak tahu budak-budak suka ke tidak hahaha. Tapi tak cuba sekarang, bila lagi kan? Mana tahu, ianya menjadi kenangan paling manis buat anak anak anda. Hehe.
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Kalau anak-anak buah saya (mostly) mesti suka dengan tempat ni. Dapat melihat secebis keindahan bumi Allah yang maha luas dan maha cantik ni.

2. Underwater World Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Do you know that Underwater World Langkawi merupakan salah satu akuarium hidupan marin yang terbesar di Asia Tenggara? HEBAT KAN?!

Underwater World Langkawi ini diwujudkan bagi memberi kesedaran tentang betapa pentingnya untuk memelihara hidupan akuatik. Menjadi antara tarikan popular di Pantai Cenang, Langkawi, Underwater World Langkawi menempatkan lebih 200 spesis hidupan laut dan air tawar. 
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Mempunyai tiga seksyen utama iaitu Hutan Hujan Tropikal dan Ekosistem Sungai, Seksyen Suhu dan Seksyen Sub - Antartika dan Marin.

Activities and exploration
●  Tropical rainforest – This large walk-through aviary will give visitors an experience of being in the heart of langkawi which displays Tropical Rainforest environment.
● Temperate Section – A walkthrough on 8-meter Tunnel will enable visitors to see African Penguins swimming around in a peaceful environment.
● Sub-Antarctic Section – The king underwater world langkawi which awaits the tourist to come and play with them at Pantai Cenang underwater world Langkawi.
● Hexagonal Tank – A great sight-seeing of white tip shark and black
tip shark in the tank.
● Tunnel Tank – Feel yourself surrounded by Giant Stingrays, Giant Trevally, Giant Groupers, Olive Ridley Turtle and other schooling fishes at the aquarium underwater world Langkawi
● Koi Pond – The Japanese Carps together with Sultan Fish, Cichlids are found here.
● Invertebrate section – Unusual and peculiar sea creators origins from southeast Asia such as Mudskippers and many other interesting species are on display here
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
WAKTU MAKAN HAIWAN

Animal Type          Daily Feeding
African Penguins  11:00am & 2:45pm
Rockhopper Penguins  11:15am & 3:00pm
Furseals                  2:30pm
Tunnel Tank          3:30pm


3. Langkawi Island Hopping
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Apa yang ada dengan aktiviti Island Hopping ni?

Lawatan yang mengambil masa selama 4 jam akan bawa kita melawati 3 buah pulau yang popular di Langkawi which are Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.

Meh nak bagitahu awal-awal, untuk masuk ke tasik Pulau Dayang Bunting tersebut, we will be charged.

Yuran Masuk Tasik Dayang Bunting
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM3
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Haa.. dah tiba di Pulau Dayang Bunting ni, apalagi.. Terjun masuk la! Hahaha. Bestnya dapat mandi-manda di tasik semula jadi yang terletak di tengah lautan dan bermanja dengan alam semula jadi. Selepas dah fenfeeling kat Pulau Dayang Bunting, kita akan singgah sebentar di Pulau Singa untuk melihat dan memberi helang makan di sungai.  Kemudian, setelah selesai beri makan kepada helang, akan dibawa pula ke Pulau Beras Basah untuk melakukan pelbagai aktiviti air seperti berenang, snorkeling dan banyak lagi!
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Waktu Operasi
9.00  pagi – 1.00 petang | Setiap Hari
Whatsapp atau Call sehari sebelum untuk mengesahkan tempahan anda.

Harga Pakej Island Hopping Langkawi

Shared Boat:
- Kanak-Kanak (3-12 tahun) RM 25
- Dewasa RM 35

Private Boat:

Jenis Bot                                  Harga (RM)
Standard Bot (Max 8 orang)  250
Medium Bot (Max  10 orang)  300
Large Bot (Max 12 orang)          330
Huge Bot (Max 15 orang)          450


4. Langkawi Wildlife Park
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Ingin merasai pengalaman berinteraksi secara dekat dengan haiwan? Haa budak budak pasti sukaaaa giloss dengan tempat ni tau! This is because.. di Wildlife Park Langkawi ni, bukan sahaja dapat melihat haiwan-haiwan dengan dekat tetapi boleh juga memberi makan!

Pelbagai jenis haiwan jinak dan manja yang anda dan keluarga boleh belai dan bermain bersama seperti arnab, keldai, dan rakun. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk lihat secara dekat burung helang yang merupakan ikon di pulau lagenda Langkawi ini!
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Pelbagai Tempat Menarik Popular di Langkawi
Sambil sambil syok bermain dengan haiwan-haiwan, jangan lupa snap gambar bersama haiwan-haiwan tau sebagai kenangan :)

Wildlife Park:
8.30 pagi – 7.00 malam | Setiap Hari
Waktu Akhir Masuk ialah 1 jam sebelum persembahan tamat


- Masuk percuma untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah.
- Warganegara: Kanak-Kanak (3-12 tahun) RM16| Dewasa RM24| Warga Emas (60+) RM16
- Pelancong Asing: Kanak-Kanak (3-12 tahun) RM22| Dewasa RM39

Tempat menarik yang lain: POPULAR THINGS TO DO IN LANGKAWI

Macam mana cara nak beli tiket tempat-tempat menarik di atas ni? Nak beratur panjang macam beli tiket di wayang tu? Tak payah susah payah begitu lahai, guna je kemudahan yang ada - beli secara atas talian (online). Mudah, tak perlu bersesak, peluh ketiak dan lenguh kaki menunggu. Plus, harga tiket yang dijual juga lebih murah berbanding beratur di kaunter. Sounds interesting?

Cara Tempah Tiket Secara Online di Tripcarte. Asia

1. Tambah tiket anda ke dalam troli beli-belah anda. (Add to cart)
2. Semak keluar (proceed to checkout) dan lengkapkan tempahan anda dengan pembayaran
3. Tripcarte.asia QR Code  akan dihantar ke email anda dalam tempoh 2 jam.

Cara Tebus Tiket Yang Sudah Ditempah

1. Ini ialah tiket Flexplus, anda boleh lawati pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tiket dibeli.
2. Pada hari tersebut, sila tunjukkan kod QR anda di kaunter tiket.

Cara Nak Batal Tiket? [Polisi Pembatalan]
Jika anda ingin membatalkan tiket, sila isi borang Bayaran Balik di sini.

OPENING HOURS
10:00 am – 6:30 pm | 7 days a week
Last admission: 1 hour before closing time

Klik untuk promosi terbaru di laman web Tripcarte. [https://tripcarte.asia/]

March 24, 2019

Resepi Mudah Sup Ayam Panas Menggiurkan!

Resepi Mudah Sup Ayam Panas Menggiurkan! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa je yang tak suka sup? Tak kisah lah apa jenis sup sekalipun, rasanya semua orang termasuk budak budak suka sup. Hirup time panas panas, ditambah pula dengan cili kicap perghhhhhhhh seriussss sedap menyengat bak hanggg! Hahaha. Mentang-mentang lah semalam umi buat bihun sup daging tulang slurp slurp sehingga menjilat sudu, so harini moh le saya buat entri resepi sup. Tapi bukan sup daging lembu tetapi... resepi mudah sup ayam! Bagi korang.. mana lagi sedap dan mantap? Sup daging vs sup ayam?

Kalau saya, dua dua suka. Sebab dua dua mempunyai 'rasa' dan perencah nya yang tersendiri. Masing masing ada kekuatan dan kelemahan. Tibee hahhaa.

Okay jom!

Resepi Mudah Sup Ayam Panas Menggiurkan!

Resepi Mudah Sup Ayam Panas Menggiurkan!
Resepi Mudah Sup Ayam Panas Menggiurkan!
Resepi Sup Ayam // Sup Mamak:

Bahan-Bahan:
Seekor ayam
Sepeket kecil rempah sup (25gm)
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 buku bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
3 akar ketumbar (satu sepanjang 3 inci) jangan ambil yang halus-halus.

Cara-Cara:
1. Blend semua bahan-bahan, kecuali buah pelaga dan lawang. tumis hingga naik bau, masukkan ayam.
2. Masukkan kentang carrot dan air. dan perasakan. Bila semua empuk, masukkan tepung gandum yang dilarut dengan sedikit air. Tambah tepung gandum mengikut kepekatan sesuai selera. 2 sudu besar atau lebih tepung gandum. (tepung saya tak letak)
3. Kiub ayam
4. Garam
5. Cili diketuk

Bahan pelengkap:
Daun ketumbar/ daun sup/ daun bawang
Bawang goreng

Kredit: Hajal Aishah Zakirai
Resepi Mudah Sup Ayam Panas Menggiurkan!
Resepi Mudah Sup Ayam Panas Menggiurkan!
Mudah senang dan easy je kan?

Sup ni boleh makan dengan nasi, bihun and even kuey tiaw. Mana anak anak yang tak selera makan (jenis susah nak makan) atau sesiapa yang sakit gigi; tak boleh makan yang keras-keras.. haa buat lah sup. Umpan dengan sup. Pasti membantu inshaaAllah hehe.

Okay, selamat mencuba. Daa~ wassalam! :)

Friday, March 22, 2019

March 22, 2019

KAWAN AKU, BUKAN KAWAN AKU

“KAWAN AKU, BUKAN KAWAN AKU”

Oleh: Faizal

Yeap, pengalaman yang not so scary about what happened back then in 2010, bila mana masa tu aku duduk bujang, all alone. And peneman aku hanya sorang kawan yang rajin datang lepak/tidur rumah. Teringin nak share, kepada yang baca, boleh la beringat..

Segalanya bermula bila hujung minggu tu aku taktau pun kawan aku tu balik kampung. 5 hari sebelumnya tu aku takde dekat rumah, outstation. So, weekend on Saturday in the morning, aku balik rumah macam biasa.

Sampai rumah, aku naik tingkat atas nak letak barang beg pakaian bagai. Tengok bilik sebelah tutup rapat. Aku try bukak, kunci dari dalam. So aku target kawan aku tengah tidur la ni, so it’s fine then. Aku pun masuk bilik aku, letak barang barang aku.

Sebelum ada yang tanya “senangnya bagi kawan masuk rumah? Tak takut pape hilang?” No, he’s just like my blood brother. Kenal dari sekolah rendah bodoh bodoh lagi. So yea, some of my closest friends ada kunci rumah aku. Buat la macam rumah bapak kau sendiri okay.

So aku pun mandi, rest kan badan, turun bawah bukak tv, layan movie. Tak sampai setengah jam, aku dengar ada orang bercakap dekat tingkat atas. In my mind, “ouh dia tengah cakap phone la ni. Bagus dah bangun, ada jugak teman borak”.

Sedar tak sedar, sampai habis jugak 1 movie aku tengok, kawan aku ni tak jugak turun turun. Aku malas naik, tangga tinggi sangat. Aku call, tak jawab. Tak dengar pun bunyi hp dia dekat atas. Silent ke? Ke mati masa gayut sambil cas hp? Ahh buah fikiran kartun aku mula la keluar.

Disebabkan penat, aku terlena. Sedar sedar dah dekat asar. Aku bangun, ingat nak cari juadah petang la, pisang goreng ke apa ke. So naik la tingkat atas nak panggil kawan aku ni, jadi anak dara siam ke dok perap dalam bilik sehari..

Aku naik, pergi bilik ketuk pintu. Tak berjawab. Cukup 5 minit ketuk aku jerit, “kau tidur ke mati? Kalau mati bagitau, senang nak plan kebumi mana”. Then aku dengar suara orang gelak..

“Haa alhamdulillah hidup lagi. Jom, teman aku cari minum petang. Lapar perut ni dari malam tadi belum cekik.”

Kawan aku ni jawab, “aku tak lapar, tak berapa sihat ni, lepas maghrib la aku keluar”.

Aku pun be like, okay, fuck you bitch. I’m hungry, bye.

Keluar la aku macam biasa, beli makanan, balik, then makan bersendirian. Teruskan hidup yang bosan. Sampai la lepas maghrib aku melepet dekat rumah, aku dengar bunyi pintu bilik atas terbukak..

Then i saw my lovely mushy friend walk down the stairs. Tapi dalam keadaan yang sangat pelik. Jalan tunduk, slow, macam zombie. “Ah sakit betul kau ni, apahal pulak” kata hati kecil aku. Tapi aku tak terus tengok dia, sebab aku dok sedap layan movie.

Aku perasan dia lalu, terus pergi dapur, masuk bilik air. Tapi lama, setengah jam lebih. Towel tak bawak, mandi mende pulak. Aku buat buat nak guna toilet, ketuk pintu. Yang dia sahut “hm hmm sebentar ya”.. Aku dalam hati kau ni sakit ke sawan, baku betul bahasa..

Dia keluar, muka pucat. Aku target demam teruk ni. Aku sapa “pergi klinik tak check? Kalau denggi susah, area taman kita ni banyak kes dah”. Then he said “boleh lagi ni, sudah ku makan ubat tadi siang”... Aku pelik, tapi biarlah. Dia melawak je aku rasa cakap gaya gini.

“Kalau okay takpe la, tu kuih petang tadi ada lagi. Bedal dulu, karang kita lepak makan nasi” dia pun duduk la sekali, tengok tv sambil makan kuih. But this time i know something is totally wrong somewhere. Dia makan slow, like old man yang takde gigi takde daya. Pisang je kot..

Cuma tak la aku pikir yang karut, sebab aku ni bukan penakut mana.. Aku sapa “kau makan elok elok boleh sebelum aku jual kau dekat thailand?”

He look me straight into my eyes and smile, then he said, “lapar tapi tak sihat, maafin ya” then gelak.

Aku pun bodoh, gelak la sekali....

So we both stayed and watch the movie, until around 10pm lebih macam tu. Tak borak, sebab aku jenis fokus tengok movie. Hidup ini kena fokus, kalau tak fok up nanti. So sampai la masanya terasa lapar, aku ajak lepak minum makan. Dia geleng, “mau baring je, tak larat amat”...

“Okay la, nak tapau apa? Aku beli sekali ni”. He said “teringin pulut kuning, beli itu saja, air limau nipis kosong”.. Akal fikiran bodoh aku masih berfungsi dengan baik bilamana aku hang jawab “ouh okay tu je. Kejap aku pergi tapau mek bawah” dan berlalu pergi..

Sampai kedai makan, aku pun order. Sementara tunggu, aku nampak satu group kawan taman aku baru sampai. Diorang lambai, panggil duduk setable. “Buat mende sorang sini jal, bosan sangat ke hidup haha”. Aku kata “tapau, nak lepak faris tak sihat, ada umah tu. Meh la lepak umah”..

Salah sorang kawan aku jawab “faris, dia bukan kata balik kampung meh?” Aku tak pelik, aku cakap “mana aku tau, aku baru balik outstation siang tadi kan. Ada tu haa kat rumah, tak jadi la kot sebab tak sihat tu”. Tapi aku perasan, sorang kawan aku ni muka tak sedap hati..

Makanan siap, and nak gerak tu aku cakap dekat group kawan aku ni “karang dah siap makan kalau nak mai lepak datang je”. Aku balik, sampai rumah, kawan aku takde dekat ruang tamu. Aku naik bilik, panggil nak ajak makan. Dia cakap “aku makan di bilik ja, siap makan tidur langsung”.

Dalam hati aku kata, eh babi ni bila masa beranak indon. Ni dah aku belikan makan, kau nak suruh aku makan sorang. “Takde, meh turun, makan sekali, karang bersepah bilik tu”. Dia pandang aku macam marah, but akur, ikut turun bawah..

And again, this time baru datang part tak sedap hati.. Dia duduk bersila atas lantai, nak makan pulut tu. Yang peliknya, aku makan dah nak habis separuh nasi, dia doa tak habis habis lagi... Dalam hati “ris, kau ni sakit ke, sampuk hantu? Ah sudah”...

Nak mengurangkan rasa tak sedap hati aku tegur “woi, kau baca doa qunut ke apa dari tadi belum makan lagi?”

Dia pandang aku, muka serius, “sebentar, rezeki ini kita harus mensyukuri dan berkongsi kenikmatannya”...

Aku jammed, sambil pikir. Bab bersyukur tu aku paham, tapi bab berkongsi tu apahal? Kita dua je sekarang dalam rumah ni. Aku dah ada nasi. Kau nak kongsi dengan siapa?¿ Siap makan, aku tengok tv, sambil jenguk dia makan, masih sama. Slow, macam orang tua. Aku dua kali jammed...

Layan tv, dia pun siap makan, then dia duduk dekat sofa di sudut ruang tamu, belakang aku. Aku baring depan tv, masih sama, aku fokus, tak borak. Tapi fikiran aku melayang, teringat muka kawan aku dekat kedai makan tadi. Aku amik hp, text dia..

“Ji, kau dekat mek lagi? Nak tanya, bila faris cakap dia nak balik kg? Semalam or khamis haritu kau ada text dia ke?” Dekat 10 minit tunggu, masuk mesej, “khamis malam jumaat tu, dia text kata on the way balik kg. Itu aku heran bila tadi kau tapau cakap dia punya”..

Aku pusing belakang, tenung muka pucat kawan aku ni, sambil balas text.. “khamis? Pastu dia ada bagitau dah sampai ke, tak jadi balik ke apa ke?”

Ting, another incoming msg.. “takde, tu je. Dia balik hiking khamis tu, petang kami lepak minum, then tengah malam dia text gitu la”..

Ngam masuk msg tu, kawan aku ni bangun, terus naik tangga. Aku tegur “tidur ris, awal lagi” walhal jam pukul 2:30am macam tu. Then he said “tidak lah, berehat aku bentar, jauh perjalanan tu hari”.. Wait what? Jauh jalan? Then aku teringat msg, dia balik hiking..
Otak bodoh aku masih berfungsi dengan baik, “ouh ye jugak haritu hiking, penat sangat padan la tak sihat”..

Selang 15 minit, aku dengar bunyi macam orang menyanyi dekat atas, tapi bukan sorang, macam berdua macam bertiga.. otak bodoh aku terus perform, “ah tengok movie la tu”..

Makin lama, makin kuat pulak nyanyian. Cuma pelik, sebab aku tak paham bahasa apa, lagu apa. Macam bunyi jawa, indo, yang pasti tak sedap di dengar. Aku jerit “woi gila pukul 3 pagi dah ni, kot ye pun feeling nyanyi slow sikit”. Disambut dengan hilai tawa, tapi suara perempuan...

Aku terkedu. “Pulak dah, siapa pulak si mangkok ni sorok dalam bilik?” Nak bangun pergi ketuk bilik ke tidak. Yakin betul aku tu gelak orang perempuan.. “Ah kejap, aku call dia dulu la”.. Still, tak jawab, and tak dengar bunyi hp dia, hanya dengar nyanyian..

Resah bercampur blur, aku text kawan aku si ji tadi, “Ji, there’s something fucking wrong dengan faris. Dia dekat bilik atas, sorang. Tapi aku dengar ada suara perempuan dengan dia. Siap menyanyi bagai. So aku patut marah ke takut sekarang ni cuba kau bagi idea...”

Ting, new msg “ jal, aku baruuu nak forward something. Kau baca ni”.. 

I saw a forwaded msg from Faris, berbunyi “ALLAHU ji, aku dekat kg ni gila! Khamis malam kan aku dah bagitau aku gerak. Suruh pejal keluar rumah, bukan aku dalam rumah tu!”.... Aku kaku...

Daripada sedap cerita yang aku tengah tengok ni, terus jadi tak sedap. “Okay, that wasn’t faris. What the actual fuck is that thing?” Now, rasa takut memasuki ruang dada, namun, rasa ingin tahu mengatasi segalanya.

Aku reply dekat ji, “datang umah, aku nak tau benda apa dalam bilik ni” then he said “kau ni sakai, aduh pukul 3 pagi ni jal haishh”. Tak sampai 8 minit, ji ni sampai. True friends won’t back out. Tapi taknak masuk, duduk luar rumah. Dia tanya “sumpah jal tadi kau tengok dia?”

“Iye la gila, dah tadi aku tapau untuk siapa? Siap makan sekali, duduk sebelah aku. Even muka pucat sebab dia cakap dia tak sihat, sebijik faris kau tau”. Both of us jammed. Aku nekad, nak naik ketuk pintu bilik. I need to know..

Kami naik. Sampai depan bilik, aku ketuk. “Ris, kau buat apa? Aku nak masuk boleh”. Tak bukak. And this one got me, dia jawab “maaf, aku bukan faris ini. Tapi ku suka rumah kalian, kotor. Kami berasa segar amat”.

Aaaa, wait. Kami? Siapa “kami”? Kau sorang je aku nampak...

Okay.. now aku teringat masa makan tadi aku tegur dia jawab “sebentar, rezeki ini kita harus mensyukuri dan berkongsi kenikmatannya”. Beranikan diri, aku cakap “maaf, aku taktau siapa kamu, taktau mana usulmu, tapi sini bukan tempat kamu, sini tempat aku. Tolong jangan ganggu”.

Dengan nada serius dari balik pintu menjawab “kalau aku mau jasad kamu, udah ku ambil lagi tadi! Namun tak bisa, ga tau aku kenapa! Kamu pemakai ya??” Risau, resah bercampur baur. Kawan aku si ji ni siap pegang tangan lagi, dah macam makwe aku. Padahal dengar suara baru.

Aku gagahi, “pemakai atau tidak, sini bukan tempat kamu. Macam mana sampai sini? Ini rumah aku. Aku tak izinkan jenis kalian di sini. Dari mana kamu?” Dengan nada lebih deras dari balik pintu, “kemari bersama angin! Ngikut si dia ini! jauh nu dari bukit sana, ga enak! Sini enak!”

Bila tadi si ji ada kata pasal faris pergi hiking, okay masuk akal! Ah sudah, si faris ni bawak balik benda tak elok pulak sampai rumah! Aku menjawab “enak atau tidak, sini bukan tempat kamu. Tidak boleh, dan tidak aku izinkan kamu disini. Boleh tinggalkan kami dengan rela hati?”

Disambut dengan hilai tawa seorang perempuan... aku nak lari, nasib pikir tu rumah sendiri. Then ‘she’ said “bisa kamu membuat kami pergi??” disambung lagi dengan hilai tawa si lelaki, and “BAMMM” pintu bilik bagai di hempas. Kali ni kawan aku lari, tinggal aku sendiri, babi.

Buntu, nak dilawan, kurang keilmuan. Aku balas “aku yakin kamu tidak jahat sama sekali, tapi kita berbeza duniawi. Tempat kamu bukan disini. Tibanya subuh, jika kamu masih disini, aku janji, dan aku pasti, kamu tidak akan bertemu hari esok lagi”.. Sunyi, tanpa sebarang bunyi..

Then dibalas “hmm iya benar. Kamu benar. Ga sama kita, cuma pada syahadahnya. Kami bukan ga baik cuma caranya ga benar. Kami pulang, ijinkan kami pulang.”

Wehh, i was like mom i did it! But dalam masa yang sama, resah dia tuhan je tau.

Aku balas “tak apa lah, aku memahami, ini bukan pertama kali bertemu jenis kamu di alam aku ini. Cuman kamu tidak boleh di sini, ini rumah aku, punya aku. Pulanglah ke tempat kamu. Aku halalkan segalanya”.

Tanpa sebarang jawapan, aku turun ke ruang tamu. Ji, kawan aku merenung.. “Gila kau ni, sekarang macam mana? Panggil ustaz la halau” nada marah campur takut. Aku kata “okay dah. Dia nak balik sendiri, nak tengok tak?”. Dia start motor, balik. Kawan tak guna.

Aku dengar bunyi pintu bilik, then bunyi anak tangga. Jelas nampak dua susuk tubuh badan turun tangga. “Okay, aku patut lari or lari?”. One old man and old lady coming down from the stairs, look almost the same just like us.. Aku di sapa “makasih atas kesempatan ini” Aku kaku..

“Cuman, jangan dibiarin gitu lama kotornya, ini harus bersih nak, cegah dari segala ‘kehidupan’ duniawi yang kamu ga mau ketemu lagi” aku macam blur but dapat tangkap. Yea, dulu bukan jenis yang beramal soleh. So rumah bujang aku sangat jarang jadi tempat beribadah. Paham kan...

Sikit sebanyak aku terkesan, and bersyukur, diberi kesedaran dalam keadaan begini, walaupun a bit creepy. Aku balas “aku mengerti. Aku cuba untuk tidak ulangi. Maafkan aku, maafkan kawan aku andai terganggu rumah kamu. Sekarang pulang dan keluarlah ikut dari mana kamu datang ya”.

Dan ‘mereka’ berlalu pergi keluar ikut dapur. Even aku kaku berdiri, alhamdulillah tiada apa yang lebih buruk jadi. Thank god, pukul 4 pagi aku borak dengan penghuni berbeza duniawi. Settle, aku text si faris ni, “KAU BALIK DARI KG NI PASTIKAN BERSIH BABI!!”

Lesson learned, dimana saje tempat seagama yang berpenghuni, beribadatlah. And, balik dari mana mana kawasan yang tak kita tau apa ada di situ, berdoalah, agar dihindari daripada yang jenis ‘ikut balik ni’..

Ke mana pun kita pergi, ke mana pun kita terokai, remember, it’s not only just us walking on this earth. Sounds like a movie but that’s the real world. Never forget about this..

Doa agar tuhan jagakan adab, tuhan jagakan langkah, tuhan jagakan tutur kata, tuhan jagakan dia, dia kekasihku, kan tetap milikku, aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hatiku. Tak tak ni lagu.
KAWAN AKU, BUKAN KAWAN AKU
KAWAN AKU, BUKAN KAWAN AKU
Habis dah ceritanyaaa. Amacam? Ketaq lutut ka? Atau 'alaaa tak seram pun'?

Saya secara jujurnyaa... meremang la juga bulu roma part yang dia found that kawan dia sebenarnya bukan manusia! OhmyyAllah! Meremang sebab saya bayangkan KALAU lah saya berada kat tempat dia. KALAH lah kan. Bila kita tahu orang yang kat dalam bilik tu 'benda' lain? What could I do? Of course la LARIIIIII KELUAR RUMAH! Hahahhaa.

Seriouslyy salute sangat kat dia. Dia sanggup pergi face to face. Berdepan dan tegur dengan cara 'berhemah'. Walaupun saya ni suka tengok cerita hantu dan baca kisah seram, but I don't know if I can face 'them' dengan tenang haha.

So.. conclusionnya! "jangan dibiarin gitu lama kotornya, ini harus bersih nak, cegah dari segala ‘kehidupan’ duniawi yang kamu ga mau ketemu lagi”.

Haa kan dah kena seketul ceramah dari makhluk halus.

Okay daaa~ wassalam! :)

Saturday, March 16, 2019

March 16, 2019

Disuruh Reset CIMB Clicks ID & Tukar Password Baru.. kenapa?

15 Februari 2019, saya terima message "RM0.00 CIMB: Your CIMB Clicks ID has been suspended due to login attempts exceeded. Pls reset via CIMB Clicks. Call the no at the back of your card for queries.". I'm like HA?! Betul ke ni? Was was, ragu ragu, tak percaya semua ada. Yelah kan sekarang ni macam macam trick digunakan oleh manusia tak berperikemanusiaan untuk perdayakan kita bab akaun bank online ni. Takut juga kalau kita kena tipu ke apa. Tiba-tiba minta kita reset CIMB Clicks ID. Apa salah den?!

Oh. Salah saya dia dah kata kat situ 'due to login attempts exceeded'. Hmm nak percaya ke tidak?

Mula-mula tu, saya ignore je wakakaka. Rasa macam tak penting pun buat masa tu sebab saya jarang guna CIMBClicks at that time. Then, few weeks later, saya kena masuk juga cimbclick untuk buat transaction.

Bila saya nak login tu.. TAK BOLEH uolss!
Reset CIMB Clicks ID & Tukar Password Baru
Reset CIMB Clicks ID & Tukar Password Baru
"Kindly reset your password by clicking on Forgot User ID or password."

Okay. Nasib baik ada word 'kindly'. Sejuk hati. hahaha. So, memang betul lah mesej yang saya terima haritu? Haa betui la tu. Bukan olok olok dong hee.

Bila diingat balik, memang saya banyak kali masukkan password yang salah selepas tukar password baru haritu. Memang my fault.

Okayy.. bila dia dah suruh 'kindly reset' tu, saya pun kindly click 'Forgot User ID or password' lah to change.

Don't worry, easy peasy je caranya!

Cara Reset CIMB Clicks ID & Tukar Password Baru


2. Klik 'Forgot User ID or password' under Register
3. How did you register for CIMB Clicks? - pilih satu. I choose 'CIMB ATM/ Debit/ Credit Card'
cara Reset CIMB Clicks ID & Tukar Password Baru
Cara Reset CIMB Clicks ID & Tukar Password Baru
4. Isi semua details yang dia nak - CIMB ATM/ Debit/ Credit Card Number (16 nombor di kad CIMB), ATM PIN (6 nombor yang selalu kita masukkan bila nak keluar duit dari mesin ATM), enter text as per above.

Then, tick 'by agreeing, I confirm that I have read and accept all the Terms & Conditions therein. Kemudian, klik 'Confirm'.
cara Reset CIMB Clicks ID & Tukar Password Baru
cara Reset CIMB Clicks ID & Tukar Password Baru
5. Masukkan CIMB Clicks User ID kita then password baru yang kita mahu. Then, klik Request for TAC. Nanti akan ada 6 nombor TAC yang dihantar ke phone anda. Masukkan no. tersebut di ruangan yang disediakan.
cara Reset CIMB Clicks ID & Tukar Password Baru
cara Reset CIMB Clicks ID & Tukar Password Baru
SUCCESS! DONE!
cara Reset CIMB Clicks ID & Tukar Password Baru
done Reset CIMB Clicks ID & Tukar Password Baru!
Siapa siapa yang sama nasib macam saya, don't be afraid! Nothing to be afraid of pun sebenarnya. CIMB suruh kita change password sebab takut orang luar/ hacker yang cuba cuba login account bank kita. So, untuk langkah keselamatan wang kita.. tu yang kena tukar tu.

Okay, that's all!

Daa~ wassalam! :)