Total Pageviews

aku vs saya.. nak guna mana satu?

by - April 17, 2019
aku vs saya.. nak guna mana satu? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Aku vs saya.. Apa yang aku? Apa yang saya ni?

As we know.. Setiap blogger masing masing mesti ada guna kata ganti nama yang tersendiri di dalam entri blog kan? Sama ada guna 'aku', 'saya', capital huruf akronim, nama panggilan istimewa atau nama sendiri.

Anda guna yang mana satu?

Saya sebenarnya confuse.. Nak guna yang mana satu.

Antara 'saya' atau 'aku'?

aku vs saya.. nak guna mana satu?
aku vs saya.. nak guna mana satu?
Selama ni saya guna 'saya' sebab rasa macam lebih 'sopan' dan lembut sikit. Kalau 'aku' macam kasar dan keras. Lagi lagi kebanyakan pengunjung yang baca blog saya ni (termasuk para blogger) lebih berumur dari saya hehe.

Tapi just.. saya nak tahu, kalau guna 'aku' dalam setiap entri blog.. Adakah dikira tidak menghormati mereka yang lebih tua? Adakah tidak sesuai? Tidak digalakkan? Tak 'manis'?

Yes saya memang dah selesa guna 'saya' ni. Tapi ada sesetengah entri tu saya rasa macam.. kalau guna 'aku' lebih 'sedap'. Kalau guna 'aku' lebih menepati mood entri tu. Lebih sampai 'rasa' content entri tu kepada readers.

Thats why kekadang saya rasa macam nak tukar 'saya' kepada 'aku'. Tapi tu lah.. Tak ganas sangat ke ek kalau guna 'aku'? Hahaha.

Apa pendapat anda anda? Share pleasee your point of view. Really appreciate it! hehe.

Daa~ wassalam! :)


You May Also Like

9 comments

  1. kalau aku, untuk saat ini mengikuti siapa yang singgah di blogku, dan teman2 blogger kebanyakan anak-anak yg usianya dibawahku.. jadi memakai 'aku' biar lebih friendly. dulu pernah pakai saya, tp jadinya baku mengingat post2 ku juga hal2 absurd (bukan artikel).. mungkin suatu saat kalau blogku udah besar(?) dan bisa menulis yg baik, baru pakai saya wkwkwkwk

    ReplyDelete
  2. saya lebih sopan ikut keselesaan masing-masing. Tapi dalam blog miza bahasakan nama je dah terbawak dari rumah satu hal lah pulak heheh

    ReplyDelete
  3. mama biasanya gunakan aku dgn kawan2 sekolah dan kawan2 je

    ReplyDelete
  4. Yup. kekadang Naim menggunakan 'aku' dan 'saya' hehe

    ReplyDelete
  5. guna 'aku' tak nampak kasar pun. kita berdoa pun guna aku.
    ikut mana selesa lah..hihi

    ReplyDelete
  6. Saya tengok atas keselesaan masa nak tulis artikel tu. Tak tetapkan pun guna apa. Kadang saya, kadang aku, kadang ana pun ada. Hehe

    ReplyDelete
  7. Saya rasa terpulang kepada keselesaan Sayidah dan kesesuaian dengan entri. Bagi saya, aku tu macam kedengaran kasar & memang dididik dari kecil utk gunakan saya dalam apa-apa situasi. Tapi saya ok je kalau orang lain guna aku bila bercakap dengan saya. Biasanya kawan-kawan saya guna aku. Jadi, bila kami bercakap akan guna saya, awak,aku & kau😅(nampak pelik juga kadang-kadang). Ada orang anggap aku ni nampak lebih mesra & dekat dengan seseorang & saya ni macam sweet sangat seolah-olah bf & gf bercakap😂. Tapi kalau nak dibandingkan dengan I & you, better guna saya.

    ReplyDelete
  8. Jarang guna saya...selalunya...aku atau nama......heheee

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p