TOTAL PAGEVIEWS BLOG

tak boleh masuk rumah sebab buka tudung!

by - July 05, 2019
tak boleh masuk rumah sebab buka tudung! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang tak boleh masuk rumah sebab buka tudung tu? Siapa yang buka tudung ni?

Ye saya!

Iye. saya lah orang itu.

Saya lah yang buka tudung tu.

Saya lah yang tak dibenarkan masuk ke rumah sebab berani buka tudung kat luar! SOBSOBSOB.

Ye kisah benar. True story.

Tak tipu.

Tapi tu masa saya kecil dulu la. Masa saya umur 6 or 7 tahun macam tu. Kalau sekarang dah umur 26 tahun tiba tiba nak free hair, memang kena tibai dengan umi abi la jawabnya hahaha.

Oh, back to cerita tadi. Mesti ada yang pelik kenapa saya tak boleh masuk rumah hanya kerana buka tudung; padahal masih kecil lagi? Belum baligh pun lagi tapi dah kena pakai tudung?

Yeap. Saya dan kakak kakak saya memang dah dididik untuk pakai tudung dari kecil lagi. Sebelum tadika pun dah di-train pakai tudung. Kalau nak keluar, wajib pakai tudung. Cuma kalau saudara mara lelaki yang datang ke rumah, ada kelonggaran sikit la. Boleh pakai serkup sahaja.

Abi seorang yang garang, tegas dan menakutkan time dulu-dulu. Kalau orang yang first time jumpa abi mesti ingatkan abi tentera atau polis padahal tak pun. So.. Berani nak kata "tak nak pakai tudung!" kat depan abi? Berani nak lawan cakap abi?! Dalam mimpi laa hahaha. ikut jelah walau ada perasaan sedikit tak rela time tu.

Apa akibat kalau buka tudung?

Haa ni lah nak cerita ni.
tak boleh masuk rumah sebab buka tudung
pengalaman tak boleh masuk rumah sebab buka tudung | image: Google
Al-kisah~

Ada satu hari tu.. Masa saya balik dari tadika, saya rasa panas dan rimas dengan tudung. Yelah, dalam van berhimpit himpit dengan student lain, dengan aircond takde. Memang arghh so hot! So, saya pun buka la tudung. Fuh rasa lega kepala haha.

Masih kecil kan, mana nak fikir panjang kalau nak buat sesuatu dan tak boleh nak jangka apa risiko yang bakal dihadapi jika langgar 'peraturan' umi abi hahaha so, saya dengan innocent nya, biarkan je rambut bebas sehingga la sampai di blok rumah saya. Tak pakai pun tudung semula.

And then, saya naik ke rumah (tingkat 4).

Sampai depan pintu rumah, macam biasa lah. Ketuk, "assalamualaikum".

Saya tak ingat siapa yang buka sebenarnya. Umi or abi. Rasanya umi kot. Sebab tengahari mesti la abi kerja haha.

Bila umi nampak je saya tak pakai tudung dan tak sempat pun saya nak jejak ke rumah, umi suruh saya duduk luar. Tak boleh masuk.

Saya tak ingat apa perasaan saya time tu. And I felt like saya tak nangis rasanya. Saya hanya sedih dan takut sebab muka umi macam garang time tu. Tapi macam pelik kan kalau tak nangis? Hahaha. Entah. lupa.

Cuba bayangkan duduk sorang-sorang kat luar pintu rumah. Terkulat-kulat saya kat situ. Terkebil-kebil mata saya. Sebab seriously saya tak expect langsung benda tu boleh berlaku. Saya tak sangka pula yang umi akan marah sebab saya buka tudung. Yelah, kecil lagi kot? hahahaha.

Nasib baik tak lama sangat kena duk luar tu. Tak ingat lah berapa lama. Yang pasti takde lah sampai sejam. Dan masa umi kasi saya masuk, umi bagi warning supaya jangan buat lagi.

Sejak tu, saya memang trauma nak buka tudung kat luar hahaa. Tapi secara jujurnya, saya pernah lah buka tudung few times time balik dari tadika. Yelaa sebab panas sehhh dalam van! haha.

Tapiii tapiii.. untuk elakkan terkantoi dan kena denda lagi.. saya buka tudung dalam van and bila nak dekat sampai rumah, saya cepat cepat pakai tudung. hahahaha. bijak tak den? I did not know that I could thought about that 'trick'.

Kat sekolah pula.. yeap sekolah rendah saya pernah buka tudung few times - bila time hari sukan muehehehhee. Yela, nak bersukan kan, rimas lah pakai tudung. Itulah fikiran bebudak saya masa tu.

TAPI YANG MASALAHNYA saya satu sekolah dengan abang kedua saya (alang)! So, pernah sekali tu dia nampak saya buka tudung kat padang sekolah and I was like dup dap dup dap. Dalam hati doa moga alang tak bagitahu umi hahaha. And I forgot what happened after that.

Rasanya alang tak 'mengadu' kat umi kot. Sebab macam takde memori saya kena marah dengan umi time tu haha.

So sejak saya 'kantoi' dengan alang tu, saya memang tak buka tudung kat sekolah dah haha. trauma dah.

Masuk sekolah menengah and onwards takde dah la buka tudung depan orang ramai semua. Macam automatik rasa tak selesa dan malu untuk tak berhijab bila keluar rumah.

Alhamdulillah~ hasil didikan 'training' umi abi membuahkan hasil. Sampai ke besar panjang umur 26 tahun ni berhijab. Dan Alhamdulillah.. masih mengekalkan pakai tudung dengan sempurna mengikut syariat Islam - menutup dada, tidak terlalu pendek, takde sanggul besar di belakang, tidak jarang sehingga nampak leher, tidak terlalu ketat. InshaaAllah. 

Moga kita semua diberi hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna mengikut 'peraturan' yang Islam tetapkan dan istiqamah dalam melakukannya. Aamiin Ya Rabbal 'alamin.

Okay itu sahaja sedikit kisah 'tragis' saya ketika kecil hahaha.

Tapi saya tak pernah pun nak salahkan umi abi denda saya bila saya buat salah. Malah saya bersyukur kerana itulah yang mengajar saya supaya menjadi seorang 'manusia' dan seorang muslimah.

Okay itu saja.

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:





You May Also Like

10 comments

  1. tahniah untuk umi dan abi nya... untung sapa dapat anak dara dia ni

    ReplyDelete
  2. Bagus bertegas dengan anak-anak dari kecik.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Syukur dapat parent tegas camni. Zaman sekarang ni lagi mencabar. Kak Syaza ada anak perempuan sorang, hanya Allah saja tau betapa susahnya nak besarkan anak gadis ni. 🏃‍♀️

    ReplyDelete
  4. Berat dan besar tanggungjawa jadi ibu bapakan..sehinggalah nanti semua digalas oleh suami..perlu juga tetap menjaga..kanak-kanak yang belum cukup umur memang tidak wajib dan tidak tergalas hukum padanya tapi pada kak PC adalah lebih baik biasakan perkara yang baik supaya nanti mereka lebih tahu dan menghargai..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah krna boleh beristiqamah... Semoga mendapat suami soleh nanti. Aamiin..

    ReplyDelete
  6. hhahaha comel je awak. Tapi ok la tak memberontak.

    ReplyDelete
  7. well we all have our own kind of lessons kan. thank you for sharing yours.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p