INSURANS vs TAKAFUL.. apa beza takaful dan insurans? - sayidahnapisahdotcom INSURANS vs TAKAFUL.. apa beza takaful dan insurans?
LightBlog

INSURANS vs TAKAFUL.. apa beza takaful dan insurans?

INSURANS vs TAKAFUL.. apa beza takaful dan insurans? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Korang ada insurans? Saya yang kerja sendiri ni, walaupun tidak berkerja di syarikat kerajaan mahupun swasta, tapi saya ada ambil insurans Prudential BSN Takaful. Eh?

Insurans.. atau takaful saya ambil ni?

Insurans dan takaful ni benda yang sama atau berlainan?

Kalau berbeza, apa maksud insurans?

Apa pula maksud takaful?

Selama ni saya ingat dua benda 'alah' ni adalah sama. Rupanyaaaaa.....
beza takaful dan insurans
INSURANS vs TAKAFUL.. apa beza takaful dan insurans?

INSURANS vs TAKAFUL.. apa beza takaful dan insurans?

Ditulis oleh: Luthfi Suib
(Zurich Takaful Wealth Planner)


Q: Apa beza takaful dan insurans?

A: Takaful adalah tabung pertolongan, konsep bantu membantu yang patuh syariah, tak ada unsur judi riba dan maisir.

Insurans adalah satu perlindungan yang memindahkan risiko kita kepada pihak penanggung.

Itu bezanya.


Q: Insurans ada riba' ?

A: Riba dalam kontrak insurans konvensional ini dapat dilihat daripada beberapa situasi.

Pertama, premium yang dibayar ketika ini akan hanya mendapat pulangan dalam bentuk pampasan apabila berlaku musibah kepada pembeli insurans yang tidak diketahui bila waktu berlakunya.

Kedua, ia menjadi riba apabila jumlah wang yang bertukar tangan di antara pembeli insurans dan syarikat insurans berbeza.

Contoh bagi insurans hayat, nilai wang pampasan biasanya adalah lebih besar daripada premium yang dibayar oleh pemberi insurans apabila berlakunya kematian terutama di peringkat awal tempoh polisi.

Maka nilai pertukaran yang tidak sama itu merupakan riba.

Ketiga, pembeli insurans dibenarkan untuk meminjam premium yang dibayarnya. Kemudian perlu membayar semula (topup) dengan kadar faedah dikenakan.

Moga bermanfaat~!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

4 Comments

  1. BTW, nak bagi tahu juga, akk denga. AIA skrg.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Sy cuma beli takaful je sbb sudah pasti sah n halal di sisi syarak.

    ReplyDelete
  3. i used to be so confuse with these two. haha

    ReplyDelete
  4. semakin ramai dah bertukar dari insuran ke takaful kan

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p