Kenapa lelaki tidak subur? - sayidahnapisahdotcom Kenapa lelaki tidak subur?
LightBlog

Kenapa lelaki tidak subur?

Kenapa lelaki tidak subur? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Amboi amboiii Sayidah. Ni malam malam cerita pasal masalah lelaki tak subur ni pehal? Dah lah belum kahwin, tetibe nak masuk cerita pasal masalah ehem ehem dalam umahtangga ni apakehe yeob? Hahaha.

Jangan salah fahammm..

Pagi tadi saya nak potong bawang. Nak ambil surat khabar untuk alas. Then terrrbaca tajuk kecil kat belakang paper Mingguan "kenapa lelaki tidak subur?".

Saya bukan lah pervert, tetapi tertarik juga la nak baca muahaha!

Bukan apa, motif utama saya dengan rela hatinya membaca artikel berkaitan permasalahan 'dalaman' lelaki tersebut adalah untuk menambah ilmu pengetahuan + nak share di blog.

Mana tahu.. Kot kot ada para jejaka di luar sana yang mengalami nasib yang sama kan? mana lah tahu kot kot ada si isteri yang mempunyai suami bermasalah sebegitu rupa?

Haa.. Thats why saya kongsikan di sini supaya yang lain dapat juga jawapannya.

*okay done backup diri sendiri kihkih.

Kenapa lelaki tidak subur?

kenapa lelaki tidak subur
kenapa lelaki tidak subur?

Tajuk: Mengapa lelaki tidak subur?

[Sumber: Mingguan Malaysia 1 September 2019]

Soalan:

Saya berumur 24 tahun dan berkahwin sebulan lalu. Suami yang berusia 35 tahun mengalami masalah kekurangan air mani. Mungkinkah ia menyebabkan saya tidak hamil?

Untuk makluman doktor, kitaran haid saya normal setiap bulan. Suami saya juga mengalami sakit kaki, terutama ketika cuaca sejuk.

Adakah ia mempengaruhi air mani suami dan apakah cara untuk mengubati penyakitnya?

- Siti, Sarawak.

Jawapan:

Dalam kebanyakan kes infertiliti atau kesuburan dalam kalangan lelaki, puncanya adalah kurang jelas.

Bagaimanapun punca utamanya mungkin disebabkan testis yang tidak normal.

Masalah testis tidak normal berlaku apabila testis tidak turun ke skrotum (walaupun telah menjalani pembedahan) dan jangkitan beguk juga merupakan punca utama infertiliti.

Punca lain adalah seperti duktul yang tersumbat, masalah kalenjar aksesori yang menghasilkan cairan seminal, gangguan hormon, teknik hubungan seks yang kurang berkesan dan faktor psikologi.

Punca lain yang dikenal pasti adalah seperti proses inflamasi yang berlaku daripada jangkitan atau kecederaan pada testis. Pengembangan vena varikosel (varicose) dalam skrotum boleh mengurangkan bilangan dan motiliti sperma.

Selain itu sesetengah bahan kimia dan ubat boleh mengakibatkan kegagalan fungsi testis. Keadaan ini biasanya terjadi selepas penggunaan ubat yang dipanggil sitotoksik (cytotoxics) untuk rawatan kanser, terutamanya kanser darah atau kanser kalenjar testis.

Hubungan seks yang tidak normal berlaku apabila penetrasi yang kurang berjaya, lelaki yang mati pucuk atau disfungsi ereksi serta bukaan zakar yang tidak berada di hujung.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, masalah kawalan otot pada bahagian bawah zakar menyebabkan air mani diejakulasi ke dalam pundi kencing atau dikenali juga sebagai retrograde ejaculation.

Masalah psikologi, masalah kesihatan atau stress juga menganggu penghasilan air mani.
kenapa lelaki tidak subur
kenapa lelaki tidak subur?
Gangguan emosi boleh merencatkan penghasilan hormon dan pengaliran darah ke testis.

Bagi lelaki yang subur, terdapat sekurang-kurangnya 50% sperma yang mampu bergerak aktif.

Semasa analisis air mani dijalankan, sperma yang bergerak dalam garisan lurus diperhatikan. Sekurang-kurangnya 25% sperma akan bergerak secara progresif.

Aspek lain yang dilihat ialah rupa bentuk atau morfologi sperma. Apabila dilihat di bawah mikroskop, sperma manusia yang normal mempunyai kepala yang bujur dan ekor.

Ada juga sperma yang mempunyai kepala, saiz dan ekor yang abnormal.

Akan tetapi, sperma yang normal hendaklah merangkumi sebanyak 30% daripada keseluruhan sperma.

Jika peratusan sperma yang abnormal melebihi 75%, kualiti kesuburan akan merosot.

Mengenai sakit tumit ketika cuaca sejuk, suami puan perlu bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan tapak kakinya.

Daripada pemeriksaan itu, doktor boleh tahu jika struktur tumit dan tapak kakinya normal atau tidak.

Masalah ini tiada kaitan dengan masalah kurang air mani.

Anda berdua perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan dan dengan itu perawatan sebenar dapat diberikan.

- Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain
(Pakar Obstetrik & Ginekologi,
Pusat Pengajian Sains Perubatan
Universiti Sains Malaysia, USM,
Kubang Kerian, Kelantan)

"Wanita Malaysia sudah tidak subur"
vs
"Lelaki Malaysia makin tidak subur"
lelaki malaysia makin tidak subur
kenapa lelaki tidak subur?
"Kualiti sperma lelaki menurun disebabkan oleh tekanan kerja, obesiti, gaya hidup dan hubungan kelamin yang tidak sihat"



"Masalah kesuburan perlu diatasi bersama (suami isteri) dan mendapatkan rawatan daripada doktor"
- Doktor Pakar.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

3 Comments

  1. Menjaga kesihatan sebaik-baiknya itu usaha. Selebihnya itu percaturan daripada Allah SWT. Redha. Tawakkal. Doa. Bersangka baik dengan-Nya. Aamiin. Terima kasih perkongsiannya ya.

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. done follow sini #1332

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p