TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Jangan bantu mangsa kemalangan yang pengsan dan terbaring!

by - September 27, 2019
Jangan bantu mangsa kemalangan yang pengsan dan terbaring! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haa.. jangan terkejut pula baca tajuk tu. Bukannya nak halang daripada bantu mangsa kemalangan yang pengsan atau terbaring tapi ada reason nya tersendiri. Walaupun kita ikhlas nak bantu mangsa tapi nope! Tak boleh bantu sembarangan jika tiada ilmu!

Takut nanti kita yang menjadikan mangsa lebih parah. Dan tak mustahil action kita yang suka suka alihkan mangsa kemalangan akan lead to death! Nauzubillahi min zalik~

Habistu? Takkan nak tinggal begitu saja? Nak biar mangsa terkontang kanting di tepi jalan?

Uishhh takk.

Ada cara-cara yang betul, tepat dan jitu jika nak membantu.

Saya nak ulas panjang-panjang pun tak pandai hahaha sebab tak cukup ilmu dalam bab ni.

So, jom baca satu artikel yang saya jumpa dari akhbar berkaitan pertolongan dan bantuan yang sepatutnya yang kita perlu hulurkan pada mangsa kecederaan.

Lets!


Jangan bantu mangsa kemalangan yang pengsan dan terbaring!

Jangan bantu mangsa kemalangan yang pengsan dan terbaring
Jangan bantu mangsa kemalangan yang pengsan dan terbaring
Mangsa bergelimpangan, ada yang berlumuran darah, mengerang kesakitan dan tidak sedar diri. Ini merupakan situasi  yang mungkin berlaku jika anda berhadapan dengan suasana kemalangan jalan raya.

Persoalannya, apakah yang perlu anda lakukan? Apa yang kita boleh buat untuk membantu?

Menurut kajian Institut Penyelidikan Pengangkutan, Universiti Michigan Amerika Syarikat mengkaji pada Februari 2014, Malaysia menduduki tempat ke-17 teratas dalam kadar kematian jalan raya di dunia.

Kajian ini berdasarkan data tahun 2008 daripada Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut melibatkan 193 negara yang lain.

Mengulas tentang kemalangan jalan raya, Timbalan Ketua Pegawai Kejururawatan Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Dr. S. Goventhamah menasihatkan jika anda adalah orang awam yang tidak mengetahui cara melakukan perawatan awal dan perawatan kecemasan yang betul, tak perlu bantu.

Kerana membantu tanpa ilmu boleh menyebabkan keadaan mangsa akan bertambah teruk.

"Rawatan kecemasan dapat menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan jika semua pihak yang terlibat bertindak pantas. Ini boleh dilakukan sekiranya anda melakukan beberapa langkah termasuk memberhentikan kenderaan jika anda orang pertama melihat kemalangan.

Namun, anda tidak perlu memberhentikan kenderaan dengan niat ingin membantu (selain jika anda seorang paramedik terlatih) jika anda lihat orang awam mengerumuni mangsa.

Kerana tindakan itu hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas seterunya menyukarkan ambulans untuk sampai kepada mangsa".

Bentuk Bantuan Yang Betul kepada Mangsa Kemalangan

Sebagai orang pertama yang melihat mangsa kemalangan jalan raya, anda boleh menenangkan mangsa serta ahli keluarga selain bertindak mengawal lalu lintas.

Dinasihatkan juga supaya telefon segera panggilan kecemasan 999 dan terangkan dengan terperinci setiap soalan yang ditanya agar setiap soalan yang ditanya dapat memudahkan pihak hospital dan bomba yang memberi maklum balas bersedia dengan peralatan dan pasukan yang cukup.

Pengurus Unit Perkhidmatan Kemalangan dan Kecemasan Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Balreet Kaur menasihatkan kepada netizen Malaysia..

1. Jika mangsa mampu bergerak tetapi dalam keadaan lemah, bantu mangsa dan alihkannya di tepi jalan atau tempat yang lebih selamat.

Kemudian, alihkan serpihan-serpihan bekas kemalangan yang mungkin berbahaya dan boleh memudaratkan.

2. Jika mangsa tidak sedarkan diri, cuba kejut pesakit dengan menepuk kedua bahu pesakit.

Jangan sesekali cuba mengalihkan pesakit kerana ia mungkin akan menambahkan komplikasi kepada mangsa seperti kepatahan tulang cervical (leher).

[TIPS] Cara Mudah Tahu Keadaan Mangsa Kemalangan Tanpa Perlu Pegang

Sekiranya anda tiada kemahiran paramedik, jangan bantu mangsa yang pengsan dan terbaring. Anda mungkin menambahkan lagi kecederaan mereka.

Jika mangsa masih sedar, bercakap dengan mangsa untuk pastikan dia tidak pengsan. Cuba bertanya cara untuk menghubungi warisnya.

Anda boleh juga membantu memberitahu keadaan mangsa dengan cara kaedah AVPU:

Alert - sedar sepenuhnya
Verbal - sedar bila dikejutkan denan percakapan kuat
Painful - sakit bila bergerak
Unresponsive - tidak sedarkan diri

Untuk mengetahui tahap pernafasan mangsa, anda boleh guna teknik look, listen and feel.

Look - lihat dada mangsa sama ada bergerak naik dan turun atau tidak
Listen - dengar pernafasan mangsa menggunakan telinga
Feel - rasa pernafasan mangsa dengan meletakkan pipi berhampiran mulut mangsa

Kesemua ini adalah cara mudah dan ringkas untuk mengetahui keadaan mangsa tanpa perlu memegang mereka.

Jangan berbuat sesuatu yang anda tidak pasti kerana anda mungkin menambahkan tahap kecederaan mangsa.

Jika pasukan perubatan telah tiba, berikan laluan dan biarkan pasukan perubatan melakukan proses menyelamat.

Langkah Selanjutnya di Unit Kemalangan dan Kecemasan

Semasa dalam perjalanan menggunakan ambulans, mangsa sudah dikategorikan mengikut tahap kecederaan yang dialami:

Gelang merah - mangsa yang memakai gelang merah akan dibawa ke bilik rawatan segera dan diutamakan kerana mangsa mengalami kecederaan kritikal. mereka yang tidak sedarkan diri dan serius akan dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Gelang kuning - mangsa yang cedera separa kritikal dan kebanyakan mereka berada dalam keadaan sedar.

Gelang hijau - mangsa yang mengalami kecederaan ringan dan akan diberi rawatan lanjut di wad biasa.

Gelang hitam - digunakan untuk mangsa yang telah disahkan mati di tempat kejadian.


Sumber: Mingguan Malaysia 1 September 2019 (segmen Kesihatan)

Moga bermanfaat~!

Till next time, daa~ wassalam! :)




You May Also Like

5 comments

  1. betul tak digalakkan sentuh mangsa. tapi orang malaysia biasanya sekarang ni duk tolong amik gambar je.

    ReplyDelete
  2. Penulisan yg sangat membantu! Betul kalau jmpa kemalangan dan orgnya tebaring jgn sesuka hati bantu alihkan kalau takdak ilmu. bahaya utk pesakit dan boleh jadi mudarat. Byk lagi cara boleh bantu

    ReplyDelete
  3. Yang suka tengok accident tu punca nak marah sebab jam teruk. Belum pernah lagi jadi yang pertama sampai kat tempat kemalangan tapi hopefully tips ni membantu

    ReplyDelete
  4. Baru pagi tadi nampak eksiden. Memang jarang berhenti sebab kekangan anak2 dan seorang perempuan pula tu. Memang tak berani nak turun. Lagi pula takde ilmu.
    Terima kasih atas perkongsian. Mohon rakyat Malaysia akan terus alert dan bukan sekadar mengambil gambar.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p