Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 pada 28 Ogos 2019 (Bantuan Sara Hidup) - sayidahnapisahdotcom Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 pada 28 Ogos 2019 (Bantuan Sara Hidup)
LightBlog

Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 pada 28 Ogos 2019 (Bantuan Sara Hidup)

Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 pada 28 Ogos 2019 (Bantuan Sara Hidup) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung Ogos. Pejam celik pejam celik.. eh! Bantuan Sara Hidup (BSH) dah sampai ke fasa tiga! Okay.. saya tak excited pun sebenarnya hahahaha sebab saya tak dapat pun duit BSH fasa 3 tu. Masih bujang kennnn.

Tapi.. just for your information, untuk sesiapa yang dapat bsh tahun 2019.. pembayaran fasa ketiga akan mula dibahagikan pada 28 Ogos 2019. Iaitu pada hari ini!

Yeapp.. TODAYYY!

So.. Dah dapat ke belum?

Duit dah masuk akaun bank ke belum?


PEMBAYARAN FASA KETIGA BANTUAN SARA HIDUP (BSH Fasa 3) 2019 MULAI 28 OGOS 2019

Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3
Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 2019 | image: Google
Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dikreditkan terus ke akaun bank dengan menggunakan maklumat akaun bank yang digunakan semasa pembayaran fasa kedua BSH 2019, mulai 28 Ogos 2019 (Rabu).

Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM1.23 bilion dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH.
Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3
Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 2019
Perincian nilai BSH 2019 yang diterima oleh isi rumah yang diluluskan mengikut pendapatan bulanannya adalah seperti berikut:

FASA 1 (Januari 2019):
RM1000 total

FASA 2 (Mei 2019):
RM750 jumlah

FASA 3 (Ogos 2019):
RM500 keseluruhan
Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3
Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3
Sejumlah RM2.85 bilion juga telah disalurkan bagi bayaran fasa pertama (Januari 2019) dan kedua (Mei 2019) BSH 2019 kepada isi rumah yang diluluskan, termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksima 4 orang anak.

Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak OKU tanpa had umur.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol
1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) pada 27 Disember 2018.
Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3
Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 28 Ogos 2019

SUMBER: Laman website BSH https://bsh.hasil.gov.my/


Pembayaran BSH fasa kedua haritu agak kecoh juga sebab ramai yang lambat dapat, yang tak dapat pun ada. Ada yang confuse masuk akaun bank si suami atau si isteri. Ada yang tak tahu nak rujuk kepada siapa.

So ingattt... Kalau nak tanya lebih lanjut, contact saja pihak BSH. Jangan tanya saya yew. Den enggak tahu. Call BSH atau email saja mereka. Details semua di atas.

Moga semuanya dipermudahkan Aamiin~

Till next time, daa~ wassalam! :)


Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p