"Awal perkahwinan selalu tinggal solat. Jahat kan?" - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Tuesday, December 31, 2019

"Awal perkahwinan selalu tinggal solat. Jahat kan?"

KISAH BENAR RUMAH TANGGA

"Awal perkahwinan selalu tinggal solat. Jahat kan?"

Ditulis oleh: Syariee Fadli

Ini kisah rumah tangga. Truly from my experience.

Kahwin umur 25 tahun. Masing-masing langsung tak matang. hari-hari bergaduh. Bergaduh sebab family masing-masing. Yang isteri lebihkan keluarga dia. Yang suami lebihkan keluarga dia.

Aku rasa most of pasangan yang baru-baru kawin mesti hadap perkara ni. Bende ni nampak simple je tapi kalau kita tak sedar tak mustahil akan membawa kepada perceraian dan kemusnahan hidup.

Aku dan isteri langsung tak warak. Awal perkahwinan selalu tinggal solat. Jahat kan?

Aku lagho. Bini pun apatah lagi. sedangkan keluarga kami, mak ayah kami bagi didikan agama cukup. Selalu pesan jangan tinggal solat. Solat tiang agama. Tapi degil. bongkak. Teruk sungguh perangai.

Pernah kami suami isteri straight tak solat. Mengaji apatah lagi. memang kelaut dalam. Dari sini lah sebenarnya punca utama kegagalan dalam kehidupan. Syukur kami sedar sebelum terlambat.

Awal kahwin selalu bergaduh sampai nak bercerai berai. Pelik sangat bila fikir. Bergaduh benda kecik je tapi dia punya penyelesaian mesti nak kena libatkan mak ayah aku. Mak ayah mertua. Sampai hampir bercerai berai. Macam tak logik langsung.

Rasa bodoh bila ingat balik.

Macam-macam masalah timpa. Rasa susah nyee nak handle isteri degil. Keras kepala. Padahal diri sendiri pun sama. Degil keras kepala pada Pencipta. Langsung tak nok sujud. Tunggang langgang rasa hidup.

Lepas satu satu masalah datang. Yang paling pelik duit tak pernah nak cukup. Sampai masing-masing banyak bergantung harap kat mak ayah masing-masing.

Ada satu masa tu aku balik dari kerja setelah 2 bulan tak jumpa isteri. Makan hati woi, langsung tak contact isteri sepanjang kat laut. Rasa kosong sangat hidup.

Bila balik. Jumpa isteri. Aku konon nak jadi suami yang cool rendahkan ego ajak isteri solat sama-sama. Nak tau tak apa reaksi isteri?

"taknak lah. tibe tibe je ajak solat". siap jeling lagi kat aku.

Masa tu aku rasa tertampar gila. rasa macam kena hempap balak. Selama ni kalau isteri melawan memang rasa bengang n mula lah start berperang. Tapi time tu lain macam.

Rasa macam sentap gilee.

Sebab aku tau nape dia cakap camtu. Sebab dia tak yakin aku boleh jadi imam yang baik.

Dari situ. Aku slow slow berubah. Jaga solat 5 waktu. Mengaji walaupun merangkak. Dan alhamdulillah. Cepatnya masa berlalu.

Isteri jadi seorang yang sangat taat. Dengar kata aku. Apa apa keputusan mesti dia dahulukan aku. Kalau dulu hampeh. Semua ikut kepala dia je.. Solat tak tinggal dah macam sebelum ni.

Rasa beruntung sangat ada isteri macam ni. Sampai kan duit belanja mak ayah aku dan mak ayah dia pun, dia selalu ingat kat aku untuk bagi setiap bulan. Tu belum kira keperluan lain lagi. Memang langsung tak kontrol duit aku untuk diri dia sendiri je.

Paling aku bersyukur.. Daripada takde pape, sekarang aku dan isteri dah ada company sendiri yang makin hari makin berkembang walaupun hanya bermodal kan RM150 je awal permulaan.

Dulu duit 1000 rasa macam dunia ini ana yang punya.. Tapi sekarang rasa mudahnya nak dapat rezeki. Semuanya Allah permudahkan.

Jaga solat. Jangan tinggal solat.

Bahagiakan isteri.

Semua beban hilang sekelip mata. Syukur ya Allah.

Bukan nak riak. Tapi aku dambakan pahala kalau-kalau ada yang terdetik hati nak jaga solat asbab baca karangan aku ni.

Percayalah. Bukan cerita kosong. Sebab hari ni. Aku sangat bersyukur dengan nikmat yang aku dan isteri terima.

2020 ni inshaAllah nak susun langkah bawak anak bini ke Mekah pulak.. Wish me luck. Sekian :)
kisah benar jahat insaf
Gambar oleh Syariee Fadli
Moga kisah benar di atas ini bermanfaat dan beri pengajaran buat semua pasangan suami isteri dan juga kepada bakal isteri/suami :)

4 comments:

  1. Apabila jaga hubungan dgn Allah.. Allah akan jaga kita.. InsyaAllah.. Terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Betul sangat² apa yang ditulis tu. ^^

    ReplyDelete
  3. kisah yg sgt memberikan pengajaran bagus

    ReplyDelete
  4. Bagus cerita nie.. tapi memang betul pun. Kalau kita jaga Allah, insyaAllah.. Allah akan jaga kita juga..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p