Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal! - sayidahnapisahdotcom Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal!
LightBlog

Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal!

Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haritu ada terjumpa thread tips simpan duit dengan bijak, betul dan praktikal di Twitter. Macam menarik. And surprisingly, right now.. saya sudah pun follow two tips out of five tips given (which are tip no.3 & no.5) dengan istiqamahnya. Kenapa SURPRISINGLY? Sebab saya susah sebenarnya nak menyimpan duit, menabung bagai ni haha. Serius tak tipu. Saya jenis yang 'hangat hangat tahi ayam' dalam benda alah ni. Simpan duit lepastu tak lama, keluarkan balik. Save duit simpanan dalam tabung then bila rasa 'sempit' kewangan sikit, mulalah nak guna wang simpanan tu. Memang tak kekal lama lah senang cerita. Sadis kan? Hhahaha.

Tapiiii.. kali ni. I did it! For now. Hahaha.

Nak tahu tak apa tip tip yang diberi tersebut? Lets!
Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal
Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal | image: Google

Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal!

Oleh: Ain Zaabar

Ramai sangat teringin ada duit simpanan sampaikan terlupa perkara-perkara penting yang diorang kena buat dalam menyimpan selain put aside some money.

Simpanan sebenarnya perlukan lebih dari tu.

1. MATLAMAT

Sepanjang berjumpa/ membaca luahan anak muda tentang simpanan, bila ditanya apa plan jangka masa pendek/ panjang terhadap simpanan tu rata-rata kata just nak ada duit.

Punya takde matlamat sampai ditanya nak ada berapa RM pun dia tak tahu.

Kat sini kita dah tahu yang bilamana kita takde matlamat, usaha tu selalunya akan terputus di tengah jalan atau berjaya tapi far below expectation.

Let say konsisten simpan RM100/ month, lepas 3 tahun patut boleh ada RM3600. Tapi disebabkan buat "asal ada" mungkin cuma ada RM1000.

How to overcome this?

-- Mulakan banyak membaca dan berjalan dengan hati yang terbuka.

Ain dpt tips ni masa kerja sales dulu.

Takde rasa nak beli something as accomplishment utk diri sendiri? -- Cuba pergi mall, masuk kedai mahal and imagine. You'll see.

Dan matlamat ni haruslah spesifik. Let say nak simpan untuk duit kahwin, kena jawab semua 5W1H:

How nak simpan duit?
When nak kahwin?
Where nak kahwin?
What concept/theme?
Which wedding planner?
Who to marry (okay, ni boleh KIV kalau calon lari)

2. KONSISTEN

Ya, macam mana lah nak ada simpanan kalau menyimpan pun tak konsisten kan? Ramai sangkut sebab berlagak terus simpan amaun yang besar dan akhirnya tak mampu nak commit.

Keadaan setiap orang tak sama. Tak semestinya si A mampu simpan RM1,000 sebulan, si B pun harus ikut.

Kita start small and finish big!

Cuba mulakan simpanan 3 bulan pertama dengan amaun yang kita mampu commit. Increase the amount the next month and see how it goes.

Dengan cara ni lah u baru nampak kemampuan simpanan u berapa sebenarnya. It's good to test our limit, but don't struggle yourself too much. You should know your limit too.

3. DANA KECEMASAN

Berapa ramai yang menyimpan demi memiliki rumah idaman tapi terlupa nak wujudkan satu dana khas untuk perihal kecemasan?

Tak ramai.

Kita tak akan mungkin tahu apa nasib yang bakal menimpa kita hatta 5 minit dari sekarang pun sebab itu kerja Tuhan dan kita bukan Tuhan. Kita manusia yang hanya mampu merancang, maka rancanglah sebaik-baiknya.

Seeloknya bina dana kecemasan yang sama jumlah dengan 3 ke 6 bulan gaji. Tak perlu lebih dari ni.

Sebab apa? Duit lebih tu kita boleh diversify untuk diberanakkan atau "beli" kebahagiaan bersama yang tersayang.
Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal
Cara Menyimpan Duit dengan Betul dan Praktikal | image: Google
Penuhkan dana kecemasan dulu sebelum tabung travel, rumah dan lainnya. Or buat at the same time.

Sama ada buat kerja part time khas untuk penuhkan dana ni or kurangkan perbelanjaan bulanan. Ingat, langit tak selalu cerah.

4. CATATAN PERBELANJAAN

Benda remeh kan? Tapi berapa ramai yang buat? Sebab kita anggap remeh tu yang kita tak buat. Sekarang ni ada banyak apps yang boleh bantu dalam keep track of our spending. Siap ada yang bagi chart!

Malas download apps, buatlah kat whatsapp hantar ke diri sendiri pun boleh, ikut keselesaan.

Selalu sangat kita biarkan "amaun kecil" dibelanjakan begitu sahaja. Then tiba-tiba, "eh, mana duit aku pergi ea?" Belanja-belanja kecil tu lah penyumbangnya.

5. KEPELBAGAIAN

Bukan dalam pelaburan je ada diversification, simpanan pun. Kalau boleh asingkan setiap simpanan untuk tujuan berbeza.

Mudah bila ada 2 perkara yang dihajati tetiba berlaku serentak.

Antara yang boleh dibuat #TabungHijau khas untuk simpanan haji manakala #TabungBiru simpanan khas dalam persediaan raya.

Ini apa yang Ain buat. Tabung Biru dah bantu Ain dalam simpanan duit raya dan dah tak perlu susah-susah ke bank untuk tukar duit.

Okay, cukup 5 perkara ni dulu. Ingat 5 perkara ni dalam membina simpanan anda okeh.

Nak baca pelbagai tips bijak kewangan dan #FinanceAndManage ? Follow twitter @ainzaabar

Related: cara menyimpan duit simpanan dengan betul dan praktikal, cara menyimpan duit dengan bijak, cara menyimpan duit untuk kahwin, cara menyimpan duit gaji 2000, cara menyimpan duit untuk tabung haji, cara menympan duit gaji, tips simpan duit, cara simpan duit banyak, cara terbaik simpan duit ribu ringgit, tips simpan duit 2019, cara simpan duit raya, tip simpan duit dengan cara paling mudah, cara menyimpan duit gaji rm1000, cara menyimpan duit dengan bijak, cara menyimpan duit bagi pelajar sekolah, cara menyimpan duit untuk asb, cara simpan duit gaji 1000, cara simpan duit gaji 900, cara simpan duit gaji rendah, cara simpan duit kahwin

Post a Comment

3 Comments

  1. the kind of thing i need to keep on improve. we all need to i believe.

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing..
    Sis suka baca tips kewangan begini..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p