Padah main bunga api bahaya! Tangan bengkak jumpa doktor.. - sayidahnapisahdotcom Padah main bunga api bahaya! Tangan bengkak jumpa doktor..
LightBlog

Padah main bunga api bahaya! Tangan bengkak jumpa doktor..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Bulan Ramadhan belum habis lagi, tapi budak budak dah request nak main bunga api, nak main mercun. Biasa lah tu kan. Anak anak buah saya pun selagi tak dibeli, selagi tu lah setiap hari minta sampai dapat. Siapa je tak suka main bunga api? Lagi lagi bunga api yang jenis ada percikan api tu.. syok uh. Saya yang 'budak' besar pun suka hahaha.

Tapi rasa macam ragu ragu pula nak main bunga api sekarang ni. Dengan cerita tragis yang saya baca baru baru ni.. tangan seorang kanak-kanak bengkak akibat terkena bunga api yang dimainnya. Fuh seram.

Ibu kepada mangsa share pengalaman tersebut dan beberapa gambar di Facebook. Saya tengok tapak tangan anak beliau.. seriau rasanya.
Padah main bunga api bahaya
Gambar tangan bengkak lepas main bunga api

Tak sangka bahaya main bunga api boleh jadi sampai begitu sekali!

Walhal selama ini main bunga api jenis macam tu.. okay je. Takde apa yang kena. Tak ada meletup atau mengakibatkan kecederaan. Bukan lah kita tak bersyukur, cuma pelik macam mana benda tu boleh terjadi?

Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
"Ingatkan bunga api ni tak bahaya..tapi bahaya. Meletop wei anak den main! Kau dengar bunyi meletop.. Eh macam. Mercun plakk.

Tak tahu la masuk angin ke... Telebih dos ke..

Citenye tak payah la lepas ni beli bunga apiiii. Tak pepasal.. Jadi. Gini"

Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Kesian budak tu. Mata berair nangis. Mesti sakit.

Haih sedih nengoknya. Moga dia cepat sembuh Aamiin.

Bila saya tanya abang ipar saya.. macam mana boleh jadi macam tu?

Dia kata maybe sebab serbuk di dalam bunga api tu diisi terlalu padat dan mampat. Itu yang boleh kena macam tu.

I was like ohhh...

Betul ke?

Wallahualam~

So, moral of the story.. pada ibu ayah kakak abang, kalau nak beli bunga api, jangan beli yang jenis warna merah tu. Beli lah jenis yang lain. Ada je kat kedai kedai.

Kelmarin saya baru je main bunga api (tapi jenis lain) dengan anak buah di Gombak hehe. Walaupun sebatang je sorang satu tapi seronok. Kenangan manis antara kau dan aku. tibee haha.
bunga api
Main bunga api dengan anak buah hehehe.
bunga api anak buah
Nampak tak bunga api jenis yang saya main ni bukan yang macam warna merah tu? Haa beli lah yang macam ni hhehee
Oh! Lepastu, acara bermain mercun pop pula haha. Tak tahu lah kenapa, tapi rasa macam bunyi mercun pop sekarang ni lagi kuat berbanding dulu dulu? Ke.. telinga den yang makin kurang tahi telinga? Hahaha.

Hah.. Korang ada main bunga api tak? Haa baik ngaku haha.

Till next time, daa~ wassalam!

Post a Comment

6 Comments

  1. apapun mmg berbahaya wpun bunga api kecik je. kena under pemantauan kalau anak2 nak main

    ReplyDelete
  2. Kena hati2 men, Kekadang bunga api stok lama. paham2 je

    ReplyDelete
  3. Sekecil apa pun mercun..atau bunga api..risiko tetap adakan.

    ReplyDelete
  4. sofia kalau nak main, shu belikan mercun pop tu. biar dia campak sampai bersepah rumah. hahaha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p