Apa itu Gerhana Matahari Cincin? Bila berlaku? Cara Betul Tengok Gerhana? - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Tuesday, December 24, 2019

Apa itu Gerhana Matahari Cincin? Bila berlaku? Cara Betul Tengok Gerhana?

Apa itu Gerhana Matahari Cincin? Bila berlaku? Cara Betul Tengok Gerhana? | Kita biasa dengar tentang gerhana matahari gerhana bulan kan? Tapi gerhana matahari cincin? Hmm what is that? Bagaimana bentuk dan gambar nya? Apakah yang dimaksudkan dengan 'cincin'? Bila tarikh fenomena ini akan berlaku pada tahun 2019? Katanya 26 Disember 2019. Tapi boleh lihat kat kawasan/negeri mana je dalam Malaysia ni? And is it rare? if yes, why? Apa cara dan kaedah yang betul untuk mencerap gerhana matahari? Boleh ke tengok gerhana direct dengan mata tanpa alat perlindungan?

Haa banyak betui persoalan kan hahaha. Saya pun baru tahu info pasal ni semalam. At twitter. And I will share it at here pula. Kot-kot ada yang belum tahu (eventhough kat whatsapp pun dah tersebar tentang benda ni but nak kongsi juga sini hehehe). 

ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?

Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat dengan mata sendiri gerhana matahari cincin pada 26 Disember ini! Ya! Di Malaysia!

Apa itu Gerhana Matahari Cincin?

bila gerhana matahari cincin
apa itu gerhana matahari cincin
Ini merupakan bebenang maklumat gerhana..

Bersedialah bagi sesiapa yang berada di kawasan sejajar dengan:
- Tanjung Piai, Johor.
- Bau, Serian, Kota Samarahan, Sri Aman, Lubok Antu, Sarawak.

Anda beruntung kerana anda berada di kawasan yang sesuai untuk melihat gerhana matahari cincin!

Bila gerhana matahari cincin ini akan berlaku?

Nantikan pada 26 Disember 2019!

Gerhana akan bermula pada sekitar jam 11:30 pagi dan akan berakhir pada sekitar 3:17 petang.

NAMUN BEGITU, kemuncaknya, ya, di mana kawasan itu akan bergelap pada sekitar jam 1:20 (di Tanjung Piai).

Tak semua tempat akan bergelap. Hanya di tempat yang saya senaraikan tadi.

Bagaimana pula dengan kawasan-kawasan lain di Malaysia?

Lihat berapa peratus (%) gerhana yang anda boleh cerap di kawasan anda di laman ini timeanddate.com/eclipse/solar/…

Awas! Jangan kecewa jika anda keluar rumah, renung matahari.. macam tiada apa-apa berlaku. Sebab, bila bulan melindungi matahari melebihi ~90% barulah anda akan nampak perbezaan cahaya matahari di langit.

Jadi, anda memerlukan alat untuk mencerap gerhana matahari!

Cara mencerap gerhana:
Guna teleskop yang mempunyai penuras cahaya matahari.

Cara yang lain ialah dapatkan cermin mata gerhana.

Selain menggunakan cara yang berteknologi tinggi, anda boleh sediakan bekas air yang besar, isi dengan air & lihat pantulan cahaya matahari pada permukaan air.
cara tengok gerhana matahari cincin
cara tengok gerhana matahari cincin
AWAS. JANGAN LIHAT MATAHARI DENGAT MATA KASAR!

Selain melihat gerhana pada pantulan air anda juga boleh gunakan kamera lubang jarum (pinhole camera) buatan sendiri.

Caranya ialah cari sebuah kotak & tebukkan sebuah lubang sehalus jarum pada permukaan kotak. Halakan lubang sejajar dengan cahaya matahari & letakkan sekeping kertas pada lantai untuk cerap gerhana.

Protip: jika anda seorang anti-sosial, dapatkan sebuah kotak peti ais, tebuk lubang & cerap gerhana seorang diri dalam kotak tu.

Minta kawan tutup kotak sepenuhnya guna pita pelekat.
kaedah mencerap gerhana matahari
kaedah mencerap gerhana matahari dengan betul
(Psst: saya ada beberapa lagi cara yang berisiko sedikit. Tapi tanggunglah kesannya sendiri.)

TANGGUNG SENDIRI.

1. Guna selimut kecemasan (yang digunakan dlm situasi outdoor).
2. Guna pita filem yang baru (jangan guna yang terpakai!)
3. Guna topeng kimpalan.

TANGGUNG SENDIRI.
cara bahaya tengok gerhana matahari
cara bahaya tengok gerhana matahari
Walaupun perkara di atas kurang selamat, apa yang lebih bodoh untuk dilakukan ialah susun 5 kaca mata hitam sekali dan tengok matahari dengan tepat.

Salah kaedah mencerap matahari boleh menyebabkan buta kekal!

SAINS DAN MATEMATIK DI SEBALIK GERHANA MATAHARI

1. Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi di hadapan matahari lalu menghalang cahaya matahari ke bumi.

2. Ada 3 jenis gerhana matahari - gerhana matahari separa, gerhana matahari penuh, gerhana matahari cincin.
jenis gerhana matahari
jenis jenis gerhana matahari
3. Saiz matahari 400x ganda lagi besar dari bulan. Tetapi mengapakah ketika fenomena gerhana ini, bulan boleh menutupi matahari?

4. Jangan terkejut! Walupun matahari 400x lagi lebih besar, tetapi bulan, kebetulan-ke-tak, ~398x lebih dekat dengan bumi berbanding matahari.

5. Kalau begitu kisahnya kenapa kita tak dapat lihat fenomena gerhana matahari setiap bulan?

6. Di sini datangnya ilmu astonomi.

A. Sukacita diingatkan bahawa, 'laluan' (orbit) bulan mengelilingi bumi bukannya bulat, tetapi lebih menghampiri bujur.
B. Jika orbit bulan bulat, bulan mengelilingi bumi pada setiap 29.5 hari. Tetapi disebabkan bujur, ia jadi 27.5 hari.

C. Satu hal lain pula bumi pun mengelilingi mataharinya. Dan tak mengejutkan juga orbit bumi juga bukan bulat. Ini menambah kerumitan kebarangkalian berlakunya gerhana.
D. Kari tambah! Orbit bumi mengelilingi matahari pula bukannya mendatar, tetapi condong sedikit (dalam 5 darjah).

E. Maka jika dihitung, gerhana ni memang fenomena sekali seumur hidup lah ye?!
F. Tak juga! Tahukah anda bahawa gerhana matahari pun ada kitarannya!

Tahan nafas!

Gerhana matahari akan berlaku di tempat yang sama pada setiap 6,585.3 hari (yakni, 18 tahun, 11 hari, 8 jam). Kitaran ini di namakan..

Kitaran Saros.

(Tetapi disebabkan Kitaran Saros ini dihitung tanpa mengambil kira bumi ini berputar, maka sebenarnya gerhana matahari yang dicerap selepas 18 tahun itu boleh dicerap pada kawasan 1/3 lebih barat dari kawasan 18 tahun sebelumnya.)
kitaran saros
apa itu kitaran saros
Kesimpulannya gerhana yang sama akan berlaku di tempat yang sama selepas berlakunya 3 Kitaran Saros (Lebih kurang 3 * 18 tahun = 54 tahun).

Pening?

Mudah cerita:
Jika tahun 2019 kita boleh cerap gerhana matahari di Tg Piai, gerhana seterusnya di Tg Piai ialah pada 2073.

Bilakah gerhana matahari seterusnya yang boleh dicerap di Malaysia?

Set tarikh ni ya!

21 Mei 2031.

Gerhana Matahari Cincin akan terbang di kawasan berikut:
Sarawak - Mukah, Kapit, Sibu, Sarikei
Terengganu - Dungun, KT.
DAN Hampir seluruh negeri Kelantan, P. Pinang, Kedah Perlis!

Sebelum orang tanya:

Tadi kata Kitaran Saros setiap 18 tahun. Kenapa ini 11 tahun je dah ada gerhana?

Kitaran Saros bukan ada 1. Tetapi banyak. Didapati ada 183 Saros yang direkodkan, yang mencakupi fenomena gerhana dari tahun 3250 Sebelum Masihi sehingga tahun 4212 Masihi.

Cermin mata gerhana bukan cermin mata 3D.
cermin mata 3d
cermin mata gerhana bukan cermin mata 3D
Sumber: twitter TweetSains

Subhanallah MashaAllah Allahuakbar!

Hebat kan Allah cipta semua ni? Begitu indah proses dan tertibnya fenomena ini.

Tapi memandangkan kawasan tak termasuk tempat den Negeri Sembilan, kita tunggu update dan gambar gerhana matahari cincin 2019 dari orang lain jelah hahaha.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

5 comments:

  1. Yela.. LeYa pun duk Nismilan. Tak dapek laa nak nengok kebesaran Allah ni..
    Baca entry ni banyak betul ilmu dapat petang-petang ni.. Best.. Thanks for info

    ReplyDelete
  2. i've never really tried this

    ReplyDelete
  3. kena set masa dan tarikh ni, takut nanti lupa pula..hehe
    btw nice sharing :)

    ReplyDelete
  4. tak pernah tengok gerhana selama ni. Memang tak sempat nak tengok la nanti kalau tengah kerja ni haha good luck yang duduk dekat tanjung piai

    ReplyDelete
  5. SubahanaAllah.. Bertuahlah kalau bileh melihat.. Fenomena yang tak semua tempat dapat tengok..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p