TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Segmen Menu Pilihan Ramadan

by - May 14, 2019
Segmen Menu Pilihan Ramadan | Segmen Menu Pilihan Ramadan yang dianjurkan oleh blogger Hasrul Hassan ni udah lama ku ushar tapi baru harini berkesempatan nak join hehe. Korang nak join, moh lekas. Kang penyertaan ditutup haa.

Bila tarikh tutup penyertaan? There is no specific date. Dibuka sehinggalah ruang komen di post segmen tersebut ditutup oleh blogger HH.

Syaratnya pun mudah.

"Senaraikan 1 hingga 3 menu terbaik yang anda rasa sesuai untuk berbuka puasa Ramadan. Kalau disertakan gambar menu lagi bagus. Bila senaraikan, boleh linkkan ke blog post menu tersebut supaya saya boleh rujuk resepi tersebut."


3 Menu Pilihan Ramadan 2019 + Resepi Berbuka Puasa


1. Kuih Badak Berendam dalam 'Air'

This is one of my favourite kuih! Sedap wohhh. Kalau nak berbuka puasa, haruslah kena ada some dessert atau kuih kan. Baru lah terasa complete gitchuw.
menu pilihan ramadan
Menu Pilihan Ramadan - Kuih Badak Berendam
Disebabkan umi dah selalu buat kuih badak berendam ni di rumah, saya sudah pun hampir hafal resepi nya. Cara nak buat senang je, cuma kena 'pandai' bermain dengan sukatan cawan air ketika mengadun tepung pulut dan tepung gandum.

Seriuss mudah je resepinya! Boleh lihat di SINI.

2. Kuih Keria Gelang dan Bulat-Bulat

Walaupun orang ramai suka kuih keria viral yang sangat viral tu, saya lebih prefer kuih keria yang dibuat di rumah. Bukan apa, sebenarnya jarang nak jumpa kuih keria yang sedap di kedai-kedai. Kuih keria yang dibuat sendiri lebih enak secukup rasa, lembut dan gebu berbanding yang dijual di gerai sana.

Jimat pun jimat. Hati pun puas bila duit yang dikeluarkan berbaloi.. kan?
Menu Pilihan Ramadan
Menu Pilihan Ramadan - kuih keria
Menu Pilihan Ramadan
Menu Pilihan Ramadan - Kuih Keria
Believe me.. senang, mudah dan easy je nak buat kuih keria ni. Boleh buat macam-macam bentuk. Bulat boleh. Seperti rupa gelang pun boleh. Resepi boleh teropong di SINI.

3. Ikan Talapia Masak Sambal

Okay, tak semestinya ikan talapia sahaja. Ikan jenis lain pun boleh such as ikan keli, ikan jenahak, ikan sardin, ikan selar, ikan patin, ikan tongkol dan ikan bawal.
Menu Pilihan Ramadan
Menu Pilihan Ramadan - ikan talapia sambal
Masak sambal ni mudah, cuma ianya take time sikit. Bergantung pada kuantiti dan berapa ketul ikan yang hendak dimasak.

Tapi yang bestnya masak sambal ni.. ianya tahan lama. Tak mudah basi. Malam-malam panaskan, keesokannya boleh makan lagi. So.. you can look the recipe at HERE.

Segmen Blog Hasrul Hassan
KLIK BANNER UNTUK JOIN

You May Also Like

4 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p