May 2019 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Thursday, May 30, 2019

May 30, 2019

Gambar Huawei P30 Pro (Zoom 50x), Harga Terkini 2019 dan Kehebatannya!

Gambar Huawei P30 Pro (Zoom 50x), Harga Huawei P30 2019 dan Kehebatannya!


Apa yang best dengan HUAWEI P30 Pro?

Oleh: Faiz Zainal
huawei p30 pro gambar
Gambar terkini huawei p30 pro 2019
• Quad-Kamera
• 10x Loseless + 50x Digital Zoom
• Bateri 4,200mAh
• Pengecasan pantas 40W
• 70% dalam 30 minit
• Rekaan PREMIUM
• Warna yang sangat menawan
• Skrin Curved 6.41-inci OLED FHD+

Dapatkan tawaran hebat!
gambar huawei p30 pro
gambar handphone huawei p30 pro 2019
huawei p30 pro biru
cantik kan warna huawei p30 pro biru cair ni?
huawei p30 pro merah
gambar huawei p30 pro warna merah ni pun cung lah!


Power sangat ke "Huawei P30 Pro" ni ?

Oleh: Sufian

Nah aku share hasil gambar dia, masa sunset dekat KLCC.

Gambar:
1st - Ultra Wide lens 16mm
2nd - 1x zoom (normal lens)
3rd - 5x zoom
4th - 10x zoom

Kaki travel sure suka sebab wide lens memang terbaik!
huawei p30 pro
huawei p30 pro (ULTRA WIDE LENS 16MM)
huawei p30 pro zoom
huawei p30 pro (1x zoom NORMAL LENS)
huawei p30 pro zoom
huawei p30 pro (5x zoom)
huawei p30 pro zoom
huawei p30 pro 10x ZOOM
Seperti yang dijanjikan..

Ini hasil dari Zoom 50x:
huawei p30 pro zoom 50x
huawei p30 pro ZOOM 50x
huawei p30 pro zoom 50x
huawei p30 pro ZOOM 50x
huawei p30 pro zoom
huawei p30 pro zoom 50x maximum!
Jauh betul dia zoom. Korang janganlah bayangkn hasil dia macam guna lens camera DSLR. Tapi bagi aku okey boleh tahan jugak hasil die. Aku tak guna tripod time ni.

*p/s. Pengguna Huawei P30 Pro, diharap gunalah 50x zoom ni dengan penuh berhemah OK HAHAHAHA.

Bagi sesiapa yang berminat, bermula 6 April 2019 dah boleh start beli dekat Huawei sendiri atau telco-telco atau kedai terpilih... dinasihatkan beli elok-elok jangan berebut ok? haha.

Bagi sesiapa yang tanya harga Huawei P30 Series... Nah boleh tengok sini...
harga huawei p30 pro
HARGA huawei p30 pro
harga huawei p30 pro
HARGA huawei p30 pro
Cerita belom habis dekat sini... Huawei sendiri ada buat trade in phone Huawei yang korang tengah pakai... So bolehlah buat tambah-tambah untuk upgrade ke Huawei P30/ P30 Pro..

Ini harga untuk trade in:
huawei p30 pro trade in
HARGA TRADE IN ke huawei p30 pro

Q&A pasal Huawei P30 Smartphone

Q: Maaf menyibuk, nak tanya betul ke orang cakap jangan beli p30 sbb function tak banyak sangat. better beli p30 pro?

"Ye, terus beli pro.." - Fatin Aziz

Q: Kalau tangkap gambar dengan phone ni memang ada watermark tu ke apa?

"Boleh pilih nak letak watermark ke tak" - @waamars

Q: Aku suka kamera camni, sharp. Yang tak suka ada tulisan dekat bawah tu memang takleh nak buang ke? Sebab ada benda tu la malas nak beli huawei, dia takut orang ingat kamera lawa je iphone. Dia tulis la nama huawei dekat bawah tu haha.

"Boleh pilih samada nak letak ke tak. Bnda tu boleh buang" - muni

Q: Nak tanya, huawei p30 pro nie ada camera potrait tak?

"Function dalam phone ade portrait..." - I AM OD

Which one is better? Huawei P30 Pro vs Samsung S10+?

"Tak pernah lagi try S10. Tapi dok try p30 ni sumpah ohsem" - I AM OD

"P30 Pro menang kat Zoom Low Light je la. Ultrawide, Potrait, Video footage still Samsung S10+" - @ndybry

"Setuju. Dah test dua-dua. Selfie pun S10+ menang. P30 over sangat image processing" - @Izzatzkwn

"Dxo Mark :
1) Huawei P30 Pro
2) Huawei Mate 20 Pro
3) Samsung Galaxy S10+
4) Huawei P20 Pro
5) iPhone XS MaX" - @aidilazarian

No more dark photos with Huawei P30 Series!
By Izwan Ismail (NEW STRAITS TIMES)

If you find it difficult to take photos in the dark, try using the new HUAWEI P30 Series to light up your shots.

The HUAWEI P30 Series will solve the problem for you! Even if you are in a dim environment, you can still capture incredible super low-light photos. Not just that, you can also record memorable videos in the dark too! Find out more about the low-light mode in HUAWEI P30 Series below.

You can see the unseen in the dark with HUAWEI P30 Pro! Photos taken in a dim environment or in the dark completely:
huawei p30 pro in dark
Gambar dalam gelap pun huawei p30 pro boleh snap!
huawei p30 pro dalam gelap
cantik gambar huawei p30 pro shoot dalam gelap!
Also, it’s not a problem to do video recording in the dark!

Let’s have a look on how incredible the video recording mode in the HUAWEI P30 Series!

p/s: Boleh tengok video tersebut di artikel asal NST di SINI

Follow the steps below to activate the video recording mode in HUAWEI P30 Series:

Step 1: Turn on [ Camera ] app in a dim environment
Step 2: Select [ Video ] mode
Step 3: Capture the colourful and detailed dark view

Amazing night shot with HUAWEI P30 Series, reflects the prosperity of the city:
huawei p30 series
Pix courtesy HUAWEI P30 PRO of Amsyar Naaif.
Stunning aurora shot with HUAWEI P30 Pro, capture the breathtaking moment:
huawei p30 series
HUAWEI P30 PRO | Pix courtesy of Carson
Brighten the rich layers in the underground world with HUAWEI P30 Pro:
huawei p30 pro underground world
HUAWEI P30 PRO | Pix courtesy of Liu Sangen
So.. what do you think of keluaran the latest Huawei P30 ini? :)

May 30, 2019

Cara Tukar Duit Raya Baru di Mesin ATM Maybank 2019

Cara Tukar Duit Raya Baru di Mesin ATM Maybank 2019 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Dah tukar duit raya untuk tahun 2019 ni? Saya belum hahaha. Tak ingat dan tak sempat. Alaaa lagipun saya tak bagi duit raya kat orang pun kihkih. Bagi kat anak-anak buah je. Tu pun saya dah bagi advance haritu sebab raya pertama nanti tak jumpa. So, kira macam dah settle la tugasanku dalam memberi duit raya hehe. Tapi.. Dengar kata ada certain bank yang dah tutup kaunter tukar duit raya 2019. Tak sure bank mana. Maybe CIMB dan Maybank kot. So, korang yang belum berkesempatan nak tukar tu, copek copek la ye hehe


BACA JUGA:

And then tadi terjumpa satu post ni. Ada orang tukar duit raya di mesin ATM Maybank. Fuhlamak! Dapat duit baru RM10. Fresh baru cetak! Syok laa.

Saya baruuu je tahu tadi boleh tukar di ATM machine. Hmm rasanya baru dibina kot (?) Baguih la kan kalau ada sistem macam ni? Mudah, pantas dan mutakhir. Tibee haha

Patutnya bank lain seperti CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam, Public Bank dan Hong Leong Bank kena buat macam ni juga. Dan buat banyak banyak. Baru senang kan. Tak payah beratur  panjang di kaunter bank dan boleh tukar pada bila bila masa sahaja. Tiada limit waktu pejabat.

Amboii suka hati aku je kan suggest. HAHAHA.
cara tukar duit raya baru di atm
tukar duit raya baru 2019 di mesin ATM | Gambar: Muhd Shukur

Cara Tukar Duit Raya Baru di Mesin ATM Maybank 2019

Oleh: Mohd Shukur

Mudahnya tukar duit raya di Maybank sekarang. Hanya di ATM Machine!
cara tukar duit raya baru di atm
cara tukar duit raya baru di mesin ATM | Gambar: Muhd Shukur
Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru:

1. Pergi ke Maybank yang besar sikit (selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam. Ada 2 mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.

2. Pilih ATM yang ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu (seperti di gambar).
cara tukar duit raya baru di maybank
cara tukar duit raya baru di mesin atm | Gambar: Muhd Shukur
3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.

4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping note RM10 yang baru, kena buat dua kali.
cara tukar duit raya baru di bank
cara tukar duit raya baru 2019 | Gambar: Muhd Shukur
5. OK mudahkan? Sarung angpow boleh minta kat brother yang jaga kaunter depan tu. Mula-mula dia kata dah habis. Biasalah.

Lepas tu apa lagi.. cakaplah, "Saya faham dah dekat nak raya ni memang sarung angpau banyak dah habis... tapi bang, saya ni nak gunakan sarung angpau tu untuk.........."

(haa..sambung sendiri la... takkan itu pun nak ajar, nampak sangat tak datang training letew ).

HAHAHA hadehh.

Semoga bermanfaat~!

Till next time, daaa~ wassalam! :)


May 30, 2019

Bila Malam Lailatul Qadar 2019? Ini 5 Tanda dalam Hadis Rasulullah SAW!

Bila Malam Lailatul Qadar 2019? Ini 5 Tanda dalam Hadis Rasulullah SAW! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pejam celik pejam celik dah masuk kita ke 10 malam terakhir Ramadhan 1440H. Nope. Its actually already 5 malam terakhir Ramadan! Allahu.. pantasnya masa berlalu kan? Malam ni adalah malam yang ke-26 dalam bulan Ramadhan 2019. Dan apa yang special nya yang ada pada malam akhir Ramadhan? Malam Lailatul Al-Qadr~ Dapatkah kita jumpa dengan malam Lailatul Qadr yang SANGAT ISTIMEWA ini?

Apa Maksud Lailatul Qadr?

- Lailatulqadr bermaksud.. secara literalnya diterjemahkan sebagai malam (al-layl) ketetapan/ kemuliaan (al-qadar).
- Pada malam itu lah al-Quran telah diturunkan dari langit dunia kepada Rasulullah SAW, bersesuaian dengan ayat 1 surah al-Qadr.
bila malam lailatul qadar
Bila Malam Lailatul Qadar 2019?
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Carilah Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam terakhir dari Ramadhan"
(hadis Riwayat Bukhari)

Kenapa kita nak kena cari Malam Al-Qadar?
Apa kelebihan yang ada di dalam malam Lailatul Qadr?
Mengapa kita digalakkan membuat amalan double triple pada malam istimewa tersebut?

Allah S.W.T berfirman:
"Malam Al-Qadr lebih baik dari seribu bulan"
(Al-Qadr: 3)

Apa maknanya? 

Sekiranya kita ditakdirkan bertemu dengan malam yang agung itu, ibadah kita akan dikira seolah-olah kita beribadah 1000 bulan lamanya dan diampunkan segala dosa kita yang lalu! MashaAllah!


Bila Malam Lailatul Qadar 2019?

5 malam terakhir dah pun berlalu, tinggal lagi 5 malam yang paling akhir. Dah terjadi ke belum malam lailatul qadar pada tahun ini? Dah lepas ke? Atau belum lagi datang?

Wallahualam~


Tarikh 10 malam terakhir Ramadhan 2019:
10 malam terakhir ramadhan 2019
Tarikh 10 Malam Terakhir Ramadhan 2019
Apakah yang perlu kita lakukan andai bertemu dengan lailatulqadr? 

Berdoalah dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu'anni

Terjemahan doa (Bahasa Melayu):
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku."
(HR Tirmidzi dan Ibn Majah)

Apakah Tanda Tanda Malam Lailatul Qadr?

TANDA DAN HUKUM MENGKHABARKAN MALAM AL-QADAR - Mufti Wilayah Persekutuan

Soalan: Apakah tanda dan hikmah dirahsiakan malam al-Qadar?

Jawapan Mufti:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, antara rahsia Allah SWT menyembunyikan malam al-Qadar adalah supaya menjadi pendorong kepada orang ramai agar mencarinya. Selain itu juga, supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi mencari dan mendapatkan malam al-Qadar. Hal ini sama sebagaimana disembunyikan masa berlakunya malam al-Qadar seperti disembunyikan juga masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat.

Berkaitan tanda-tanda malam al-Qadar, sebahagian ulama’ telah menyebut di dalam kitab masing-masing berkenaan sebahagian tanda atau alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya oleh-Nya pada setiap kali bulan Ramadhan. Ini kerana, banyak hadith dan juga pengkhabaran daripada orang yang soleh melalui riwayat mereka yang telah membincangkan berkaitan tanda-tandanya, antaranya:

Daripada Ubadah Bin Al-Somit RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَمَارَةَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ أَنَّهَا صَافِيَةٌ بَلْجَةٌ كَأَنَّ فِيهَا قَمَرًا سَاطِعًا سَاكِنَةٌ سَاجِيَةٌ لَا بَرْدَ فِيهَا، ولَا حَرَّ وَلَا يَحِلُّ لِكَوْكَبٍ أَنْ يُرْمَى بِهِ فِيهَا حَتَّى تُصْبِحَ، وَإِنَّ أَمَارَتَهَا أَنَّ الشَّمْسَ صَبِيحَتَهَا تَخْرُجُ مُسْتَوِيَةً لَيْسَ لَهَا شُعَاعٌ مِثْلَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ، لَا يَحِلُّ لِلشَّيْطَانِ أَنْ يَخْرُجَ مَعَهَا يَوْمَئِذٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut." [Riwayat Ahmad (22765)]

Daripada Ubay Bin Ka’ab RA berkata, daripada Nabi SAW  bersabda:

وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لَا شُعَاعَ لَهَا

Maksudnya: “Dan tandanya sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut bercahaya dan tidak kepanasan”. [Riwayat Muslim (762)]

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata:

فَإِنَّ الشَّمْسَ تَطْلُعُ كُلَّ يَوْمٍ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ إِلَّا صَبِيحَةَ بَدْرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam al-Qadar”.  [Riwayat Ibn Abi Syaibah (9529)]
tanda malam lailatul qadar
Bulan 30 Mei 2019 (malam ke-25 Ramadhan 1440H)
Seperkara yang penting ialah, jika seseorang itu mengetahui dan menjangkakan malam itu adalah malam al-Qadar maka adakah wajar baginya untuk mewarwarkan atau dia perlu menyembunyikannya?

Imam al-Subki telah mengistinbat (mengeluarkan hukum) dalam al-Halabiyyat daripada kisah ini (kisah Allah menyembunyikan malam al-Qadar daripada Rasulullah SAW) adalah disunatkan menyembunyikan pengkhabaran malam al-Qadar bagi sesiapa yang melihatnya. Dalilnya adalah kerana Allah SWT telah mengtaqdirkan bagi nabi-Nya untuk tidak memberitahu baginda SAW berkaitan hal ini. 

Maka sebaik-baiknya dengan apa yang telah ditakdirkan ini adalah disunatkan kita mengikutnya. Telah disebut di dalam Syarah al-Minhaj dan begitu juga di dalam al-Hawi. 

Antara hikmah disembunyikannya sepertimana yang disebut adalah kerana ia merupakan Karamah (kemuliaan) dan kemuliaan sayugia disembunyikan tanpa berlaku khilaf antara ahli al-Thariq (tarekat) daripada memandang kepada jiwa kerana dibimbangi akan dicabut, lebih besar daripada itu tidak aman daripada riyak.

Mengikut adabnya pula, janganlah dia sibuk mengsyukuri Allah dengan melihat kepadanya (hanya melihat malam al-Qadar) sahaja serta mewarwarkannya kepada manusia. Tambahan pula, hal ini dibimbangi akan berlaku hasad dengki padanya. Maka dengan itu, orang tersebut telah termasuk di dalam perkara yang ditegah untuk dihampirinya. [Lihat: Fath al-Bari, 268/4]

Telah berkata pengarang al-Hawi bahawa disunatkan bagi sesiapa yang melihat malam al-Qadar agar menyembunyikanya dan hendaklah dia berdoa dengan ikhlas serta niat dan yakin dengan apa yang lebih disukai daripada agama atau dunia. Akan tetapi, hendaklah dia berdoa kepada Allah berkaitan hal agama dan akhirat lebih banyak (berbanding hal-hal lain seperti dunia). [Lihat: al-Majmu’, 461/6]

Kesimpulannya, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah dan rasul untuk memburu malam yang mulia ini kerana ganjaran cukup besar dan ia juga merupakan anjuran Nabi SAW kepada kita berdasarkan sebuah hadith yang sahih.

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فِي الوِتْرِ، مِنَ العَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Maksudnya: “Burulah (atau carilah) malam al-Qadar pada malam ganjil daripada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan”. [Riwayat al-Bukhari (2017)]

Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita malam al-Qadar yang diisi dengan amal kebajikan dengan menghidupkan malam tersebut, seterusnya melayakkan kita mendapat rahmat, keampunan dan pelepasan azab api neraka daripada-Nya. Amin.


Wallahua’lam

Artikel asal:
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/784-irsyad-fatwa-khas-ramadhan-siri-96-tanda-dan-hukum-mengkhabarkan-malam-al-qadar
tanda malam lailatul qadar
MENCARI MALAM LAILATUL QADAR....

APAKAH DOA DAN AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN PADA MALAM LAILATUL QADAR?

Perkongsian dari Ustaz Muhadir di Radio IKIM ...
Bermula malam ni amalkan paling kurang bacaan..

1. Al Fatihah 3x
2. Al Zalzalah 2x
3. Al Kafirun 4x
4. Al Ikhlas 3x
5. Yaasin 1x

Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan...
Sebaik-baiknya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam.
Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan...


Tazkirah oleh:
Dato' Dr Fatma El-Zahra
Surau Al-Islah 
Tmn Seri Keramat
25 Mei 2019

- Bagi yang merasakan kurang berpuas hati dengan ibadah puasanya sejak dari hari pertama berpuasa, anda tidak perlu risau. Kerana masih ada peluang lagi yang Allah berikan. Peluang terakhir ramadhan itu adalah pada 10 malam terakhir.

- Pada 10 malam terakhir ini, banyakkan berjaga di sebelah malam. (biarlah pada 10 malam terakhir ini, waktu kita bertukar. Sebelah siang, rehat/tidur secukupnya untuk kita berjaga/ beribadah di sebelah malam.

- Jika perlu, ambillah supplemen tambahan agar kita tetap sihat/ cergas pada malam-malam itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah.

- Bangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dgn solat, zikir dan mengaji Al-Quran

- Kurangkan menonton tv pada malam-malam ini

- Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 malam terakhir, jangan tinggal *doa: "Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni*"

* Sentiasa amalkan langkah-langkah ini sebelum berdoa:
1) Puji Allah dahulu. Dengan 99 nama-nama-Nya
2) Berselawat
3) Istighfar
4) Doa

- Apa yang kita doakan, sentiasa diulang 3×. Kerana Allah sangat menyukai angka 3, manakala Nabi saw menyukai angka 7.

- Banyakkan berdoa dengan memuji Allah. Qadar dan Qada Allah boleh diubah dengan doa.

- Kepada wanita yang dalam haid, tetap jangan lepaskan peluang ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Isikan malam2 ini dengan ZIKIR DAN DOA.

- Jangan sibukkan diri dengan membuat kuih raya pada malam-malam ini. Buat persiapan raya pada waktu siang. Jangan lepaskan peluang yang Allah berikan ini.

- Sepanjang malam-malam ini, hidupkan suasana harmoni dalam rumah kita. Elakkan sebarang perbalahan antara suami/ isteri/ anak2/ adik beradik. Sentiasa bersabar dengan kerenah suami/ isteri/ anak2 sehingga 10 malam ini berakhir. Tetaplah bersabar dan berdoa tanpa jemu jika anak-anak yang degil sekalipun. Allah mendengar doa ikhlas kita

- Jika tiada suasana aman di dalam rumah kita, kita tidak mungkin dapat bertemu dengan malam lailatul qadar. Kerana pernah terjadi pada zaman Nabi saw, terdapat 2 orang pemuda yang bertengkar, dan terus malaikat Jibrail membatalkan untuk memberitahu bila sebenarnya malam lailatul qadar itu. *CREATE PEACEFUL IN OUR HOUSE*

- Jika kita ada merasai kelainan pada malam ini nanti, beritahu ahli keluarga kita yang lain. Kejut mereka, jika mereka tidur.

- Bermula dari hari ini sehingga malam-malam tersebut:
1) Sentiasa dalam berwudhu
2) Sentiasa pakai pakaian yang bersih
3) Sentiasa dalam keadaan wangi
Why? Kerana kita ingin malaikat sentiasa berada dengan kita


- Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu, tanpa dosa-dosa kita diampunkan Allah. InsyaAllah, jika kita melepasi Ramadhan ini dengan dosa-dosa kita diampunkan Allah, kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah di luar bulan Ramadhan nanti.

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat lailatul qadar. Aamiin Ya Rabbal 'alaimin~!

Till next time, daa~ wassalam! :)


Wednesday, May 29, 2019

May 29, 2019

STUDENT TIBA-TIBA MENANGIS DALAM KELAS TUTOR MATEMATIK!

Student Tiba-Tiba Menangis Dalam Kelas Tutor Matematik Saya!


My own experience.

Pernah sekali tu.. time kelas tusyen Math Form 2, saya ajar Paridah (bukan nama sebenar) & suruh dia buat soalan latihan tapi banyak yang dia tak dapat nak jawab. Padahal topik tu baru je ajar tadi. Saya pun 'YaAllah menguji kesabarankuuuuuu betuii!'.

Then, bila tengok dia macam tak fokus dan distracted sampai tak boleh nak jawab soalan, saya pun nasihat lah. And saya ni memang tak pandai nak buat muka garang mahupun bersuara kasar tapi time tu saya acah acah garang la ketika beri teguran + nasihat. Ada lah dalam 1000 patah perkataan macam tu.

Tiba tiba.. saya tengok ada air keluar dari mata dia. "HAH? DIA NANGIS?!".

Setitik.. dua titik.. tiga titik.. Eh kenapa macam makin lebat je dia nangis ni. Alamakk kenapa ni? Tak pernah pernah ada student nangis dalam kelas den sebelum ni hahahaha *gelak nervous.

Saya pun dah cuak.

Tanya kat dia "akak garang sangat ke? kenapa sampai nangis ni?".

Dia geleng menidakkan. (fuh lega sikit den haha. at least bukan salah saya). tapi dia diam je. Still nangis. TERESAK-ESAK dia nangis.
STUDENT TIBA-TIBA MENANGIS DALAM KELAS TUTOR MATEMATIK
STUDENT TIBA-TIBA MENANGIS DALAM KELAS TUTOR MATEMATIK! | image: Google
Haih. Umi dah tengok tengok kami. Umi pandang saya dengan pandangan 'maut' sebab umi ingat saya yang buat dia nangis. hahaha. Takk. Its not me! Saya just nasihat dia je. Bukan MARAH or tengking dia pun. 

Saya biarkan dia dulu. Biar dia tenang sikit. Then saya tanya lagi 'kenapa ni? Ada masalah ke? Nangis sebab akak ke tadi?' Dia geleng. Diam juga. Air mata still keluar.

Waduh waduh resah ku gini.

And then lepas dipujuk pujuk pujuk pujuk pujuk.. finally dia pun beritahu yang dia nangis sebab family matter. Mak ayah dia terlalu pressure dia supaya buat yang terbaik dalam exam math (sebab markah exam math dia agak lemah). Parents dia juga suka banding banding kan dia dengan adik beradik dia yang pandai dalam semua mata pelajaran. Sehingga dia rasa tension, stress dan takut. Takut dia akan kecewakan parents dia dan tak boleh buat dengan baik macam adik beradik dia yang lain.

Haih kesiannya. Lepas saya beri kata semangat dan motivasi kat dia, dia pun stop nangis.

So, MORAL OF THE STORY is.. para ibu para bapa, jangan lah terlalu pressure anak-anak, marah-marah dan banding-bandingkan prestasi anak-anak. At least slow talk dengan anak-anak if they have any problem or kalau pencapaian di sekolah tak memberasangkan.

Takut nanti bila asyik marah-marah dan terlalu pressure.. dorang pendam, takut jadi kemurungan and lead to severe depression. Nauzubillahi min zalik~

Moga bermanfaat hendaknya kisah benar ku ini.

Till next time, daa~ wassalam! :)
STUDENT TIBA-TIBA MENANGIS DALAM KELAS TUTOR MATEMATIK
NAK HANTAR ANAK KE TUTOR CLASS/ KELAS TUISYEN MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN? Whatsapp saya di 0172008642!


May 29, 2019

Duit BSH Fasa 2 2019 (RM150) dah masuk akaun bank CIMB

Duit BSH Fasa 2 2019 (RM150) dah masuk | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Semalam abi tanya umi "duit BSH fasa 2 2019 dah masuk akaun bank ke?". Umi belum sempat nak jawab, saya dah tolong tengokkan dah masuk ke belum & berapa dapat jumlah wang untuk fasa kedua hehe. Den login akaun CIMB Clicks umi and then klik kat transaction history.. 28 Mei 2019; bayaran BSH 2019 FASA 2 sebanyak RM150 sudah pun masuk pada pukul 7:14 pm! Hehehe. Alhamdulillah.

Saya yang bujang ni tolong check kan jela untuk bsh umi abi (kategori berkahwin) haha.

Transaction History - BSH FASA 2 2019 RM150

duit bsh fasa 2 2019
Tapi kenapa 150 je ye? Rasa macam sikit pula. Sepatutnya kalau pasangan berkahwin yang tiada tanggungan anak dapat RM300 macam fasa 1. Hmm musykil nih.. Pelik pelik. Sebab kalau ada anak 1 + 120 = RM420, anak maksimum 4 orang = RM780. Ada seorang tu ada anak 2 orang dapat RM540 dalam akaun Maybank.

Saya baru dapat info terkini tentang agihan pembayaran BSHR 2019.. rupa-rupanya duit bsh 2019 setiap sorang dapat untuk setiap fasa adalah berlainan; mengikut range gaji dan bilangan anak (bawah tanggungan) masing-masing.

Thats why secara umumnya, jumlah wang fasa 2 ada yang berbeza beza. So, jangan rasa tak puas hati atau apa ye hee.
bsh 2019 fasa 2 berapa dapat
Bayaran BSH 2019 Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 berbeza-beza mengikut gaji dan bilangan anak
Info dari LHDN:

Proses pembayaran BSH telah dimasukkan secara berperingkat iaitu:

BSN, Bank Rakyat, AGROBANK - mulai 27hb Mei selepas jam 4 petang (keutamaan warga emas)

CIMB, Maybank, Bank Islam, Bank Muamalat, Hong Leong Bank - mulai 28hb Mei selepas jam 4 petang

Lain - lain Bank - mulai 29hb Mei selepas jam 4 petang

Anda boleh melihat kelayakan pengkreditan di laman web bsh. Status yang berjaya akan ditulis LULUS.

Bagi yang tiada akaun bank, surat akan dihantar mulai 27hb Mei. Penunaian hanya boleh dilakukan di BSN.


Sebarkan!

Q&A tentang Pembayaran BSH 2019 ke dalam akaun bank

Soalan: Kenapa ada yang dapat separuh je bahagian anak tu macam mana? tu yang pelik..

Jawapan dari FB 'Adinda Adinda':

Tengok basic gaji, berapa ribu dan kelayakan yang dapat -1000, 750, atau 500.. dan berapa orang anak..

Yang fasa kedua ni memang kita dapat seratus lebih ja.. dan campur dengan semua anak berapa yang ada, itu jumlahnya... baki lagi dibawa ke fasa 3, masa tu anak dah tak dapat.. kita saja dapat.. :)

Soalan: Saya lagi lah tak faham.. permhonan lulus. fasa 1 accout suami.. fasa 2 dapat pada isteri.. tapi yang jadi masalahnye.. masa update, akaun bank saya dah tutup.. so budak LHDN tu cakap tak payah pergi bank sebab kalau lulus, secara automatik bank akan buka kan account untuk kita. Yang pelik nye tu.. check lulus, IC nama saya.. nombor akaun bank semua husband punya nombor ..pelik lah. bila pergi check habuk pun tak dak..

Jawapan dari FB 'Eina': Lulus tu maksud permohonan dah lulus. kalau 'pengkreditan ke account' tu maksud 'on the way masuk ke account'. Bagi yang takde akaun boleh pergi ke BSN buat acc, automatic terus masuk. itu pengalaman saya.

Soalan: Kalau nak buka akaun baru, kena pergi BSN terus ke? Takde apa-apa surat boleh ke?

Jawapan dari FB 'Eina': Tak perlu sis, saya punya tu hari pemohon nama suami, akaun bank suami tapi dorang taknak proses. kena buat account sendiri juga di BSN. free je. cakap buka account untuk BSH.
bsh 2019 fasa 3 berapa dapat
Bayaran BSH 2019 Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 berbeza-beza mengikut gaji dan bilangan anak
So next.. Mengikut jadual bayaran bsh 2019, fasa 1 - 28 januari 2019, fasa 2 - 28 Mei 2019 and the last one.. bila duit masuk untuk fasa ketiga? Fasa 3 akan dikreditkan ke akaun bank pada bulan Ogos 2019.

Hujung bulan Ogos mungkin? Atau pertengahan Ogos? Awal bulan ogos? Wallahualam. The exact tarikh belum diumumkan lagi officially.
Pada yang tiada akaun bank, ada yang kata pihak BSH tolong buatkan and then kalau dah siap, mereka akan dimaklumkan? Saya tak pasti.

Tapi better call sendiri BSH untuk kepastian. Berapa nombor contact BSH?

Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH)

Okay itu sahaja. Moga bermanfaat.

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:

- Tarikh Tukar Duit Raya 2019 di Bank CIMB, Maybank dan lain-lain
- Cara Daftar Cimb Click Online 2019.. buat akaun CIMB Clicks mudah saja!


bsh 2019 fasa 2 bila masuk
Memerlukan cikgu tutor kelas tusyen Matematik atau Matematik Tambahan (addmath) di area Seremban.. whatsapp saya di 0172008642!


May 29, 2019

Check 'search keywords' di Google.. blog muncul kat page berapa?

Check 'search keywords' di Google.. blog muncul kat page berapa? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haa haritu kita belajar macam mana cara nak tengok keyword entri blog dan apa kepentingannya kan? Kalau tak baca lagi, boleh ushar kat SINI. Kalau dah baca, okay boleh proceed to.. let's check that 'search keywords' di Google and see.. entri blog kita muncul di page Google yang ke-berapa? Ada atau tidak?

Contohnya.. kita taip keyword di Google tapi bila scroll scroll scroll hingga ke page keenam eh.. takde pun blog kita? Tipu ke Google ni? Nak babab ni haha.

Okay.. jangan emo emo. Itu maksudnya.. orang jumpa blog kita kat bahagian IMAGES melalui that keyword. Yeap, mungkin entri blog kita di page Google belakang-belakang. Tapi di images Google, gambar dalam entri blog kita duduk kat atas atas. Tu yang orang boleh klik and directly go to our website.


Cara yang betul untuk check 'search keywords' blog di Google


Ramai orang salah faham. Terus buka www.google.com and terus search di situ. SALAH!

Kenapa salah? - sebab kita buka Google dengan AKAUN GOOGLE kita sendiri. Bukan as an anonymous.

So.. what we suppose to do? Kena sign out dulu kah, baru Google search?

Tak perlu sign out pun. Just pergi ke INCOGNITO mode. How?

Klik 3 titik di bahagian atas kanan (terletak di bawah pangkah X) and then klik 'New incognito window'.

Pahe dop? Hehehe.


Check 'search keywords' di Google.. blog Sayidah Napisah muncul kat page berapa?


1. tukar duit raya 2019

- first page Google. image pun ada kat atas-atas.
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
2. sultan pahang mangkat

- kat page takde. kat image ada tapi tu pun kena scroll ke bawahhh bawahhhhhhhh.

3. bsh 2019 fasa 2 bila masuk

- kat Google page takdok. kat Google images ada.
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
4. kalau tak solat jumaat kena solat zohor lelaki

- ni pun sama. page tak keluar blog den tapi kat Images Google ada. tu pun seketul je haha.
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
5. lagu raihan sesungguhnya - sama juga dengan no.4

6. mi tulang sedap

- 1st page Google. image pun ada bahagian paling atas.
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
7. bank yang boleh tukar duit raya area johor bahru

- 1st page Google
- the result is same with no.1

8. beza bercinta dengan bercouple

- 1st page Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
9. bsh fasa2 2019 - same with no.3

10. gagal test jpj kereta

- 4th page Google tapi kat bahagian Images, agak banyak gambar entri den punya haha.
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
11. bsh fasa 2 2019 - same with no.3

12. bolehkah kita buat praktikal di branch bank

- 1st page Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
13. cara daftar online banking bank islam

- 1st page Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
14. cara untuk semak keputusan upu 2019

- 6th page Google. kat image pun ada.

15. http://hotlink.com.my/r beli pas internet - page takde, image pun takde

16. dalam rajah di bawah, ab ialah tangen sepunya kepada dua bulatan yang masing-masing berpusat p dan q - page takde, image pun tak ada

Pelik kan no.15 & no.16 tu? Hahaha. Saya pun tak faham macam mana keyword tu boleh melekat kat blog saya. Pelik wa hairan wa ajaib.

Eventhough yes, saya memang pernah buat entri pasal Matematik, Hotlink Hour & pas internet mobile Maxis tapi tak jumpa pun entri saya bila search keywords tersebut. Hmmm. Lantak pi lah haha.

Korang pun kalau nak check, sangat dialu-alukan. Selain memberi motivasi dan menambahkan semangat kita untuk update blog, kita juga boleh add to our achievement as a blogger hehe.
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
Kalau kurang faham macam mana nak search keywords blog kita di Google, saya ada buat 'tutorial' video how to do it. Ada 3 part total. Boleh lihat di bawah ini:

PART 1:



PART 2:



PART 3:



So.. MORAL OF THE STORY lepas saya search keyword-keyword entri blog di Google..

- gambar itu penting! wajibkan diri sendiri untuk letak gambar sekurang-kurangnya satu di dalam entri blog. lebih banyak, lebih bagus.

- watermark di gambar itu penting! apa itu watermark? yang ada nama / URL blog kita di gambar itulah watermark. saya kekadang tak rajin juga nak letak hahaha. tapi better letak sebenarnya. kalau tak letak, orang senang senang boleh 'curi' tanpa letak kredit ke kita.

- update je apa apa entri di blog! update lah APA APA topik, dicsussion,info, things you like. anything. just... update. sebab percayalah.. ada few entries dalam blog saya yang saya tak sangkapun  akan berada di first page Google. Ada artikel ringkas yang saya just suka suka update tapi orang ada datang baca.

- keep on usaha and be patient. ada entri blog saya yang dah beberapa tahun lepas baru hits sekarang. ada yang dua tahun lepas, baru sekarang ramai yang cari. maksudnya.. IT TAKES TIME. just sabar dan betulkan niat. usaha akan buahkan hasilnya juga inshaaAllah.

Chaiyok chaiyok! hehe. okay thats all.

Moga bermanfaat.

Till next time! Daa~ wassalam! :)