TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Bila Malam Lailatul Qadar 2019? Ini 5 Tanda dalam Hadis Rasulullah SAW!

by - May 30, 2019
Bila Malam Lailatul Qadar 2019? Ini 5 Tanda dalam Hadis Rasulullah SAW! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pejam celik pejam celik dah masuk kita ke 10 malam terakhir Ramadhan 1440H. Nope. Its actually already 5 malam terakhir Ramadan! Allahu.. pantasnya masa berlalu kan? Malam ni adalah malam yang ke-26 dalam bulan Ramadhan 2019. Dan apa yang special nya yang ada pada malam akhir Ramadhan? Malam Lailatul Al-Qadr~ Dapatkah kita jumpa dengan malam Lailatul Qadr yang SANGAT ISTIMEWA ini?

Apa Maksud Lailatul Qadr?

- Lailatulqadr bermaksud.. secara literalnya diterjemahkan sebagai malam (al-layl) ketetapan/ kemuliaan (al-qadar).
- Pada malam itu lah al-Quran telah diturunkan dari langit dunia kepada Rasulullah SAW, bersesuaian dengan ayat 1 surah al-Qadr.
bila malam lailatul qadar
Bila Malam Lailatul Qadar 2019?
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Carilah Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam terakhir dari Ramadhan"
(hadis Riwayat Bukhari)

Kenapa kita nak kena cari Malam Al-Qadar?
Apa kelebihan yang ada di dalam malam Lailatul Qadr?
Mengapa kita digalakkan membuat amalan double triple pada malam istimewa tersebut?

Allah S.W.T berfirman:
"Malam Al-Qadr lebih baik dari seribu bulan"
(Al-Qadr: 3)

Apa maknanya? 

Sekiranya kita ditakdirkan bertemu dengan malam yang agung itu, ibadah kita akan dikira seolah-olah kita beribadah 1000 bulan lamanya dan diampunkan segala dosa kita yang lalu! MashaAllah!


Bila Malam Lailatul Qadar 2019?

5 malam terakhir dah pun berlalu, tinggal lagi 5 malam yang paling akhir. Dah terjadi ke belum malam lailatul qadar pada tahun ini? Dah lepas ke? Atau belum lagi datang?

Wallahualam~


Tarikh 10 malam terakhir Ramadhan 2019:
10 malam terakhir ramadhan 2019
Tarikh 10 Malam Terakhir Ramadhan 2019
Apakah yang perlu kita lakukan andai bertemu dengan lailatulqadr? 

Berdoalah dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu'anni

Terjemahan doa (Bahasa Melayu):
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku."
(HR Tirmidzi dan Ibn Majah)

Apakah Tanda Tanda Malam Lailatul Qadr?

TANDA DAN HUKUM MENGKHABARKAN MALAM AL-QADAR - Mufti Wilayah Persekutuan

Soalan: Apakah tanda dan hikmah dirahsiakan malam al-Qadar?

Jawapan Mufti:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, antara rahsia Allah SWT menyembunyikan malam al-Qadar adalah supaya menjadi pendorong kepada orang ramai agar mencarinya. Selain itu juga, supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi mencari dan mendapatkan malam al-Qadar. Hal ini sama sebagaimana disembunyikan masa berlakunya malam al-Qadar seperti disembunyikan juga masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat.

Berkaitan tanda-tanda malam al-Qadar, sebahagian ulama’ telah menyebut di dalam kitab masing-masing berkenaan sebahagian tanda atau alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya oleh-Nya pada setiap kali bulan Ramadhan. Ini kerana, banyak hadith dan juga pengkhabaran daripada orang yang soleh melalui riwayat mereka yang telah membincangkan berkaitan tanda-tandanya, antaranya:

Daripada Ubadah Bin Al-Somit RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَمَارَةَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ أَنَّهَا صَافِيَةٌ بَلْجَةٌ كَأَنَّ فِيهَا قَمَرًا سَاطِعًا سَاكِنَةٌ سَاجِيَةٌ لَا بَرْدَ فِيهَا، ولَا حَرَّ وَلَا يَحِلُّ لِكَوْكَبٍ أَنْ يُرْمَى بِهِ فِيهَا حَتَّى تُصْبِحَ، وَإِنَّ أَمَارَتَهَا أَنَّ الشَّمْسَ صَبِيحَتَهَا تَخْرُجُ مُسْتَوِيَةً لَيْسَ لَهَا شُعَاعٌ مِثْلَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ، لَا يَحِلُّ لِلشَّيْطَانِ أَنْ يَخْرُجَ مَعَهَا يَوْمَئِذٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut." [Riwayat Ahmad (22765)]

Daripada Ubay Bin Ka’ab RA berkata, daripada Nabi SAW  bersabda:

وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لَا شُعَاعَ لَهَا

Maksudnya: “Dan tandanya sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut bercahaya dan tidak kepanasan”. [Riwayat Muslim (762)]

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata:

فَإِنَّ الشَّمْسَ تَطْلُعُ كُلَّ يَوْمٍ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ إِلَّا صَبِيحَةَ بَدْرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam al-Qadar”.  [Riwayat Ibn Abi Syaibah (9529)]
tanda malam lailatul qadar
Bulan 30 Mei 2019 (malam ke-25 Ramadhan 1440H)
Seperkara yang penting ialah, jika seseorang itu mengetahui dan menjangkakan malam itu adalah malam al-Qadar maka adakah wajar baginya untuk mewarwarkan atau dia perlu menyembunyikannya?

Imam al-Subki telah mengistinbat (mengeluarkan hukum) dalam al-Halabiyyat daripada kisah ini (kisah Allah menyembunyikan malam al-Qadar daripada Rasulullah SAW) adalah disunatkan menyembunyikan pengkhabaran malam al-Qadar bagi sesiapa yang melihatnya. Dalilnya adalah kerana Allah SWT telah mengtaqdirkan bagi nabi-Nya untuk tidak memberitahu baginda SAW berkaitan hal ini. 

Maka sebaik-baiknya dengan apa yang telah ditakdirkan ini adalah disunatkan kita mengikutnya. Telah disebut di dalam Syarah al-Minhaj dan begitu juga di dalam al-Hawi. 

Antara hikmah disembunyikannya sepertimana yang disebut adalah kerana ia merupakan Karamah (kemuliaan) dan kemuliaan sayugia disembunyikan tanpa berlaku khilaf antara ahli al-Thariq (tarekat) daripada memandang kepada jiwa kerana dibimbangi akan dicabut, lebih besar daripada itu tidak aman daripada riyak.

Mengikut adabnya pula, janganlah dia sibuk mengsyukuri Allah dengan melihat kepadanya (hanya melihat malam al-Qadar) sahaja serta mewarwarkannya kepada manusia. Tambahan pula, hal ini dibimbangi akan berlaku hasad dengki padanya. Maka dengan itu, orang tersebut telah termasuk di dalam perkara yang ditegah untuk dihampirinya. [Lihat: Fath al-Bari, 268/4]

Telah berkata pengarang al-Hawi bahawa disunatkan bagi sesiapa yang melihat malam al-Qadar agar menyembunyikanya dan hendaklah dia berdoa dengan ikhlas serta niat dan yakin dengan apa yang lebih disukai daripada agama atau dunia. Akan tetapi, hendaklah dia berdoa kepada Allah berkaitan hal agama dan akhirat lebih banyak (berbanding hal-hal lain seperti dunia). [Lihat: al-Majmu’, 461/6]

Kesimpulannya, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah dan rasul untuk memburu malam yang mulia ini kerana ganjaran cukup besar dan ia juga merupakan anjuran Nabi SAW kepada kita berdasarkan sebuah hadith yang sahih.

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فِي الوِتْرِ، مِنَ العَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Maksudnya: “Burulah (atau carilah) malam al-Qadar pada malam ganjil daripada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan”. [Riwayat al-Bukhari (2017)]

Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita malam al-Qadar yang diisi dengan amal kebajikan dengan menghidupkan malam tersebut, seterusnya melayakkan kita mendapat rahmat, keampunan dan pelepasan azab api neraka daripada-Nya. Amin.


Wallahua’lam

Artikel asal:
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/784-irsyad-fatwa-khas-ramadhan-siri-96-tanda-dan-hukum-mengkhabarkan-malam-al-qadar
tanda malam lailatul qadar
MENCARI MALAM LAILATUL QADAR....

APAKAH DOA DAN AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN PADA MALAM LAILATUL QADAR?

Perkongsian dari Ustaz Muhadir di Radio IKIM ...
Bermula malam ni amalkan paling kurang bacaan..

1. Al Fatihah 3x
2. Al Zalzalah 2x
3. Al Kafirun 4x
4. Al Ikhlas 3x
5. Yaasin 1x

Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan...
Sebaik-baiknya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam.
Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan...


Tazkirah oleh:
Dato' Dr Fatma El-Zahra
Surau Al-Islah 
Tmn Seri Keramat
25 Mei 2019

- Bagi yang merasakan kurang berpuas hati dengan ibadah puasanya sejak dari hari pertama berpuasa, anda tidak perlu risau. Kerana masih ada peluang lagi yang Allah berikan. Peluang terakhir ramadhan itu adalah pada 10 malam terakhir.

- Pada 10 malam terakhir ini, banyakkan berjaga di sebelah malam. (biarlah pada 10 malam terakhir ini, waktu kita bertukar. Sebelah siang, rehat/tidur secukupnya untuk kita berjaga/ beribadah di sebelah malam.

- Jika perlu, ambillah supplemen tambahan agar kita tetap sihat/ cergas pada malam-malam itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah.

- Bangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dgn solat, zikir dan mengaji Al-Quran

- Kurangkan menonton tv pada malam-malam ini

- Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 malam terakhir, jangan tinggal *doa: "Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni*"

* Sentiasa amalkan langkah-langkah ini sebelum berdoa:
1) Puji Allah dahulu. Dengan 99 nama-nama-Nya
2) Berselawat
3) Istighfar
4) Doa

- Apa yang kita doakan, sentiasa diulang 3×. Kerana Allah sangat menyukai angka 3, manakala Nabi saw menyukai angka 7.

- Banyakkan berdoa dengan memuji Allah. Qadar dan Qada Allah boleh diubah dengan doa.

- Kepada wanita yang dalam haid, tetap jangan lepaskan peluang ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Isikan malam2 ini dengan ZIKIR DAN DOA.

- Jangan sibukkan diri dengan membuat kuih raya pada malam-malam ini. Buat persiapan raya pada waktu siang. Jangan lepaskan peluang yang Allah berikan ini.

- Sepanjang malam-malam ini, hidupkan suasana harmoni dalam rumah kita. Elakkan sebarang perbalahan antara suami/ isteri/ anak2/ adik beradik. Sentiasa bersabar dengan kerenah suami/ isteri/ anak2 sehingga 10 malam ini berakhir. Tetaplah bersabar dan berdoa tanpa jemu jika anak-anak yang degil sekalipun. Allah mendengar doa ikhlas kita

- Jika tiada suasana aman di dalam rumah kita, kita tidak mungkin dapat bertemu dengan malam lailatul qadar. Kerana pernah terjadi pada zaman Nabi saw, terdapat 2 orang pemuda yang bertengkar, dan terus malaikat Jibrail membatalkan untuk memberitahu bila sebenarnya malam lailatul qadar itu. *CREATE PEACEFUL IN OUR HOUSE*

- Jika kita ada merasai kelainan pada malam ini nanti, beritahu ahli keluarga kita yang lain. Kejut mereka, jika mereka tidur.

- Bermula dari hari ini sehingga malam-malam tersebut:
1) Sentiasa dalam berwudhu
2) Sentiasa pakai pakaian yang bersih
3) Sentiasa dalam keadaan wangi
Why? Kerana kita ingin malaikat sentiasa berada dengan kita


- Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu, tanpa dosa-dosa kita diampunkan Allah. InsyaAllah, jika kita melepasi Ramadhan ini dengan dosa-dosa kita diampunkan Allah, kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah di luar bulan Ramadhan nanti.

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat lailatul qadar. Aamiin Ya Rabbal 'alaimin~!

Till next time, daa~ wassalam! :)


You May Also Like

6 comments

  1. Ulama banyak khilaf. Ramai sepakat pada malam 27 Ramadhan. Manakala pandangan Imam Ghazali pada malam 23 yang lepas. Yang penting , buat amalan pada 10 malam terakhir..

    ReplyDelete
  2. bagus pengkongsian ini idah.. hihihi

    ReplyDelete
  3. Semoga berlalunya Ramadhan dengan dosa2 kita diampunkan.

    ReplyDelete
  4. thank you so much. mudah mudahan doa kite semua termakbul. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. great sharing...thank you so much...

    ReplyDelete
  6. Mudah2a kita mendapat pengampunan daripada Allah di malam Lailatul qadar

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p