October 2019 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Friday, October 18, 2019

October 18, 2019

ASB patuh syariah atau tidak? Apa Hukum Pelaburan ASB, ASN? - Mufti, JAKIM

ASB patuh syariah atau tidak? Apa Hukum Pelaburan ASB, ASN? - Mufti, JAKIM | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Orang lama dah tahu tapi saya tahun 2019 (berazam nak buka akaun ASB sebelum 2020 yeahhh! aamiin) baru 'sedar' tentang kepentingan melabur dalam ASB/ ASBF. Menyimpan duit dalam tabung haji atau ASB is better than simpan dalam bank. Yela kan, anak 'muda' macam saya ni mana lah nak tahu sangat pasal ASB bagai ni. Tidak diberi pendedahan cenggitu + orang lain pun tak cerita tentang kebaikan, manfaatnya. And maybeee, ada yang masih ragu ragu "ASB patuh syariah atau tidak?".

Apa hukum pelaburan ASB, ASN (ASNB) dari segi pandangan Islam?
Harus, halal atau haram?
Apa kata mufti wilayah?
Mufti negeri negeri lain?

Its okay. Saya ada jawapan bagi semuaaa persoalan itu.
Apa Hukum Pelaburan ASB ASN
ASB patuh syariah atau tidak? Apa Hukum Pelaburan ASB, ASN?
Tapi sebelum tu, moh le kita baca dulu kenapa dan mengapa wujudnya perbezaan pendapat tentang hukum ASB? Sebab ada unsur riba' kah?

Apa history di sebaliknya? Apa sejarah dulu dulu yang perlu kita faham?


MENGAPA BERBEZA PENDAPAT HUKUM ASB

Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) adalah satu bentuk pelaburan yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya Bumiputera.

ASB dikategorikan sebagai pelaburan selamat dengan dividen tahunan antara 7 hingga 9 peratus manakala ASN berisiko sederhana. Namun, isu yang sering dibincangkan ialah mengenai hukum pelaburan ASB dan ASN.

Perbezaan pendapat tentang pelaburan ASB ialah kerana PNB memegang 70% saham dalam Maybank, di mana Maybank menawarkan produk syariah dan juga konvensional. Produk konvensional Maybank mengandungi unsur riba’ dah hukumnya Haram.

Maka isu yang timbul ialah mengenai percampuran pelaburan Halal dan Haram dalam ASB (keliru hukum asb haram atau harus).

Sesuatu syarikat itu diiktiraf patuh Syariah sepenuhnya apabila pendapatannya diperoleh daripada lebih 80% sumber yang Halal. Had toleransi yang ditetapkan oleh Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk sumber Haram sekadar 20% sahaja.

Atas dasar ini, pelaburan ASB masih tidak menepati sasaran menepati syariah menurut Suruhanjaya Sekuriti.

Sumber: www.hibahharta.com
Apa Hukum Pelaburan ASB ASN
ASB patuh syariah atau tidak? Apa Hukum Pelaburan ASB, ASN?
Tapi jangan risau...

Pada tahun 2017, kesemua fatwa majlis negeri dan kebangsaan sepakat mengharuskan ASB.

Saya ada baca satu artikel ni di laman web 'Hibah Harta' berkaitan hukum pelaburan ASB dan ASN menurut pandangan JAKIM (pada tahun 2014 dahulu).

Lets!

JAKIM

FAQ JAKIM PELABURAN ASB DAN ASN

DISCLAIMER:
Q&A (Soalan & Jawapan) JAKIM di bawah ini adalah pada tahun 2014. Saya sengaja share di sini untuk kita lebih faham tentang kisah perbezaan pendapat mengenai hukum pelaburan ASB & ASN di sisi syariat Islam pada tahun dulu duluu.

BACA SEHINGGA HABIS ye :)

Soalan dan jawapan yang berikut adalah rumusan daripada brosur yang diedarkan oleh JAKIM.

Isu perbezaan pendapat seperti yang disebutkan diterangkan secara lebih terperinci.

1) Apakah perbezaan pandangan di antara Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai hukum pelaburan ASB?

> Perbezaan peranan badan autoriti: JAKIM ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja sebagai pengeluar dan penyelaras hukum dalam semua perkara melibatkan umat Islam. Suruhanjaya Sekuriti mengklasifikasikan sesuatu sekuriti itu patuh Syariah atau tidak berdasarkan garis panduannya.

> Metodologi: JAKIM mengambil kira aspek lain juga seperti kepentingan umum, keperluan dan Maqasid dan Siasah Syar’iyyah. Suruhanjaya Sekuriti menggunakan pendekatan kuantitatif dengan melihat tanda aras aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan.

2) Suruhanjaya Sekuriti menerusi suratnya bertarikh 12 Februari 2009 kepada sebuah bank tempatan memutuskan ASB dan ASN tidak mematuhi garis panduannya patuh syariahnya.

> PNB tidak pernah memohon pengesahan patuh syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti. Ini kerana PNB dan dana unit amanah ASNB telah ditubuhka lebih awal daripada Suruhanjaya Sekuriti dengan mandat daripada Kerajaan untuk mengembangkan ekonomi Bumiputera.

3) Mengapa PNB tidak memohon?

> PNB mengambil pendekatan menyeluruh dengan mengambil kira kepentingan ummah. Sehubungan itu, PNB mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

> PNB telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah untuk urusan pelaburan unit amanah seperti yang disarankan oleh JK Fatwa Kebangsaan.

4) Mengapa syarikat pengurus amanah lain mendapatkan pengesahan patuh syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti?

> Syarikat berkenaan ialah syarikat swasta yang ingin memasarkan tabung mereka kepada umat Islam.

> Ia penting untuk mendapatkan keyakinan mereka melabur, walaupun ada tabung tersebut diuruskan atau dimiliki hampir sepenuhnya oleh orang bukan Islam.

5) Pendekatan JK Fatwa Kebangsaan yang memutuskan hukum harus ASB?

> JK Fatwa Kebangsaan melihat kekukuhan ekonomi umat sebagai satu masalah daruriyyah yang perlu diberi perhatian.

> Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan yang lebih besar.

> PNB tidak melabur dalam sektor yang berkait langsung dengan perkara yang Haram qat’ie seperti arak, judi dan pelacuran. Percampuran adalah dalam sektor kewangan di mana yang Halal lebih banyak daripada Haram.

> Menurut Hanafi, Maliki, Shafi’i dan Hanbali, pendekatan mengharuskan pelaburan saham syarikat yang bercampur aktiviti Halal Haram adalah berasas.

6) Keputusan JK Fatwa Kebangsaan tidak mengikut syarak?

> Keputusan dicapai berpandukan Ijtihad Jama’i dan konsensus ahli JK yang terdiri daripada Mufti dan pakar dalam bidang akidah, fiqh, hadith, tafsir, muamalat dan sains. Keputusan dibuat berdasarkan kajian pakar ekonomi Islam.

7) PNB sengaja melabur dalam sektor tidak patuh syariah?

> Fokus pelaburan PNB adalah dalam sektor strategik seperti perbankan, perkhidmatan kewangan, automotif, dan hartanah. Sektor ini berkepentingan kepada negara terutamanya kepada Bumiputera Islam. Risiko dan pulangan juga dinilai.

8) Etika dan Falsafah PNB dalam aspek pelaburan yang dilaksanakan?

> Tidak melabur dalam syarikat yang menjalankan aktiviti utama bertentangan Syariah seperti arak, judi, babi, dan pelacuran.

> Setakat Mei 2014, daripada 107 syarikat tersenarai di Bursa yang dilabur oleh PNB dan unit amanah di bawah pengurusannya, 76.6% syarikat patuh Syariah mengikut Suruhanjaya Sekuriti. Selebihnya syarikat yang berkaitan perbankan dan kewangan, dan syarikat yang tidak memenuhi syarat lain seperti:

>> Tahap percampuran melibatkan unsur ‘umum balwa’ iaitu perkara terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar dielakkan. Contohnya syarikat MAHB yang menguruskan kesemua lapangan terbang.

>> Tahap percampuran sumbangan terima sewaan daripada aktiviti tidak patuh Syariah. Contohnya sewaan bangunan daripada premis cawangan bank.

>> Tahap percampuran yang umumnya selaras Syariah dan ada maslahah kepada awam, tetapi terdapat unsur lain yang menjejaskan status Syariah aktivitinya. Contohnya Maybank.

9) Mengapa perlu kekalkan ekuiti Maybank?

> Mengekalkan kepentingan strategik Bumiputera dalam ekonomi negara. Maybank adalah bank terbesar di Malaysia. Tiada bank berasaskan Islam yang mempunyai saiz sebesar Maybank dan boleh menggantikannya setakat ini.

> Transaksi harian unit amanah ASNB sangat besar dan hanya bank yang berkapasiti tinggi yang mampu mengendalikannya. Ketika ini, Maybank dan dua bank lain yang menjadi ejen transaksi jual beli harian operasi  ASNB.

10) Berapa banyak dana unit amanah yang diuruskan oleh ASNB dan secara majoritinya di manakah ASNB melabur?

> ASNB menguruskan 10 dana unit amanah, antaranya ASB dan ASN. Sehingga April 2014, terdapat 11.9 juta pelabur. Purata peratusan dividen antara 2006-2011 yang diterima oleh orang Islam ialah 83%. 5 dana unit amanah dikhususkan untuk Bumiputera sahaja iaitu ASN, ASB, ASN 2, ASD, dan ASB 2.

> PNB melabur dalam automotif, perbankan, perkhidmatan kewangan, makanan/minuman, perladangan, minyak dan gas, farmaseutikal, penjagaan kesihatan, pengangkutan, hartanah, teknologi maklumat, infrastruktur, dan telekomunikasi.

11) Langkah yang diambil PNB ke arah kesempurnaan Syariah?

> Peratusan pendapatan patuh Syariah bagi semua dana ASNB meningkat. ASB: 53% (2007) kepada 80% (2009), ASN: 60% (2007) kepada 75% (2009).

> Selain dana unit amanah ASNB, PNB mempunyai 5 dana unit amanah patuh Syariah iaitu AMB Dana Yakin, AMB Dana Ikhlas, AMB Dana Arif, AMB Dana Nabeel, an AMB Dana Aqeel.

> Menurut Asian Bankers Research, Maybank Islamic adalah institusi perbankan komersial Islam terbesar di Malaysia dan seluruh rantau Asia Pasifik.

12) Mengapa ada perbezaan hukum ASB yang dikeluarkan oleh JK Fatwa Kebangsaan dengan Selangor dan Pulau Pinang?

> Mengikut undang-undang, kuasa untuk mengeluarkan fatwa terletak di bawah bidang kuasa negeri.

> Perlaksanaan fungsi JK Fatwa Kebangsaan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri, iaitu jika isu yang berlaku menyentuh kepentingan nasional, maka pandangan JK Fatwa Kebangsaan perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum fatwa dikeluarkan oleh negeri kerana matlamatnya ialah untuk menyelaraskan hukum yang dikeluarkan di Malaysia.

> Setakat ini (2014) 8 negeri mengharuskan ASB dan ASB kecuali Selangor dan Pulau Pinang. Negeri yang belum mengeluarkan fatwa ialah Johor, Melaka, Perlis dan Sabah. Mereka merujuk dan menggunakan keputusan JK Fatwa Kebangsaan yang diputuskan pada tahun 2008.

Sumber: http://www.hibahharta.com/

Kesepakatan syariah dalam pelaburan ASB (Berita Harian, September 2017)

"Kesepakatan fatwa keharusan pelaburan ASN dan ASB telah dicapai semua majlis fatwa negeri.

Majlis fatwa Selangor menimbang semula fatwa mereka dan mencapai persetujuan untuk mengharuskan pelaburan itu pada 27 April 2017. Majlis fatwa Pulau Pinang capai persetujuan sama pada mesyuarat 15 Ogos 2017.

Oleh itu, kekeliruan masyarakat dalam perkara ini sepatutnya tidak timbul lagi."
Apa Hukum Pelaburan ASB ASN
ASB patuh syariah atau tidak? Apa Hukum Pelaburan ASB, ASN?
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

AL-KAFI #428 : KEDUDUKAN ASB ISLAMIC FINANCE
(4 NOVEMBER 2016 M/ 4 SAFAR 1438H)

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz.. maaf mengganggu.. apa hukum pelaburan asb financing islamic ni. Ada yang kata harus dan ada yag kata haram. Jika bertembung antara 2 pendapat, pendapat mana yang lebih baik untuk ikut ya? Jzkk respon.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam hal ini, kami cenderung untuk menyatakan keharusannya berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya.

Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Wallahua’lam.

Sumber:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1322-al-kafi-428-kedudukan-asb-islamic-finance

MUFTI PULAU PINANG

Pelaburan ASN, ASB serta dividen atau bonus yang diterima

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil.4/2017 yang bersidang pada 14-15 Ogos 2017 telah membincangkan "Pelaburan Dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) Serta Dividen atau Bonus Yang Diterima."

Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

1.  Berdasarkan taklimat dan penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB), mesyuarat mendapati bahawa:

i. Saiz pelaburan PNB sangat besar sehingga industri kewangan dan pasaran modal Islam masih tidak mencukupi untuk      menampungnya. Justeru, PNB terpaksa mewujudkan saringan maqasid syariah, melakukan beberapa inisiatif penambahbaikan dan menstrukturkan pelaburannya bagi mencapai matlamat dan memastikan ia patuh syariah;

ii. Objektif keseluruhan PNB boleh dikaitkan kepada maqasid syariah untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat bumiputera yang majoritinya beragama Islam. Hasil daripada pelaburan-pelaburan saham yang dibuat secara keseluruhan adalah memelihara salah satu daripada lima maslahah utama syarak yang dikenali sebagai daruriyyat yang lima iaitu melindungi agama, nyawa, akal, keturunan dan harta;

iii. Maslahah yang dibawa oleh PNB kepada umat Islam dan bumiputera adalah untuk menjaga kepentingan negara seperti kestabilan politik dan ekonomi, keperluan kepakaran dalam industri-industri yang kritikal dan menjaga aset-aset strategik negara. Di samping itu, kepentingan hasil daripada pelaburan-pelaburan saham iaitu jumlah pendapatan daripada pelaburan tersebut juga merupakan kepentingan yang perlu dijaga. Ini kerana jumlah pendapatan pelaburan tersebut disalurkan semula kepada umat Islam dan bumiputera sebagai dividen;

iv. Dalam konteks PNB, pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat bukan sahaja dapat melindungi salah satu daripada lima asas utama ini, bahkan ia dapat melindungi beberapa elemen yang berkepentingan untuk menyokong lima asas tersebut;

v. PNB telah hampir memaksimakan pelaburan dalam sekuriti pelaburan dan sekuriti pendapatan tetap patuh syariah dengan jumlah pelaburan PNB iaitu RM33 bilion yang hampir menyamai jumlah modal berbayar bank-bank patuh syariah. Manakala dua pertiga iaitu 66 peratus pelaburan ekuiti PNB adalah patuh syariah mengikut Suruhanjaya Sekuriti; 

vi. PNB juga telah melaksanakan perubahan inisiatif-inisiatif penambahbaikan lain seperti akad yang jelas akan digunapakai di dalam pelaburan, ke arah penyelesaian isu sekuriti pendapatan tetap (fixed income securities) dan pasaran wang, meningkatkan perniagaan patuh syariah (shariah compliant) di dalam Syarikat Kumpulan Maybank dan menasihati para pelabur yang beragama Islam untuk membayar zakat sekiranya cukup haul dan nisab.

2.   Prinsip sesuatu hukum itu berubah mengikut illahnya. Menurut Dr. Muhammad Sidqy al-Burnu di dalam "Mausu'ah al Qawa'id al Fiqhiyyah" (3/195):

 " الحكم يدور مع علته وجودا وعدما : إذا وجدت العلة أو السبب ثبت الحكم بها، فإذا زالت العلة أو السبب، زال الحكم بزوالها ، وانتهى بانتهائها؛ لأن الحكم يدور مع علته وسببه وجوداً وعدماً".

"Hukum berubah mengikut perubahan illah (sebab) : Apabila wujud illah atau sebab sabitlah hukum baginya sebaliknya hukum akan berubah apabila tiada illah atau sebab, terhenti dengan terhentinya illah atau sebab, kerana hukum itu mengikut kewujudan serta ketiadaan illahnya...”

3.     Sehubungan dengan itu, setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

4.     Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang pada 16 Jun 1999 dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 30 Disember 2009 mengenai Hukum Umat Islam Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) adalah dibatalkan.

Sumber:
http://mufti.penang.gov.my/index.php/efatwa-2/324-pelaburan-asn-asb-serta-dividen-atau-bonus-yang-diterima

Moga semua dah jelas mengenai hukum ASB, ASN, ASNB dan sewaktu dengannya ni haha. Moga tiada orang was was lagi lepas nii aamin.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

keywords: asb patuh syariah, asb patut syariah atau tidak, hukum asb mufti wilayah, asb patuh syariah 2019, asb patuh syariah 2020, adakah asb patuh syariah, pelaburan asb patuh syariah, asb financing patuh syariah, asb loan patuh syariah, keliru hukum asb haram atau harus, fatwa asb selangor, hukum asb 2019, hukum asb 2020, hukum pinjaman asb, hukum asb 2019, hukum asb financing 2019, hukum pelaburan asb jakim, hukum pelaburan asb mufti wilayah, hukum asb asn mufti, kedudukan asb di sisi syariat islam, boleh ke melabur asb dalam islam,

October 18, 2019

TUKAR CARA DOA! 6 Formula "The Power of Dua"

TUKAR CARA DOA! "The Power of Dua"


INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa  ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.

FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan".

Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku".

FORMULA KE 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...".

Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

"Ya ALLAH kurniakanlah aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia,  maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

FORMULA KE 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki".

Selepas ini, latihkan baca doa begini,

"Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat".

Nampakkan dua perbezaan doa itu?

Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

FORMULA KE 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.”

Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai.

Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

"Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diri-Mu maka makbulkan ya ALLAH..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku..".

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

FORMULA KE 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yang telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yang ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,

"Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada-Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..".

FORMULA KE 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di 'arasy akan turut mengaminkan doa kita..

Satu contoh,

"Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..".
the power of dua
tukar cara doa, formula doa
Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Amin.

Sumber: FB inqaz travel&tour HQ

Sometimes, ada doa dalam Al-Quran sendiri.

Antaranya:
tukar cara doa formula doa
tukar cara doa formula doa
tukar cara doa formula doa
tukar cara doa formula doa
tukar cara doa formula doa
Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Thursday, October 17, 2019

October 17, 2019

dapat mesej! Apa itu Lebihan Dana Tabarru' RMXX bagi pelan takaful PruBSN?

dapat mesej! Apa itu Lebihan Dana Tabarru' RMXX bagi pelan takaful PruBSN? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Baru-baru ni saya ada terima satu message sent to my phone: "RM0.00 PruBSN: Lebihan dana Tabarru' RMXX.XX bagi pelan takaful PruBSN anda telah dikreditkan ke dalam akaun sijil 9XXXXXXX. Info lanjut di www.prubsn.com.my". Saya pun macam HA?! Ni spam ke ni? Scam? One of the new technique from scammers ke? Tapi duit masuk, bukan duit keluar or suruh transfer ke apa. Hmm.. Apa maksud Lebihan Dana Tabarru' ni sebenarnya?
maksud lebihan dana tabarru' prubsn
apa itu lebihan dana tabarru' RMXX bagi pelan takaful prubsn?
I never heard of it pun time ambil insurans takaful Prudential BSN (PruBSN)?

Ke.. saya yang tak cakna tentang benda ni?

Soal diri sendiri pun bukan boleh dapat jawapan pun kan? hahaha. Tak selesaikan masalah pun kan.

So, nak cari jawapan mudah je. Tak perlu search google pun. Saya search je my ejen insurans (insurance agent); Encik Mohamad. hehehee.

Tanya betul betul apakebenda tu. Tanya direct. Senang. Mudah. Pantas. Efisen. Tiada was was. Amboii hahaha.

I sent the screenshot of the message yang saya terima tu. Tanya apa maksud tu?
maksud lebihan dana tabarru' prubsn
apa itu lebihan dana tabarru' pelan takaful prubsn
maksud lebihan dana tabarru' pelan takaful
apa maksud lebihan dana tabarru' RMXX bagi pelan takaful prubsn?

APA ITU LEBIHAN DANA TABARRU’? (Maksud, Q&A)


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Ada antara client mendapat mesej dari PruBSN seperti dibawah:

“RM0.00 PruBSN: Lebihan dana Tabarru' RMXX.XX bagi pelan takaful PruBSN anda telah dikreditkan ke dlm akaun sijil 9XXXXXXX. Info lanjut di www.prubsn.com.my”

Ini adalah pengalaman pertama saya melalui proses ini selama 5 tahun menjadi ejen PruBSN.

Selepas saya menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan, ini adalah maklumat yang saya terima. Soalan dibawah telah dijawab oleh pihak PruBSN sendiri. Saya hanya ejen yang berkhidmat.

Makluman, proses ini hanya berlaku kepada client terpilih yang mengambil pelan PERLINDUNGAN DAN PELABURAN SAHAJA.

Client yang mengambil pelan tradisional (Anugerah, Anugerah+, PPP) boleh abaikan mesej ini, harap maklum.

Soalan: Dana apa yang masuk dalam akaun PruBSN saya?

Jawapan : Dana ini adalah dana pelan tabarru’ yang kita terlebih bayar setiap bulan. Untuk pengetahuan anda, bayaran setiap bulan pelan takaful kita (untuk pelan perlindungan dan pelaburan) akan dipecah masuk ke dua dana berbeza iaitu dana tabarru’(perlindungan) dan dana nilai tunai (pelaburan).

Pecahan wang yang masuk ke dalam dana tabarru’ dikira mengikut tahap risiko kehidupan orang yang dilindungi (client) dan biasanya PruBSN akan lebihkan sedikit wang pecahan yang dimasukkan ke dalam dana tabarru’.

Wang selebihnya akan dimasukkan dalam dana nilai tunai untuk dilaburkan. Selepas dikemaskini oleh pihak auditor, terdapat lebihan dana dalam dana tabarru’.

Jadi, PruBSN mengagihkan kembali dana lebihan itu ke dana nilai tunai akaun prubsn masing-masing.

Soalan: Saya bayar takaful RM150/bulan. Saya dapat mesej menyatakan terdapat dana sebanyak RM10 telah dikreditkan dalam akaun prubsn saya. Adakah bermaksud bulan depan saya hanya perlu bayar takaful sebanyak RM140(RM150-RM10)?

Jawapan: Tidak, anda perlu membayar sumbangan bulanan takaful seperti biasa dengan nilai yang sama. Dana yang baru dimasukkan itu akan terus dilaburkan dalam Dana Nilai Tunai.

Soalan: Boleh tak saya keluarkan duit lebihan itu?

Jawapan: Boleh, dengan syarat dana nilai tunai anda hendaklah dibiarkan baki sebanyak RM1 000.

Soalan: Kenapa hanya tahun ni baru dibuat pengagihan? Tahun lepas tiada pun.

Jawapan: Proses audit ini dilakukan dalam tempoh yang lama. Selepas dapat ketahui, barulah PruBSN bertindak dengan kelolaan BNM dan Suruhanjaya Sekuriti.

Soalan: Lepas jadi macam ni, boleh tak saya nak upgrade pelan takaful saya seperti pampasan sakit kritikal dan pampasan kematian hibah?

Jawapan: Boleh, pm tepi.

Semoga menjawab soalan. Jika masih terdapat kekeliruan, boleh pm saya atau hubungi terus Khidmat Pelanggan PruBSN di 03-20537188 atau boleh terus ke website rasmi Prubsn (www.prubsn.com.my).

Semoga bermanfaat.

Haa pahe ke dop?

Saya sebenarnya lepas baca semua tu pun macam ermmmmm... so benda tu baik la kan? Tak perlu risau pape kan? Hahahhaa.

Lagi satu yang saya peliknya.. bila masa pula saya terlebih bayar setiap bulan?

Ermmm... takpelah. A good thing kan? Tak perlu worry la ek? Hopefully nothing bad happens lah in the future because of that. Aamiinn. Hee.

October 17, 2019

Pembayaran duit BSH 2020 - bujang, pasangan berkahwin & golongan OKU

Pembayaran duit BSH 2020 bujang, pasangan berkahwin (mengikut isi rumah) & golongan OKU | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Korang dah tengok full intipati belanjawan 2020 secara keseluruhan? Saya belum lagi hahaha. Tapi tahu la beberapa isi, highlight budget 2020 yang penting terutamanya pada para pekerja, bonus dan bajet kesihatan. Paling menarik perhatian adalah pembayaran duit BSH 2020 untuk orang bujang, married/ suami isteri (+ anak) dan golongan OKU (Orang Kurang Upaya)!

Pada tahun 2019 ni, seperti yang kita tahu, duit Bantuan Sara Hidup hanya diberikan kepada golongan bujang dan pasangan yang sudah berkahwin + tambahan duit untuk setiap anak berumur bawah 18 tahun.

And for golongan OKU? Nothing. Not available. Tiada peruntukan.

Tapi Alhamdulillah.. berdasarkan bajet 2020 yang dibentangkan pada 11 Oktober 2019 yang lepas, terdapat peruntukan BSH yang diberikan kepada mereka yang kurang upaya. yeayy!
bsh 2020 bujang
pembayaran duit bsh 2020 bujang, pasangan suami isteri anak, golongan OKU
pembayaran duit bsh 2020 kategori
peruntukan duit bsh 2020 bujang, OKU, pasangan suami isteri mengikut isi rumah
There are TWO kategori baru iaitu bujang berumur 40 tahun ke atas dan golongan OKU (disabled) berumur 18 tahun ke atas.

Yang lainnn masih sama seperti BSH 2019 such as kategori bujang single, pasangan yang sudah berumah tangga; mengikut isi rumah (household) RM2,000, RM2000 - RM3000 & RM30001 - RM4000.

Tambahan insentif BSH sebanyak RM120 (RM120/anak) akan diberikan untuk setiap anak berumur kurang dari 18 tahun (up to FOUR children). but for disabled children, no age limit given).

So.. bagi ibu bapa yang ada anak berumur 18 tahun ke bawah, boleh la apply sekali. RM120/child. Jika ada 4 orang anak yang masih sekolah, dapat la tambahan total RM480 (untuk anak-anak itu sahaja).

Jawapan bagi persoalan untuk:
bila boleh kemaskini bsh 2020 secara online,
bila boleh mohon bsh 2020,
bila tarikh permohonan baru bsh 2020 dibuka,
bila semakan bsh 2020 boleh dibuat,
macam mana cara semak status permohonan bsh (lulus ke tidak),
bila tarikh pembayaran bsh 2020 fasa 1, fasa 2 & fasa 3,
bila tarikh duit brim 2020 dapat dan masuk akaun bank (opssss! BR1M tu 'zaman' Najib dulu, sekarang sudah tukar ke BSH),
bila rayuan bsh,
kalau ada SSM dapat juga tak bsh,
kalau tak kemaskini bsh, dapat tak?
.
.
.. ALL OF THAT akan diberitahu kemudian. Tunggguuu~


Bila sudah di-announce di berita officially, inshaaAllah saya akan update :)
bsh 2020 berkahwin
BIOBAX MELEGAKAN SAKIT BELAKANG, SAKIT PINGGUL
bsh 2020 bujang
BIOBAX BUAT ORANG SAKIT BELAKANG DAPAT TIDUR LENA
bsh 2020 bila masuk akaun bank
Melegakan sakit lutut
Berminat? Order sini: klik wasap.my/60172008642
bila bsh 2020
Melegakan sakit pinggang dan betis ketika menyusu
tarikh duit bsh 2020 dapat
Bagus melegakan sengal sengal otot
"Saya sakit lutut. Bila guna biobax ni, best sangat-sangat! Semakin baik dan sihat. Bau pun sedap. Bagus juga untuk otot dan urat saraf" - kisah benar pengalaman pelanggan tetap.

Jika anda SAKIT lutut, sakit belakang, sakit pinggang, pinggul, lenguh-lenguh badan, kaki selalu cramp, sakit kaki, tangan, sakit kepala, migrain, sakit segugut, sakit otot, resdung, sakit gusi bengkak....

Spray dan sapu je BIOBAX Cool Theraphy ini. Memang berkesan dan memuaskan hehe.

Boleh beri hadiah pada yang tersayang, mak ayah, suami isteri, ahli keluarga.. Hadiah kahwin/ birthday pun sangat sesuai tauuu!

Serius tak rugi untuk cuba. Kalau tak percaya, jom try~ Sekarang tengah ada promosi tau ehee.


Berminat? Order sini: klik wasap.my/60172008642
cara semak status permohonan bsh 2020
kelebihan biobax spray
Just for additional info of Belanjawan 2020..

Top three Budget 2020 recipients:
Ministry of Education RM64.1 billion
Ministry of Finance RM37.8 billion
Ministry of Health RM30.6 billion

These three make up 44.6% of total expenditure.
#Belanjawan2020 #Budget2020

Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan terbesar iaitu RM64.1 billion. Alhamdulillah.


Wednesday, October 16, 2019

October 16, 2019

Water-Based Moisturizer/ Pelembap Muka Yang Terbaik Untuk Kulit Kombinasi

Water-Based Moisturizer/ Pelembap Muka Yang Terbaik Untuk Kulit Kombinasi | Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi saya sekarang ni bila dah kenal dan udah jatuh cinta.. harusnya bagaimana ya? Acewahh! Bermadah pula si Sayidah Napisah ni.. Mentang mentang sedang dilamun cinta dengan si 'dia' kan?

Perasaan ni kita tak boleh nak paksa kan? Bila kita rasa suka, terpancar kat muka kita ni yang "yess I'm happy!". Bila takde perasaan suka tu, susah nak 'bersama'. Sukar nak menghadap muka setiap hari.

Macam mana boleh terrrjatuh cinta?

Bila si 'dia' 'layan' saya dengan baik every day and even treat me right.. I feel blessed. Rasa selesa bila dengan 'dia'. Chemistry kuat. Serasi bersama gitchuw.

Makin lama, makin sayang. Membuak-buak pula tu! Haihh.

My face skin pula feel better day by day sejak berkenalan dengan si 'dia'.

Eh?

My skin? My FACE skin?

Oho.. Lupa nak introduce siapakah si 'dia' yang telah berjaya mencuri hatiku ? Ehemm..


AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE


(Moisturizing & Whitening treatment / Pelembap & Memutihkan Wajah)
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
To be honest, ni first time saya guna jenama hansaegee ni. Kebetulan saya memang takde krim moisturizer (Pelembap Muka) atau whitening cream, so saya pun okay lah.. Nak try lah.

Tapi bukan suka suka nak try tau!

Saya kaji lah dulu okay ke tidak. Baca dulu apa istimewanya, apa bestnya, apa kelebihannya, apa kandungannya, review testimoni feedbacknya.
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi

Best ke tak guna Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature?

100% original skincare product from Korea!

- Water-based moisturizer (pelembap muka)
- Control skin oil function (menghalang penghasilan minyak berlebihan pada kulit)
- Brighten skin tone (mencerahkan tona kulit)
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Selama saya hidup dah 26 tahun ni, tak pernah lagi saya jumpa krim pelembap yang memuaskan seperti Aqua ni. Maybe sebab ianya water-based, so its a new feeling for me bila first time guna. Rasa teruja!


Walaupun saya kerja sendiri di rumah, tapi kebanyakan masanya saya duduk di tepi tingkap. Tepi tingkap kan, tahu tahu jelah. Kalau tengahari, panas terik, memang peluh 'mencurah-curah' dan boleh mengakibatkan sunburn kalau tak apply any cream pelindung UV.

Mengikut history sebelum ni bila saya apply cream di muka saya, mesti rasa melekit dan berminyak. Bila berpeluh-peluh, serius rasa rimas muka! Tak selesa jadinya. Maklumlah, saya ni jenis yang cepat peluh.

Sometimes, I feel less confident to meet people because of that.

But after guna Krim Aqua ni, rasa makin kurang berminyak dah muka ni. Bila kurang minyak, kurang lah jerawat 'jahat' nak timbul kat muka ni. Bila kurang jerawat, makin elok dan licin le muka den ni hehehe.

Alhamdulillahh!
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi

Apa rasanya bila guna Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature?

What's the benefit?

Okay, mungkin ada yang tak dapat bayang macam mana 'rasa' dan tesktur nya.

The texture is soo good! Tekstur krimnya ringan, macam gel krim, dia moisturizer water-based, tidak berminyak.

Bila sapu dekat kulit beberapa saat je ada water drop (titisan air) keluar dan cepat diserap dalam kulit.

Takde pun rasa lekit lekit yang tak best atau too oily. Just perfecto! Sangat membantu dalam mengekalkan dan keseimbangan kelembapan kulit sepanjang hari. Kulit terasa lebih licin dan lembut.
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi

Water-based drop:
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak (oily skin) seperti saya, memang digalakkan sangat sangat untuk try Aqua Cream ni. InshaaAllah I can guarantee you will not regret it. Sesuai sangat untuk kulit berminyak.

Dengan kandungan ekstrak Camellia Japonica Seed Oil, krim pelembap ini berkesan melembapkan kulit secara mendalam dan mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari, kulit tidak lagi kering, dan rasa segar. Jadi, sangat sesuai untuk kulit kering juga!

Dengan kandungan Niacinamide dalam krim ini, dia berkesan untuk mencerahkan kulit kusam dan tona kulit akan menjadi sekata. Selain itu, ia dapat menghalang penghasilan minyak berlebihan pada kulit (oil control function) dan membuatkan wajah tampak berseri.
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Disebabkan kulit kombinasi terdiri daripada kulit kering dan berminyak. Moisturizer (pelembap muka) ini juga sangat sesuai untuk kulit kombinasi.

Ia membantu pertumbuhan sel kulit juga, jadi baik untuk repair SunBurn redness damaged skin (kemerahan kulit yang disebabkan oleh sunburn).

Perfect for hot weather!
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Selepas beberapa hari guna... WOW! Condition skin lebih elok, less oily (ni yang paling penting!), warna kulit muka saya yang sunburn sebelum ni makin pulih dan moist at the same time.

Bau krim Aqua ni pun bestt. Nyaman je kulit bila disentuh'nya'.
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
*p/s: abaikan eyebag ku itu. tak cukup tidur siapkan kerja hahaha.

Very satisfied with the result! Alhamdulillah~

Saya rasa bersyukur sangat dapat jumpa dengan si 'dia' (moisturizer/ pelembap muka yang terbaik) yang comel lote beautiful ni.
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Moisturizer/ pelembap ini sesuai digunakan untuk kulit berminyak, kulit kering dan juga kulit kombinasi - semua jenis kulit (all skin type).

Bagi sesiapa yang berminat nak ushar lebih lanjut lagi atau nak tengok produk brand Hansaegee Nature yang lain (pembersih muka, etc) boleh lihat di sini:

Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Water-Based Moisturizer Pelembap Muka Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)