TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Soalan Percubaan Matematik UPSR 2019 + Tips Skor Math UPSR

by - September 05, 2019
Soalan Percubaan Matematik UPSR 2019 + Tips Skor Math UPSR | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Semalam bermulalah Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2019! Fuhh. Walaupun bukan calon UPSR, nervous juga le haha. Sebab saya ada 3 student UPSR under kelas tusyen (personal tutor) saya. Tapi belum maksima nervous lagi sebab tarikh kertas peperiksaan Matematik UPSR 2019 adalah pada 10 September 2019. Selasa depan. Lambat lagi hahaha. Ada masa lagi untuk buat lagi sekali soalan percubaan matematik UPSR ni (tanpa tengok jawapan) yezzah!

Chaiyok chaiyokkk! Masih belum terlambat lagi untuk bangkit menggapai impian! Cewahh.

Kena buat soalan latihan as much as possible before exam. InshaaAllah boleh skor! Aamiin~


Soalan Percubaan Matematik UPSR 2019 Kertas 1 & 2 + Skema Jawapan

soalan percubaan matematik upsr 2019
soalan percubaan matematik upsr 2019
Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR Matematik K1: link

Skema Jawapan Matematik K1: link

Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR Matematik K2: link

Skema Jawapan Pemerkahan Matematik K2: link
tips matematik upsr
soalan percubaan matematik upsr 2019

8 Tips Skor Lulus/Cemerlang Matematik UPSR dari 'ticer' Sayidah


1. Macam mana nak tahu dah bersedia ke belum nak jawab soalan kertas peperiksaan UPSR matematik?

Senang je. Random pick soalan kat buku atau di internet (soalan kertas peperiksaan) and then jawab. Boleh ke tidak jawab on the spot?

Kalau boleh jawab dengan yakin, tepat dan betul.. it means you are readyy!

2. Apa yang nak kena tahu topik/bab matematik tahun 1 - 6?

Kalau nak diikutkan, BANYAK sebenarnya hahaha. Tapi yang bestnya, ada je bab yang sama dari darjah 1 hingga lah darjah 6. Ada juga lah yang lain.

Secara keseluruhan dan secara ringkasnya, saya senaraikan TOPIK yang adik adik perlu kuasai.

Yang penting, kalau tak boleh kuasai semua, jangan tinggal semua! FOKUS topik yang awak rasa cepat faham dan boleh skor full marks.

- Benda basic: operasi TAMBAH, TOLAK, DARAB, BAHAGI.

- Tahu cara mudah darab atau bahagi 10, 100, 1000: gerak ke kanan kalau darab, gerak ke kiri kalau bahagi. satu sifar gerak sekali. dua sifar gerak 2 kali. tiga sifar gerak 3 kali.

- Sila hafal SIFIR! belum hafal sifir? hafal RIGHT NOW! *acah garang

- Bundar

- Cerakin: cerakinkan mengikut nilai digit, nilai tempat

- Bina nombor terkecil, nombor terbesar: ingat yeee! Kalau bina nombor terkecil, tak boleh letak sifar (0) di depan sekali. kena letak tempat kedua.

- Nombor bulat, nombor genap, nombor ganjil, nombor perdana

- Anu (unknown): tambah, tolak, darab, bahagi

- Operasi bergabung: 'level' paling tinggi kurungan (bracket), kemudian operasi bahagi dan darab, and lastly, operasi tambah dan tolak.

- Pecahan: tambah, tolak, darab, bahagi, pecahan wajar, pecahan tak wajar, nombor bercampur, permudahkan (kecilkan), tahu cara 'baca' rajah pecahan macam mana, kalau soalan tanya baki melibatkan pecahan kena tahu macam mana nak selesaikan

- Perpuluhan: tambah, tolak, darab, bahagi, tahu macam mana cara nak tukar dari pecahan ke perpuluhan, dari perpuluhan ke pecahan

- Peratus: % maksudnya perseratus (? / 100), permudahkan (kecilkan) pecahan peratus, cara kira peratus

- Wang: RM1 = 10 sen, tambah, tolak, darab, bahagi

- Masa: sistem 24 jam, 12 jam, tambah, tolak, darab, bahagi

- Jarak: tambah, tolak, darab, bahagi

- Jisim: tambah, tolak, darab, bahagi

- Panjang: tambah, tolak, darab, bahagi

- PERTUKARAN UNIT! Soalan wajib UPSR.

Cara senang ingat.. kenalpasti dulu apa kaitan 'dorang' tu, baru fikir nak kena darab atau bahagi untuk tukar unit tu.

1 kg = 1000 g (ni maksudnya: kilogram nak tukar ke gram kena x1000. gram ke kilogram kena bahagi 1000. same teknik with all below)

1 liter = 1000 ml
1 km = 1000 m
1 m = 100 cm
1 cm = 10 mm
1 bulan = 28/ 29/ 30/ 31 hari (hafal setiap bulan ada berapa hari!)
1 minggu = 7 hari
1 hari = 24 jam (hari nak tukar ke jam kena darab 24. jam tukar ke hari bahagi 24)
1 jam = 60 minit
1 minit = 60 saat
1 jam = 3600 saat
1 dekad = 10 tahun
1 abad = 100 tahun
1 alaf = 1000 tahun
.
.
.. dan sebagainya.

- Perimeter, luas, isipadu

- Kubus, kuboid, segi empat tepat, segi empat sama, segitiga sama kaki, segi tiga sama sisi: tahu ciri-ciri, ingat formula semua

- Sudut, garis selari, garis serenjang

- Nisbah

- Kebarangkalian

- Statistik: carta bar, carta palang, carta pai (total 360 darjah), min, mod, median

- Koordinat (kedudukan)

- Penyelesaian masalah: tahu cara nak jawab the most famous solving problem question in the world contohnya 1 biji RM5, 2 biji berapa ringgit?. contoh lain kalau 2 biji RM10, 8 biji RM ?

Sila belajar cara nak jawab 'jenis' soalan basic penyelesaian masalah seperti di atas ini.

3. Ada soalan tertentu ke yang perlu ditekankan?

Bak saya kata tadi.. kalau tak boleh kuasai semua, jangan tinggal semua!

FOKUS topik, soalan yang awak rasa cepat faham dan boleh skor full marks.

4. Macam mana nak tackle soalan KBAT (penyelesaian masalah kemahiran berfikir aras tinggi)?

Keyword (kata kunci) - kena tahu apa maksudnya, antaranya:

lebih daripada = maksudnya tambah
kurang daripada = tolak
daripada = darab
beza = tolak
agih = bahagi
berapa lebihnya = tolak
berapa kurangnya = tolak

Banyak buat latihan penyelesaian masalah. Kekadang sama je jenis soalan dia.

5. Cara mudah jawab soalan math UPSR?

Banyakkan latihan, buat latihan many many, jawab soalan peperiksaan UPSR yang lepas lepas, jawab soalan past year dari pelbagai negeri.

Kesimpulannya, buat BANYAK soalan latihan hahaha. Well, practice make perfect. InshaaAllah~!

6. Kalau tak tahu nak jawab latihan matematik macam mana?

- tengok jawapan belakang (thats why.. for those yang suka 'belajar sendiri', lebih baik beli buku yang ada skema jawapan fully worked solution)
- tanya cikgu sekolah, kawan, family atau your own personal tutor.

7. Ada teknik special ke untuk skor markah paper math?

Hmmm takde istimewanya kot hahaha. Tahu formula, hafal sifir, tahu cara nak buat semua, banyak buat soalan latihan, minta restu doa ibu ayah cikgu-cikgu, doa.

Oh lagi satu!

Ajar kawan-kawan yang tak tahu. Yang kureng mengerti dari kita.

Kelebihannya? Akan jadi lebih faham dan lebih ingat. Selain tu, dapat pahala hehehe. Ilmu yang kita share tu pun berkat inshaaAllah.

Mana tahu, hasil kita ngajar kawan-kawan tu akan membantu kita mudah jawab exam. Aamiin.

8. Nasihat, tips lain, dorongan atau galakan untuk pelajar calon UPSR dan juga yang bakal menghadapi UPSR?

Dari sekolah dulu hingga ke Universiti, salah satu 'benda' yang saya pegang... kalau jumpa soalan susah gilosss, tinggalkan. Tak kisah lah subjek apa pun.

Tapi jangan lah tinggalkan forever and ever pula ye hahaha. Tinggalkan sebentar. Teruskan buat soalan lain. Then, bila dah siappp semua, dah sampai ke penghujung, kembali lah ke soalan yang ditinggalkan tadi tu.

Kalau nak list nasihat semua memang banyak haha.

Yang penting.. minta restu dan doa ibu ayah, minta maaf dengan cikgu. biar berkat ilmu tu.

Masa nak jawab tu, baca doa, selawat. Fokus. Do your best!

NEVER GIVE UP! Usaha sungguh-sungguh. Tinggal sikit je lagi masa yang tinggal. Jangan sia sia kan. Selagi tak habis periksa, pulunnn. Jangan putus asa!

Selebihnya, serah pada Allah. Tawakkal dan doa mohon result yang terbaik.
tips skor matematik upsr
personal tutor, kelas tusyen matematik & addmath di Seremban
tusyen matematik
(PRIVATE TUTOR) KELAS TUSYEN MATEMATIK, MATEMATIK TAMBAHAN DI SEREMBAN. Berminat? whatsapp 0172008642
Okayy, saya syok membebel dari tadi tak tahu lah adik adik UPSR baca ke tidak hahahaha.

Itu sahaja.. Moga bermanfaat~!

Mana yang saya tertinggal, terlepas pandang, habaq mai na. Saya akan add it up.

Till next time, daa~ wassalam! :)


You May Also Like

4 comments

  1. Mudah2an memberi manfaat kepada calon2 UPSR

    ReplyDelete
  2. adik2 semua dah besar, ray sndiri pun dah tak amik tahu hhahhaha

    ReplyDelete
  3. Selamat menghadapi peperiksaan adik2 UPSR.. ain dah takde adik2 atau sepupu2 yg UPSR. kalau ada mesti bg tips ni dekat depa

    ReplyDelete
  4. Wowww...! bila cikgu matematik memberi tips.. bukan main panjang dan detail sekali.. :) Untung budak-budak UPSAR zaman sekarang..

    ...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p