nak apply Pensyarah PTFT Matematik UiTM Shah Alam tapi.... - sayidahnapisahdotcom nak apply Pensyarah PTFT Matematik UiTM Shah Alam tapi....
LightBlog

nak apply Pensyarah PTFT Matematik UiTM Shah Alam tapi....

nak apply Pensyarah PTFT Matematik UiTM Shah Alam tapi.... | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaa~! Rindunyaa kat blog! Beberapa hari dah kena tinggal hahaha ciannn dia. Takpe takpe, mood blogging dah masuk merasuk balik ke dalam diri ini haha. So.. Alkisah pda minggu lepas, pensyarah matematik Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) saya, Puan Rosmawarni berbaik hati share tentang permohonan pensyarah ptft matematik UiTM Shah Alam di status Facebook saya:


TAWARAN PENSYARAH PTFT MATEMATIK DI UITM SHAH ALAM

Assalamualaikum semua kakak-kakak, kawan-kawan dan adik-adik...

Pusat Pengajian Matematik, UiTM Shah Alam sedang mencari Pensyarah Matematik PTFT, dengan kelayakan Masters Math (Degree Math CGPA 3.0 ke atas) bagi mengisi 13 kekosongan untuk Sem September 19 - Januari 20 2019.

Sesiapa yang ada anak-anak, menantu, saudara mara yang ingin memohon, silalah kemukakan dokumen di bawah:
1. Borang permohonan PTFT (boleh dapatkan secara online. search kat Google 'borang ptft uitm' atau just taip 'borang ptft'. nanti akan keluar. klik. and automatik download.) 
2. Resume
3. Salinan academic transkrip
4. Salinan IC (identification card = kad pengenalan)

Hantar kepada:
Sumarni Abu Bakar (Dr.)
Koordinator Matematik Servicing
Pusat Pengajian Matematik,
UiTM Shah Alam,
40450 Shah Alam, Selangor

ATAU

Boleh juga e-mailkan kepada sumarni@tmsk.uitm.edu.my

sebelum 31 Julai 2019.
apply pensyarah ptft matematik uitm
nak apply pensyarah ptft matematik uitm shah alam tapi........ | GAMBAR SEKADAR HIASAN
Sebenar-benarnya, selama ni saya tak tahu pun ada kewujuduan pensyarah PTFT dalam dunia ni hahaha. Mula-mula dengar "PTFT".. aik mende tu?
Lecturer apakah itu?
Pensyarah istimewa ke?
Apa skop kerja nya?
Apa beza pensyarah ptft dengan pensyarah tetap?
Atau sama saja kah?

Saya pun search kat Google. Yela kan.. malu bertanya sesat jalan. So, kita tanya google lah haha.

And yezzah I got it!

Saya jumpa satu entri yang paling menjawab soalan saya; berkaitan dengan jenis jenis pensyarah UiTM. Dalam tu, baru saya tahu apa itu pensyarah PTFT. Tapi entri tu dah lama. Published on 2014.

So, kalau ada maklumat yang 'berbeza' (dari segi gaji, elaun, bonus dan slip gaji) berbanding tahun terkini 2019 ni, maafkan ye.

And if ada salah, tolong betulkan!

JENIS-JENIS PENSYARAH UITM

Pensyarah UiTM sebenarnya terdiri daripada beberapa jenis atau kelas. Ini bergantung kepada tawaran yang dibuat oleh universiti. Kampus utama UiTM terletak di Shah Alam dan kampus-kampus cawangan boleh didapati di kesemua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dalam sebuah negeri, bilangan kampus cawangan mungkin dua atau tiga atau lebih.

Terdapat TIGA jenis pensyarah di UiTM:

1. PENSYARAH TETAP

Pensyarah tetap adalah pensyarah-pensyarah yang telah disahkan jawatan di dalam UiTM.

Rata-rata pensyarah UiTM adalah berkelulusan sarjana. Walaubagaimanapun, mungkin masih ada lagi pensyarah yang berkelulusan ijazah (ambilan lama) yang sedang berkhidmat. Mereka menikmati gaji asas ( ~ RM2000), elaun-elaun, kemudahan kesihatan dan sebagainya. Rata-rata daripada mereka adalah berpendapatan ~ RM 5000 - RM 6000 sebulan selepas ditambah kenaikan elaun tahunan.

Dari segi umur pula, rata-rata adalah di awal 30-an ke 40-an.

2. PENSYARAH KONTRAK

Pensyarah kontrak mungkin terdiri daripada dua kumpulan kecil sama ada daripada pemegang biasiswa Tenaga Pensyarah Muda (TPM) UiTM atau pun daripada pensyarah yang telah lama berkhidmat dan dilantik ke jawatan kontrak.

Bagi TPM, pensyarah kontrak yang dimaksudkan disini adalah tempoh percubaan sebelum disahkan jawatan ke tetap. Buat masa sekarang kelayakan minimum untuk menjadi pensyarah kontrak adalah sarjana (master). Apabila tempoh belajar telah tamat, TPM akan dipanggil untuk mengajar walaupun TPM tersebut masih belum menamatkan pengajiannya.

Sebenarnya, masih ramai pensyarah UiTM yang telah berkhidmat, tetapi belum menghabiskan pengajian dalam bidang master. Mereka bernasib baik kerana dibayar mungkin berdasarkan kelayakan degree dan elaun-elaun yang sepatutnya dinikmati oleh staf-staf yang lain.

Gaji permulaan termasuk elaun bagi TPM yang mendaftarkan diri adalah ~ RM 4300 (dengan kelayakan master).

3. PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT)

Di sesetengah tempat, ianya juga dikenali sebagai pensyarah pakej.

Setiap tahun, berlaku pertambahan bilangan pelajar ke UiTM disebabkan dasar-dasar politik yang ditetapkan. Kewujudan UiTM juga banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor politik. Dari satu sudut, kewujudan UiTM ini perlu untuk memajukan golongan bumiputera dan masyarakat kampung.

Walaubagaimanapun, ianya juga menimbulkan kesan negatif yang memerlukan perhatian serius ahli akademik dan ahli politik.

Pertamanya, bilangan pelajar yang diambil tidak bersesuaian dengan nisbah bilangan pelajar. Dengan kata lain bilangan pelajarnya lebih ramai daripada bilangan pensyarah tetap.

Keduanya, kewujudan UiTM perlulah selaras dan seiring dengan kemudahan infrastukturnya. Dengan kata lain, bilangan pelajarnya sesuai dengan infrastruktur. Inilah yang menyebabkan UiTM perlu menggaji pensyarah-pensyarah untuk menampung kekurangan pensyarah yang mungkin juga serius bagi sesetengah bidang.

Mungkin inilah idea asal kewujudan pensyarah PTFT dimana mereka hanya diperlukan sementara menunggu kepulangan TPM dan kontrak mereka adalah mengikut semester.

Perlu diingatkan juga, pensyarah PTFT tidak mempunyai sebarang gred malah tidak mempunyai slip gaji. Slip gaji /cetakan gaji bulanan hanya akan dibuat apabila diminta kepada bendahari. Gaji pensyarah PTFT ini adalah dibayar oleh UiTM.

Berbeza dengan pensyarah tetap/kontrak, gaji mereka dibayar oleh kerajaan Malaysia. Sekiranya kerajaan mengumumkan bonus, bonus ini hanya dinikmati oleh staf tetap/kontrak sahaja. Oleh kerana UiTM adalah badan berkanun, mereka memilih untuk tidak membayar bonus kepada PTFT.

Sebenarnya, PTFT hanya mendapat gaji asas semata-mata. Sekiranya kelulusan seseorang ptft adalah ijazah sarjana muda, maka ia dibayar RM1800 sebulan. Gaji ini akan ditolak dengan EPF, dan seseorang PTFT hanya akan mendapat gaji bersih RM1600.

Manakala bagi PTFT yang memohon dengan kelayakan sarjana (master) ia akan dibayar sebanyak RM2300 sebulan. Apabila ditolak EPF, gaji bersih adalah sebanyak ~ RM2000 sahaja.

Mereka tidak mendapat apa-apa keistimewaan atau apa-apa elaun.

Sekiranya mereka sakit disebabkan penat mengajar (deman, dan lain lain), mereka tidak boleh menuntut daripada UiTM dan kos perubatan ditanggung sendiri.

Dari segi bebanan kerja adalah hampir sama dengan pensyarah tetap. Walaupun banyak kekurangan pada PTFT, mereka terpaksa terima kerana kebanyakkan mereka memerlukan pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Berikut merupakan ringkasan perbandingan antara pensyarah tetap, kontrak dan PTFT:
apply pensyarah ptft matematik uitm
apply pensyarah ptft matematik uitm

Back to the main topic..

Asalnya.. bila saya baca tentang tawaran permohonan Pensyarah Matematik Sambilan tersebut, I was soooo excited! Sebab wow saya boleh jadi lecturer  maths walaupun hanya ada degree in Mathematics sahaja! Yeay yeayy.

Bila tengok syarat kelayakan pun, inshaaAllah saya ada peluang yang cerah untuk diterima kerana CGPA saya above 3.6. 

Tapi bila difikirkan balik.. rasa macam ermm teragak-agak pula. nak mohon ke tidak.

Kenapa saya ragu ragu untuk apply?

Sebab utama.. gaji basic pensyarah PTFT untuk ijazah adalah lebih kurang RM1,800 kan? Takde elaun, takde dapat bonus. And then, bila saya kira kira duit pendapatan hasil kelas tusyen Maths saya pada bulan ini.. (anggaran) nak dekat RM1.8K juga. So, bila saya compare, hmm nak dekat sama je gaji yang akan saya dapat.

Yes yes yes I know.. pengalaman yang diperoleh nanti lebih penting dan lebih bermakna. Yess den tahuu. Sabar sabar. Jangan kecam dulu hahaha.

Actually saya bukan consider setakat gaji sahaja, tapi from every aspect. Jarak yang jauh dari Seremban (tempat tinggal saya) dan Shah Alam. Nanti nak kena cari rumah sewa lagi, transport nak pergi ke tempat kerja lagi.. semuanya tu nak kena keluarkan wang juga.

Lagipun, saya tak rasa umi dan abi akan 'lepas'kan saya sorang sorang ke sana. Mestilah mereka risau kan. Dan tak mustahil kalau mereka pun nak ikut sekali saya ke sana haha. Honestly, saya langsung tak kisah kalau mereka nak follow tapi.. saya fikir itu akan menyusahkan mereka. buat apa nak susah-susahkan orang tua kita kan?

So takpelah. Saya decide untuk tidak memohon. 

Saya stay on this position je lah haha.
apply pensyarah ptft matematik uitm
TUTOR MATEMATIK & ADDMATH (MATEMATIK TAMBAHAN) Seremban
For those yang berminat nak apply, dialu-alukan. Tarikh tutup 31 Julai 2019.

Sebar-sebarkan pada lain lain yang berkelayakan!

PANDUAN CARA MOHON PENSYARAH PTFT di UiTM

(dari Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM)
apply pensyarah ptft matematik uitm
cara apply pensyarah ptft matematik uitm
https://hea.uitm.edu.my/v3/images/downloads/info_graph/Panduan_mohon_ptft.jpg

Itu sahaja!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

7 Comments

  1. apa pun.. semoga berjaya KC!

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. Macam better kalau Sayidah teruskan dengan kelas tuisyen. Kalau nak mohon kerja, lebih baik mohon sebagai staf tetap sebab banyak keistimewaan dan elaun berbanding staf separuh masa. Apa-apapun semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

    ReplyDelete
  3. Masih ada banyak lagi peluang lain, mungkin sambung master ke... :)

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang menarik..apapun, semoga berjaya juga kepada kak sayidah chaiyokk~~

    ReplyDelete
  5. Kerja kita sama KC :) Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi luas sangat.

    ReplyDelete
  6. Untuk makluman, sekarang gaji staff ptft telah bertambah dari 2.3k ke 2.8k. Kriteria lain masih sama. I think the worst part of working as ptft is your contract is until semester ends. After that u kena cari kerja lain dalam 2 bulan sebelum apply ptft semula.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p