TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Lirik Lagu Ical Mosh "Kunci" | "Semua nak pergi syurga tapi ramai...."

by - August 07, 2019
Lirik Lagu Ical Mosh - "Kunci"| Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Lagu terbaru rapper Ical Mosh "Kunci"; published on 31 Julai 2019. Best ke tidak? Dari segi muzik nya, not bad. Takdelah mantop gempak sangat. Quite catchy. Tapi dari segi lirik Kunci yang ditulis sendiri oleh Ical Mosh.. memang A+. I love the lyrics!

Walaupun kebanyakan lirik lagu Ical Mosh sebenarnya just straightforward. Tapi DEEEPPP dan 'kena' dengan situasi realiti nowadays.
lirik lagu ical mosh kunci
lirik lagu ical mosh kunci
Untuk lagu Kunci ni pula, ada some part yang straightforward, ada yang tersirat. Takyah pergi jauh, tengok tajuk sudah.


KUNCI

Adakah kunci betul betul kunci yang kita biasa guna untuk masuk rumah tu?

Atau maksud 'kunci' sebenar yang hendak disampaikan Ical Mosh adalah lain?

In my opinion, kalau based on overall lyrics, saya rasa "KUNCI" tu like.. Allah, agama Islam dan iman?

"untuk buka semua pintu besi" means.. hati kita yang hitam dan keras?

MAYBE ehehe.


Lagu Ical Mosh "Kunci" (Official Lyrics Video) prod. Sang Kakala :


Lirik Lagu Ical Mosh "KUNCI"

Kalau jalan ku teruk, ku terjatuh
Bagaimana ku hadap hari esok
Kalau parut ku nampak, tak disorok
Bagaimana ku hadap hari esok

Aku perlu kunci, kunci
Tuk aku buka semua pintu besi
Aku perlu kunci, aku perlu kunci
Semua yang terbukak ku boleh tutup rapi

Dalam gelap ku sendiri
Masa tetap berjalan
Peluang terluang hampir semua ruang
Tak sempat nak bawak pulang

Di dunia, kita leka
Kita alpa, kita lupa
Ranap runtuh semua ajaran
Janji lulus masuk pasaran

Hebat... Walau tahu tu salah
Walau tahu benda yang kau buat esok lusa tulat,
boleh datang balik bawa masalah

Tenat... Tapi ku takkan kalah
Rela mati pegang satu panji,
janji tiada lain yang rela ku sembah
Aku sumpah

Semua nak pergi syurga
tapi ramai masih takut mati
Semua nak hidup senang
tapi takut hidupnya diuji
Semua nak hidup tenang
tapi takut lalu jalan sunyi
Sesungguhnya demi masa
kita yang sedang rugi

Kalau jalan ku teruk, ku terjatuh
Bagaimana ku hadap hari esok
Kalau parut ku nampak, tak disorok
Bagaimana ku hadap hari esok

Aku perlu kunci, kunci
Tuk aku buka semua pintu besi
Aku perlu kunci, aku perlu kunci
Semua yang terbukak ku boleh tutup rapi

Ku masih dalam kerugian
Di lautan fitnah
Berenang aku tak tercapai
Lemas tak ke dasar

Suara tak keluar saat pekik
Saatku buta hanya Engkau celik
Hidupku bagai tiada lagi nyawa
Dosa menimbun tiada lagi rasa

Takkan selama macam ni
Perlu titik noktah
Jahat ku buat daripada lahir penuh buku nota

Dosa ayah dosa ibu, belum lagi ku tebus
Dosa anak dosa isteri, bagai menelan kabus
Doa selalu terputus, roh ku tak boleh tembus
Aku takut bila aku mati jasad aku tak boleh kambus

Timbangan masih kering didunia aku masih haus
Aku harus mencari dan terus mencari yang kudus

Kalau jalan ku teruk, ku terjatuh
Bagaimana ku hadap hari esok
Kalau parut ku nampak, tak disorok
Bagaimana ku hadap hari esok

Aku perlu kunci, kunci
Tuk aku buka semua pintu besi
Aku perlu kunci, aku perlu kunci
Semua yang terbukak ku boleh tutup rapi

Ical Mosh "Kunci"
Prod by Sang Kakala
Lyrics by Ical Mosh
lirik lagu ical mosh kunci
lirik lagu ical mosh kunci
My most favorite part in this song:


Semua nak pergi syurga
tapi ramai masih takut mati

Semua nak hidup senang
tapi takut hidupnya diuji

Semua nak hidup tenang
tapi takut lalu jalan sunyi

Sesungguhnya demi masa
kita yang sedang rugi
lirik lagu ical mosh kunci
lirik lagu ical mosh kunci
lirik lagu ical mosh kunci
lirik lagu ical mosh kunci
Daa~ wassalam! :)


BACA JUGA:


You May Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p