April 2019 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Tuesday, April 30, 2019

April 30, 2019

SEGMEN BLOGWALKING TWJ APRIL 2019

SEGMEN BLOGWALKING TWJ APRIL 2019


SEGMEN BLOGWALKING TWJ APRIL 2019
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 30 April 2019


"Sila nyatakan sebab saya perlu singgah ke blog anda dalam entri tersebut. Kalau boleh, promote blog anda habis-habisan dalam entri tersebut :) "

Ehemmm. Jannah suruh promote habis habisan tapi... Iolsss is shyy shy cat la haha. Sebab rasa blog saya tak menarik sangat pun. Tambahan lagi, saya dah jarang update blog. Rasa segan pula nak suruh singgah walhal blog pun sendu sobsobbbb.

Tapi takpee letak dulu ke tepi bab tu.. shuh shuh.

Okay!

Satu je sebab dan musabab yang saya boleh nyatakan kenapa Jannah perlu singgah sini adalahh.. Macam macam adaaaaa!

Info, isu semasa, fakta menarik, islamic things, review, tips, puisi/poem, lirik lagu, resepi, cerita seram, about blogging and many more. Kekadang diselitkan dengan entri personal or luahan rasa gitchuw. So.. InshaaAllah tak bosan kalau singgah kat blog sayidahnapisah.com ni (i hope so) hehe.

Kalau bosan, bagitahu laju lajuu kat saya tauuu. will improve it :) 

April 30, 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway

Abam Kie's Birthday Giveaway


Abam Kie's Birthday Giveaway
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 30 April 2019


"Tuliskan ucapan ringkas selamat hari lahir kepada Abam Kie. Tema bebas. Nak buat ucapan dalam bentuk pantun, seloka, syair, madah dan puisi pun boleh. Be creative, OK? The sky is the limit!"


Okay sesungguhnyaaa. Manusia yang bernama Sayidah Napisah memang tak kreatif dan inovatif haha. But I'll tryy. Nak bagi 2 rangkap pantun ni ehemm!

Keluar kerja mencari rezeki, 

Eh lupa! Harini hari Ahad lah, 
Selamat hari lahir wahai Abam Kie,
Moga sentiasa diberkati Allah. :) 

Sarapan pagi di kedai Bonde, 

"Sedap ke tidak"? ramai yang bertanya, 
Maaf lah sebab hadiah takde, 
Ucapan dan doa cukuplah hendaknya. :D

#siscuba haha




April 30, 2019

Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal!

Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haritu ada terjumpa thread tips simpan duit dengan bijak, betul dan praktikal di Twitter. Macam menarik. And surprisingly, right now.. saya sudah pun follow two tips out of five tips given (which are tip no.3 & no.5) dengan istiqamahnya. Kenapa SURPRISINGLY? Sebab saya susah sebenarnya nak menyimpan duit, menabung bagai ni haha. Serius tak tipu. Saya jenis yang 'hangat hangat tahi ayam' dalam benda alah ni. Simpan duit lepastu tak lama, keluarkan balik. Save duit simpanan dalam tabung then bila rasa 'sempit' kewangan sikit, mulalah nak guna wang simpanan tu. Memang tak kekal lama lah senang cerita. Sadis kan? Hhahaha.

Tapiiii.. kali ni. I did it! For now. Hahaha.

Nak tahu tak apa tip tip yang diberi tersebut? Lets!
Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal
Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal | image: Google

Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal!

Oleh: Ain Zaabar

Ramai sangat teringin ada duit simpanan sampaikan terlupa perkara-perkara penting yang diorang kena buat dalam menyimpan selain put aside some money.

Simpanan sebenarnya perlukan lebih dari tu.

1. MATLAMAT

Sepanjang berjumpa/ membaca luahan anak muda tentang simpanan, bila ditanya apa plan jangka masa pendek/ panjang terhadap simpanan tu rata-rata kata just nak ada duit.

Punya takde matlamat sampai ditanya nak ada berapa RM pun dia tak tahu.

Kat sini kita dah tahu yang bilamana kita takde matlamat, usaha tu selalunya akan terputus di tengah jalan atau berjaya tapi far below expectation.

Let say konsisten simpan RM100/ month, lepas 3 tahun patut boleh ada RM3600. Tapi disebabkan buat "asal ada" mungkin cuma ada RM1000.

How to overcome this?

-- Mulakan banyak membaca dan berjalan dengan hati yang terbuka.

Ain dpt tips ni masa kerja sales dulu.

Takde rasa nak beli something as accomplishment utk diri sendiri? -- Cuba pergi mall, masuk kedai mahal and imagine. You'll see.

Dan matlamat ni haruslah spesifik. Let say nak simpan untuk duit kahwin, kena jawab semua 5W1H:

How nak simpan duit?
When nak kahwin?
Where nak kahwin?
What concept/theme?
Which wedding planner?
Who to marry (okay, ni boleh KIV kalau calon lari)

2. KONSISTEN

Ya, macam mana lah nak ada simpanan kalau menyimpan pun tak konsisten kan? Ramai sangkut sebab berlagak terus simpan amaun yang besar dan akhirnya tak mampu nak commit.

Keadaan setiap orang tak sama. Tak semestinya si A mampu simpan RM1,000 sebulan, si B pun harus ikut.

Kita start small and finish big!

Cuba mulakan simpanan 3 bulan pertama dengan amaun yang kita mampu commit. Increase the amount the next month and see how it goes.

Dengan cara ni lah u baru nampak kemampuan simpanan u berapa sebenarnya. It's good to test our limit, but don't struggle yourself too much. You should know your limit too.

3. DANA KECEMASAN

Berapa ramai yang menyimpan demi memiliki rumah idaman tapi terlupa nak wujudkan satu dana khas untuk perihal kecemasan?

Tak ramai.

Kita tak akan mungkin tahu apa nasib yang bakal menimpa kita hatta 5 minit dari sekarang pun sebab itu kerja Tuhan dan kita bukan Tuhan. Kita manusia yang hanya mampu merancang, maka rancanglah sebaik-baiknya.

Seeloknya bina dana kecemasan yang sama jumlah dengan 3 ke 6 bulan gaji. Tak perlu lebih dari ni.

Sebab apa? Duit lebih tu kita boleh diversify untuk diberanakkan atau "beli" kebahagiaan bersama yang tersayang.
Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal
Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal | image: Google
Penuhkan dana kecemasan dulu sebelum tabung travel, rumah dan lainnya. Or buat at the same time.

Sama ada buat kerja part time khas untuk penuhkan dana ni or kurangkan perbelanjaan bulanan. Ingat, langit tak selalu cerah.

4. CATATAN PERBELANJAAN

Benda remeh kan? Tapi berapa ramai yang buat? Sebab kita anggap remeh tu yang kita tak buat. Sekarang ni ada banyak apps yang boleh bantu dalam keep track of our spending. Siap ada yang bagi chart!

Malas download apps, buatlah kat whatsapp hantar ke diri sendiri pun boleh, ikut keselesaan.

Selalu sangat kita biarkan "amaun kecil" dibelanjakan begitu sahaja. Then tiba-tiba, "eh, mana duit aku pergi ea?" Belanja-belanja kecil tu lah penyumbangnya.

5. KEPELBAGAIAN

Bukan dalam pelaburan je ada diversification, simpanan pun. Kalau boleh asingkan setiap simpanan untuk tujuan berbeza.

Mudah bila ada 2 perkara yang dihajati tetiba berlaku serentak.

Antara yang boleh dibuat #TabungHijau khas untuk simpanan haji manakala #TabungBiru simpanan khas dalam persediaan raya.

Ini apa yang Ain buat. Tabung Biru dah bantu Ain dalam simpanan duit raya dan dah tak perlu susah-susah ke bank untuk tukar duit.

Okay, cukup 5 perkara ni dulu. Ingat 5 perkara ni dalam membina simpanan anda okeh.

Nak baca pelbagai tips bijak kewangan dan #FinanceAndManage ? Follow twitter @ainzaabar

Related: cara menyimpan duit simpanan dengan betul dan praktikal, cara menyimpan duit dengan bijak, cara menyimpan duit untuk kahwin, cara menyimpan duit gaji 2000, cara menyimpan duit untuk tabung haji, cara menympan duit gaji, tips simpan duit, cara simpan duit banyak, cara terbaik simpan duit ribu ringgit, tips simpan duit 2019, cara simpan duit raya, tip simpan duit dengan cara paling mudah, cara menyimpan duit gaji rm1000, cara menyimpan duit dengan bijak, cara menyimpan duit bagi pelajar sekolah, cara menyimpan duit untuk asb, cara simpan duit gaji 1000, cara simpan duit gaji 900, cara simpan duit gaji rendah, cara simpan duit kahwin

Thursday, April 25, 2019

April 25, 2019

Cara Kecilkan Saiz Gambar (JPEG, PNG) dan PDF File

Cara Kecilkan Saiz Gambar (JPEG, PNG) dan PDF File | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pernah tak bila isi borang permohonan kerja kosong/ jawatan kerajaan or swasta, akan ada bahagian gambar atau file untuk diupload? Then, bila kita choose file and upload.. eh! Dia kata saiz imej/ fail PDF perlulah berukuran sekian sekian. Katanya saiz image/ file yang kita upload tu besar; melebihi KB/MB yang ditetapkan. So.. apakah yang perlu dilakukan? Kita kena compress lah image & file tu jadi lebih kecil! Macam mana cara kecilkan saiz gambar (JPEF, PNG) dan PDF file yang kita mahu? Haa meh sini den ajar cara yang biasa saya gunakan.

Eh jap! Bukan setakat pelajar, graduan, pekerja, penganggur dan orang yang mahu meminta kerja je yang kena tahu.. Blogger blogger sekalian pun kena ambil tahu tau pasal benda ni.

Sebab apa?

Sebab.. antara faktor utama speed blog jadi lembab dan lambat loading adalah.. saiz gambar yang besar! Saiz gambar original yang di-upload terus ke entri blog tanpa kita 'kempis' kan terlebih dahulu. Bila blog ada gambar yang tak dikecilkan saiznya, tu yang orang complain kenapa blog berat, kenapa blog lambat loading, kenapa speed blog tak selaju blog yang lain.

Tapi jangan sedih sedih. Pada blogger yang tak tahu tentang ni, sekarang dah tahu yeay! So, amalkan ye. Jangan tak buat pula hahaha.

Okay, lets!

Cara Kecilkan Saiz Gambar (JPEG, PNG) dan PDF File


Cara Kecilkan Saiz Gambar (JPEG, PNG) dan PDF File
Cara Kecilkan Saiz Gambar (JPEG, PNG) dan PDF File
2. Choose which format of image (JPEG/ PNG) or PDF first.

p/s: JPG = JPEG

3. Klik 'UPLOAD FILES'.
4. Pilih gambar/ dokumen file yang nak dikecilkan/ compress.
4. Selepas dah upload, tunggu few seconds sementara gambar sedang compressing. Lepas dah compress, klik 'DOWNLOAD'.
Cara Kecilkan Saiz Gambar (JPEG, PNG) dan PDF File
Cara Kecilkan Saiz Gambar (JPEG, PNG) dan PDF File
Cara Kecilkan Saiz Gambar (JPEG, PNG) dan PDF File
Cara Kecilkan Saiz Gambar (JPEG, PNG) dan PDF File
Done! Easy peasy walaweh! :)

Oh. Kalau nak kecilkan lagi, klik pada gambar yang dah compressing tu. then boleh control di sini:
Cara Kecilkan Saiz Gambar (JPEG, PNG) dan PDF File
Cara Kecilkan Saiz Gambar (JPEG, PNG) dan PDF File
Tapi quality akan jadi tak secantik yang original lah tau. Kualiti imej tak berkualiti tinggi gitu. Akan jadi pecah pecah. Tak elok. Tak molek haha.

Kalau rasa masih blur blur dan tak faham dengan apa yang saya tulis di atas, boleh lah tengok video 'tutorial' di bawah untuk penjelasan yang lebih jelas dan clear. Step by step saya tunjukkan cara macam mana nak kecilkan saiz gambar.

[VIDEO] how to compress image (PNG, JPEG) & PDF file - cara kecilkan saiz gambar & dokumen PDF.



Okayy goodluck!

Daa~ wassalam! :)


Saturday, April 20, 2019

April 20, 2019

Bunian Suku Kaum Yang Tersembunyi...

Bunian Suku Kaum Yang Tersembunyi....

Oleh: Hakim
Bunian Suku Kaum Yang Tersembunyi...
Bunian Suku Kaum Yang Tersembunyi... | GAMBAR SEKADAR HIASAN
nama aku lutfi,aku dah berkahwin, aku mempunyai isteri yang cantik dan anak anak yang comel,serta aku ada lah ceo di sebuah syarikat terkemuka dalam negara.

dalam semua kejayaan dan kebahagian yang aku kecapi, hanya satu benda  yang sering mengganggu hidup aku.. iaitu mimpi.

aku sering bermimpi yang semasa aku kecil, aku berada dalam sebuah hutan yang tebal dan aku terjumpa satu kampung.. dalam mimpi tu macam aku pernah lalui semua tu, macam aku sebenarnya dari kampung tu.

hampir setiap malam aku bermimpi benda yang sama,aku pernah berjumpa dengan pakar pskiatri tentang mimpi aku,tapi mimpi hanya lah mainan minda katanya.

hingga lah satu hari, aku ternampak satu trip pendakian di gunung xy, bila aku nampak gambar gunung tu, aku teringat tentang mimpi aku, aku macam dapat rasa yang mimpi aku ada kena mengena dengan gunung tu.

aku terus batalkan semua appointment yang ada, dan ambil cuti untuk ikut trip pendakian tu.

hari pendakian gunung tu pun tiba, aku dan 9 lagi orang mendaki gunung tersebut, tapi aku tak dapat rasa apa apa, aku mula lupa tujuan asal aku pergi trip tu, aku pun mendaki gunung tu.. dan bermalam di tengah gunung..

malam tu kami berkhemah dalam open tent, ada bumbung je, tapi takde pintu dan dinding, huhu so memang boleh nampak persekitaran luar.

jam menunjukkan pukul 1 pagi, aku tersedar dari tidur, sebab aku terdengar bunyi orang bersiul, bila aku tengok ke arah siulan tu.

aku nampak ada seorang pakcik tua, berjubah putih berserban tengah senyum ke arah aku dari luah khemah, aku terkejut, pakcik tua tu pun berjalan masuk ke dalam hutan, aku rasa tak sedap hati, tapi aku mula teringat tujuan aku datang ke gunung tu, aku terus bangun dan nak ikut pakcik tua tu.

aku pun berlari cuba kejar  pakcik tua tu, tapi aku pelik, aku tak sampai sampai kat pakcik tu.. sedangkan pakcik tua tu berjalan je.

tiba tiba masa tengah lari tu langkah aku terhenti, sebab aku terdengar ada suara memanggil aku dari belakang, bila aku toleh ke belakang.

aku nampak ada nenek tua berambut putih, bertongkat, baju hitam tengah senyum dan matanya tepat pandang ke mata aku,aku tersentap dan bertanya "nenek nak apa ?"

nenek tua tu cakap yang dia sesat, dia nak aku pimpin tangan dia, aku mula rasa takut sebab dalam hutan yang tebal ni, dari mana nenek ni muncul, tapi aku pun bengap terus pimpin tangan nenek tu, sedangkan takde arah tuju.

aku pun pimpin tangan nenek tu dan terus berjalan kehadapan sambil bertanya apa nenek tu buat malam malam dalam hutan ni, nenek tua tu cakap yang dia cari suami dia pakai baju putih.

aku pun cakap yang aku ada nampak sorang pakcik tua berbaju putih jalan kearah ni, tiba tiba nenek ni gelak macamni "hehehe".. aku tiba tiba rasa seram, dah la tengah pimpin tangan nenek tu, sejuk je tangan nenek tu, macam tangan mayat.

tiba tiba nenek tu cakap "dah sampai rumah nenek"..aku pun tengok sekeliling takde rumah pun, aku pun tanya nenek tu mana rumah dia.

nenek tu cakap "tu yang kau pijak tu".. aku pun pandang bawah, aku tengah berdiri atas kubur~

aku yang tengah pimpin tangan nenek tua tu terkejut tengok sekeliling, sekitar aku semua kubur, aku pandang nenek tu, muka nenek tu dah bertukar jadi sangat hodoh, tengah tersenyum kat aku.. aku ketakutan terus lepaskan tangan aku dari nenek tu, berlari..dari belakang aku dapat dengar suara nenek tu gelakkan aku.

tengah lari, aku terlanggar apa entah, aku pun terjatuh, masa aku terjatuh tu, aku terdengar orang menangis.. aku terus pandang sekeliling bertanya "siapa tu?"

tapi tiada sahutan, tiba tiba sambil suara tu menangis, dia menyanyi, suara tu menyanyi sambil menangis.. aku macam pernah dengar lagu tu, aku cuba hayati lirik lagu tu

"Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua"

aku tak tahu lagu apa tu tapi macam pernah dengar, dan lagu tu dia nyanyi sambil menangis buat bulu roma aku meremang.

rupanya perempuan yang menyanyi sambil menangis tu depan aku je, pakai baju kebaya merah, muka hodoh gila, kuku nya tajam,tengah menari, aku tak lari, sebab aku macam terkejut dengan apa tengah jadi kat aku, kenapa tiba tiba aku kena ganggu macamni.

tiba tiba dia berhenti menari, dia tengok aku yang tengah tengok dia, terus dia senyum.. terus dia berlari laju  ke arah aku.

aku yang masih terduduk kat tanah sebab terjatuh tadi, terus cepat cepat nak bangun lari dari situ, masa lari tu, aku dapat dengar tapak kaki dia kejar aku sambil gelak cakap "nak lari mana tu??"

dari jauh aku nampak pakcik tua berbaju putih tengah berjalan depan aku, macam tadi jugak, aku lari laju mana pun masih tak dapat kejar pakcik tu.

aku seperti dapat rasa kan yang pakcik tua ni macam jawapan pada persoalan segala mimpi yang aku alami selama ni, aku terus kan berlari kejar dia, dalam masa yang sama aku dapat rasakan macam ada orang tengah kejar aku kat belakang, bukan sorang tapi ramai, aku tak berani nak pandang belakang.

tiba tiba pakcik tua tu masuk kedalam sebuah gua, gua tu cahaya nya sangat terang, aku pun ikut je masuk sekali, lepas aku lepasi cahaya yang sangat terang tu, aku terkejut, aku takde dalam gua.

depan aku ada sebuah kampung, kampung yang aku mimpi selama ni.. tiba tiba aku nampak satu rumah, aku teringat dalam mimpi aku, aku pernah duduk dalam rumah tu.

aku pun ketuk pintu tu, tiba tiba ada seorang perempuan membuka pintu dan perempuan tu memeluk aku sambil menangis sambil bertanya kemana aku hilang selama ni, aku mula pelik,dalam rumah tu ada cermin besar, aku terkejut, aku nampak aku masih budak kecil.

rupanya selama ni aku sesat di alam bunian, hidup disana, aku diberi kejayaan dan kebahagiaan sampai aku lupa dunia sebenar.

bertahun disana tapi sekejap sahaja di dunia sebenar,aku baru hilang selama 3 bulan,tapi di alam bunian, aku dah hidup selama 21 tahun.

-tamat-

bagi yang tak paham, dari awal cerita sebenarnya dia dah duduk alam bunian, dan mimpi yang dia dapat tu sebenarnya macam petunjuk supaya dia keluar dari alam bunian.

so dia ingat kampung yang dia selalu mimpi tu alam bunian, dan dunia yang dia tengah duduk awal cerita tu, dunia sebenar.. tapi realiti sebenarnya kampung tu yang dunia sebenar.. dia cuma ditipu oleh permainan bunian, sebabtu orang yang masuk alam bunian, jarang yang balik.

dan pakcik tua berbaju putih tu cuma nak tunjuk jalan keluar je, baju putih kan nampak suci  baik dan nenek tua tu berbaju hitam tu jahat, dia cakap pakcik yang berbaju putih tu suami dia, then dia cuba takutkan si lutfi tu supaya lutfi ingat pakcik baju putih tu pun sama jahat.

tapi lutfi ikut firasat dia, dia dapat rasa pakcik tua tu adalah jawapan bagi segala pertanyaan dia selama ni, sebabtu dia sanggup kejar walaupun tak sampai sampai kat pakcik tua tu. perempuan yang dia peluk diakhir cerita tu, dah tentulah mak dia.

cerita ni inspirasi dari seseorang yang aku pernah kenal, dia cerita dia pernah sesat di alam bunian masa dia kecil, dan dia cakap dia dah pernah kahwin dan ada anak dengan orang bunian ..

dia hidup situ lama tapi bila dia keluar dari alam bunian tu, rupanya sekejap je dia hilang.. dan dia cakap masa dia kat alam bunian memang dia tak ingat pasal dunia sebenar.

draft asal cerita ni sebenarnya lagi mind blowing dan complicated, terlalu banyak plot dan karakter yang aku nak masukkan dalam satu thread.. ending nya pun lagi mengejutkan, tapi tiba tiba thread ni dapat sambutan melebihi had ..

so aku rasa simple storyline is better, tu pun ada yang masih tak faham lagi.. hahahah~!

Friday, April 19, 2019

April 19, 2019

ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.

ALAT BUNUH BAYI. INI BENAR. INI FAKTA.



Ramai ibubapa berbelanja ratusan ringgit membeli dan menghias tempat tidur bayi menepati ciri lokasi pembunuhannya.

Kalaulah ibu tahu bayi kecil hanya perlukan SEKEPING TILAM RATA DAN ILMU untuk tidur lena..
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.

[WARNING] Bukan semua yang di iklan (berkaitan bayi) itu selamat!


- 35% iklan bayi gagal patuhi anjuran tidur selamat.

- 56% kesalahan iklan katil tidur bayi kerana memaparkan SEMUA OBJEK yang berpotensi tinggi melemaskan bayi seperti selimut, bantal kepala, bantal peluk, patung mainan, mainan gantung bertali dan tilam lembut berpad kusyen. Semua objek berpotensi di tarik bayi ke arah mukanya atau bayi bergerak/beralih arah ke arah objek dan tersembam atau objek terjatuh ke kawasan muka dan kepala bayi.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
- Menjelang 2016, 40% iklan bayi masih memaparkan imej bayi tidur meniarap: posisi paling berisiko untuk kematian mengejut (SIDS).
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
- 70% kesalahan iklan katil bayi ialah kerana menonjolkan pelapik tepi katil (crib bumper) yang meliputi sekeliling katil. Sekeliling kawasan tidur bayi seharusnya lapang dan terbuka.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
- 13% iklan katil/bilik bayi memaparkan kawasan yang di penuhi pelbagai patung mainan lembut.

*Hasil kajian analisis iklan 1758 majalah dari 1992, 2010- 2015*

“Avoid commercial devices marketed to reduce the risk of SIDS—These devices include wedges, positioners, special mattresses, and special sleep surfaces. There is no evidence that these devices reduce the risk of SIDS or suffocation or that they are safe.” Pediatrics 2011; 128:1030–1039
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR. INI FAKTA.
Rujukan data: 

Thursday, April 18, 2019

April 18, 2019

20 Jawatan Kosong Terkini di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM, KL

20 Jawatan Kosong Terkini di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM, KL | Siapa siapa yang sedang mencari kerja kosong kerajaan 2019 sekarang ni, boleh la try ushar mana mana 20 jawatan kosong terkini di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM di bawah ini dan jika layak, boleh la apply. Tarikh tutup permohonan dah makin hampir, so grab it fast! Sebarkan peluang pekerjaan ini pada family members, saudara mara dan kawan kawan yang lain okayy!
20 Jawatan Kosong Terkini di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM, KL
20 Jawatan Kosong Terkini di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM, KL | image: Google

20 Jawatan Kosong Terkini di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM, KL


Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (HPKK UKM) ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan dan kenaikan pangkat di HPKK UKM seperti di berikut:

Lantikan:
1. PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP41
2. PEGAWAI TADBIR GRED N41
3. PEGAWAI FARMASI GRED UF41
4. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD47
5. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD51
6. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD53
7. JURU X-RAY GRED U41
8. PEGAWAI KEWANGAN GRED W41
9. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
10. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
11. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
12. PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U29
13. JURUPULIH PERUBATAN GRED U29
14. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29
15. JURURAWAT GRED U29
16. JURU X-RAY GRED U29
17. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U19
18. JURUTEKNIK PERUBATAN GRED U19
19. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11
20. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
Kenaikan Pangkat:
1. PEGAWAI SAINS GRED C48
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F44
3. JURUTERA GRED J44
4. PEGAWAI FARMASI GRED UF48

Umur:
1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

2. Pegawai sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada:
i. 54 tahun bagi persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
ii. 56 tahun bagi persaraan paksa 58 tahun
iii. 58 tahun bagi persaraan paksa 60 tahun
Cara memohon:

• Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm

• Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat pemohon dikehendaki mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat mengikut gred yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi, Jabatan Pendaftar UKM iaitu http://www.ukm.my/pendaftar/borangjp/

• Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

• Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

• Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Pejabat Pentadbiran
Hospital Pakar Kanak-kanak UKM
d/a Tingkat  9, Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur

NAMA DAN NOMBOR TELEFON PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai berkenaan seperti berikut:

Puan Farliza Zakaria / Cik Iyliahanis Sa’ari
Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur MALAYSIA
Tel: 03- 9145 9232/9003
Bahagian Teknikal : 03-8921 7070

Email: hrhpkk@ukm.edu.my

Tarikh Buka Iklan: 9 April 2019 (Selasa)

Tarikh Tutup Iklan: 22 April 2019 (Isnin)
20 Jawatan Kosong Terkini di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM, KL
image: Google
Semoga berjaya! Semoga semua urusan dipermudahkan Aamiin~ :)


April 18, 2019

TIPS PEMILIHAN BIDANG KERJAYA DAN UPU

TIPS PEMILIHAN BIDANG KERJAYA DAN UPU


Assalamualaikum W.B.T

Setiap tahun selepas dapat keputusan exam SPM atau STPM, inilah antara isu yang selalu timbul. "Nak pilih bidang apa?". Tu tak pe lagi, yang lagi pening bila Ayah nak kita pilih benda lain, mak nak kita pilih bidang lain. Atok pula duk membebel suruh pilih bidang lain. Lagi lah pening. Tambah-tambah bila tengok result tak seberapa.
TIPS PEMILIHAN BIDANG KERJAYA DAN UPU
TIPS PEMILIHAN BIDANG KERJAYA DAN UPU | sumber: Google
Yang keduanya pula bila balik kampung, mak sedara tanya result. Belum sempat kita jawab, mak dah jawab dulu. "Haaa..anak aku tak macam anak engkau. Anak aku ni pemalas, padanlah dengan result dia". Telan air liur kita dibuatnya. Yang cemerlang orang tak tanya pun kita da bercerita, mak da bercerita. Hebah satu kampung.

Kepada ibubapa sekelian. Setiap anak ini ada kelebihan tersendiri. Cumanya anak kita tau dan kenal tak kat mana kelebihan dia. Sebagai ibu bapa kita tau tak mana kelebihan anak kita. Pernah perhati tak, pernah tengok tak, pernah tanya tak, pernah bincang tak? Kalau semua tak pernah maknanya ada masalah lah kita punya hubungan dengan anak-anak. Sebab tu anak-anak ni kita kena Bangunkan kelebihan mereka bukan membesarkan kelemahan.

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi kisah tentang diri saya yang tak seberapa berkenaan dengan pemilihan kerjaya saya dan apa yang saya lalui. Ramai lagi orang lain yang pengalamannya lebih menarik. Cumanya saya nak kongsi sebab nak bantu adik-adik yang tengah pening fikir untuk isi UPU dan juga merancang kerjaya.

Saya dulu bersekolah rendah di SK Kubang Kerian 3. Kemudian di SMU (A) Maahad Muhammadi. Saya ni pelajar yang agak nakal juga sebab terlalu sibuk sehingga jarang sekali masuk kelas. hehe. Sampai ramai cikgu yang bersungguh-sungguh cari saya di bilik disiplin. Antaranya cikgu Kasmah dan lain-lain. Hehe. Ada waktu bila kerja sekolah tak siap saya sibukkan diri bertugas dan pelbagai lagi kaedah yang tak boleh saya dedahkan. Bukan apa takut jadi ikutan. Heheh.

Saya ingat lagi cikgu biologi saya, cikgu zaim. Dia pernah sebut pada saya "terima kasih fadzli kerana sudi masuk kelas saya" Terasa yang amat masa tu. Kehadiran pula mereka ambik sekiranya mereka nampak beg saya dalam kelas. Kalau beg ada, maksudnya saya hadirlah tu. heheh.

Ok. Bila saya insaf? Sebulan sebelum exam. Jadi masa tulah tetiba jadi macam Albert Einstein. Tekun yang amat ulangkaji, buat study group khususnya di Taman Edy @ Edy Park. Terima kasih kepada semua ahli-ahli kelab taman edy iaitu Aidil, Mursyidi, Hanif, Iskandar, Thahar, Izuan, Afham , Zaki dan lain-lain. Masa tulah baru rasa Ya Allah, mudahnya belajar. Takde lah susah sangat. Tapi kenapa dulu susah yang amat? Huhuhuh. Masa tinggal beberapa hari lagi. Dia jadi mudah tu sebab bila ada tekanan barulah kita bergerak dan bertindak. Yang takut tu bila kita tak risau dan tak takut kalau tak leh jawab exam, itu lagi bahaya.

Akhirnya SPM tiba. Masa tu memang tak lain tak bukan, tawakkal jelah. Fuh, macam-macam dugaan berlaku antaranya slip masuk dewan hilang dan macam-macam lagi. Apapun selesailah...

Dipendekkan cerita, keputusan SPM akhirnya tiba. Tak disangka-sangka, dalam masa hanya sebulan sahaja yang pulun tu, dapatlah 3A. Alhamdulillah. A tu adalah Bahasa Arab Tinggi, Matematik Moden dan FIzik. Heheh. Terima kasih buat semua cikgu-cikgu saya yang sampai hari ni sentiasa membantu saya. Kalau tiada cikgu-cikgu ni, saya tak mampu sampai tahap ini hari ini. Hanya Allah yang dapat balas semua jasa-jasa cikgu.

Ok, sambung. Saat ini lah antara paling pening selepas dapat result. Nak buat pilihan apa ye?

Saya isi je apa peluang yang ada termasuklah matrikulasi, asasi Sains UM, UIA dan banyak lagi. Yang paling saya nak masa tu adalah program berkembar dengan Darul Quran Jakim dan UIA. Tapi tak de rezeki. Huhuhu...sedih.

Apa yang saya dapat?

Yang paling cepat dapat keputusan masa tu adalah kolej matrikulasi. Saya tak sangka dapat dengan keputusan serendah itu. Akhirnya belajarlah saya di Kolej Matrikulasi Kedah. Masa tu adalah batch pertama sebab kolej baru. Ambik sains fizik. Mula-mula terasa macam nak jadi Doktor je cita-cita. Macam best je jadi Doktor. Jadi saya cuba untuk tukar kursus. Nak ambik Sains Fizik. Tapi tak dapat sebab saya punya result Fizik lagi tinggi dari biologi. takpelah...teruskan je lah

Terumbang ambing masa tu. Masa tu nekad juga tak nak aktif dah sebab nak fokus belajar. hehe. Skema. Tapi takdirnya kawan baik saya Syazwan yang bersungguh nak saya sertai pilihanraya. Siap dia isikan borang lagi. Takdir plak menang masa tu jadi YDP JPP. Huhuhu. Antara belajar dan berorganisasi.

Pendek cerita. Semester pertama keluarlah keputusan. saya dapat 2.45. sedih nya... Akhirnya saya kata semester kedua saya letak jawatan dan saya nak pulun belajar sungguh-sungguh. Saya buat study group, dan macam-macam usaha yang saya tak pernah buat sebelum ni. Rasa macam buang tebiat pun ada. Akhirnya dapatlah keputusan...hehe. Alhamdulillah. ada PENINGKATAN. Saya dapat 2.47. Naik sikit. heheh. Akhirnya jadi PENING + KATAN. Pelik, dah usaha macam-macam tapi tak berhasil. Kenapa ye? Saya rasa ramai juga yang alami apa yang saya alami.

Akhirnya saya jumpa kaunselor kolej. En Azmi. Sampai sekarang saya ingat sebab sangat-sangat menghargai bantuan beliau. Beliau bagi saya satu ujian yang diberi nama SDS untuk kenal diri dan personaliti kerjaya.

Rupa-rupanya setelah saya jawab ujian tu, kerjaya yang paling sesuai dengan saya adalah Kaunselor. Keselarasan 100 %. Masa tu tanpa fikir panjang lagi saya terus cari maklumat berkenaan dengan kerjaya kaunselor. Bila fikir-fikir balik, patutlah susah bebenor belajar sains sebab jiwa lain kut. Cara fikir pun tak berapa nak kena. Tambahan lagi saya ni kidal.

Baik, waktu isi UPU, pilihan pertama saya adalah Kaunseling, UPM. Pilihan kedua, Perubatan, UMS (heheh. ada hati). Pilihan ketiga, Optometrist, UKM. Memang masa ni fokus pada pilihan pertama je. Yang lain merapu. heheh.

Pendek cerita, akhirnya dapatlah UPM walaupun macam-macam yang berlaku dan pada asalnya saya tak dapat dan tak dipanggil temuduga pun. Tapi saya da nekad yang saya nak juga bidang ni. Saya pun usahakan berhubung dengan P.I.C fakulti dan buat rayuan. hehe. Alhamdulillah akhirnya dipanggil temuduga. Tapi biasalah, nama tak de dalam senarai. Pukul 8 pagi datang, pukul 5 petang baru ditemuduga. Alhamdulillah, saya dapat tempat.

Ok, ini perubahan yang saya alami. Sewaktu belajar di UPM tiba-tiba saya jadi orang yang sangat berbeza. Cara belajar saya macam biasa, tapi yang paling penting, saya seronok belajar, enjoy dan memang sangat fokus dalam kelas. Sem 1 keputusan saya 3.92. Terkejut saya masa tu. Saya rasa saya belajar biasa-biasa jer.

Rupanya bidang ini adalah bidang yang tepat dengan minat saya, karekter dan personaliti saya. Walaupun saya sudah sibuk pada masa tu sebab terlibat dengan UNIC, Alhamdulillah result saya ok. Banyak kali saya ulangkaji, buat assignment, siapkan paper dalam studio, atas kereta, kat tempat show dan macam-macam tempat lagi. Banyak kali juga tak tidur malam sampai beberapa hari. Banyak kali juga saya ada exam pagi besoknya jam 8 pagi, malamnya saya berada di tempat show macam di UUM.

Habis Show jam 1 pagi terus balik KL dan sampai lebih kurang jam 6 pagi. Solat subuh, tidur kejap, bangun terus siap-siap, pergi dewan jawab exam. Alhamdulillah 4 tahun saya bergraduat dalam bidang Bac. Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) dengan kepujian Kelas Pertama. Alhamdulillah. Merasa juga dapat Anugerah Naib Canselor UPM, Anugerah Sains Kemasyarakatan Peringkat Negeri Kelantan dan lain-lain.

Saya terfikir apa yang merubah saya?

Rupanya penting untuk menikmati apa yang kita miliki. Seronok, minat dan teruja adalah emosi yang sangat penting untuk melonjakkan kita menjadi orang yang lebih berjaya dalam masa yang sama bahagia.
TIPS PEMILIHAN BIDANG KERJAYA DAN UPU
Oleh sebab tu berdasarkan pengalaman ini, beberapa panduan yang boleh saya berikan sebelum anda buat pilihan:

1. Kenal dan terokai diri - personaliti, minat, nilai, kebolehan, peluang yang ada berdasarkan kelayakan.

Motivasi, pencapaian, prestasi kita akan berada pada tahap optimum bila kita belajar dan bekerja dalam bidang yang kita suka dan minat.

Jumpa kaunselor dan ambiklah ujian psikometrik yang sesuai dan dapatkan pandangan daripada beberapa pihak seperti ibu bapa dan kenalan. Penting untuk jumpa kaunselor sebab kaunselor adalah orang yang terlatih untuk bantu anda.

2. Tetapkan matlamat kerjaya berdasarkan personaliti, minat & peluang berasaskan keputusan SPM. Biarlah apa yang kita minta tu adalah sebahagian daripada perancangan untuk capai kerjaya.

Bincang dengan ibubapa. Sebelum pilih bidang perlu untuk tahu apa matlamat kerjaya kerana pilihan bidang adalah laluan kepada kerjaya. Salah laluan akan menyebabkan salah kerjaya. Yang lebih rugi apabila asyik tukar bidang sewaktu belajar di Universiti. Orang lain dapat degree dalam masa 4 tahun, kita dah dekat 6 tahun tak siap-siap lagi degree.

3. Dapatkan maklumat tentang kerjaya tersebut secukupnya. Dari segi peluangnya, prospeknya, gajinya, kriterianya, peluang pengajiannya, bidang kerjanya dan pelbagai lagi. Kita gagal buat keputusan biasanya sebab tak cukup maklumat. Lagi banyak maklumat lagi bagus. Sekarang ni senang, guna je Mr GooGle, macam-macam maklumat dan perkongsian boleh dapat.

4. Senarai pendekkan pilihan-pilihan pengajian yang berkaitan daripada universiti yang ada. Cuba google dan cari sedikit maklumat adakah bidang pengajian yang ditawarkan di IPT yang kita pilih tu dah lama berkembang ataupun masih baru di IPT itu. Lebih bagus kalau kita pilih IPT yang dah established dalam bidang pilihan

5. Solat Istiqarah dan Doa
Minta lah dengan Allah bantuan dan petunjuk dalam membuat pilihan agar kita dapat memilih yang Allah tau adalah yang terbaik untuk kita. Ikhtiar kita da buat, tetapi ingat hanya DIA yang tau apa yang terbaik walaupun kita rasakan pilihan kita yang terbaik. Bila kita serah padaNYA, kita akan gembira dengan apa sahaja tawaran bidang yang kita dapat.

6. Buat pilihan bidang dan Universiti
Sekarang ni banyak Universiti Awam (UA) yang dapat pengiktirafan tertentu seperti Research University (RU) seperti UPM, UM , UKM USM dan UTM. Apex University plak adalah USM.

Jangan lupa setiap keputusan adalah perlu untuk berbincang dgn ibubapa supaya ianya menjadi keputusan bersama. Bukan keputusan kita sahaja atau ibubapa sahaja. Bila hanya keputusan sebelah pihak, bimbang satu masa nanti akan saling menyalahkan bila perancangan berjalan tidak seperti yang dirancang.

7. Lengkapkan segala keperluan borang dan buat penelitian berkali-kali. Supaya tidak berlaku kecuaian.

8. Sertai pelbagai kursus peningkatan kemahiran diri samada Hard Skill atau Soft Skill sebab semua kemahiran ini akan bermanfaat dan menambah nilai diri samada sewaktu di Universiti atau dalam kerjaya nanti.

Insyaallah. Itu sahaja sedikit perkongsian saya. Moga bermanfaat buat adik-adik dan ibubapa. Moga Allah mudahkan segala urusan. Selamat menempuhi alam baru.

kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik perancangan adalah perancangan ALLAH.

Wallahu A'alam~