Pengalaman Menjadi Tutor Matematik, Ajar Kelas Tusyen Addmath, Calculus & Statistik - sayidahnapisahdotcom Pengalaman Menjadi Tutor Matematik, Ajar Kelas Tusyen Addmath, Calculus & Statistik
LightBlog

Pengalaman Menjadi Tutor Matematik, Ajar Kelas Tusyen Addmath, Calculus & Statistik

Pengalaman Menjadi Tutor Matematik, Ajar Kelas Tusyen Addmath, Calculus & Statistik | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Saya dah jadi cikgu tusyen Math and Matematik Tambahan selama hampir 4 tahun. Dalam masa itu.. ramai yang tanya macam mana pengalaman menjadi tutor matematik dan mengajar kelas tusyen addmath? Macam mana handle kelas tutor? Susah tak ajar subjek math & addmath? Mengajar student sekolah darjah dan tingkatan berapa? Pelajar sekolah je ke? Pelajar kolej, matrik or universiti ada tak? Apa tips untuk mereka yang baru ingin menceburkan diri dalam bidang private tutoring? Bagaimana untuk meletakkan upah mengajar? per jam, per month or per class? Lokasi terbaik untuk mengadakan kelas (buat di rumah sendiri/ datang ke rumah pelanggan)? Bahan pengajaran yang digunakan (buku teks/ past year questions/ buku latihan/ modul pembelajaran sendiri)?

Perghh gitu list soalan nya hahahaha.

Okay meh saya cerita pengalaman saya, serba sedikit basic penting tutor class for a beginner, apa yang perlu buat dan beberapa tips how to be a home tutor..


PENGALAMAN MENJADI TUTOR MATEMATIK, ADDMATH


Macam mana boleh terjebak dengan home tuition ni?

Selepas habis degree di UPM selama 4 tahun pada tahun 2016, saya decide untuk bekerja instead of sambung Master. Mula mula memang lah saya semangat cari kerja kerajaan, swasta. Apply jawatan kosong sana sini. Bila dapat invitation untuk interview di luar kawasan Seremban, hmm abi saya yang sangat protective terhadap anak bongsu nya (iaitu saya haha) tak izinkan. Senang cerita abi susah nak lepaskan saya haha.

So dari situ lah.. Saya fikir untuk mengajar tusyen di rumah. Lagipun saya ni memang suka mengajar orang. Kat Matrik Selangor and UPM dulu pun saya suka ajar kawan kawan.

Itu lah 'asal usul' penglibatan saya di dalam 'industri' home tutor ni.

Kenapa pilih subjek Math & Addmath untuk diajar? Subjek lain tak ajar ke?

Okay.. the main reason why I teach math & addmath because I love these two subjects so much berbanding dengan subjek subjek lain hahaha. Saya ambil degree course Major Matematik di UPM. My SPM result in Modern Mathematics & Additional Mathematics was A+. So, thats why lah haha.

Subjek lain seperti Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Agama.. minta maaf saya tak ajar. Saya hanya fokus pada subject yang related dengan maths SAHAJA.

Macam mana orang boleh tahu tentang kelas tutor math & addmath Sayidah Napisah?

Awal awal tu memang takde yang tahu lah kan haha. So saya promote habis habisan di sosial media FACEBOOK. Saya post di group group FB Negeri sembilan, seremban, ampangan, Seremban 2, senawang, sikamat, rembau, nilai. Haa tak cukup group N9, group negeri lain pun saya post haha. Sebab nak sebarkan tentang my personal tutor class.
Pengalaman Menjadi Tutor addmath
MY POSTER - TUTOR MATEMATIK, ADDMATH
Selain FB, of course le saya promote juga di blog. Apa guna jadi blogger tapi tak manfaatkan blog sendiri kan? Hahaha. In fact, war warkan di blog is one of the most effective way to promote any kind of business. Sebab bila buat entri di blog automatic akan keluar di carian enjin seperti Google, Yahoo.

Orang sekarang kan kalau nak cari apa apa, mesti search kat Google kan? Haa so you know what I mean hehe.

Dan ia memang terbukti because.. Ada mak/ayah student yang contact saya beritahu mereka tahu tentang kelas tusyen saya dari Google. Alhamdulillah.


Pengalaman Menjadi Tutor addmath
Pengalaman Menjadi Tutor Matematik, Ajar kelas Tusyen Addmath

TUTOR CLASS/ KELAS TUSYEN STYLE SAYIDAH NAPISAH


Buat kelas tutor kat mana? - di rumah saya (i mean my parents' house haha). Lokasi: Seremban, Negeri Sembilan.

Datang ke rumah student atau.. ? - memandangkan saya takde transport & abi tak izinkan pergi ke rumah student, so.. Student lah yang datang ke rumah saya. Ada je yang minta saya datang ajar ke rumah mereka, tapi.. dah abi tak kasi. Nak buat acamno. Cakap ayah kena lah dengar kan. Baru berkat hee.

Tapi kalau rumah pelajar tu dekat dengan rumah saya, haa saya akan pergi mengajar di rumah mereka. Contohnya kalau area Warisan Puteri, Taman Seremban Putra.

Ajar subjek apa? Cover untuk tingkatan berapa? - dulu dulu time mula berkecimpung dalam bidang tutor ni, saya ajar macam macam juga. BI, sains bagai. Tapi sekarang saya memang fokus subjek berkaitan matematik sahaja. Math, addmath, math modern, calculus, statistics. And saya terima student dari almost semuaaa 'level'. Sek rendah, menengah, matrikulasi, diploma, ijazah, teknik or kolej. Yang lemah ke, sederhana ke sila sila.

Bila? - disebabkan saya full time tutor so.. Hari, masa pukul berapa semua terpulang pada mak ayah student. Kalau masa yang dia nak tu tak selisih dengan masa student lain, okay deal. Weekdays malam boleh, pagi boleh, hujung minggu boleh. Selalunya kelas penuh weekend la. Thats why bagi saya, saya 'kerja' sabtu ahad haha.

Berapa jam satu kelas? - bak kata saya tadi. Terpulang pada students. Kebiasaannya 1 jam atau 2 jam. Tapi ada je yang nak kelas 3 or 4 jam straight. Yang tu biasanya kes student yang susah nak datang (duduk asrama/ tinggal jauh) atau nak dekat exam. Contohnya, sorang student Calculus saya yang belajar kat Serdang. So dia datang sekali sekala tapi sekali dia datang, kelas 4 jam terus.

Ajar ramai ramai atau..? - Saya ajar secara personal. Means.. kelas one to one dengan student. Sebab kebanyakan mak ayah yang hantar memang nak saya ajar anak dia seorang sahaja. Supaya lebih fokus dan dia lebih mudah untuk bertanya jika tak faham.

Tapi ada juga kes yang parents nak hantar 2 orang anak sekaligus. Yang tu saya terima lah jika students adik beradik. Sebab kesian pula kat parents nak hantar 2 orang anak pada waktu yang berbeza beza.


Berapa rate? Macam mana nak tetapkan? - bayaran berapa tu sebenarnya depends on tempat/negeri masing masing. Kalau saya kat seremban ni, rate takdelah semahal kat KL or Shah Alam. Saya charge RM20/jam for sek rendah. RM25/jam form 1-3. RM30/jam form 4&5. RM60/jam untuk matrik, diploma, ijazah.

Memang kira per hour ke? Bukan per pax, per bulan or per class? - disebabkan saya ajar one to one, so saya charge per hour. Senang. Tapi kalau anda nak buat satu kelas ada 10 orang ke.. Maybe boleh kira per month or nak letak pakej harga sekian sekian ke.

Duit bayar pada hujung bulan atau lepas kelas? By cash or transfer online? - kalau saya.. Bayar CASH setiap kali selepas kelas habis. Tapi kadang akdang ada je yang request nak bayar pada hujung bulan (lepas dapat gaji). Boleh je. Tapi pastikan orang tu dipercayai la haha. Dan ada juga mak pelajar yang minta transfer online sebab takde duit pecah. I'm totally okay with that. So.. sebenarnya bab ni ikut budi bicara masing masing gitu.
Pengalaman Menjadi Tutor addmath
Pengalaman Menjadi Tutor Matematik, Ajar Kelas Tusyen Addmath
Guna buku student atau sendiri punya? Ada modul ke? Bahan latihan cari kat mana? Silibus? - sebelum my first class dengan student, saya kebiasaannya akan minta mereka bawa kertas peperiksaan, buku tulis, buku teks, buku latihan (jika ada).

Daripada bahan yang student bawa, saya akan 'nilai' dulu dia berada di tahap mana. Jika lemah sangat sangat, saya akan ajar basic dulu tanpa bergantung sangat pada buku. Tapi ikut silibus la haha.

Atau tanya je direct kat student "mana topik yang awak rasa lemah? Atau bab mana yang tak faham langsung kat sekolah?". Tengok lah dia tunjuk kat topik mana. Dan kita pun kena bersedia lah untuk ajar on the spot. So, don't forget to study balik la ye subjek yang kita nak ajar.

Atau incase dapat student yang 'sopan' a.k.a pendiam bangatttt.. Bila kita tanya dia taknak jawab. So kaedahnya.. Suruh dia jawab soalan. Soalan mana nak ambil? bagi je soalan dari buku teks atau buku latihan yang dia bawa. Atau provide je soalan kita sendiri. Ikut style masing masing.

Any tips? Or advice? - hmm nak kata tips bukan.. Maybe more to nasihat la. Banyakkan bersabar. Sabar. Sabar. Dan sabar. Haha. Sebab student ni kan banyak ragamnya. Dan kita akan jumpa bermacam macam jenis, perangai, tingkah laku dan tahap pemahaman pelajar.

Ada student yang cepat catch up, ada yang lambat. Ada yang tangkas, ada yang blur. Ada yang aktif, ada yang pasif. Ada yang bijak, ada yang lemah. Ada yang bersemangat nak belajar, ada yang hanya sekadar kerana mengikut arahan parents suruh datang. Ada yang buat homework, ada yang lupa, ada yang sengaja tinggalkan. Ada yang mata segar bugar time kelas, ada yang mengantuk. Ada yang dengar kata, ada yang banyak kali tegur pun buat tak endah je. 

So, dari situ memang akan menguji kesabaran kita dan juga skill mengajar serta communication kita. 

Haa tapi bukan setakat student, ragam mak ayah student pun banyak juga haha. So.. kita nak kena layan dengan sebaik mungkin dan secara professional. 

Phewww~ itulah details penting yang anda nak tahu. so pada sesiapa yang nak buat kelas tutor sendiri, harap dapat lah gambaran macam mana lepas baca ni hee. Goodluck!

Kalau ada soalan apa apa lagi, drop je kat komen okay?
tutor matematik seremban
Tutor Matematik, Ajar Kelas Tusyen Addmath, Calculus & Statistik
Till next time, daa~ wassalam! :)



Post a Comment

8 Comments

  1. i adore those who can teach maths and so on.

    ReplyDelete
  2. Wahh...hebatnya awak dikk...akak pengumpul tegar D dalam setiap subjek maths kat U dulu. Kalau subjek membaca dan menghafal ok

    ReplyDelete
  3. fuhh hebat sangat siap boleh ajar add math. dulu cikyan mse spm dapat credit je utk subjek addmath. hancusss !

    ReplyDelete
  4. kalau la AD dlu belaja math dengan u kompem dapat A hahah..hebat laaaa uuuu

    ReplyDelete
  5. Pd pendapat akak, time SPM dulu Add Maths la subjek paling susah. Hope Sayidah sentiasa maintain cool & sabar, especially bila ajar pelajar2 yg bukan maths genius.

    ReplyDelete
  6. Saya pun minat subjek maths jugak. Sekarang ni jadi tutor maths untuk isi masa lapang dan tolong kawan-kawan je. Mungkin in the future akan jadikan sebagai sumber untuk pendapatan sampingan. Semoga Sayidah terus sabar dalam melayan karenah anak murid. Nak mengajar ni kena ada kesabaran yang tinggi.

    ReplyDelete
  7. Assalaam.. Ada buat upah untuk buat asigment advanced calculus tak?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p