Aneka Resepi Kek Lapis Sarawak Sedap (Kukus & Bakar) PART 1 - sayidahnapisahdotcom Aneka Resepi Kek Lapis Sarawak Sedap (Kukus & Bakar) PART 1
LightBlog

Aneka Resepi Kek Lapis Sarawak Sedap (Kukus & Bakar) PART 1

Aneka Resepi Kek Lapis Sarawak Sedap (Kukus & Bakar) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Jujur saya katakan saya bukan lah peminat tegar kek lapis Sarawak sehinggakan saya nak share resepi kek lapis sarawak ni. Trauma sikit nak rasa maybe sebab saya ada 'pengalaman' pahit merasai yang kureng sedap hahaha. Tapi ada juga saya pernah makan yang sedap gilossss! Rasa macam nak balun satu bungkus saya sorang je kahkah. Contohnya kek lapis sarawak coklat. Perghhhh mantop giloss rasa dia!

Perisa lain pun ada juga saya rasa sedap di tekak but I don't know their names hehehe.

But for those yang suka sangat sangat kek lapis, you can try it now at home for your own! Yeay yeayyy (aku pula yang excited kahkah).

Ini ada 10 resipi kek lapis Sarawak yang kebanyakannya famous, terkenal dalam kalangan kita.

Selama ni mungkin kita tak tahu namanya kan tapi kenal pasti dari warnanya. Takpe takpe. Kat bawah ni ada sertakan sekali gambar. Boleh ushar mana yang berkenan dan ambil resepi nyaa. Gitu dongg. Eh tetibe Indon sih? haha.

Aneka Resepi Kek Lapis Sarawak Sedap (Kukus & Bakar)


1. Resepi Kek Lapis Red Velvet Cheese
resipi kek lapis red velvet
resepi kek lapis sarawak
Resepi: Sury Abil
By: Sunah Sakura
Dicuba oleh: Finaz'S Home Bakery

Saiz loyang: 8" x 8"

Bahan-bahan:

Adunan merah:
250 gram mentega (saya pakai Anchor)
5 biji telur ayam gred A
235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko
2-3 sudu makan serbuk koko
175 gram gula kastor
150 gram susu pekat manis
1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g)
1 sudu teh ovallette
Pewarna merah

Adunan Cheese:
500 gram cream cheese
3 biji telur ayam gred A
120 gram gula kastor
Sedikit esen vanila
resipi kek lapis red velvet
aneka resepi kek lapis sarawak
Cara-cara membuatnya:

Adunan Merah:
1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
2. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang.
3. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan.
5. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.

Adunan Cheese:
1. Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.
3. Panaskan oven 170-190'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper.
4. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat.

Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya. Lapis sampai habis.

kredit : Puan Nor Hafinah via RMK

2. Resepi Kek Lapis Sarawak
resipi kek lapis sarawak
aneka resepi kek lapis sarawak
BAHAN A
100g Gula Halus
200g Jem Nenas
450g Butter
30g Ovalete
300g Susu Pekat Manis

BAHAN B
10 biji Telur Gred A

BAHAN C
270g Tepung Hong Kong

BAHAN D
Pewarna Hijau, kuning dan merah

Cara Cara Menyediakan Resepi Kek Lapis Sarawak:

- Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
- Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama sehingga habis
- Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan saja.
- Bahagikan kan kpd 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau.

Cara-Cara melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.

Ulang step 3-7 diatas untuk hijau, kuning, dan Merah kembali sehingga adunan habis.

TIPS: Pastikan kek  benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

3. Resepi Kek Lapis Milk Cheese
resepi kek lapis milk cheese
aneka resepi kek lapis sarawak
Bahan-bahan:
16 aun mentega scs
10 biji telur gred A
200gm gula halus
10g ovellette
1 sudu teh esen vanilla
1 tin susu manis
250g cream cheese
200gm tepung hong kong
60gm susu tepung
100gm horlick.. mun (kalau) nak engkah (letak) lebih pun boleh
Pewarna putih
Cheddar parut pk tabur atas kek

Cara-caranya:

Telur + gula + ovellete dipukul kembang. masuk cream cheese pukul sebati.. mentega + susu + vanilla kuar rata sampai sebati.. kemudian masukkan tepung hong kong + horlick + susu tepung gaul sebati lagi.

Kemudian masukkan pewarna putih. gaul sebati.. bakar lapis demi lapis 7/6 sudu setiap lapisan bakar 180c 6 ke 7 minit bergantung dengan oven masing-masing k.

Akhir sekali tabur cheese cheddar parut loyang size 8x8 yaa.. tq semua selamat mencuba!

Kredit FB Dapur Iman

4. Resepi Kek Lapis Gadong
resepi kek lapis gadong
resepi kek lapis sarawak
Bahan bahannya:
10 biji telur.
500 gm mentega.
200 gm horlick.
200 gm serbuk badam.
1 1/2 gelas tepung hongkong.
1/2 gelas gula.
1/2 tin susu manis.
1 tin kecil kaya.
1 botol kecil pandan paste.
warna kuning.

Cara caranya:
- pukul mentega dan gula sampai kembang.
- kemudian masukkan telur satu persatu.
- bila dah rata. Masukkan bahan-bahan lain kecuali warna kuning dan pandan paste.

Bahagi kepada 2 bahagian.
(i) pandan paste.
(ii) warna kuning.

- bakar berlapis-lapis.
- jika guna sukatan gelas saya.

Timbangan ada seperti berikut:
1 gelas gula bersamaan 270 gm.
1 gelas tepung bersamaan 170 gm.

Resepi Asal Puan Marlyssa Pariss Via RMK

5. Resepi kek lapis strawberry cinta (kukus)
resepi kek lapis strawberry kukus
resipi kek lapis sarawak
Kek ni sangat cantik. Pasti ramai memuji anda jika ianya siap dan dihidangkan.. selamat mencuba.!

(Bahan-Bahan)

450 gm mentega
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
150 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlick
180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis)
1 sudu teh esen strawberry
Sedikit pewarna merah/ merah jambu (lebih baik jenis yang pekat atau serbuk)
Buah strawberry.. belah ikut rasa

Cara:
1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yang satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah.
7. Loyang yang disyorkan bersaiz 10×7 atau 8×8
8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Kukus lapisan demi lapisan sehingga betul betul cantik masaknya.
9. Untuk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.
10. Setelah siap.potong ikut saiz yang dikehendaki.letakkan potongan strawberry di atas kek. Dan ianya sangat cantik.

6. Resepi Kek Lapis Holiday Inn
resepi kek lapis holiday inn
resipi kek lapis sarawak
Antara kek lapis yang digilai dan dicari resepinya...
Rasanya.. hmmm..sangat sedap.!!

(Bahan-bahan)

450g mentega asli (guna buttercup pun boleh)
1 gelas gula halus (nak kurang manis boleh kurangkan sukatan)
10 biji telur ayam
1 penutup botol esen vanilla (atau 1 sudu makan)
1 tin kecil susu pekat manis (dah kurangkan gula, tak payah la kurangkan susu..tak moist pulak kang)
1 3/4 gelas tepung biskut marie (ada yang dah sedia kat kedai atau blend sendiri biskut marie then ayak)
1 1/2 gelas (200g) horlicks (original)
1 1/2 gelas (200g) milo
Sedikit browning sugar(taknak letak pun takpe, ni saja nak bagi kaler ceklat lagi cantik)
Sedikit pewarna kuning

(Cara-cara)

- Mentega dipukul bersama gula hingga kembang (putih) dan kemudian masukkan telur satu persatu.

- Setelah adunan sebati,masukkan esen vanilla,susu pekat manis dan tepung roti marie. Adun sekata dan bahagikan kepada 2 bahagian (sama rata):
(i) Milo + browning sugar
(ii) Horlicks + warnakan kuning

 - Kukus milo dengan 1 sukatan (saya guna cawan biasa) sehingga masak, jangan terlampau masak pulak.. nanti lapisan mudah tertanggal.

- Kemudian kukus pula adunan horlicks menggunakan sukatan yang sama banyak dengan adunan milo sehingga masak. Lakukan berselang seli sehingga adunan habis. (TIPS: Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mngelakkan air menitik di atas kek).

- Apabila adunan sudah habis, kukus selama 1-3 jam. lagi lama lagi bagus untuk kek tahan lebih lama, tapi kalau agak-agak boleh habis dalam 2 hari atau nak simpan dalam peti sejuk masak sejam lepas lapisan terakhir pun ok.

SELAMAT MENCUBA!

7. Resepi Kek Belacan Sarawak (Kukus)
resepi kek belacan sarawak kukus
resipi kek lapis sarawak
Kek yang paling terkenal di sarawak.. menjadi kek wajib ada ketika perayaan.. rasanya? Ummp.. selamat mencuba..!

Bahan-bahannya :
10 biji telur
1 buku buttercup
1 gelas gula
1 tin kecil susu manis
1 tin kecil kaya
100gm serbuk koko
1 paket kecil horlick
1 paket kecil milo
2 gelas tepung gandum
1 botol kecil browning sugar
1 papan coklat masakan (dicairkan)

Cara-caranya :
1. Sediakan pengukus dan dipanaskan terlebih dahulu. Sediakan loyang 9' x 9' yang telah dilapik dengan kertas minyak.
2. Pukul gula dan mentega sehingga putih. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga kembang.
3. Perlahankan speed mixer, masukkan susu manis dan kaya. Pukul sehingga sebati.
4. Apabila adunan sebati, kemudian masukkan horlick, serbuk koko, milo dan tepung gandum. Pukul lagi sehingga sebati.
5. Setelah itu, masukkan coklat masakan yang telah dicairkan dan akhir sekali masukkan browning sugar. Gaul sehingga rata dan sebati. ( saya guna mixer saja sebab senang )
6. Setelah adunan sebati, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang dan kukus selama 8 jam atau sehingga masak.

8. Resepi Kek Lapis Coklat Yam (kukus)
resepi kek lapis coklat yam kukus
resipi kek lapis sarawak kukus
Ringkas dan sedap..
Sesuai untuk yang mula berjinak nak buat kek lapis..

(Bahan-bahan)

8 biji telur
2 1/2 gelas gula
2 1/2 gelas tepung gandum
2 gelas susu tepung
1 gelas holicks
250gm mentega
Perisa yam (yam paste)
Perisa coklat (browining sugar)

(Cara-cara)

- pukul mentega dan gula hingga kembang masukkan telur satu persatu kacau hingga adunan sebati.

- masukkan tepung gandum,kacau lagi biar sebati. masukkan susu tepung dan holicks.

- kacau lagi hingga adunan nampak pekat dan sebati. kemudian bahagikan kepada 3 bahagian
A) satu bahagian dicampurkan dengan perisa yam (Yam paste)
B) satu bahagian dicampurkan dengan coklat (browning sugar)
C) satu bahagian lagi dibiarkan kosong (perisa asli)

- kukus selapis selapis hingga adunan habis. warna coklat dulu, kemudian warna asli dan di ikuti perisa yam...

~selamat mencuba!

9. Resepi Kek Lapis Milo
resepi kek lapis milo
resipi kek lapis sarawak bakar
Bahan²
450 gm Mentega
2 Sudu Makan Gula Halus
12 Biji Telur Ayam
200 gm Milo
200 gm Horlick
1 Tin Kecil Seri kaya
300 gm Susu Tepung
½ Tin Tinggi Susu Manis
Sedikit Esen Vanila

Cara²
1) Pukul Mentega dan Gula sehingga sebati. Masukan telur 1 per 1 sehingga abis dan pukul. 2) Masukkan Susu manis, Seri Kaya dan Esen Vanila pukul hingga sebati.
3) Masukan Milo, Horlick Dan Susu tepung pukul hingga sebati
4) Bakar selapis selapis sehingga abis
*** Loyang 8 x 8
*** Suhu 150°c ikut jenis Oven

Kredit Tuan كيززان بين راجالي via RMK

10. Resepi Kek Lapis Green Berry Velvet
(Juliza Ahmat)
(Kek Ciptaan Saya sendiri) Versi Bakar ..
resepi kek lapis green berry velvet
resipi kek lapis sarawak
BAHAN - BAHAN:

16oz Butter @454 gm
1 tin kecil 388gm Susu Pekat
10 Biji Telur Ayam
1 tin Kecil Srikaya
1 packet 200gm Horlik
1 Gelas Gula Halus
2 Gelas Tepung Hongkong @ Tepung Pau
1 Packet Serbuk Santan
Pewarna Green Velvet
Sedikit Pewarna Putih
50gm Tepung Aiskrim Blueberry
Sedikit Paste Blueberry

Cara-cara Membuat:

- Pukul Gula & Butter Hingga Kembang .. Masukkan Telur satu-satu..

Kemudian Masukkan pula Sriksya ..Susu pekat.. Horlick .. Serbuk Santan dan Tepung gandum .. Bahagikan kepada 3 warna
▪ Warna Hijau - Masukkan Pewarna Green velvet (4 Lapisan)
▪ Asal - Masukkan Sikit pewarna putih jika suka (4 Lapisan)
▪ Purple - Masukkan Tepung Aiskrim Blueberry & Sedikit Paste Blueberry (5 Lapisan)

#Lapis ikut warna kesukaan anda atau ikut seperti dalam gambar ..

Kredit Puan Juliza Ahmad via RMK

p/s: The recipe & all picture above are not mine. Credit to its owner :)

Sedap kan sedap kan?

Nampak sodapp hahaha.

Paling saya tergoda dengan visualnya adalah kek lapis red velvet cheese (walaupun saya bukan lah suka sangat red velvet hahaha), kek lapis milk cheese, kek lapis coklat yam (because I love choc!), kek lapis holiday inn & kek belacan sarawak.

Looks very yummyyyyy!

Ermmm malam malam ushar kek? Memang =.=

Okay itu sahaja. Till next time, daa~ wassalam! :)


Post a Comment

5 Comments

  1. Kalau pegi Sarawak mesti cari kek lapis ni

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedapnya semua buat daku ingat pulang saja!!! T^T Seumor hidup siap ada sijil kursus buat kek lapis, sekali je but kek lapis yang sedap.

    hurm.. sedih x? nanti nak share l pengalaman tu

    ReplyDelete
  3. Banyaknya kakcik share resepii. Sama la ain pun bukan penggemar kek lapis sarawak. ehhehe sbbmmg tak minta kek la kot Siapa yg suka atau nak asah bakat baking boleh la try pilih je yg mna nak. kalau ain ofcorse yg red velvet tu mcm best sikit hehe

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap dan cantik kek nya (^_^)

    ReplyDelete
  5. terliurnya tengok semua kes sarawak

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p