Apa itu Visa Furada? ‘Visa Haji Arab Kuota Raja Salman’? - sayidahnapisahdotcom Apa itu Visa Furada? ‘Visa Haji Arab Kuota Raja Salman’?
LightBlog

Apa itu Visa Furada? ‘Visa Haji Arab Kuota Raja Salman’?

Apa itu Visa Furada? ‘Visa Haji Arab Kuota Raja Salman’ | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ye saya tahu. Musim haji sudah pun berlalu. The truth is.. entri VISA FURADA 'Visa Kuota Raja Salman' ni dah lama draft; time Raya Aidiladha haritu lagi. Tapi asyik tangguh, end up tak publish pun. Takkan lah den nak simpan lagi buat pekasam sampai tahun depan kan? Hahaha so saya publish jelah 'ilmu' pengetahuan tentang visa haji furada ni sekarang. Walaupun cerita ni dah tak hot tapi nak jugak share! Ehh kau tetibe emo ni kenapa Sayidah? Haahaha.

Saya share ni dengan harapan moga perkongsian ulasan berkaitan VISA FURADA 'Visa Haji Kuota Kedutaan Arab Saudi' di bawah ini dapat memberi pencerahan pada orang ramai yang masih samar samar serta dapat bantu mengelakkan bakal jemaah haji daripada ter'kena' taktik kotor para travel agency yang tidak bertanggungjawab! *emo lagi duh haha.

Mohon baca sampai habis yew. Baca, fahami, hadamkan dan kongsi pada yang lain. Sharing is caring gituhh.

Moga bermanfaat~!

Apa itu Visa Furada? ‘Visa Haji Arab Kuota Raja Salman’

visa haji furada
apa itu visa furada? visa haji kuota raja salman
Ditulis oleh: Faisal Rahim
(Amil Zakat | Web Developer)
(twitter: acaiijawe)

Masalah Jemaah Haji terkandas ni setiap tahun ada. Semuanya masalah dari Visa Furada.

Kalau korang dengar ‘Visa Kuota Raja Salman’, tak payahlah excited sangat, itu marketing Visa Furada lah.

Apa itu Visa Furada?

Visa Furada: Visa Haji yang tidak melalui Tabung Haji. Ia datang dari Kedutaan Arab Saudi.

Memang betul, ramai yang gunakan Visa Furada pergi haji setiap tahun. Tapi yang gagal pun banyak juga. Ia satu risiko.

Kadangkala bukan salah Travel Agent (TA) pun. Mereka dah bayar penginapan dan sebagainya di Makkah tapi dipermainkan orang Arab. Sampai Makkah banyak lagi benda kena bayar.

Itu belum janji pakej kelas 1, tapi dapat kelas 4. Ini kalau dapat TA tamak dan penipu.

Janji pakej RM39k. Sebelum terbang minta lagi RM10k (Visa). Kat Jeddah kena bayar SR6k Muassasah sana lagi.

Hotel jauh 4km. Sampai hotel kena tambah duit lagi. Kasihan jemaah haji tu.

Nak kata jangan pergi Haji guna Visa Furada, tak patut pula sebab ramai yang dah pergi tanpa sebarang masalah.

Tapi, semua masalah yang berlaku datang dari Visa Furada ni. Tak pernah lagi dengar masalah datang dari Visa Tabung Haji.

“Jual ‘agama' satu bisnes yang menguntungkan"

Ada banyak kes sebenarnya tahun ni:
- Ada kes yang dah sampai Airport Jeddah kena hantar balik.
- Ada kes yang kat KLIA tak lepas.
- Ada kes terkandas di Colombo.
- Ada kes yang dah masuk Makkah, tapi tak dapat pergi Arafah/Mina.

Semua Visa Furada.

Visa tu satu perkara.

Dah sampai Makkah, pihak yang uruskan haji tu iaitu Maktab/ Muassasah satu perkara lain. Kalau TA tak bayar mereka, mereka minta dari Jemaah terus. Macam border pass.

Kalau tak bayar, tak boleh masuk. Mereka pihak dilantik Saudi.

Ringkasnya,

1. Visa Furada sah. Mereka dikira jemaah haji Antarabangsa, bukan dari Tabung Haji (TH).

2. Lokasi khemah di Arafah, Mina dll semua berbeza. Ada yang duduk khemah dengan orang Negara China.

3. Target mereka orang yang nak segera tunai ibadah Haji tanpa kuota TH.

4. Risiko kerana TH tak bantu. Kena buli orang arab (visa, prosedur, muassasah dll).

5. Kalau nak pergi juga guna Visa Furada, cari organisasi yang besar. Kalau tak, jadilah kes minggu ni merayu kat sosial media bantu jemaah mereka yang terkandas.

6. Better guna Visa TH.

7. Businessman/ artis yang boleh pergi haji kerap tanpa melalui Tabung Haji (contoh Neelofa dan Zizan Razak tahun ni) memang gunakan Visa Furada ni. Dan mereka pun hadapi masalah Visa ni juga.

Doakan semoga kita semua dapat tunaikan haji tanpa sebarang masalah sblm mati, Ameen.

p/s: Oh, kalau umrah takde Visa Furada. Ia khusus untuk Haji je sebab Visanya sangat terhad.


TIPS PERGI HAJI DENGAN KUOTA TABUNG HAJI TANPA PERLU TUNGGU GILIRAN

Ditulis oleh: Ejat Ayub
(Travel Agency)

Tips untuk pergi Haji dengan Kuota Tabung Haji (TH) tanpa perlu menunggu giliran.

80% Insya Allah dapat dengan izin Allah.

Tips ini berkesan untuk mereka yang:

1. Daftar tabung haji sebelum tahun 2014
2. Dalam akaun TH ada duit paling kurang rm15k (atau bayaran haji tahun semasa)

Steps:

1. Buat rayuan dengan pihak TH untuk tunaikan haji pada tahun tersebut.
2. Cari Travel Agencies yang mendapat lesen PJH (Pengelola Jemaah Haji).
3. Sertakan surat rayuan/ surat respon dari TH tersebut kepada PJH pilihan anda.
4. Pilih Pakej yang telah ditawarkan
tips pergi haji kuota tabung haji
tips pergi haji dengan kuota th tabung haji tanpa menunggu giliran

VISA FURADA vs KUOTA HAJI

Ditulis oleh: Ustaz Ahmad Hasyimi
(Presiden WASIM
Alumni Universiti Arab Saudi Malaysia)

Terdapat usaha sebahagian pihak yang memburuk-burukan Arab Saudi berkaitan urusan visa haji terutama apabila terdapat 26 jemaah haji yang dihantar balik selepas terkandas di Jeddah.

Berikut adalah penjelasan kepada situasi berikut:

1. Pihak Arab Saudi telah pun memberikan kuota haji tahunan melalui Tabung Haji sebanyak 30,200 jemaah haji.

2. Pihak Arab Saudi juga telah meluluskan kuota tambahan untuk rakyat Malaysia sebanyak 5,000 kuota. Juga diserahkan pada Tabung Haji.

Untuk makluman Indonesia juga hanya mendapat kuota tambahan 10 ribu walaupun rakyat mereka 200 juta.

3. Pihak Tabung Haji sebagai pihak pengurusan Haji RASMI di Malaysia, telah menguruskan jemaah kuota rasmi dan kuota tambahan dengan baik bersama dengan travel yg diberi lesen haji dikenali sebagai PJH.

3. Satu lagi jenis visa ialah visa haji mujamalah. Mujamalah bermaksud budi bicara yang jumlahnya sangat TERHAD dan BUKAN satu ketetapan untuk diberikan bagi pihak yang memohon. Visa ini juga dinamakan visa FURADA.

4. Visa FURADA atau budi bicara bukan hanya untuk rakyat Malaysia malah ianya untuk semua warganegara luar yang tinggal di Malaysia dan tidak menikmati keistimewaan dari kuota rasmi dan kuota tambahan yang hanya dikhususkan untuk warganegara Malaysia.

5. Keghairahan pihak travel bukan PJH dalam mrmpromosikan Pakej Haji Furada telah menyebabkan ramai jemaah haji mendaftar haji dengan pakej ini tanpa berpandukan kepada bilangan visa FURADA dan menyebabkan bilangan jemaah melebihi jumlah visa FURADA.

6. Kebanyakan travel mengharapkan kepada janji manis pihak KETIGA yang mendakwa mereka mampu mendapatkan visa FURADA berdasarkan hubungan rapat mereka dengan pihak kedutaan.

Namun pihak KETIGA sebenarnya tidak memiliki apa-apa autoriti samada di pihak Arab Saudi mahupun pihak Tabung Haji. Mereka malah 'menjual' khidmat mereka dengan harga yang tinggi padahal pihak Arab Saudi memberikan visa secara PERCUMA.

7. Pihak kedutaan Arab Saudi telah berusaha untuk mengeluarkan visa kepada jemaah haji semampunya namun mereka terikat dengan jumlah bilangan visa mengikut kuota memandangkan jumlah jemaah haji makin bertambah terutama dari negara-negara barat yang menunjukkan jumlah mereka yang memeluk Islam bertambah saban hari.

Kesimpulannya:

1. Pihak Arab Saudi telah melakukan khidmat yang sepatutnya.

2. Rakyat Malaysia telah mendapat kuota yang sepatutnya.

3. Visa FURADA adalah mengikut budi bicara dan jumlahnya TERHAD.

4. Pakej FURADA berlebihan dalam mempromosi sehingga menawarkan pakej sebelum mengesahkan visa.

5. Wujudnya pihak KETIGA yang menjanjikan visa padahal mereka BUKAN wakil rasmi dari kedua-dua pihak berkenaan samada Kedutaan mahupun TABUNG HAJI.

6. Terdapat pula pihak yang berani memalsukan visa samada untuk mengaut keuntungan dan menipu jemaah haji.

Diharapkan penjelasan ini menjernihkan kekusutan berkaitan isu visa haji dan tidak menyalahkan pihak yang berkaitan yang telah berusaha sedaya mungkin untuk menyantuni jemaah haji dari seluruh dunia yang jumlah mereka berjuta setiap tahun.

Ustaz Ahmad Hasyimi
Presiden WASIM
Alumni Universiti Arab Saudi Malaysia
7 Zulhijjah 1440
8 Ogos 2019
visa furada vs kuota haji
visa furada vs kuota haji
visa furada vs kuota haji
visa furada vs kuota haji
visa furada vs kuota haji
visa furada vs kuota haji
Apa itu Haji Furada? - Visa Haji Kedutaan Arab Saudi

Ditulis oleh: twitter ahmanovic1

Salam. Aku nak jernihkan beberapa statement dalam thread di bawah (berkaitan kes visa furada). Aku kenal individu yang betul-betul autoriti dalam mengendalikan haji furada, yaitu paknjang aku sendiri dan group mereka.

Okay memula, apa itu Haji Furada itu sendiri?

Haji Furada adalah visa haji yang dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur secara terus kepada jemaah haji yang terpilih. Ia adalah visa khas yang tidak dikeluarkan melalui pengurusan Lembaga tabung haji itu sendiri.

Paknjang aku, hfz. taala, adalah orang yang memang autoriti dalam khidmat nasihat haji furada, sebab mereka memang duduk bawah embassy Saudi di negara kita ini

Nama dia, Pusat Perunding Haji Furada Malaysia (PPHF).
visa furada visa haji arab
visa furada visa haji arab
Jadi, haji furada ni macam mana tuan empunya thread tu katakan, dia tak melalui kouta Tabung Haji, benda ni memang ada kuota yang tersendiri, di bawah Kedutaan Saudi.

Jadi, benda ni memang mahal wallah, memang target market dia untuk orang betul-betul mampu

Sebab bila bro tu kata, pakej dia ambik 39k, bagi aku, itu tak cukup mahal lagi daripada realiti. Sungguh.

Dan visa ni bukannya kau boleh dapat daripada travel agencies, kalau dia gebang dia kata:
"saya ada orang dalam",
"in shaa allah 99% dapat",

tu semua kencing.

Dalam PPHF, memang maklum ramai ustaz dan kenalan yang duduk bekerja di bawah embassy Saudi ni antaranya:

1. Ustaz Ahmad Hasyimi
2. Ustaz Ahmad Fazrin Yahya

Semua benda kena cari sumber shahih, samalah juga dengan visa haji ni. standard harga dia lebih 50k++ tu memang confirm.

kalau dia sembang rm 20k, 30k kurang tu, tu sah-sah penipu.

"tiada haji, tanpa permit/visa"
visa furada visa haji arab
visa furada visa haji arab
Benda ni bukan salah embassy Saudi, salah orang yang menguruskan sebab tak tahu maklumat bebetul shahih daripada kedutaan.

Setahu aku, ada beberapa je, BEBERAPA je travel agencies yang co-operate dengan PPHF, dan antaranya:
visa furada visa haji arab
visa furada visa haji arab (HAJI FURADA MALAYSIA)
Memang travel agencies dia tetapkan harga, untuk pakej-pakej dia. itu bergantung dengan pihak mereka sendiri.

Tapi, depa pun kena urus dengan autoritilah, ini janji menggebang itu ini, member dah bayar last-last sangkut.

Q: "macam mana nak tahu yang travel tu bebetul dapat visa tu daripada kedutaan?"


Statement rasmi daripada CEO:

"Travel kebanyakkannya jahil bab visa. Nak juga jual pakej haji walaupun takde kapasiti besar.

Sangkut sebab travel kena scam dan percaya ulat-ulat visa yang tah mana datangnya. Yang janjikan bulan bintang".
visa furada visa haji arab
visa furada visa haji arab
Jadi kesimpulannya,

- cari agensi yang berautoriti
- buat khidmat nasihat dulu sebelum ambik pakej visa haji furada
- jangan percaya bulat-bulat cakap travel agencies
proses permohonan visa haji furada
proses permohonan visa haji furada
Boleh rujuk ustaz yang berkenaan. moga Allah berkati mereka.

Ahmad Hasyimi
ustaz visa haji furada
ustaz visa haji furada
 Ustaz Khoirul Anam
ustaz visa haji furada
ustaz visa haji furada
 Ahmad Fazrin bin Yahaya
ustaz visa haji furada
ustaz visa haji furada
 Ahmad Tajuddin Idris (tuantulis)
ustaz visa haji furada
ustaz visa haji furada

Neelofa dan Zizan pun dapatkan khidmat autoriti, apatah lagi kita kan?

Jangan lupa follow FB:
Pusat Perunding Haji Furada Malaysia
pusat perunding haji furada malaysia
pusat perunding haji furada malaysia, zizan neelofa
Last point, travel agencies, datangkan dengan pakej. okay pakej tu pakej.

Tapi dia lupa, pakej dengan visa tu lain, visa tak termasuk pakej yang dimaksudkan dalam isu haji furada ni.

"tiada haji, tanpa permit/visa", sekali lagi saya ulang.
tiada haji tanpa permit visa
tiada haji tanpa permit visa
Statement baharu CEO:

"Kena ada ilmu bagaimana proses betul visa ini berjalan, jangan hanya bergantung sepenuhnya kepada ejen yang menjanjikan bulan dan bintang"
- Ahmad Tajuddin Idris.
visa furada malaysia
visa furada malaysia
FAKTA: Kedutaan Arab Saudi tidak akan melakukan kesilapan dalam proses kelulusan visa jemaah ke Tanah Suci.

THE END.

Hahaha panjang kan penjelasannya?

Yelah kena lah details serta ambil daripada banyak sumber (orang) yang boleh dipercayai. So that lebih faham dan lebih jelas. Supaya no more mistakes like that again Aamiin.

And semua di atas of course lah bukan saya yang karang haha. Saya tak mahir bab bab visa haji bagai semua ni. Pergi haji pun belum lagi. InshaaAllah one fine day aamiin~

Harapnyaa selepas ni netizen Malaysia lebih peka dan cakna berkaitan benda penting ni. Jangan ambil mudah, jangan senang percaya dengan 'janji manis' orang dari mana ntah.

Ambil pengajaran dengan apa yang dah berlaku pada tahun ini. Ambil iktibar. Share pada yang lain lain terutamanya mereka yang merancang untuk pergi haji.

Moga tahun depan 2020 dan tahun seterusnya berkurang lah kes sedih begini. Hmmm sedihnyaa tak dapat pergi haji bila dah curahkan tenaga, effort, masa, duit bayar beribu ringgit :(

Na'uzubillahi min zalik.

Okay itu sahaja, till next time!




Post a Comment

0 Comments