Sultan Kelantan, Rihana Oksana cerai talak 3. Apa maksud TALAK TIGA? - sayidahnapisahdotcom Sultan Kelantan, Rihana Oksana cerai talak 3. Apa maksud TALAK TIGA?
LightBlog

Sultan Kelantan, Rihana Oksana cerai talak 3. Apa maksud TALAK TIGA?

Teka-teki mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan wanita Rusia; model yang pernah dinobatkan sebagai Ratu Moscow (2015), Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab! Menerusi kenyataan terkini, peguam Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 lalu.
sultan kelantan rihana oksana talak 3
sultan kelantan rihana oksana bercerai talak 3 | image: Astro Awani
Menurut Tien Hua, firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura itu sudah menghantar surat cerai talak tiga terbabit kepada pihak peguam Oksana.

Sijil perceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Oksana, 26 tahun, bertarikh 22 Jun di Singapura sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

"Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002,” kata Tien Hua.
sultan kelantan rihana oksana cerai
sultan kelantan rihana oksana cerai talak 3
Terdahulu, khabar angin mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu kecoh di laman sosial selepas timbul dakwaan pasangan yang berkahwin kira-kira setahun lalu itu telah bercerai talak tiga.

Pada 22 Mei lalu, Sultan Muhammad V dan Oksana selamat dikurniakan putera sulung diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.


Sultan Kelantan, Rihana Oksana talak 3. Apa maksud TALAK TIGA?

TALAK 3 (talak Ba'in Kubra)

- Jika suami menjatuhkan talak tiga kepada isterinya, maka perempuan itu tak halal lagi baginya sebelum perempuan itu kahwin dengan lelaki lain (dalam erti kata kahwin yang sebenar mengikut syariat Islam)
sultan kelantan rihana oksana cerai
3 JENIS TALAK
Perceraian yang berlaku di mahkamah syariah khususnya bagi perceraian yang dibenarkan mahkamah lazimnya terdiri daripada perceraian secara talak, fasakh atau tebus talak.

Apabila mahkamah memerintahkan sesuatu perceraian, mahkamah juga akan menentukan tempoh idah isteri yang membolehkan suami merujuk isterinya.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan untuk rujuk bergantung kepada jenis perceraian yang berlaku.

Sekiranya perceraian secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk), maka suami berkuasa merujuk isterinya selama tempoh idah itu.

Sekiranya perceraian yang diperintahkan bukan secara talak sama ada secara fasakh atau tebus talak, maka ia tergolong dalam perceraian yang tidak boleh dirujuk talak bain.

Talak bain tidak boleh dirujuk. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu talaq bain kubra dan talak bain sughra.

Talak bain kubra adalah talak yang berlaku kepada pasangan sebanyak tiga kali iaitu suami menceraikan isterinya sebanyak tiga kali.

Pasangan itu tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya melainkan isteri menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah.

Jika ditakdirkan isteri berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal dunia, maka barulah suami pertama berhak menikahi bekas isterinya itu.

Kategori kedua adalah talak bain sughra. Ia adalah talak yang diucapkan suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh rujuk semula melainkan dengan pernikahan yang baru walaupun isterinya dalam idah.

Sebahagian daripada talak bain sughra adalah:

1. Talak yang diputuskan oleh hakam.

2. Talak melalui khulu’.

3. Talak yang difasakhkan oleh hakim.

Terdapat beberapa ayat dalam al-Quran yang menyentuh mengenai talak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Talak (yang boleh dirujuk) dua kali. Setelah itu bolehlah ia (rujuk dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik. (Surah al-Baqarah, ayat 229)

Ayat itu menyatakan perceraian (yang boleh dirujuk) itu adalah dua kali.

Selepas itu hanya boleh dirujuk lagi dengan cara yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik.

Justeru, dalam isu perceraian yang diputuskan oleh mahkamah melalui permohonan fasakh, isteri termasuk dalam kategori talak bain sughra dan tidak boleh dirujuk.

Jika pasangan suami dan isteri sudah berbincang dan bersetuju untuk kembali dalam perkahwinan, maka hendaklah berakad nikah yang baru dan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan pejabat agama Islam setiap negeri.

Penulis ialah peguam syarie

Sumber: Artikel Harian Metro; 28 Jun 2018.

Post a Comment

4 Comments

  1. OOO...betullah desas desus yang berlegar sejak awal bulan hari tu..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah talak 3. Sedih dengar :(

    Kalau lafaz berlaku di luar mahkamah, akan kena denda untuk pihak lelaki. Kena naik court dan melalui proses.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p